Apabila disebut Tugu Negara, terpancar   difikiran kita bahawa ia adalah sebuah tugu yang dibina untuk   memperingati para pejuang yang telah berkorban untuk membebaskan Malaya   pada suatu ketika dahulu. Adakah ianya benar-benar sebuah Tugu Negara   atau sebuah Tugu untuk memuja pengganas/penjajah Inggeris? Tidak siapa   diantara kita yang mengambil peduli pada ukiran wajah ketuju-tujuh   patung tersebut.
                                                    Tugu Negara  berpatungkan Inggeris
Tugu Negara pada  mulanya telah  dibina semasa zaman pemerintahan penjajah/pengganas  Inggeris. Mulanya  hanya sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang  terletak di Jalan  Tugu. Ia dibina oleh penjajah untuk memperingati para  tentera Inggeris  yang mati dibunuh.
_________________________________________________________________________________
Hanya manusia yang mempunyai  akal akan bertanya, mengapa 5  dari 7 patung tersebut diukir wajah  Inggeris? dan 2 patung yang dipijak  oleh 5 wajah Inggeris merupakan  patung Tentera Rakyat dari PKM?  Mengapa tidak kita sanjungi Tentera  Rakyat yang berjuang didalam hutan  untuk kemerdekaan dan mengusir  Inggeris dari bumi Malaya dengan darah. 
Patung-patung Inggeris ini  berdiri gagah memegang bendera  Malaysia kelihatan seperti Inggeris  memerdekakan negara ini. Jika  ditanya, daripada siapa mereka bebaskan  Malaya ini? Bukankah mereka  yang  datang menjajah kita, mengaut kekayaan  hasil bumi kita, memeras  penduduk Malaya, merompak harta rakyat dan  bermacam-macam lagi  kekejaman yang dilakukan tetapi rakyat Malaya pada  ketika itu buta  kerana disumbat dengan pound dan coklat made in England.  Inggeris telah  datang kemari dengan menghapuskan rakyat yang melawan  penindasan.  Pejuang-pejuang tanah air seperti Dato Bahaman, Mat Kilau,  Dato  Maharaja Lela, Dato Sagor, Rentap di Sarawak, Tok Janggut dan  ribuan  lagi pemimpin telah ditangkap dan ada yang dibunuh kejam. Tidak   terlepas apabila Darurat diisytiharkan pada 19 Jun 1948, pemimpin   revolusioner seperti Dr Burhanuddin telah dipenjarakan dan menderita   sakit. Pemimpin dari bangsa Cina seperti Lai Raifel mati ditali gantung   Inggeris dan juga pemimpin dari kalangan buruh India seperti Ganapathy   yang dibuang ke India. Mengapa persoalan ini semua kita biarkan berlalu   lalu dan kita masih memuja Tugu berlambangkan Inggeris ini. Dimana   wajah-wajah para pejuang dari kalangan rakyat Malaya? Apabila kita   mengagungkan penjajah Inggeris ini, bermakna kita telah mengkhianati   perjuangan nenek moyang kita melawan penindasan Inggeris.
Nama-nama  yang tertulis di Tugu  Peringatan, kesemuanya nama-nama tentera  Inggeris dan tentera dari  negara Komanwel. Tidak ada satu nama melayu  atau Cina atau India pun  ditulis. Pada setiap tahun kita mengadakan  perbarisan mengenang  pejuang-pejuang kemerdekaan di tugu ini, malangnya  kita menyembah  tentera Inggeris. Ternyata jelas, Tunku Abdul Rahman  pemimpin Inggeris  yang berwajah Melayu tetapi berhati  Inggeris.Dasar-dasarnya semua  ciptaan tuan Inggerisnya belaka. Dialah  yang menjayakan pembinaan Tugu  Inggeris ini untuk mengambil hati Sir  Inggerisnya.
Setiap tahun pada bulan 31  Julai, Yang  dipertuan Agong, Perdana Menteri, Para Pemimpin Tentera dan  Polis akan  memberikan penghormatan ditugu ini. Mereka secara langsung  memberi  penghormatan kepada bangsa yang menjajah mereka. Bukankah ini  satu  perbuatan yang gila? atau mereka ini semuanya buta hati.



