Sabtu, 19 Jun 2010

Notis Parlimen tentukan pilihan raya kecil Batu, kata SPR

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.

Badan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008 masuk hari ketiga hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat.

“Sekarang keadaan kurang jelas. Karpal (Singh) berkata kerusi itu sudah kosong, Tian Chua pula berkata beliau masih wakil rakyat sah bagi kerusi tersebut.

“Jadi dalam keadaan ini, kita akan menunggu notis makluman rasmi daripada speaker atau setiausaha Dewan Rakyat,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Wan Ahmad berkata pihaknya memutuskan demikian selepas penasihat undang-undang SPR meneliti implikasi keputusan mahkamah tinggi kelmarin.

“Oleh kerana perkara ini kurang jelas, maka berdasarkan Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan, kami menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan status kerusi itu,” kata beliau.

Terdahulu dalam respons kepada The Malaysian Insider, Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Dewan Rakyat akan menyerahkan kepada SPR dan Jabatan Peguam Negara untuk menentukan status Ahli Parlimen Batu yang kini berhadapann dengan risiko dilucutkan kerusi walaupun dendanya diturunkan kepada RM2,000 kelmarin.

Wan Junaidi berkata, bagi mengelakkan masalah berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dewan Rakyat akan merujuk kes berkenaan kepada SPR untuk diputuskan.

“Dewan Rakyat tidak perlu membincangkan kes ini... ini adalah kes (kadar denda) yang marginal di mana denda yang dikenakan RM2,000 (di paras sempadan), lebih elok statunya diputuskan oleh Peguam Negara,” kata Wan Junaidi.

Wakil rakyat itu berhadapan dengan risiko itu meskipun hukumannya dikurangkan daripada RM3,000 kepada RM2,000.

Peguam Tian Chua, 47, yang gagal menemui hakim kes pagi semalam akan bertemu beliau Isnin ini.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, usul mengenai status kedudukan wakil rakyat boleh dibawa oleh mana-mana anggota Dewan Rakyat, katanya.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Mengenai keputusan hilang status kelayakan, Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa “jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan menjadi ahli, maka soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis itu dan keputusannya itu adalah muktamad.”

Peruntukan ini menambah, “dengan syarat bahawa Perkara ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menghalang amalan Majlis menangguhkan sesuatu keputusan supaya langkah-langkah (termasuk langkah-langkah membatalkan hilang kelayakan itu) yang mungkin menyentuh keputusannya boleh diambil atau ditamatkan.”

Karpal berkata Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR tidak lagi sah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Dengan merujuk kepada Ahli Parlimen Menglembu Fan Yew Ting pada 1975 sebagai kes rujukan, Karpal memberitahu Speaker Dewan Rakyat telah mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau didenda RM2,000 ekoran kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara Tian Chua sendiri menganggap beliau masih wakil rakyat yang sah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga beranggapan bahawa Pengarah Strategi PKR itu layak memegang terus kerusinya.

Dengan mengambil pandangan Nazri, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen itu, Wan Ahmad berpandangan bahawa tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

“Bagaimanapun kita menunggu notis makluman rasmi,” kata Wan Ahmad.

Lagi pun kata beliau, peguam-peguam Tian Chua hendak mengadakan pertemuan dengan hakim kes untuk mendapatkan penjelasan Isnin ini.

“Jadi, bagi SPR keadaan masih belum begitu jelas. Dewan Rakyat akan memaklumkan kepada kami menurut Perkara 53(1) Perlembagaan,” katanya.


~The Malaysian Insider

Kumpulan Ulat tiket belasah anggota JPJ



SEORANG lelaki dipercayai ulat tiket mencabar anggota JPJ berpakaian awam dekat pondok polis apabila rakannya ditahan Hentian Bas Bukit Jalil, semalam.

Tak puas hati penguat kuasa enggan bebas rakan ditahan

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 20 samseng dipercayai ulat tiket bertindak nekad membelasah lima anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menahan seorang rakan mereka di Hentian Bas Bukit Jalil di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, lima anggota JPJ yang sebelum itu menahan seorang lelaki berusia 20-an kerana menjual tiket tanpa kebenaran dikepung kumpulan berkenaan secara tiba-tiba.

Difahamkan, kumpulan itu kemudian mendesak anggota JPJ berkenaan melepaskan ulat tiket yang diberkas bagaimanapun desakan itu tidak diendahkan anggota terbabit.

Tindakan anggota itu menyebabkan kumpulan berkenaan berang dan menyerang mereka.

Seorang anggota JPJ yang enggan dikenali memberitahu, ketika kejadian, mereka menjalankan operasi penyamaran untuk menangkap ulat tiket yang berleluasa di terminal berkenaan dan berjaya menahan seorang daripadanya.

"Dalam perjalanan membawa suspek ke pondok JPJ, kami didatangi kumpulan terbabit dipercayai berusia lingkungan 30-an yang bertindak menarik kolar baju seorang anggota kami dan memaksa membebaskan ulat tiket yang ditahan.

"Namun selepas diterangkan mengenai kesalahan menjadi ulat tiket, mereka menyerang kami. Kami diterajang dan ditumbuk sebelum mereka melarikan diri bersama lelaki yang ditahan itu," katanya.

Lima anggota JPJ yang terbabit dalam insiden berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 petang.


Tian Chua (Parlimen Batu): SPR tidak mengambil apa-apa tindakan

Satu persoalan telah timbul sama ada pemimpin pembangkang, Tian Chua perlu mengosongkan kerusi Parlimen Batu selepas Mahkamah Tinggi semalam mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata, kerusi Parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Karpal berkata, mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, ialah Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Karpal yang juga seorang peguam memberitahu media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa pada 1975, Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dia dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Tian Chua bertegas bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf.

Hakim Datuk Ghazali Cha ketika mendengar rayuan Tian Chua, mengetepikan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 yang dijatuhkan Mahkamah Majistret pada Oktober tahun lepas dan menggantikannya dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, Tian Chua mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika hukuman terdahulu dilaksanakan dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan.

Amer Hamzah berkata, dalam kes Leong Yin Ming pada 1993, Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa perkataan 'tidak kurang lima tahun' bermaksud lima tahun dan sehari, dan ini boleh diguna pakai dalam kes Tian Chua.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya setelah penyandangnya disabitkan kesalahan dan denda oleh mahkamah, akan hanya diputuskan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata, perkara itu termaktub dalam Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi Parlimen berkenaan.

Perkara 53 (1) menyebut: ''Jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad.''

''SPR hanya menunggu notifikasi atau pemakluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau sebaliknya. Buat masa ini, SPR tidak mengambil apa-apa tindakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA


Khairy beri Anwar 48 Jam

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk berpaling tadah.

Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, malam semalam.

Ahl
i parlimen Rembau itu berkata, tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi Umno atau BN.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga ketua pemuda BN, berkata sayap berkenaan sudah bersiap-sedia mengemaskini jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

- Bernama

Wanita disaran solat Jumaat

Hafiz Irwan

BACHOK, 19 Jun:
Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya.

Misi Gaza Yayasan Amal Terkandas, Mesir Tidak Pernah Buka Sempadan!

MARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya yang berlaku di sana.

Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh HosniMubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.

Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.

"Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,"kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam tadi,

Sehubungan itu, beliau meminta supaya sampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mohon dihebahkan pada ceramah Palestin yang di adakan di perkarangan Masjid Rusila, pada malam tadi. -BO

Ini berita penipuan Mubarak ini.


Mesir buka sempadan Rafah

KAHERAH 1 Jun - Presiden Mesir, Hosni Mubarak hari ini mengarahkan pembukaan sempadan lintasan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Genting Gaza, lapor agensi berita MENA.

Arahan itu dibuat sehari selepas serangan oleh komando Israel terhadap flotila yang membawa bekalan bantuan ke Gaza, yang berhadapan sekatan rejim Zionis sejak 2007.

Serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 maut sementara 30 yang lain cedera.

"Presiden telah mengeluarkan arahan pembukaan sempadan lintasan Rafah bagi membenarkan bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan dibawa masuk ke Genting Gaza, begitu juga dengan kes-kes perubatan yang memerlukan akses ke Mesir.

"Langkah itu dibuat sebagai sebahagian tindakan Mesir untuk melegakan penderitaan rakyat Palestin di Genting Gaza," lapor MENA.

Menurut sumber keselamatan Mesir di Rafah, sempadan tersebut dibuka hari ini pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang ini waktu Malaysia), tetapi kerajaan Mesir tidak menyatakan masa penutupannya.

Kawasan lintasan Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Israel yang diawasi Mesir sepanjang masa. Kaherah membenarkan pembukaan sempadan itu dua hari seminggu bagi kes-kes kemanusiaan.

Mesir turut berhadapan kritikan hebat kerana menutup sempadan tersebut.

Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza pada 2007 selepas pejuang Hamas menumpaskan tentera Fatah yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas, setahun selepas Hamas memenangi pilihan raya. - AFP (sumber)



Nik Aziz: PAS sedia hadapi BN bila-bila masa


PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lalu, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menteri Besar Kelantan itu berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.


- Bernama

Nazri: Perkasa, Gertak akan lenyap tanpa Dr M



Datuk Seri Nazri Aziz percaya Perkasa dan Gertak, yang kedua-dua program utama yang berkontroversi dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, akan “lenyap” tanpa sokongan bekas perdana menteri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa membela hak orang-orang Melayu kelihatan menonjol sebab bekas perdana menteri memperakui pendirian mereka menentang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Pandangan keras ini merupakan yang kedua datang daripada pemimpin Umno dalam tempoh dua minggu ini.

Dua minggu lalu bekas menteri Kabinet dan bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz juga melahirkan pandangan yang hampir serupa mengecam Perkasa.

Rafidah dan Nazri merupakan ahli Parlimen dari Perak.


“Beliau (Dr Mahathir) adalah ikon mereka. Kumpulan macam Perkasa, Gertak akan mati tanpa kehadiran Dr Mahathir,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual khas minggu ini.

Nazri menekankan, sebahagian kecil pengikut kedua-dua kumpulan ini mendakwa Dr Mahathir mempunyai sokongan kumpulan minoriti orang Melayu.

“(Tetapi) masih ada ramai orang Melayu yang percaya dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak (selaku perdana menteri dan presiden Umno). Kumpulan-kumpulan macam ini hanya elemen pinggiran (dalam politik negara),” kata Nazri yang ditanya mengenai respons kepada program Gertak di Kuala Terengganu Isnin lalu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 orang.

Bagaimanapun Nazri mempertahankan kehadiran Ahmad atas alasan ia bertujuan menghormati Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

“Orang Melayu lazimnya akan menghormati pemimpin-pemimpin lama mereka... satu-satunya yang tidak pergi ialah saya,” kata Nazri dengan berseloroh.

Nazri dilihat sebagai antara pemimpin Umno yang ‘bertegang leher’ dengan Dr Mahathir dalam banyak isu termasuk ketika beliau mengecam kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir merasmikan perhimpunan tahunan pertama Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar di negara ini, Mac lalu.

Awal minggu ini, beliau berucap pada program kontroversi “Bangkit Melayu”, yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu bagi mengembalikan semangat orang Melayu dengan mempelajari peristiwa 13 Mei 1969.

Pada majlis itu beliau memuji kerajaan pusat telah membetulkan kesilapan dalam Model Baru Ekonomi menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Dr Mahathir berkata, RMK-10 mengenal pasti masalah-masalah menyentuh kepentingan orang Melayu dan Bumiputera, yang telah diketepikan dalam syor MBE.

“Beliau adalah perdana menteri terbaik negara pernah miliki. Isu saya, selepas beliau berhenti jadi perdana menteri, beliau menyusahkan kita.

“Dr Mahathir perlu ingat bahawa perdana menteri sekarang ialah Najib. Beliau harus membantu kami, tetapi apa yang beliau lakukan sekarang ialah membantu pembangkang,” kata Nazri.

Menteri undang-undang dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen ini memberikan contoh bagaimana pada awal 1990-an Dr Mahathir ketika menjadi presiden Umno ketika itu telah menasihatkannya supaya tidak mengecam kepimpinan ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Tambi Chik.

Ketika itu Nazri merupakan naib ketua dan kemudian dilantik sebagai pembangku selepas Rahim meletakkan jawatan.

“Sejak itu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika ada apa-apa isu, saya harus menyelesaikan dalam empat dinding ini... beliau memberitahu, saya boleh jumpa dengannya (jika ada bantahan).

“Tetapi kini (saya merasakan) beliau harus menerima nasihat beliau sendiri,” katanya.

Wakil rakyat Padang Rengas ini menambah, Dr Mahathir dengan sendiri “memusnahkan legasinya”, dengan menyerang kerajaan Barisan Nasional semasa.

“Beliau menghasilkan kami semua... saya adalah hasilan beliau, Najib juga hasilan beliau. Jangan bunuh hasilan anda sendiri,” katanya.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Rafidah menggesa kaum Bumiputera supaya memfokus terhadap aspek pertumbuhan dalam MBE tanpa hanya cuba mengetengahkan agenda peribadi sendiri.

Beliau menyifatkan mereka yang menentang inisiatif MBE sebagai tindakan yang boleh mengakibatkan kesan buruk dan golongan berfikiran sempit.

“Kumpulan-kumpulan seperti Perkasa, mereka hanya melihat MBE menerusi satu perspektif. Mereka menganggap ia sebagai hak mereka untuk meletakkan (pandangan) dua sen (dalamnya) tetapi ini boleh menyebabkan kesan berlawanan,” kata Rafidah.

“Saya juga seorang Bumiputera tetapi yang pertama dan paling penting sekali, saya percaya kita perlu mencapai pertumbuhan terlebih dahulu sebelum kita mengetengahkan agenda Bumiputera,” kata bekas ketua Pergerakan Wanita Umno ini.

Malah menurut Rafidah, tentangan hebat yang datang daripada kumpulan seperti Perkasa tidak menggambarkan pandangan keseluruhan orang Melayu negara ini.

Najib Jangan Kikis Felda


M
enteri gagal urus wang Felda – Zaid

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini menyelar kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengenai kerugian rizab wang Felda.

Mengulas mengenai jawapan yang diberikan Ahmad dalam Dewan Rakyat kelmarin mengenai rizab tunai Felda menyusut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009 menunjukkan kerugian sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

"Kenyataan beliau jelas menunjukkan kecetekan pemikiran Timbalan Menteri mengenai Felda berdasarkan jawapannya di Parlimen.

"Ahmad gagal menjelaskan keuntungan Felda melalui pelaburannya, tapi hanya menggambarkan penggunaannya seperti belanja membeli-belah dan untuk tujuan kebajikan sahaja," katanya.

Zaid berkata, jumlah RM2 bilion itu merupakan jumlah besar jika Ahmad mendakwa Felda membelanjakannya untuk program tanaman semula.

Timbalan Menteri sepatutnya secara terperinci menjelaskan peruntukan wang RM2 bilion itu kepada jumlah peneroka yang terlibat, kawasan tanah, jika ini termasuk dalam kos sara hidup dan bayaran pendahuluan kepada peneroka mengikut piawaian penanaman semula yang ditetapkan, katanya.

Bagaimana RM253 juta dibelanjakan

Tambahnya, Timbalan Menteri juga tidak menjelaskan mengenai bagaimana RM253 juta dibelanjakan dan manfaatnya kepada generasi lain.

"Adakah wang itu pergi terus kepada peneroka miskin, atau adakah ia disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah?

"Jika ini dianggap sebagai ‘kebajikan awam’, kita mesti tertanya-tanya jika Akta Felda termasuk membantu kerajaan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang kini mengalami kekurangan tunai," katanya.

Zaid turut mempersoalkan Ahmad tidak menjelaskan mengapa Felda membayar deposit 40% (berbanding jumlah biasa sebanyak 10%) kepada Naza TTDI untuk membina bangunan ibu pejabatnya sejumlah RM662 juta, jumlah yang jauh melebihi harga pasaran.

Selain itu katanya, syarikat Felda Rubber, Sutera Jaya dan Felda Herbal sudah pun gulung tikar.

"Perlu ada satu penjelasan terperinci jika penutupan syarikat itu ada kaitan dengan kelemahan salah guna urus tadbir," terang beliau.

Sehubungan itu, Zaid mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya dalam Felda dan biarkan organisasi lain menguruskan Felda secara profesional dan telus.

"Menteri, dan bukannya Timbalan Menteri yang perlu menjawab persoalan ini di Parlimen terutamanya apabila membabitkan hasil cukai daripada wang rakyat digunakan," katanya. -FMT


Zaid: Najib perlu lepaskan Felda

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu juga menuntut supaya penjelasan lanjut diberikan berhubung kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.

Zaid meminta supaya penjelasan lanjut diberikan terhadap jawapan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

"(Ahmad Maslan) gagal menjelaskan apa hasil yang boleh diperolehi Felda melalui pelaburannya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk berbelanja sakan untuk 'tujuan kebajikan', seperti yang ditakrifkan.

"Menteri itu sendiri, bukan timbalannya, yang patut memberikan jawapan ini di Parlimen. Akauntabiliti awam adalah paling utama apabila duit pembayar cukai digunakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang dibangkitkan oleh Zaid ialah bayaran pendahuluan sebanyak 40 peratus kepada syarikat pemaju Naza TTDI untuk membina ibu pejabat baru lembaga itu, dengan kos keseluruhan RM662 juta.

Sedangkan, kata Zaid lagi, bayaran deposit pada kebiasaannya hanya pada kadar 10 peratus sahaja.

"(Ahmad Maslan) juga tidak mendedahkan mengapa harga (RM662 juta) itu sangat tinggi berbanding harga pasaran," katanya lagi.

Tambahnya, Felda juga telah menutup tiga buah syarikat yang dikuasainya - Felda Rubber, Sutera Jaya dan Felda Herbal, dalam tempoh lima tahun lalu.

"Sepatutnya ada penjelasan terperinci mengapa penutupan dibuat, dan sama ada tindakan ini disebabkan salahurus yang lebih teruk," katanya.

Katanya lagi, penjelasan juga perlu dilberikan berhubung perbelanjaan antara RM4 juta sehingga RM5 juta untuk menganjurkan pertandingan futsal dan sokongan kepada Kelab Bolasepak Felda.

"(Sedangkan), kebanyakan persatuan bolasepak kebangsaan mengurangkan perbelanjaan untuk pasukan mereka, termasuk pasukan yang layak ke Piala Dunia," katannya.

Zaid juga berkata, perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk program tanaman semula Felda adalah satu jumlah yang terlalu besar bagi program tersebut.

Katanya lagi, kerajaan perlu mendedahkan jumlah peserta rancangan terlibat, keluasan tanah, bayaran sara diri dan pendahuluan pendapatan kepada peserta program berkenaan.

Selain itu, turut dibangkitkannya ialah dana sebanyak RM253 untuk program pembasmian kemiskinan di Sabah.

"Timbalan menteri tidak menjelaskan bagaimana RM253 juta itu disalurkan, atau memperincikan semua penerimanya.

"Adakah wang tersebut disalurkan terus kepada peserta miskin, ataupun disalurkan kepada kerajaan negeri Sabah yang sedang pokai?" soalnya. -mk


Jumaat, 18 Jun 2010

Usah Bermain Api Memburukkan Islam dan umat Islam di negara ini

PULAU PINANG, 18 Jun: Ketua Polis Negara digesa mendedahkan nama pengganas dan mendakwa mereka ke mahkamah atau didakwa "merekacipta dan menyiarkan kenyataan palsu untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini."

Pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, S. M. Mohamed Idris dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya propaganda hitam yang didedahkan oleh unit Polis Indonesia Detachment 88 dan disiarkan dalam media tempatan dengan tajuk utama yang menonjol bahawa ulama Indonesia yang dihormati Abu Bakar Bashir didakwa membantu membiayai dan menyokong sarang pengganas bersenjata di Acheh.

Kini, polis Malaysia pula mendakwa kononnya “pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kenyataan polis itu dan mendesak agar kalau ada, mereka didakwa segera.

"Ketua Polis Negara Malaysia juga mestilah menjelaskan mengenai laporan berita dalam akhbar harian tempatan bahawa “pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang.” kata SM Idris.

‘Pengganas’ itu didakwa kononnya mempunyai hubungan dengan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam.

Berita itu dipetik daripada ‘sumber perisikan’ yang tidak mendedahkan nama mereka dan ini merupakan taktik yang sering digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) dan Mossad Israel untuk menyebarkan propaganda hitam dalam media bagi memburuk-burukkan lagi imej Islam dan para penganutnya.

Lebih menarik lagi sasarannya adalah kuil Hindu yang menjadi tempat suci bagi orang India dan kuil Buddha bagi orang Cina, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia merupakan cara yang paling baik untuk menyalahkan Islam dan umat Islam sebagai pembekal keganasan di mata pengikut kedua agama ini.

“Berita” yang amat membimbangkan ini melainkan disokong oleh bukti yang konkrit akan menimbulkan ketegangan antara orang Islam, Hindu dan Buddha," kata SM Idris.

Menurut SM Idris, Detachment 88 diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia yang menyediakan biaya dan latihan untuk pegawainya.

Atas alasan untuk memerangi keganasan, ia hanyalah merupakan alat kerajaan asing untuk mendakwa orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan maruah umat Islam dan kedaulatan negara Indonesia.

Abu Bakar Bashir, kata kenyataan itu, menjadi penghalang kepada Indonesia untuk menjadi negara yang tunduk kepada Amerika Syarikat dan juga kepada ejennya yang menyalahtafsirkan ajaran Islam dan mengutuk penentangan oleh umat Islam terhadap dominasi dan hegemoni asing.

Kerajaan Amerika Syarikat dan Australia, melalui ejen mereka di dalam pasukan polis, pentadbiran dan media cuba untuk membabitkan Abu Bakar Bashir dalam aktiviti keganasan, dakwa SM Idris lagi.

"Mereka mereka-rekakan bukti untuk mengaitkannya dengan pengeboman Bali yang tidak dapat dipertahankan terhadap penelitian mahkamah. Beliau didakwa sebagai pengkhianat tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
"Bagaimanapun, beliau didapati bersalah kerana melanggar peraturan imigresen dan dipenjara tiga tahun, jelas untuk memuaskan kerajaan Amerika Syarikat dan Australia tetapi mereka masih tidak berpuas hati dan mengkritik keputusan itu dan menekan kerajaan Indonesia supaya bertindak ke atasnya," katanya dalam kenyataan itu.

Sekali lagi, tambah SM Idris yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Detachment 88 dilihat mereka-rekakan bukti terhadap Abu Bakar Bashir untuk memenjarakannya bagi memuaskan hati mereka.

"Kami menggesa Pejabat Peguam Negara Indonesia agar tidak terperangkap dengan Detachment 88 dan agensi perisikan Amerika Syarikat dan Australia dan mendakwa ulama yang amat dihormati itu.

"Tindakan seperti itu adalah bertentangan sama sekali dengan berjuta umat Islam dan bukan Islam yang amat menghargai keadilan," katanya.


SPRM Digesa Siasat Pentadbiran Felda

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa rizab tunai Felda menyusut kepada RM1.35 billion pada 2009 daripada RM4.08 billion pada tahun 2004.

Ahmad Maslan dalam penjelasannya di Dewan Rakyat pada 16 Jun lepas, nilai aset yang dimiliki oleh Felda meningkat walaupun rizabnya berkurangan. Beliau juga memberi asalan kekurangan rizab tersebut digunakan untuk program kebajika peneroka Felda selain membina ibu pejabat Felda yang baru.

Charles yang telah menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah SPRM, Yusoff Akob di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi telah diterima juga meminta siasatan penuh dilakukan bagi mengetahui penyelewangan dan juga penyalahgunaan kuasa keatas Felda, beliau juga mahukan semua pihak yang menpunyai hubungkait dengan Felda dipertanggungjawabkan diatas kemerosotan rizab tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN Datuk Dr Tan Kee Kwong yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, turut sama menemani Charles meminta SPRM menyiasat dakwaan pentadbiran di dalam Felda yang disalah urus.

Tan juga bertanya kepada perlunya Felda membina bangunan baru bertaraf 'lima bintang' di segi tiga emas yang terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura, sedangkan pejabat yang sedia ada masih boleh diguna pakai.

"Kenapa Felda perlu berbelanja lebih dengan pembinaan pejabat baru bertaraf lima bintang di segi tiga emas, kita rasakan ini satu pembaziran sedangkan bangunan yang sedia ada di jalan Semarak masih lagi boleh digunakan.

"Kos yang dibelanjakan untuk membina bangunan tersebut bernilai RM662 juta dan wang pendahuluan telah dibayar kepada Naza TTDI sebanyak RM230 juta. Apa jaminan yang boleh kita pegang bahawa Naza TTDI akan bertanggungjawab untuk menyiapkan projek tersebut sepenuhnya tanpa ada apa-apa masalah nanti sedangkan wang pendahuluan telah dibayar.

"Kita juga ingin mengetahui siapakan yang memberi kelulusan pembayaran tersebut, satu lagi kita kena lihat apa faedah yang akan diperolehi oleh peneroka dengan pembinaan bangunan tersebut. Ini yang kita perlu tekankan, pembaziran yang teruk telah berlaku dalam pentadbiran Felda sekarang," jelasnya.

Tan juga menyuarakan ketidakpuashatiannya kenapa Felda tidak menggunakan tanah mereka sendiri di jalan Semarak kerana dengan penggunaan tanah sendiri kosnya dapat dikurangkan lagi.

"Felda sepatutnya menggunakan tanah mereka sendiri bagi mengurangkan kos pembinaan bangunan tersebut, tetapi mereka tidak mahu menilai semua itu. Felda hanya mengeluarkan kos sebanyak RM220 juta sahaja jika pembinaan itu dilakukan ditanah sendiri," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi kerajaan telah membuka tender untuk kerja-kerja meruntuh bangunan lama di jalan Semarak itu.

Komponen BN berbelah bagi hadapi pilihan raya lebih awal

KUALA LUMPUR 17 Jun - Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) berbelah bagi dalam menyatakan tahap kesediaan jentera masing-masing menghadapi kebarangkalian Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan lebih awal.

Ini berikutan kenyataan MCA dan MIC yang bersedia untuk itu tetapi disambut sebaliknya oleh PPP sementara parti Gerakan masih menantikan keputusan muktamad Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara tersebut.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, MCA dan mana-mana parti politik sekalipun sebenarnya perlu sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

"Keadaan siap sedia ini terbukti apabila semua parti komponen BN berjaya melalui 10 pilihan raya kecil selepas dua tahun PRU 12.

"Struktur dan jentera parti komponen juga sudah bersedia dan akan meneruskan operasi seperti biasa (sehingga arahan dikeluarkan).

"Dari segi calon pula, MCA sentiasa memantau bakal-bakal calon yang sesuai untuk dikemukakan nama mereka kepada Perdana Menteri mengikut sikap, potensi dan juga persepsi rakyat terhadap calon tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tahap kesediaan parti-parti komponen BN jika Najib memilih untuk mengadakan PRU13 lebih awal.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin dilaporkan berkata, kerajaan boleh menimbang kemungkinan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat berdasarkan tahap populariti Najib sekarang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri semalam menegaskan tarikh pilihan raya tidak sesuai dibincangkan sekarang kerana tumpuan kerajaan adalah bekerja kuat untuk rakyat dan memperkukuhkan parti terlebih dahulu.

Tinjauan Merdeka Centre mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatan Najib ketika ini.

Dalam pada itu, Cho Ha berkata, kebarangkalian pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat adalah rendah.

"Mungkin Perdana Menteri mahu parti komponen bekerja lebih kuat dan lebih fokus jika berlakunya pilihan raya, bukannya kerana beliau mahu pilihan raya diadakan lebih awal," ujarnya.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu memaklumkan parti tersebut juga bersedia untuk menghadapi kebarangkalian pilihan raya lebih awal pada bila-bila masa.

"MIC sudah bersedia menghadapi PRU 13 sama ada minggu ini, bulan ini ataupun bila-bila masa dalam tahun ini.

"Parti juga telah menyediakan senarai calon yang berkaliber untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri jika pilihan raya diadakan lebih awal," jelasnya.

Bagaimanapun, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas menyatakan BN belum bersedia untuk menghadapi pilihan raya lebih awal kerana masih banyak perubahan yang perlu dilakukan.

"Saya merasakan BN perlu mengubah imej baru berbanding imej pada 2008 dan beberapa perubahan lain yang belum jelas kelihatan pada pandangan masyarakat umum.

"Namun, kita hanya menunggu arahan Perdana Menteri. Jika pilihan raya akan diadakan lebih awal dan PPP telah menyediakan nama calon yang boleh menang jika mereka dipilih kepimpinan tertinggi BN untuk bertanding," tegasnya.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn ketika dihubungi pula menyatakan tidak sesuai untuk beliau memberi kenyataan buat masa ini memandangkan Perdana Menteri sendiri belum membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

Selangor tawar pinjaman pendidikan tanpa faedah



SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menawarkan pinjaman pendidikan tanpa faedah kepada pelajar di negeri itu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pinjaman itu diberikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A dan melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pinjaman maksimum sehingga RM25,000 setiap seorang ditawarkan kepada mereka yang layak bagi kursus pengajian yang terpilih.

“Pinjaman itu akan secara automatik ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 ke atas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini
hari ini.

Abdul Khalid berkata maklumat lanjut bagi tawaran itu boleh didapati di laman web kerajaan negeri mulai esok.

“Keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Selangor dan memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM,” katanya.

Ditanya sama ada tawaran pinjaman itu dibuat bertujuan mengatasi masalah kekurangan bilangan pelajar di UNISEL, beliau berkata ia tiada kena mengena dengan isu itu kerana kerajaan negeri turut menawarkan pengajian di KUIS.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan program Hari Ilmu Selangor pada 26 Jun ini, bermula dengan pelancaran Gerakan Membaca Perdana bertempat di Tasik Shah Alam

- BERNAMA

Wartawan RTM Tukiman Kurang Di Ajar - Anwar

S Pathmawathy




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hilang kesabarannya apabila diasak oleh seorang wartawan bagi mendedahkan bukti berhubung dakwaannya yang beberapa ahli parlimen PKR disogok RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak supaya berpaling tadah.

Walaupun berulang kali berkata beliau akan mendedahkan perkara itu apabila tiba masanya, wartawan dari RTM itu terus mendesak hingga Anwar mula tidak selesa.

Di
asak wartawan radio stesen kerajaan itu yang hanya dikenali sebagai Tukimin, Anwar sebaliknya berkata, pelbagai pendedahan sebelum ini dibuat oleh Pakatan Rakyat tapi siasatan hanya separuh jalan.

"Saya hendak tanya balik, saya sudah buktikan VK Lingam. Adakah ada tindakan? Saya telah buktikan video VK Lingam dan dibuktikan sah. Mengapakah tiada tindakan?

"Saya sudah buat kenyataan, saya akan keluarkan pada ketikanya," katanya.

Suasana di lobi parlimen itu hangat seketika apabila wartawan RTM itu cuba mengasak Anwar dengan alasan masyarakat luar mahu mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan sogokan berkenaan.

"You tanya Menteri you, mengapa tidak ambil tindakan VK Lingam dulu. Kemudian bila dia jawab, you tanya saya pula. Bila saya hendak keluarkan kerana bila saya hendak keluarkan, you kena tanya kepada menteri you, ada atau tidak hendak ambil tindakan?

Tukimin yang masih berdegil akhirnya dicabar oleh Anwar supaya mengeluarkan kenyataan beliau berhubung beberapa skandal rasuah yang masih belum selesai.

"Ya, saya cabar RTM sekarang keluarkan kenyataan saya... ya berani atau tidak, keluarkan kenyataan saya. Ini wayang mereka...keluarkan PKFZ, apa tindakan? Keluarkan PERWAJA, apa tindakan? Keluarkan skandal Eurocopter, apa tindakan? Scorpene, apa tindakan? Laporan Audit Negara, apa tindakan?"

Anwar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, beliau akan memberi keterangan dan mendedahkan maklumat mengenai orang perantaraan yang menyediakan berjuta- juta ringgit kepada mereka yang melompat parti apabila tiba masanya.

~MalaysiaKini

Khamis, 17 Jun 2010

Kadar baru tol jambatan bakal bebankan rakyat

Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.

Jawapan lisan itu diberikan kepada ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong apabila soalan berkenaan kadar tol untuk jambatan kedua Pulau Pinang diajukan.

Liew pada sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, pelaksanaan yang ingin di buat adalah tidak munasabah sama sekali.

"Kadar tol yang ditetapkan untuk jambatan kedua Pulau Pinang adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan ke atas jambatan yang pertama sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama," kata Liew.

Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dikatakan bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga di kawasan sekitar.

Namun menurut beliau, hasrat untuk menaikkan kadar tol untuk jambatan yang pertama sebaliknya akan membebankan rakyat.

"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang" katanya.Sebelum itu, dalam jawapan bertulis, Perdana Menteri Datuk Seri Naji
b Razak berkata kadar tol untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah sama seperti di jambatan pertama sedia ada sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama itu.

Katanya, ini disebabkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.5 bilion dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di jambatan Pulau Pinang kedua selepas konsesi jambatan pertama tamat.

Menurut Najib setelah jambatan kedua itu siap untuk beroperasi pada 2013, kadar tol yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada tujuh kelas.

Katanya, kelas pertama (motosikal) akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM1.90, kelas kedua (kereta, teksi dan van dua gandar empat roda kecuali MPV) RM9.40, kelas ketiga (lori dua gandar empat roda termasuk pick up dan SUV) RM16.20, kelas keempat (lori dua gandar enam roda, van dua gandar enam roda, bas dua gandar enam roda) RM33.60, kelas kelima (lori tiga gandar) RM60.60, kelas keenam (lori empat gandar) RM80.80 dan kelas ketujuh (lori lima gandar) RM100.90.

Najib juga berkata kos pembinaan projek untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4.5 bilion.

"Kos tersebut juga termasuk kos membina kawasan penuangan oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad," tambahnya.

Liew in
gin tahu tahap kerja yang telah disiapkan untuk jambatan Pulau Pinang kedua dan mengapa jumlah kos pembinaan telah dinaikkan ke RM4.5 bilion dan adakah jumlah itu termasuk kos membina kawasan penuangan.

Najib berkata sehingga 23 April lalu, tahap kerja yang telah disiapkan bagi kerja-kerja fizikal untuk jambatan Pulau Pinang kedua bagi pakej satu ialah 13.39 peratus siap, pakej dua (16.51 peratus) manakala bagi pakej ketiga, ia masih dalam proses tender dan telah mula dinilai pada 19 Mac lalu.

Jambatan kedua sepanjang 26 km itu akan menghubungi Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar.

Konsesi selama 25 tahun untuk jambatan pertama pula akan berakhir pada 2018.

Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.

-MStar


Enjin Jet F5-E: Bapa Buat Laporan Polis Dakwa Tharmendran Diseksa

Dari Mstar

Keluarga kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N. Tharmendran, yang didakwa mencuri dua enjin jet F5-E melakukan laporan di Balai Polis Brickfields atas dakwaan Tharmendran diseksa ketika dalam tahanan dan dijadikan kambing hitam.

“Kami akan mengenal pasti pihak yang berbuat demikian terhadapnya dalam laporan ini,” kata bapa Tharmendran, N. Nagarajah sebelum membuat laporan polis dengan ditemani peguam N. Surendran; Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manoharan dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam.

Nagarajah juga berkata, “tidak mungkin seorang individu mampu mencuri enjin-enjin itu secara bersendirian” dan mendakwa pihak atasan TUDM terbabit sama dalam kehilangan enjin jet berkenaan yang kini dilaporkan berada di Uruguay.

Bapa itu mendakwa bahawa peralatan dan alat ganti berkaitan dengan enjin-enjin itu juga hilang tetapi perkara itu tidak pernah dilaporkan.

“Ramai pihak berpengaruh terlibat sama tetapi mereka menggunakan anak saya untuk menanggung kesalahan itu,” tambahnya.

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran didakwa atas tuduhan mencuri enjin jet pada Disember 2007 di pangkalan TUDM Subang manakala ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad didakwa membantunya membuang enjin-enjin tersebut 30 April 2008.

Seorang lagi anggota TUDM, Mohamad Shukri Mohd Yusop didakwa bersekongkol dengan Tharmendran dalam kejadian itu.

Rajandran telah diikat jamin bagaimanapun Tharmendran yang gagal membayar jaminan sebanyak RM150,000 itu terpaksa duduk dalam tahanan sejak enam bulan lalu. Perbicaraan dijadualkan bermula 19 Julai ini.


Anwar tetap dedah klip video RM2 juta

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Jun:
Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.

“Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok...kamu diam,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.

Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.

Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam.

Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.

Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.

“Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM,” tegasnya.

Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).

NAJIB GAGAL SEKAT CITARASA ROSMAH

by:maharajablogger

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dalam Parlimen bahawa kerajaan membayar iklan bagi mempromosi isterinya Datin Seri Rosmah Majid diakhbar New York Times pada April lalu dengan kos bayaran iklan dua muka berwarna sebesar antara RM580,000 atau RM740,000.

Iklan itu ialah bersempena dengan Anugerah Perdamaian AntaraBangsa dan Kemanusiaan kepada Rosman Mansor sebagai Wanita Pertama Malaysia kerana sumbangannya kepada usaha kemanusiaannya dan juga pelajaran anak anak.

Menurut Najib dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua(PKR-Batu) iklan itu adalah sumbangan dari NGO Amerika dan Kerajaan Malaysia tidak terbabit dalam perancangan,tempahan dan juga bayaran bagi iklan itu( lihat NST 16 June).

Nampaknya NGO Amerika faham benar dengan citarasa isteri Perdana Menteri itu dan soalnya mengapa Najib membiarkan cita rasa isterinya itu berkembang sampai ke Amerika, tidakkah beliau boleh menyekatnya,tidakkah beliau sebagai seorang yang mempunyai wisdom dapat memikirkan kesan negatifnya?

Apa perlunya iklan itu?.Apakah kepentingan NGO Amerika,apakah pengaruh Rosmah keatas kerajaan Malaysia,adakah Rosmah berpengaruh keatas Najib dalam kepentingan kepentingan NGO Amerika itu?.

Atau mungkin juga pengaruh Rosmah bagitu kuat ketas NGO Amerika sehingga boleh mempengaruhi mereka membelanjakan wang untuk mempromosikan fesyen terakhir dan dirinya di Amerika atau mungkin ada orang politik Malaysia yang tahu cita rasa Rosmah telah menjalankan usaha kearah penyiaran iklan itu untuk membodek Najib dan Rosmah?.

Cita rasa Rosmah amat difahami oleh para pengarang akhbar di Malaysia.Tiap hari gambarnya mesti tersiar dalam akhbar bersaing dengan Perdana Menteri Najib. Sifat-sifat ini tidak ada pada isteri Allahyarham Tun Abdul Razak Toh Puan Raha atau ibu kepada Najib.

Bagaimanapun feedback ini tidak didapati oleh Najib dalam walkabouts nya ataupun beliau tidak suka untuk mendengarnya.

Najib jangan sampai terantuk baru tengadah.

Saksi Belot: Datuk Norza Bebas Tuduhan Rasuah

Bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Norza Zakaria dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di Temerloh pagi ini selepas pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana saksi belot.

Pada 4 Jun lalu, tiga saksi d
alam kes rasuah Norza (kiri) dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana dituduh memberi keterangan palsu di mahkamah.

Mereka adalah kontraktor, Mohammad Anuar Mohd Yunus, 43, guru sekolah, Jalaluddin Johan, 55, dan pembantu penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, Mohd Sabri Aziz, 45.

Semua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Perbicaraan Jalaluddin, ditetapkan pada 24 dan 24 November, manakala perbicaraan Mohammad Anuar dan Mohd Sabri akan berjalan serentak pada 29 dan 30 November depan.

Mengikut pertuduhan, Jalaluddin dan Mohd Sabri didakwa memberikan keterangan palsu ketika perbicaraan kes rasuah berkenaan di Mahkamah Sesyen Temerloh pada 13 Mei lalu, manakala Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 12 Mei.

Keterangan mereka itu didakwa tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada 20, 21 dan 23 Januari tahun lalu.

Semua kenyataan dan keterangan mereka itu direkodkan di pejabat SPRM Pahang Cawangan Temerloh.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Enjin Jet - Sarjan TUDM Hanya Kambing Hitam

Peguam keluarga Sarjan N. Tharmendran, yang kini menghadapi tuduhan mencuri dua enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mahu mendedahkan semua dengan membuat laporan polis berhubung layanan buruk diterimanya ketika dalam reman.

Lawyer N. Surendran memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak guamnya dijadikan “kambing hitam” apabila dikenakan tuduhan bersubahat dan mencuri enjin-enjin pesawat jet F5 TUDM dan ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

“Dia hanya seorang staf berpangkat rendah dan kami percaya tuduhan ke atas dia hanya bertujuan melindungi pihak tertentu,” kata Surendran.

TUDM mengesan kehilangan enjin jet dan rekod penyelenggaraan pada 22 Mei 2008 dan laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.

Kehilangan itu dilihat sebagai isu besar yang memalukan dan menjejaskan nama kerajaan ekoran siri peristiwa menimpa Kementerian Pertahanan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji tidak akan ada sebarang usaha untuk menutup kes tersebut.


Najib merupakan Menteri Pertahanan ketika kejadian manakala Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menerajui kementerian itu sekarang mendakwa ia merupakan satu kerja dalaman.

Surendran mendakwa anak guamnya itu dipaksa membuat pengakuan mencuri enjin-enjin itu.

Katanya, mereka akan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam memaksa sarjan TUDM itu selepas anggota keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pagi ini.

Akhir Mac lalu, Mahkamah Sesyen menetapkan 19 Julai ini perbicaraan kes sarjan itu dan seorang ahli perniagaan yang didakwa bersubahat mencuri dan menghapuskan enjin milik TUDM.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh bicara selama lima hari selepas pihak pembelaan memaklumkan mereka telah menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah turut mendengar permohonan peguam Rakhbir Singh yang mewakili Tharmendran agar ikat jamin anak guamnya dikurangkan kepada RM10,000 daripada RM150,000 dengan seorang penjamin atas alasan tidak berkemampuan.

Selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, hujahnya wang jaminan yang dikenakan terhadap Thamendran terlalu tinggi jika dibandingkan dengan nilai enjin yang didakwa dicuri itu.

Aslam yang mendengar hujahan permohonan itu kemudian menolaknya secara lisan dan mengekalkan nilai jaminan sebelum ini.

Pada 6 Jan lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Oleh kerana tidak dapat mengumpulkan RM150,000 Tharmendran ditahan di penjara sejak enam bulan yang lalu.


Singapura Dilanda Banjir Besar, Malaysia Menunggu Gilirannya?



B
anjir melanda Orchard Road, Bukit Timah dan Thomson Road, Rabu pagi waktu setempat.

Di beberapa kawasan, tinggi banjir bahkan setinggi hampir 1,5 meter. Tempat pejalan kaki, dan halte bus terpaksa ditutup sehingga menimbulkan keadaan gawat yang luar biasa.

Area basement di beberapa pusat membeli belah di Orchard Road yang terendam, merosakkan beberapa kedai. Petugas juga terpaksa memindahkan sekitar 15 kereta yang terjebak disana.

Shama Bano Khan, ibu rumah tangga yang bertempat tinggal di Thomson Road mengaku hairan dengan kejadian ini. Meski banjir tidak sampai masuk ke tempat tinggalnya, namun air sudah menyentuh pintu tempat tinggalnya. "Kami telah tinggal disini selama hampir 15 tahun, dan tidak pernah mengalami kejadian seperti ini," katanya.



Kasino kedua Singapura dibuka semalam sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai pusat perjudian untuk golongan kaya.

Kasino Marina Bay Sands yang dibina oleh syarikat perjudian gergasi Amerika Syarikat, Las Vegas Sands itu dibuka pada pukul 3.18 petang waktu tempatan. Ia yang bernilai AS$5.5 bilion (RM17.5 bilion) bakal meningkatkan sektor perlancongan sekali gus menjadi pusat peralihan perjudian dari Barat ke Asia.

Pengerusi Las Vegas Sands, Sheldon Gary Adelson memberitahu, penduduk Asia melihat perjudian sebagai satu hiburan manakala penduduk Barat lebih gemar berbelanja untuk makanan atau keluar dengan teman.

Kasino pertama Singapura, Resorts World Sentosa yang bernilai AS$4.4 bilion (RM14 bilion) dibina oleh Kumpulan Genting Malaysia dan dibuka pada 14 Februari lalu.

Kasino Marina Bay Sands yang setinggi empat tingkat itu mempunyai 600 meja judi, 1,500 mesin slot dan lebih 30 bilik perjudian peribadi.

Seorang rakyat Malaysia Lee Kim Lian, 68, menyatakan dia tiba kelmarin dengan wang tunai sebanyak S$10,000 (RM23,260) untuk bermain judi. – AFP


Ulasan GB

Demikian, apabila hukum Tuhan dicabar, bumi Tuhan dijadikan tempat mengingkari perintahNya, maka datanglah kafarah...

Suasana ini, bakal menimpa Malaysia, apabila Najib dan UMNO dengan angkuh dan sombong melawan hukum Tuhan, meluluskan lesen judi. Tunggu dan lihat.


Kelantan Fiesta 2010: Hujan Iringi PM Terbang Awal

Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.

Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.

MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'. Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.

Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu. Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.

Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.

Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Tinggal-lah anak buah terkial-kial, bagai kucing jatuh ke air. PM perlu dielak atau patut mengelak dari tempias peristiwa upset ini. Biarlah hujan menguasai malam dan sejarah dirakam seperti kehendak Pencipta.

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.

Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka, tersurat atau tersirat.

Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.

Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.

Termasuk solat hajat royalti minyak. Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.

Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.

Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu. Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.

Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.

Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.

Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

~Husam Musa

Sultan Brunei ceraikan bekas wartawan TV3 talak satu



BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang ini.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Istana Brunei 8 malam tadi. Ia diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pukul 8 malam tadi.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010 (hari ini),” kata beliau dalam kenyataan yang diperoleh dari laman http://www.rtbnews.rtb.gov.bn malam ini.

Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz, 30, pada tahun 2005.

Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik.

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing lahir pada 2006 dan 2008.

Azrinaz Mazhar selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005.

Majlis akad nikah berlangsung dengan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

-malaysianinsider-

9 Sebab Mengapa Karnival K'tan Gagal.. Royalti Minyak?


KOTA BHARU, 16 Jun 10: Harakah melaporkan, sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Dikatakan gagal adalah kerana antaranya 9 sebab...

Pertama: Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Kedua: Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib. Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ketiga: Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Keempat: Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap. Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau (Datuk Takiyuddin Hassan) yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Kelima: Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Keenam: Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ketujuh: Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung. Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Kelapan: Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan banting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

Kesembilan: Komen Blog Ibnu Hasyim, kegagalan ini juga disebabkan rakyat mula menzahirkan kebencian mereka kepada pemimpin BN yang menzalimi rakyat Kelantan dengan merampas royalti minyak.

Oleh itu, hukumlah BN melalui PRU 13 akan datang. Tolak terus BN dan sekutu-sekutunya. Allahu Akbar! (2MA)

Rabu, 16 Jun 2010

Dadah: Nasib Saiful Apek Ditentukan Esok


PETALING JAYA: Nasib pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang kini masih direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan diketahui esok.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada sebelah pagi.

"Sama ada mereka dibenarkan diikat jamin akan ditentukan esok," katanya.

Hari ini, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya dilanjutkan sehari lagi.

Sebelum ini, mereka direman selama empat hari.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan sehari bagi membantu polis menyelesaikan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika mereka sedang seronok menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Beliau juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.

Ekuiti Bumiputra: Bagaimana UMNO Menipu Orang Melayu

Dr Jomo Sundram baru-baru ini menerangkan kepada kita betapa orang Melayu telah ditipu hidup-hidup oleh UMNO dan BArisan Nasional. Alasan menaikkan ekuiti Bumiputra sering digunakan oleh UMNO dalam memperjuangkan “Dasar Ekonomi Baru (DEB)”.

Namun, mengikut kajian Dr Jomo Sundram, pemegangan ekuiti Melayu telah membeku ke tahap 18-22% semenjak pertengahan 1980’an, yakni semenjak Malaysia mendapat Perdana Menteri yang bukan Melayu (Mahathir la, siapa lagi).

Bayangkan, kalau mengikut statistic umum:

Zaman sebelum Mahathir : Ekuti Melayu meningkat dari 4% kepada 18%
Zaman Mahazalim Memerintah : Naik turun antara 18 ke 22% untuk 30 tahun.

Mahazalim, gunakan DEB untuk macam DEB ni bapak dia punya.

MENGAPA INI BERLAKU?

Mahazalim dan UMNO memastikan saham-saham syarikat awam hanya diberikan kepada kroni-kroni beliau sahaja. MAnakala, majoriti orang Melayu hanya dapat melihat sahaja saham-saham yang begitu berharga ini disapu oleh kroni-kroni Mahathir dan pemimpin2 UMNO.

Kroni2 dan UMNOPUTRA ini kemudiannya akan menjual saham-saham ini untuk mendapat durian runtuh apabila saham-saham ini mula-mula masuk ke KLSE. Mereka menjual saham untuk mendapat keuntungan yang cepat.

Yang lagi best, sewaktu ekonomi Malaysia merudum pada tahun 1997, banyak kroni-kroni serta UMNOPUTRA telah “terpeleot” dan bangkrap kerana saham-saham mereka turun pada harga lebih murah dari gula-gula Hacks.

Mahazalim dan Daim telah menggunakan duit rakyat (dan duit Petronas) untuk membeli balik saham2 ini dengan harga asal (bukan harga semasa) demi menyelamatkan kroni-kroni beliau serta UMNOPUTRA.

Ertinya, bila kroni2 Mahathir dan UMNO bangkrap, rakyat Malaysia mesti selamatkan mereka. Waktu untung, kroni-kroni ini makan sorang-sorang manakala orang-orang Melayu hanya tengok sahaja.

Tak heranlah, mengikut data Bank Negara, Hutang Malaysia sekarang berjumlah RM378 ribu juta , yakni 53% dari jumlah pendapatan negara.

Segala saham dan kekayaan negara difaraid oleh Mahathir dan UMNO kepada kroni-kroni dan UMNOPUTRA sahaja. Rakyat hanya bertanggungjawab membuat “bail-out” apabila kroni-kroni ini kerugian.

Heran, Malaysia negara kaya, rakyat tak ramai, tapi boleh berhutang sampai RM378 ribu juta (billion).

Orang Melayu di Malaysia jadi seperti orang bodoh. Pendapatan perkapita orang Melayu masih rendah. Purata pendapatan sebuah keluarga Melayu tidak lebih dari RM3000 sebulan. Jumlah ni, nak makan pun tak lepas.

Pulak tu, orang Melayu kena tipu lagi melalui jalan lain oleh UMNO dan Mahazalim. Orang Melayu kena tipu dengan:

a. harga kereta yang 3x ganda harga pasaran,
b. harga rumah yang sengaja ditinggikan kerana mahu menjaga kepentingan kroni-kroni UMNO dalam bidang hartanah,
c. harga barang makananan yang semakin tinggi kerana menjaga monopoli pengimpot makanan yang rata-rata kroni UMNO dan BN,
d. gaji pekerja tidak pernah diusahakan untuk setara dengan kos hidup oleh kerajaan UMNO/BN dsbnya.

Wang simpanan hari tua kita seperti EPF juga digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroni. Maka, akhirnya, rakyat Malaysia dan orang Melayu hanya kuda tunggangan UMNO, Mahazalim serta UMNOPUTRA sahaja.

Sesetengah kroni Mahathir tu bukan orang Melayu pun i.e. Syed Mokhtar Al Bukhary contohnya bukan berbangsa Melayu. Dia bangsa sama dengan Mahathir kot.

~Tulang Besi


Jomo: Sasaran 30% ekuiti bumi tidak akan tercapai
Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

"Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

"Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada
awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

"Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera," jelasnya.


-malaysiakini-

PAS alternatif ganti Umno


UCAPAN dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-55 di Kelantan lebih memfokuskan kepada pembinaan kekuatan PAS.

Fokus ini ditekankan bukan kerana PAS tidak kuat sekarang ini. PAS diakui kawan dan lawan sebagai sebuah parti Islam yang menjadi teras dan harapan orang-orang Melayu, kuat serta dinamik.

PAS kini, berada di atas landasan yang betul iaitu PAS mesti menyediakan dirinya menjadi pengganti Umno, sebagai tonggak pemerintahan dalam negara.

Kita tidak bercakap soal rasis di sini. Soalnya ialah semua pihak harus menerima hakikat bahawa orang-orang Melayu merupakan kaum majoriti dalam negara, yang mempunyai suara yang lebih dan menjadi kaum penentu arus pemerintahan negara.

Oleh itu maka, parti yang mendapat sokongan terbesar orang-orang Melayu, maka parti itulah yang akan menjadi teras pemerintahan negara.

Sudah lebih 50 tahun Umno menjadi parti teras yang amat berkuasa dalam negara. Namun sejak Pilihan Raya Umum ke-12 2008 yang lalu, dominasi Umno sejak sekian lama sudah dihentikan rakyat.

Walaupun pentadbiran Umno bertukar Presiden, pemerintahan negara bertukar Perdana Menteri, namun sehingga kini, kedudukan Umno yang tercalar teruk masih tidak mampu dipulihkan.

Sebenarnya, Melayu sudah lama menunjukkan sikap menolak Umno. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-10 1999 memberi petanda bahawa Melayu sudah semakin menolak Umno.

Trend penolakan terhadap Umno dari kalangan Melayu, kekal pada PRU 2004 dan 2008. Menerusi perbandingan tiga PRU iaitu 1999, 2004 dan 2008, graf turun naik pengundi Melayu hanya di sekitar 5 peratus sahaja. Ini membawa makna, majoriti Melayu yang mengundi PAS dan pembangkang pada 1999 hingga sekarang, masih kekal dan tidak berubah.

Oleh kerana itu, jikapun diadakan PRU ke-13 dalam waktu yang terdekat ini, harapan Umno untuk mendapat undi lebih dari kalangan Melayu amat terhad dan terbatas.

Sebab dan punca penolakan orang Melayu terhadap Umno begitu banyak. Hakikat daripada penolakan ini ialah, Umno tidak lagi mendapat kepercayaan orang-orang Melayu untuk menjadi parti yang boleh diharapkan. Umno tidak lagi diterima menjadi parti yang melindungi kepentingan Melayu dan Islam dalam negara.

Dalam keadaan politik Malaysia yang disusun sedemikian rupa, maka tidak ada pilihan lain bagi PAS, selain memperkukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu atau 'Malay belt'.

Maka dengan itu, Presiden PAS dalam ucapan dasarnya, mengajak semua NGO Islam yang secara relatifnya dianggotai ramai kalangan orang Melayu, untuk bernaung di bawah PAS.

Hanya PAS yang boleh diharapkan untuk menjaga dan melindungi, bukan sahaja kepentingan Melayu-Islam, malah menjaga kepentingan semua kaum.

NGO harus sedar bahawa Umno tidak punyai masa depan dalam negara. Umno gagal bukan kerana idealismenya tidak baik untuk Melayu dan Islam, tetapi ia gagal kerana ia dianggotai oleh kalangan pemimpin dan ahli yang tidak memahami, serta tidak mengamalkan apa yang diperjuangkannya.

Umno tidak boleh diharap kerana ia ditunjangi oleh pemimpin dan ahli yang berkepentingan, korup dan rosak akhlak.

Dari sudut kepimpinan, amali perjuangan, disiplin dan akhlak, pemimpin PAS jauh mengatasi Umno. PAS berjaya melahirkan kepimpinan yang bersih dan berwibawa.

PAS harus bersyukur kerana sepanjang 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepenggal di Terengganu, sebelas bulan di Perak dan dua tahun di Kedah, kini, tiada pemimpin PAS yang boleh dipalitkan dengan rasuah atau salahguna kuasa.

Kualiti dan integriti ini harus dikekalkan. PAS tidak boleh menjadi seperti Umno yang penuh terpalit dengan kebusukan. PAS jangan jadi seperti Umno jika berkuasa sepenuhnya kelak.

Maka, pada Muktamar kali ini, PAS harus memperkukuhkan organisasi dan kepimpinannya. Menjadi parti teras yang menggantikan Umno.

Jauh di sudut hati kita, harus kita letakkan keyakinan bahawa PAS mampu menggantikan Umno. Jika Umno dan Barisan Nasional tewas pada PRU ke-13 nanti, Umno harus dibubarkan dan disimpan dalam muzium.

Dan jika ketika itu, jika orang-orang Umno mahu melihat Melayu terus kukuh dan menjadi tuan dalam negara, maka mereka tidak ada pilihan lain selain menyertai dan menyokong perjuangan PAS.

Maka Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-56 kali ini, merupakan platform terbaik untuk PAS membuat anjakan paradigma, menjadi parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara.
Related Posts with Thumbnails