Jumaat, 15 Januari 2010

Solat Sunat Gerhana

Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.
Definisi Kusuf dan Khusuf

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.

Hukum Solat Sunat Gerhana

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah Saws.jpg pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah Saws.jpg telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Waktu Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Cara solat

Gerhana Penuh Matahari

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :


Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81) Secara ringkasnya seperti berikut : A Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah ABaqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(SamiAllahulimanHamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

  • Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
  • Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
  • Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
  • Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang. ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir. iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh : i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah. ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu. iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.


atau

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir

Khamis, 14 Januari 2010

BUDAK KAMPUNG ONLINE: Bakar Gereja Masih Tiada Penyelesaian Dari Kementerian

Grombolan umnobn dilihat semakin terdesak dan akan cuba membersihkan imejnya yang tercalar. Sedang Hishamuddin Hussein (KDN) dan Musa Hasan (PDRM) sudah pun mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pembakaran gereja. Malah wajah suspek terang-terang sudah dikenali namun tiada tangkapan dibuat oleh pihak polis. Takkan tengah memilih suspek kot. Kalau ada rantaian kearah grombolan umnobn hangpa mungkin akan tukaq suspek lain.

Apa lagi tangkap dululah.. siasatnya kemudian...kah..kah.. Macam hangpa tangkap budak IPT yang menulis dalam Facebook, kononnya suspek membakar gereja dan kemudian melepaskannya kerana pelajar itu mengaku beliau hanya "main-main". Siapa yang kena main sebenarnya dalam hal yang boleh meletus ketegangan ini.


Dalam depa nak memantau laman sesawang sebagai mencari petunjuk siapakah dalang punca kejadian ini..Tup..Tup.. ada lagi kejadian menyimbah cat merah di sebuah gereja di Kota Tinggi. Kali ini mungkin penyimbah cat tidak tahu bagaimana membuat Molotov Cocktails. Serangan ke atas gereja itu adalah yang pertama di Johor, dan yang ke-10 di seluruh negara. Jelaslah disini bahawa kenyataan Hishamuddin Hussein sebelum ini yang menyatakan keadaan adalah terkawal adalah tidak tepat sama sekali. Mana dia NGO-NGO yang beriya-iya sangat mahu kawal gereja dari diserang. Tidoq ka.. bikin serupa cakap larr.. NGO-K.

Petikan dibawah di ambil dari laman sesawang MSO. Aku cuba memahami maksud MSO. Tetapi aku tak paham juga... kah..kah..kah..

  • "Saya teringat apa yang pernah diucapkan oleh seorang pensyarah media massa semasa belajar dulu. Katanya seorang pemberita kena mencari berita dan pandai menulis berita. Kalau seharian itu kamu tidak mendapati apa-apa berita maka hendaklah kamu mereka berita untuk membolehkan hari itu kamu mempunyai sebarang berita. Seorang kawan dari Indonesia, asal Medan pula pernah menceritakan bagaimana dia kebuntuan berita suatu hari. Akhirnya dia membakar sebuah rumah kemudian menulis berita kebakaran itu. Berita itu lumayan disiarkan sebagai berita utama? Jadi berita yang ditulis dan gahkan namanya hari itu berita yang dia kreat sendiri."

Siapa ekk yang mulakan dahulu. Aku pun tak kenal mamat nih.

  • Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok yang juga menteri kanan di dalam Kabinet BN sekarang adalah seorang Kristian dari Sabah. Seperti mana yang dilaporkan di dalam sebuah portal Internet di negara ini, Dompok adalah orang yang merayu kepada Kementerian Dalam Negeri pada 24 Januari 2009 untuk membenarkan Herald menggunakan kalimah 'Allah' sehingga mahkamah memutuskan keputusan tentang perkara ini.

(Moral: Jelaslah grombolan umnobn kini begitu tertekan dalam menghadapi kesan dari provokasi mereka keatas isu kalimah Allah serta pengeboman dan pembakaran gereja kristian. Rakyat kini menjadi bimbang jika dibiar tanpa penangkapan segera tidak mustahil akan memungkinkan lebih banyak kejadian seumpama akan berulang)

~
BUDAK KAMPUNG ONLINE: Bakar Gereja Masih Tiada Penyelesaian Dari Kementerian

Rabu, 13 Januari 2010

Melihat Alam Roh

Saya ada saorang abang, abang saya ada saorang anak lelaki yang kini sudah berusia 21tahun, nama anak sedara saya Abdullah , bapanya yaitu abang saya bernama mohammad. cerita yang saya sampaikan ini adalah benar, dan bukan rekaan, semenjak berusia setahun anak sedara saya selalu menangis dan selalu dalam ketakutan, kemana saja ia pergi perlu berteman dan ditemani, dan apabila usianya menjangkau 5 tahun, sudah petah berkata kata apabila ditanya oleh ayahnya kenapa selalu merasa takut. anak sedara saya mula bercerita mengapa dia selalu dalam ketakutan, anak sedara saya mendakwa dia dapat melihat berbagai mahlok halus termasuk roh manusia yang telah kembali kealam barzah.. pada mulanya kami tidak mahu percaya, pada pemikiran kami yang daif ini, kami yakin anak kecil ibarat kain puteh bersih dan tiada dosa, itu sebab anak kecil boleh melihat alam ghaib. dan kami juga yakin apabila anak sedara semakin dewasa mencapai akal balih ianya akan hilang dengan sendirinya, ternyata sangkaan kami tidak benar malah sebaliknya, apabila usianya 12 tahun pandangan matanya semakin jelas, dan apabila usia anak sedara saya mencapai umur 18 tahun, penglihatanya semakin membimbangkan, pada usia 18 tahun saya rasa anak sedara saya sudah cukup dewasa untuk memahami apakah masaalah yang dihadapi sebenarnya. menurut cerita dari anak sedara saya, dia bukan saja dapat melihat mahlok halus tapi dapat mendengar suara mahlok halus tak kira apa jenis dan bentuk mereka.

Kini usia anak sedara saya sekarang sudah mencapai usia 21tahun. hijap matanya semakin terang mantap dan jelas malah semakin menganggu kehidupan sehari hari, contohnya kemana saja ia pergi, pasti akan terserempak dengan mahlok halus dan roh manusia yang berkeliaran disana sini. Kata anak sedara saya dia selalu melihat mahlok halus dari asal bangsa jin sangat suka memperkosa roh manusia yang jasadnya masih hidup terutama wanita, bangsa jin suka menganggu manusia dan selalu suka memasuki tubuh manusia sesuka hati mereka. Menurut cerita anak sedara saya lagi, Mahlok2 halus seperti jenis Pontianak, hantu raya, jin, penanggal dan pocong suka mendatangi manusia bercampur manusia, hidup disekeliling manusia. dan yang paling kerap menganggu adalah mahlok halus jenis pontianak dan pocong. Kerana menurut cerita pocong & pontianak adalah asal daripada roh2 manusia yang berkeliaran tiada bertempat kerana tidak dapat kembali kepangkuan tuhan zat wajibal ujud yang bernama allah. Dan kata anak sedara saya lagi ada juga roh2 manusia yang telah kembali/meningal datang kepadanya. maksud saya roh2 manusia yang berkeliaran meminta pertolongan kerana sengsara hidup dialam kubur amat dashat.

Pada satu hari dibulan October tahun lepas, abang saya dan saya ada membawa anak saudara saya berjumpa saorang imam, bernama ahmad bin mohammad. imam ahmad bekerja disebuah masjid berdekatan rumah kami. imam tersebut juga adalah saorang ustaz yang mengajar agama dimasjid tersebut, kami ceritakan masaalah kami tentang keadaan mata anak sedara saya pada ustaz ahmad. dan setelah mendengar semua cerita dari kami, ustaz tersebut terus berdoa mengankat ke2 belah tangan kemudian berkata2 kepada kami, anda percaya kepada kebesaran allah taala ? satu soalan yang benar2 membuat kami merasa heran dan bingung.

kata abang saya pada ustaz tersebut, itu kami percaya ustaz, tapi apa maksudnya. tanya abang saya. Begini kata ustaz ahmad, allah taala telah mengurniakan kepada anak kamu satu kelebihan yang jarang2 ada pada manusia didunia ini, angaplah ia sebagai satu pemberian kurniaan dari allah untuk kamu semuga kamu semua sentiasa merasa insaf dan senantiasa mengingati allah. dan selagi masih hidup carilah jalan pulang, Kata ustaz itu lagi, kamu bertanyalah pada anak kamu, bagaimanakah keadaan kehidupan dan keadaan alam barzah. anak kamu telah banyak melihat alam kebesaran milik lilahi taala, Kami berdua serta anak saudara saya tercengang sambil melihat ustaz tersebut. Kami terkejut kerana ustaz ahmad sedikitpun tidak merasa heran atau terkejut setelah mendengar cerita dari kami.

Kemudian abang saya bertanya ustaz ahmad lagi, ustaz bagaimana dengan pengakuan dan dakwaan yang anak saya Nampak mengenai mahlok halus yang berkeliaran hidup bercampur manusia dan memperkosa manusia ? Adakah itu benar atau permainan iblis untuk menyesatkan mata manusia seperti mata anak saya. Kata ustaz ahmad, segala apa yang anak kamu Nampak adalah benar dan semuanya kerana dengan keizinan dari allah, kata ustaz itu lagi, allah mahu manusia merenungkan seketika sebelum manusia kembali kealam barzah. kemudian abang saya bertanya lagi pada ustaz ahmad. begini ustaz, kata anak saya apabila dia menziarahi kuburan, mata anak saya dapat melihat nyawa atau roh manusia, dan kebanyakan mereka duduk diatas kubur masing2, kata anak saya dia dapat melihat ada roh2 manusia yang pakaiyan dan wajahnya dah hancur wajah bentuk badan dan keadaan mereka amat menyedihkan, ada pula pakaiyan dan rupa mereka masih elok, maaf ya ustaz, saya masa dulu2 masa kecil, ada juga belajar agama dikampong, guru ngaji saya ada bercerita, kata guru ngaji saya semua roh manusia yang telah meningal dunia telah kembali pulang kepangkuan allah. setahu sayalah roh2 manusia setelah meningal dunia akan kembali kerahmahtullah, yaitu pulang kepangkuan allah, bagaimana boleh jadi begitu, harap ustaz dapat jelaskan, Tanya abang saya lagi pada ustaz ahmad.

Begini nak, memang sukar untuk dijelaskan jika akal fikiran belum sempurna, tapi oleh kerana terlanjur anak kamu telah diberi izin oleh allah dan rassulluloh untuk melihat alam barzah, saya akan jelaskan, walaupun saya tahu kamu bertiga dan juga jutaan manusia tentu tidak akan mempercayainya. Tetapi itulah hakikat yang sebenarnya, memang lumrah manusia selagi belum merasa sendiri alam kematian kita tidak akan mempercayainya, itulah manusia namanya. Saya dan abang saya semakin bingung, dengan penjelasan dari ustaz tersebut. Dipendekkan cerita abang saya bertanya lagi, ustaz maaf ya, saya ada satu soalan, menurut cerita dari guru agama saya mahlok2 halus yang ada dikuburan adalah jelmaan dari jin, tujuanya untuk menipu dan menyesatkan manusia adakah itu benar.. Jika benar adakah mata anak saya sedang dipermainkan oleh iblis dan jin.

Dengan tersenyum ustaz ahmad berkata kepada kami, sebenarnya alam kuburan atau dikawasan kuburan adalah tempat sementara bagi roh2 manusia sehingga tiba hari kiamat, tempat kuburan disebut ibaratkan seakan shurga dan neraka bagi roh2 manusia. Jika diterima amalan simati maka berbahagialah roh simati, tetapi jika amalan simati semasa hidupnya ditolak oleh allah, maka akan sengsaralah rohnya dialam kubur. Tugas iblis dan jin adalah untuk merosakkan amalan dan akidah manusia yang masih hidup, bukan roh manusia yang telah kembali. iblis dan jin sudah tiada kepentingan terhadap roh2 manusia yang telah mati dikuburan, kerana roh2 yang telah kembali kealam barzah, segala amal ibadahnya didunia ini telah putus dan allah tidak akan menghitung lagi roh2 manusia yang telah mati, sehinggalah hari kiamat tiba. percayalah apa yang anak kamu Nampak adalah benar, sesungguhnya semua yang diperlihatkan oleh allah melalui mata anak kamu dikuburan adalah benar itulah roh2 manusia yang telah kembali kerahmahtullah. Dan bukan dari jelmaan jin dan iblis. tetapi sayang dan sedih sekali kebanyakan roh2 manusia tidak dapat kembali kepangkuan allah kerana tidak mengambil janji daripada allah untuk kembali kepadanya yaitu kembali kepada tuhan yang bernama zatwajibbalujjud yang bernama allah. menurut penjelasan dari ustaz ahmad lagi, untuk sesaorang manusia untuk dapat kembali kepangkuan allah bukanya perkara mudah, mengambil janji untuk kembali kepada tuhan bernama allah amat penting untuk sesaorang dapat kembali kepada penciptanya. malah amalan sembahyang, berpuasa, zakat\fitrah, dan haji belum tentu dapat membantu. kata ustaz ahmad lagi, ramai manusia terlalu yakin, apabila 5 rukun islam yang wajip telah kita sempurnakan maka shurgalah tempat kita kembali, itu sebab allah dan rassulluloh mengizinkan manusia manusia pilihannya didunia melihat alam barzah untuk direnungkan bagi mereka yang percaya sebelum manusia kembali kerahmahtullah yaitu pulang kepangkuan allah.

Abang saya sempat bertanya lagi bagaimana ustaz boleh tahu dan confirm dikuburan adalah roh2 manusia dan bukan jin dan iblis yang berkeliaran. Sambil tersenyum ustaz ahmad berkata kepada kami, mata dia juga telah dikurniakan oleh allah untuk melihat alam ghaib milik allah. kata ustaz ahmad kali pertama matanya melihat alam ghaib milik allah ketika berumur 7tahun, sejak itu dan sehingga kini allah masih mengizinkan matanya melihat alam ciptaan ilahi dan kebesaran ilahi, Kata ustaz ahmad dia tidak mahu memberitahu orang hajam kerana akan menjadi kecoh dan boleh merosakan akidah, walaupun dia saorang imam masjid dan guru agama, biarlah rahsia milik allah menjadi rahsia melainkan jika ada manusia yang sudah sempurna akal fikiranya dan beriman pada hari kiamat serta yakin akan kebesaran milik allah. kata ustaz ahmad lagi biarlah manusia itu sendiri merasa sendiri alam kematian baru mereka akan tahu kesudahanya nanti, kata ustaz ahmad lagi kebanyakan manusia selalu berkata alam barzah alam kematian adalah urusan allah, manusia tidak berhak mencampuri urusan allah, biasalahtu dah kembali baru tahu belum kembali bedek lahtu semua. Kata ustaz ahmad sambil bergurau pada kami. Lagi pun alam ghaib tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan hanya segelintir manusia saja dapat melihatnya. Kalau diceritakan siapalah nak percaya. Tetapi jika ada manusia yang menuntut ilmu kebatinan mungkin mereka juga dapat melihatnya dengan izin allah.

Sekian dari saya, mungkin dilain masa jika ada kesempatan, saya akan menceritakan beberapa pengalaman terbaru saya bersama anak saudara saya. Contohnya Salah satu pengalaman yang saya sukar untuk dilupakan, apabila ayah saya meningal dunia tahun lepas kerana sakit tua, ayah saya berusia 69tahun, ayah saya adalah saorang ketua rumahtangga yang bertangung jawap terhadap keluarga, dari kacamata kami ayah saya telah menyempurnakan kewajipanya sebagai suami dan ayah pada keluarganya, amal ibadahnya sempurna, tetapi apabila anak sedara saya memberitahu saya arwah datoknya sampai saat ini masih ada dirumah, amat berat untuk diterima akal dan hati, memang mustahil manusia yang sebaik ayah saya tidak dapat kembali kepangkuan allah setelah kembali kealam barzah, saya dan abang saya ada bertanya ustaz ahmad, adakah benar anak lelaki abang saya berkata benar, atau itu hanya permainan jin yang suka menyesatkan akidah manusia yang beriman, sekali lagi ustaz ahmad memberitahu kami anak sedara saya tidak berbohong, apa yang anak sedara kami Nampak adalah benar. Malah untuk meyakinkan kami ustaz ahmad bersedia membantu membuka hijap mata kami untuk melihat sendiri sementara alam kehidupan sesudah mati. Mungkin bagi kebanyakan manusia kisah sebegini tidak benar malah mengarut, tentu ramai yang akan mentertawakan cerita sebegini, ketawalah sepuas puasnya bagi mereka yang tidak beriman pada kebesaran allah taala, dahulu saya juga berkata begini, merepek, mengarut, tak boleh dipercayai dan boleh menyesatkan akidah, tetapi apabila allah taala telah mengizinkan mata kami melihat kebesaranya, ternyata segala apa yang selama ini anak sedara saya katakan, kini kami pula melihatnya, astafirloh allazim, kami reda dan kami insaf. terpulang anda diluar sana, kerana disuatu masa kita semua akan kembali, menyusuli manusia2 yang telah dulu kembali kealam barzah. Tentang kebenaranya lihatlah sendiri kebesaran ilahi dan hanya allah saja yang maha mengetahuinya, waulohuallambisawap. jika ada salah dan silap saya mohon seribu kemaafan, tiada niat dihati untuk menyingung perasaaan sesiapa diluar sana. cerita dari saya bukan untuk anda mempercayai, tapi renungkanlah, kerana kita semua pasti akan kembali.

~Oleh: Sulaiman Adam

Selasa, 12 Januari 2010

Bom Gereja: Media Kerajaan Wajar Dipersalahkan - Anwar Ibrahim

Oleh Ali Bukhari Amir

KUALA LUMPUR : Propaganda Umno berteraskan perkauman sempit terutamanya ketika berdepan isu penggunaan kalimah Allah serta retorik media kongkongan kerajaan seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan serangan ke atas gereja baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam suatu kenyataan media baru-baru ini menarik satu kesimpulan dalam hujahnya ketika merujuk kisah Saidina Umar r.a yang mengunjungi Gereja Holy Sepulcher pada 638 Masehi.

"Ketika membuat lawatan itu, beliau (Umar r.a) menggesa umat Islam agar menghormati rumah ibadat penganut agama Kristian.

"Oleh itu, adalah tidak munasabah apabila pihak polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara," kata beliau.

Tambah Anwar, api kebencian ini boleh dituding kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno.

Provokasi mereka, menurut beliau, bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau terharu dan gembira kerana serangan itu turut dikecam keras oleh organisasi Islam.

"Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan," katanya.

Kejadian mutakhir ini, kata Anwar, menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama.

"Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan supaya dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara.

"Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini," kata Anwar.

~Era Pakatan

Isnin, 11 Januari 2010

Tania Hudson

Tuah Tania

Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


Tania Hudson

Bersyukur diberi peluang kedua teruskan kembara seni selepas bertarung nyawa dengan penyakit pendarahan otak

KETIKA artikel ini ditulis, adik kepada Natasha Hudson ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Mayang Mengurai yang bakal menemui penonton slot Lagenda TV3 dan TV9 malam ini. Drama yang diadaptasi daripada cerita dongeng ini menjadi pembuka jalan yang baik pada tahun ini buat Tania Hudson, 24.

Biarpun sudah lama membabitkan diri dalam dunia seni, Tania masih menganggap dirinya masih hijau dalam kembara seni yang baru bermula ini. Dan seperti kebanyakan manusia lain, Tania juga sering diuji hingga membantutkan minatnya dalam lakonan.

Menyedari bukan semua orang diberi nikmat dan peluang kedua yang sewajarnya dihargai, lalu, hembusan udara yang sedang disedutnya kini menjadi ruang untuk dirinya bermuhasabah diri dan meneruskan kehidupan mendatang. Ini termasuk meneruskan cita-citanya dalam bidang lakonan dan peragaan.

“Sesiapa pun yang berada di tempatnya pasti akan memanjatkan kesyukuran kerana Tuhan masih memberi ruang untuknya menghela nafas lagi. Tahun lalu saja, saya diuji dengan ujian yang cukup perit hingga perlu bergelut dan bertarung nyawa tatkala berdepan dengan masalah pendarahan otak yang dihadapi sejak Mac lalu.

“Saya tidak mahu mempersiakan peluang ini untuk terus melakar impian sebagai pelakon. Sudah lama impian saya untuk memenuhi ruang seni terbantut. Semuanya seperti rahmat dan saya harus mengambil peluang yang terbentang di depan mata ini serta lakukannya sebaik mungkin.

TANIA mendapat dorongan dan sokongan kakak serta ibunya untuk bergelar anak seni.

“Ia seperti simbolik memulakan fasa kehidupan baru untuk saya. Sebolehnya, saya mahu terbang tinggi dengan usaha sendiri. Saya berlakon kerana minat yang sangat mendalam dan secara kebetulan kakak saya juga mengikuti laluan kerjaya yang sama,” katanya yang mendapat sokongan yang jitu daripada kakak dan ibunya untuk menjadi anak seni.

Bercakap lanjut mengenai penyakit berkaitan otak dipanggil Arteriovenous Malformation (AVM) yang menyerangnya secara tiba-tiba, ia hadir tanpa sebarang simptom tertentu. Dia yang turut menghidap asma berkata, penyakit itu jarang berlaku kerana ia bukan diperoleh secara genetik atau diwarisi.

“Penyakit ini bukan saja boleh menyerang otak, malah saya dapat tahu, ia turut menyerang bahagian badan lain seperti jantung. Atas saranan doktor, saya tak boleh melakukan sebarang kerja yang boleh memberi tekanan. Oleh kerana penyakit yang saya alami, banyak benda yang saya lakukan hanya separuh jalan.

“Begitu juga dengan bidang pendidikan. Mungkin selepas stabil dalam bidang seni, saya akan mempertimbangkan hasrat untuk menyambung kembali pengajian di dalam bidang pemasaran fesyen,” katanya yang pernah menuntut dalam bidang itu di Raffles Design Centre, Kuala Lumpur.

Ketika ini, Tania masih dalam peringkat mengambil langkah berjaga-jaga dan belum pulih sepenuhnya. Malah pelawaan kali pertama untuk sesi fotografi bersamanya juga terpaksa ditolak kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pelawaan kali kedua disambut dengan tangan terbuka. Apa yang mampu disimpulkan, cukup mudah bekerjasama dengannya dan semestinya pengalaman dalam bidang peragaan banyak membantunya untuk memberikan pose menarik buat tatapan pembaca Berita Harian.

“Perjalanannya saya masih jauh dan lumrah kehidupan pasti ada ujian dan halangan yang mendatang. Ibu dan kakak antara insan yang cukup bermakna dalam hidup saya. Tanpa mereka, saya mungkin tidak akan terus tegar meneruskan kehidupan ini. Kakak pun banyak berkongsi pengalaman dan petua,” katanya.

Mahu elak sindrom cinta VIP

BERITA menarik untuk si jejaka yang mungkin menaruh perasaan terhadapnya, diumumkan Tania masih solo dan tidak terikat dengan sebarang komitmen cinta. Malah, saat diusik dengan soalan bersedia untuk menjadi tumpuan lelaki kaya dan bergelar VIP, Tania hanya memintas sambil ketawa penuh makna.

“Saya sering hairan dan ketawa sendirian kalau soalan berkaitan lelaki VIP diajukan kepada saya. Tidak pernah terlintas di hati saya untuk menjadikan bidang seni sebagai batu loncatan mendekati lelaki sebegitu. Apatah lagi, jika lelaki yang sudah mempunyai gelaran sebagai suami orang.

“Sekalipun saya tidak menjadi anak seni, saya akan cuba menjauhi perkara terbabit. Minta simpanglah. Tapi yang jelas memang saya belum berpunya. Malah saya pernah mengusik teman, kalaulah saya sudah berteman, saya pastinya akan membuat kenduri kesyukuran.

“Kalau zaman dulu, setakat cinta monyet itu semua orang mungkin pernah lalui. Begitu juga saya. Masa itu, saya hanya ada kawan rapat yang sangat baik. Malah, perasaan itu tidak ke mana pun. Hanya seronok dan syok sendiri. Saya belum pernah merasai nikmat perhubungan yang serius. Mungkin saya masih terlalu muda,” katanya yang menjadi artis naungan Metrowealth (MIG) sejak Ramadan tahun lalu.

Profil

Nama penuh: Tania Nadira Hudson

Nama komersial: Tania Hudson

Tarikh lahir: 7 Oktober 1985

Umur: 24 tahun

Pembabitan: Bermula dengan bidang komersial sejak usia 18 tahun

Iklan yang dibintangi: Kamera Ixus, F&N, Hotlink, Seawhite Skincare

~Berita Harian

BUDAK KAMPUNG ONLINE: Prasangka Sental: Dah Padam Ka Api


Terus Sental kepala otak musa hasan. Awat lambat sangat memadam api permusuhan kaum yang di bentuk sejak 52 tahun demi memenuhi agenda politik yang rakus.. Bomba sibuk, tengah dok padam api kat gereja...kah..kah. Bila anak kecil leka bermain api, nanti terbakar diri hangus macam zambri kadiaq... kah..kah..kah. Takkan dok tengah mencari kambing hitam yang berkeliaran. he..he..

Hangpa boleh selesaikan kes bom tangan di penang 2 hari. Rompakan kedai emas di terengganu 1 hari. Potong kepala 24 jam. Pantas hangpa buat kerja. Bila kekalutan sebegini melanda, banyak pula alasan. Kurang kakitangan untuk memantau. Awat teruk sangat. Adakah depa semua ditugaskan mencari Raja Petra, memantau ceramah-ceramah agama, atau tengah bergelek di clubbing.

Ini bukan orang biasa yang membuat Molotov Cocktails, sekurang-kurangnya orang ini ada pengetahuan bagi mengadun campuran bahan letupan klasik itu. Orang ini juga mesti ada pengalaman bagaimana nak goncang, cucuh dan baling ke arah yang tepat. Bukannya goncang hork duduk alik bawah... kah..kah....nyamann... Rujuk sini>>>

Dahulu pacuan 4 roda SPRM yang dok parking pernah dibaling dengan bom klasik Molotov Cocktails. Puncanya kerana kes kematian Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang mendapat publisiti buruk ketika itu. Bagi mengucarkan keadaaan, bom ini singgah sampai enam buah botol molotov cocktail... kababoomm... Pandai hangpa mengalihkan isu dan menakutkan seluruh rakyat selangor... Rujuk sini>>>

Adakah rentetan peristiwa hari ini melibatkan kumpulan samseng yang sama mengambil kesempatan diatas isu kalimah allah?. Kalau samseng nampak profesional sikit. Sebab apa yang dibuat bukannya semberono. Mesti ada perancangan yang khusus. Jika melibatkan kumpulan samseng, siapa pulak yang mempunyai kabel yang kuat kepada samseng-samseng ini?. Apa... Ah Hon? Arghhh!!! BK Tan kot...? Siapa pula yang ada no hand phone orang tertinggi menghantar SMS berbaur hasutan. Arghh!!! bukan lah.. Wajib Klik>>>

Benar kejadian ini telah menggugat kestabilan politik 1 Malaysia. Jika najib bersungguh mahukan kestabilan serta keharmonian, beliau haruslah memandang berat isu ini. Perlu bertindak segera. Bukan buat pengumuman bagi setengah juta pada gereja lepastu kembang hidung. Panggil menteri-menteri berkenaan, kuda-kuda tunggangan yang berkaitan bawalah bersemuka dengan bishop katolik ini untuk menyelesaikan secara aman. Barulah jantan. Jika najib hanya menyandarkan kepada mahkamah seperti kenyataan dibawah, usah terkejut jika selepas ini masjid pula menjadi sasaran. Jangan jadi ayam betina mengeram teloq...

"Kita perlu mengambil sikap bahawa perkara ini perlu diselesaikan melalui mahkamah secara baik.. kita sepatutnya tidak menaikkan tahap ketegangan di negara ini. Tapi walau apapun, pihak berkuasa sentiasa bersedia dan saya berharap jika ada orang yang mahu menunjuk perasaan, ia tidak akan merebak sehingga menjadi sesuatu yang amat serius..." -Najib Razak

BUDAK KAMPUNG ONLINE: Prasangka Sental: Dah Padam Ka Api
Related Posts with Thumbnails