Sabtu, 27 November 2010

Umno gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


Wan Azizah (kanan) bersama suami dan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. — Gambar oleh Jack Ooi
PETALING JAYA — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Umno gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Presiden PKR itu juga berkata sokongan orang Melayu terhadap Umno kini semakin menurun, malah gelombang sokongan orang bukan Melayu sudah beralih ke Pakatan Rakyat.

“Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Gelombang sokongan orang bukan Melayu, rakyat Sabah dan Sarawak pula kini sudah beralih ke Pakatan Rakyat.

“Sesungguhnya, mereka telah gagal melaksanakan amanah rakyat untuk membina negara Malaysia yang bermaruah, mempamerkan keadilan Islam, menerapkan ajaran Islam dan gagal memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Pelaksanaan undang-undang kerajaan sentiasa tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut selera mereka,” kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.

Dr Wan Azizah menegaskan isu survival Melayu dan agama Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika melihat melalui teropong Umno.

“Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

“Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam dan ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat.

“Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah, barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat,” katanya.

Menurut Dr Wan Azizah, PKR menerusi Pakatan Rakyat mahu mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama di negara ini.

“Bagi kita PKR dan Pakatan Rakyat, kita mahukan wujudnya sebuah masyarakat majmuk yang dapat hidup bersama dengan saling lengkap melengkapi dan bekerjasama ke arah negara yang makmur dan aman damai.

“Islam yang sebenar mengajar umatnya agar bersikap adil, sederhana dan sentiasa menghormati bangsa dan agama lain,” katanya.

Oleh yang demikian, beliau menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini agar tidak diperkotak-katikkan oleh Umno.

“Oleh yang demikian, kita menyeru kepada seluruh orang Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotakkatikkan oleh Umno dengan mengatakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah oleh Pakatan Rakyat.

“Kita juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas serta tidak keliru dengan dakwaan mereka.

“Jelas terbukti bahawa Umno-BN telah pun mengkhianati mereka di masa silam. Apakah yang dapat menjamin mereka tidak akan berlaku curang lagi di masa hadapan jika amanah kuasa terus diberikan kepada mereka?” kata bekas ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Beliau berkata hasrat itu kini semakin menjadi kenyataaan apabila melihat orang bukan Melayu tidak lagi fobia terhadap Islam.

Nurul Izzah Anwar, sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya hari ini. — Gambar oleh Jack Ooi
“Perkara ini sedang menjadi kenyataan, masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihan raya, selepas sekian lama.

“Umno telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata Umno ditolak rakyat di negara ini disebabkan kemungkaran dan kezaliman yag dilakukan pemimpin sendiri.

“Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu tetapi Umno ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri.

“Perjuangan pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat, asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.

“Malah amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa,” katanya.

Beliau berkata Umno ditolak rakyat di negara ini disebabkan kemungkaran dan kezaliman yag dilakukan pemimpin sendiri.

“Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu tetapi Umno ditolak hasil dari segala kemungkaran dan kezaliman diri mereka sendiri.

“Perjuangan pemimpin Umno bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat, asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.

“Malah amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa,” katanya. ~TMI~

Isnin, 22 November 2010

RM300,000 lesap di Internet sebulan



Kosmo | Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ahad, 21 November 2010

Isu Felda: Bapak dan Anak Akan Berlawan

SHAH ALAM, 21 Nov — Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan Bapak yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Bapak di sini hari ini.

Kini, pemimpin PAS mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.

Presidennya ialah Mazlan Aliman merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan ia mempunyai ahli seramai 2,000 orang. Ia telah mengadakan konvensyen nasional pada 20 Februari lalu di Jerantut, Pahang.

Dipetik Bernama, Ahmad berkata, Bapak dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan

berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya, Bapak merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan Bapak sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Katanya Bapak yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di sini, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimili, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan Barisan Nasional (BN) agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka. -TMI

Pelajar Lakukan Seks di rumah

AMBIL KESEMPATAN... Adila musnahkan kerpercayaan ibu bapa.

HMetro | Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.

Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.


KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”

Ayu Raudhah sibuk buat persiapan kahwin




Sinar Harian | Nama Ayu Raudhah kini semakin menjadi sebutan. Bukan hanya kerana lakonannya berkesan, tetapi kisah cintanya bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zaquan Adha, yang lebih mendapat perhatian.

Bagai sudah tertulis, Ayu dan Zaquan, yang telah pun mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu, kini sedang mengira detik untuk bergelar suami isteri. Tarikh keramat itu bakal berlangsung hanya kurang dua bulan lagi.

Malah, Ayu yang ditemui pada majlis anjuran Astro Warna baru-baru ini, kelihatan sangat bahagia dengan status sebagai tunangan orang.

Jelas Ayu, dia kini sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya.

“Alhamdulillah, saya dapat meniti hari-hari bahagia saya dengan tenang. Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, tetapi pada masa yang sama saya juga perlu siapkan kelengkapan perkahwinan. Saya buat sikit-sikit kerana masa yang terhad. Harapnya nanti semua akan okey,” katanya.

Seperti ada yang panas punggung melihat kebahagiaan anak jati Kedah ini, Ayu masih lagi dikaitkan dengan kisah rumah tangga bakal iparnya, Aidil Zafuan bersama pelakon cantik, Rita Rudaini.


Enggan dikaitkan dengan rumah tangga Rita

Menurut Ayu, dia sering kali menjadi mangsa keadaan walaupun tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kes rumah tangga Rita dan Aidil.

“Saya tak tahulah sampai bila cerita ini akan berterusan. Saya harap sangat saya tidak dikaitkan dengan kisah itu, kerana sememangnya saya tidak tahu apa-apa mengenainya.

“Bagi saya, urusan mereka, biarlah diuruskan oleh mereka sendiri tanpa melibatkan saya. Saya sedih apabila ada orang seakan menuduh sayalah punca segala-galanya,” katanya yang akan tampil dengan filem Nur Kasih tidak lama lagi.

Menurut Ayu, dia orang luar dan bercinta dengan Zaquan.

"Saya bahagia bersama Zaquan dan saya tak mahu ada orang salah anggap lagi. Saya harap sangat, cerita ini berhenti di sini," katanya.

Tambahnya, kemelut berlaku terhadap kembar tunangnya itu adalah rahsia rumah tangga dan orang luar tidak berhak memberi sebarang komen.

“Saya tak mahu lagi fikirkan soal itu. Apa yang penting, pada masa singkat ini, saya akan sibuk dengan penggambaran drama dan akan berlakon filem di bawah arahan Afdlin Shauki. Saya berharap ia tidak akan berulang,” katanya.

Pada masa sama, Ayu yang akan berangkat ke Singapura kerana terlibat dengan sebuah produksi di sana bersyukur dengan apa yang diterimanya sekarang.

“Tak sangka, walaupun ada banyak kontroversi melibatkan saya, tetapi ada penerbit yang masih percaya pada bakat saya. Saya juga berbangga kerana dipilih menjadi pelakon utama untuk sebuah drama di Singapura.

“Drama berjudul Empire mengisahkan seorang gangster. Walaupun tidak memainkan watak gangster, tetapi saya berbangga dapat bekerjasama dengan produksi luar,” katanya lagi.
Related Posts with Thumbnails