Ahad, 20 Jun 2010

Rosnah: Tiada pergeseran dalam Puteri Umno

Dakwaan berlakunya pergeseran dalam Puteri Umno, terutama di peringkat bahagian adalah satu spekulasi yang cuba memecahbelahkan pergerakan itu, kata ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid.

Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau yakin ia adalah satu spekulasi yang cuba ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab dan semata-mata mahu memecahbelahkan pertalian akrab di kalangan pemimpin Puteri.

Rosnah memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Puteri Umno bahagian Kulim Bandar Baharu di Kulim semalam.

Beliau yang juga timbalan menteri kesihatan berkata sehingga kini kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian, lebih-lebih lagi di Kedah, tiada menghadapi sebarang masalah.

Rosnah juga tidak menolak kemungkinan wujudnya situasi tersebut berikutan ada pihak yang mempunyai agenda peribadi.

Sehubungan itu, beliau mahu kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian dan negeri mengutamakan kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengingatkan mereka yang ada rasa tidak puas hati supaya mengutamakan kepentingan perjuangan Puteri yang menjadi sayap kepada Umno, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi.

Bernama
Related Posts with Thumbnails