Isnin, 12 Oktober 2009

Janin dalam lubang cetek


MELAKA: Gerak hati serta pengalaman sebagai penjaga dan penggali kubur membuatkan Zul Zelan Bakar, 35, cepat mengesyaki sesuatu apabila terpandang keganjilan pada permukaan tanah di Tanah Perkuburan Jelutung, Ayer Keroh, dekat sini, ketika mengebumikan jenazah seorang bayi sehingga membawa kepada penemuan janin lengkap sifat dalam lubang cetek.



Janin itu ditemui dibungkus dalam kain putih dan plastik, ditanam dalam lubang kira-kira 10.16 sentimeter selepas Zul bersama bapa saudaranya, Md Said Bachik, 46, menggali kubur yang mempunyai kesan seperti dikorek selepas mereka selesai mengebumikan jenazah bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan di tanah perkuburan itu, kira-kira jam 11 pagi. Menurutnya, pengalaman menjadi penjaga dan penggali kubur kira-kira 10 tahun, secara tidak langsung menjadikan dia peka mengenai perkara itu.


“Sekali pandang permukaan tanah (kubur) itu, gerak hati saya kuat menyatakan ada sesuatu,” kata Zul Zelan yang berkhidmat dengan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan terkejut apabila menjumpai janin terbabit. Sepatutnya, sebarang pengebumian di sini, saya dan pak cik akan dapat tahu terlebih dulu kerana kami bekerja dengan Jaim. Namun, setakat hari ini (semalam), kami tidak diberitahu pihak Jaim ada pengebumian lain selain seorang bayi berkenaan. Ini menyebabkan saya curiga melihat kawasan tanah berkenaan yang seperti baru dikorek lalu kami mengoreknya selepas selesai mengebumikan bayi terbabit. Ketika sampai di kawasan kubur kira-kira jam 9 pagi, saya sudah nampak tanah seperti di korek tetapi membiarkannya. Namun, selepas selesai kerja dan berehat, saya tidak sedap hati
-Zul Zelan Bakar, penggali kubur


“Hasil pemeriksaan, polis mengorek kubur berkenaan sedalam kira-kira 0.1 meter. Ia (kubur) tidak sepatutnya begitu dan kami syak janin berkenaan dilahirkan secara haram. Hasil pemeriksaan, janin berkenaan cukup sifat dan dibalut dengan dua lapisan kain putih dan dibungkus dalam plastik. Kami juga menjumpai satu lagi plastik di kubur sama dipercayai mengandungi uri. Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran secara sulit."
-Superintendan Gan Chip Pho, Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
Related Posts with Thumbnails