Jumaat, 18 Februari 2011

Dolak-dalik saksi kelebihan untuk peguam saya – Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran pakar DNA bebas dari luar negara di dalam pasukan pembelaannya membantu menangkis cubaan pendakwa untuk memberikan gambaran tidak tepat terhadap dirinya.
 
“Apabila diminta peguam (bela) untuk ajukan (kenyataan), dia (Dr Seah Lay Hoong) cuba selindung untuk beri gambaran buruk kepada media.
“Jadi nasib baik kita bawa pakar DNA dan forensik kita sendiri. Ini akan membantu isu-isu yang agak banyak teknikaliti,” kata Anwar.
Beliau menambah, kenyataan saksi pendakwa serta penyerahan barang kes yang tidak konsisten dalam perbicaraan Fitnah II merupakan satu kelebihan buat pasukan peguam pembela.
“Apabila peguam tanya, nampak dia (Dr Seah) berdolak-dalik dan ini akan memperkukuhkan kita,” kata Anwar.
Semalam dan hari ini, peguam Anwar berjaya menimbulkan beberapa keraguan kes yang dibentangkan pasukan pendakwa raya.
Pertama, calitan kapas B5 yang diambil daripada kawasan dubur Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan) semalam mengandungi DNA tiga lelaki termasuk DNA Saiful sendiri.
Kedua, pendakwa raya mengemukakan laporan kimia yang mengandungi sampel B12 sedangkan sebelum ini laporan kimia yang diserah kepada peguam Anwar dinomborkan B sehingga B11 sahaja.
Dan hari ini, kombinasi DNA yang diambil daripada tubuh Saiful kemungkinan datang daripada sepuluh orang lelaki, dan bukannya tiga orang lelaki sebagaimana dakwaan Dr Seah semalam.

Pembantu Menteri Disoalsiasat Setelah Ditangkap Tidur Berpelukan Dgn Pasangannya

Kota Kinabalu: Kelmarin blog GB ada menyiarkan kisah mengenai seorang pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Gambar yang dilampir ketika itu adalah gambar fail. Namun semalam Borneo Post ada menyiarkan gambar sebenar sewaktu pembantu menteri tersebut sedang ditanya pegawai agama. Pasangannya di atas katil dalam keadaan berkemban sedang berselubung dengan selimut. Lihat gambar di atas.

Berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya.

K'jaan P.Pinang & MAIPP Sumbang RM2,000 Untuk Pelajar Pulau Pinang Pulang Ke Mesir

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memberi sumbangan RM2,000 kepada setiap pelajar dari negeri itu untuk kembali menyambungkan pelajaran mereka di Mesir.
 
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, terdapat 318 pelajar yang akan menerima bantuan tersebut. 
 
“Kerajaan Negeri akan menyumbang RM1,000 seorang manakala MAIPP akan menambah RM1,000 lagi," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyeru kerajaan persekutuan agar menghulur bantuan yang serupa kepada pelajar-pelajar yang terlibat.
 
Mengenai pembentukan jawatan exco baru untuk mengetuai potfolio hal ehwal agama lain, Lim berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meletakkan hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoist dan Hindu di bawah satu potfolion kerana menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
 
“Mungkin sesetengah orang yang berfikiran rasis akan cuba menjadikan ini sebagai satu isu tetapi hakikatnya tidak ada isu pun yang perlu dibangkitkan dalam hal ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Khamis.
 
Potfolio baru itu akan diketuai oleh Lim sendiri dengan Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy akan membantunya.
 
Berhubung tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan gerai-gerai haram di Taman Pelangi, Juru, sehingga mencetuskan isu hangat baru-baru ini, Lim berkata, ia adalah isu pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan tidak wajar dijadikan isu perkauman.
 
“Hanya 18 peratus daripada keseluruhan 22 gerai yang dirobohkan itu adalah milik peniaga Melayu selebihnya diusahakan oleh pendatang asing. Oleh itu dakwaan yang mengatakan kesemua gerai tersebut milik peniaga Melayu adalah tidak benar," ujarnya lagi. Bagaimanapun kata Lim, kerajaan negeri sedang mengenalpasti loksi yang sesuai untuk menempatkan semula mereka tetapi hanya untuk peniaga-peniaga tempatan sahaja.
 
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)Mokhtar Jait berkata, sejak tahun 2004, mereka telah menerima 66 aduan daripada orang ramai khususnya penduduk kawasan berkenaan berkaitan aktiviti perniagaan di kawasan yang dirobohkan itu.
 
“Ada orang sampai mengelar kawasan itu sebagai ‘Hadyai Kecil’. MPSP bertindak berdasarkan aduan orang awam termasuklah parti-parti politik yang mendesak kami bertindak segera dan tegas ke atas pendatang asing yang menjalankan perniagaan di situ," katanya.

10 DNA ditemui pada Bukhari Azlan


 

Hari ini, perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dan pastinya hangat dengan pertanyaan semula ke atas saksi pendakwaan Dr Seah Lay Hong oleh timbalan pendakwa raya Noorin Badaruddin. Semalam, Seah yang merupakan doktor kanan dari Jabatan Kimia itu memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menemui satu sampel yang diklasifikasikan sebagai “DNA Y” yang tidak dikenali pada satu bahagian di seluar dalam pengadu dalam kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seah semalam memberitahu mahkamah bahawa tiga sampel DNA berbeza yang diperolehi daripada spesimen itu adalah milik tiga lelaki – Saiful, “Lelaki Y” dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Selain itu, DNA Y  juga telah ditemui pada empat spesimen yang diambil daripada bahagian anus dan usus besar Saiful. Dengan penemuan ini, lelaki misteri ini akan menjadi perhatian yang dinanti-nantikan untuk perkembangan perbicaraa ini.

Suasana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bertukar menjadi hangat apabila  digemparkan dengan pengakuan Dr.Seah bahawa sampel DNA yang diambil daripada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin membabitkan 10 lelaki.

Pada awal pagi tadi, pihak pendakwaan mahu carta yang digunakan oleh Seah untuk ujian ke atas sample DNA dikemukakan sebagai bukti. Namun, tindakan ini dibantah oleh peguam Karpal Singh yang mewakili defendan.

Karpal membantah tindakan pendakwaan untuk mengemukakan carta ujian DNA yang dijalankan Seah sebagai bukti. Ini adalah kerana alasan Karpal ialah carta itu dijana oleh komputer. Katanya lagi, bahan berkenaan boleh dikemukakan semula ketika pemeriksaan semula.

Hakim membenarkan carta berkenaan dikemukakan sebagai bukti, tetapi hanya untuk pemeriksaan balas.

Ketika ditanya oleh Karpal, Seah menafikan bahawa perisian yang digunakan untuk menjalankan analisis genetik itu tidak berfungsi dengan baik. Karpal juga bertanya lebih lanjut mengenai spesimen yang diambil daripada anus Saiful dan membandingkannya dengan carta analisis genetik oleh Seah.

Selain perisian Applied Biosystem Genetic Analysis, Seah berkata peralatan untuk melihat DNA digunakan untuk membuat analisis statistik.

Seah berkata, beliau mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan mempunyai sijil untuk mengendalikannya.

Seah bersetuju dengan Ram bahawa beliau tidak melakukan ujian kebarangkalian untuk swab B5.
Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Rabu, 16 Februari 2011

Tiada Bukti Wujudnya Kemasukan Pada Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan


HarakahDaidy | Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan hari ini mengaku tidak menemui bukti wujudnya kemasukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguambela Karpal Singh dalam perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini, lapor TV Selangor.

Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful yang juga pengadu kes tersebut.

Beliau mengaku tidak mengisi borang pro-forma mengenai bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang biasa dilakukan ketika ujian liwat.

Beliau juga turut mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

Menurut Khairul konklusi laporan pro-forma hanya dibuat berdasarkan laporan jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng.

Dalam keterangannya pada Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil sampel daripada mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.


Liwat 2: Terbukti Dakwaan Direka, Anwar mahu kes digugur

KeadilanDaily | Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah meliwat bekas pembantunya hari ini menggesa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menggugur pertuduhan yang sengaja direka ke atas nya.

Menurutnya, Peguam Negara mempunyai asas yang kukuh untuk menggugurkan kes tersebut kerana kesimpulan yang dibuat doktor pakar Hospital Kuala Lumpur bahawa tiada berlaku liwat selepas meneliti laporan kimia.

“Seperti yang ditanya oleh Karpal kepada Dr Khairul, sewaktu mereka membuat keputusan akhir bahawa tiada bukti klinikal adanya penetrasi, ia dibuat selepas mengkaji laporan ahli kimia,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan peguamnya Karpal Singh yang menggesa Peguam Negara agar menggugurkan dakwaan itu secepat mungkin.

Anwar seterusnya mengingatkan Gani Patail supaya tidak membiarkan institusi perundangan negara ini terus diperalat seperti berlaku di Mesir, apabila mahkamah dikawal sesuka hati oleh bekas Presidennya, Hosni Mubarak.

“Jadi saya rasa apa yang Karpal cadangkan, Ghani perlu buat perkara yang betul. Jangan jadi seperti Mubarak yang mengawal kehakiman di negaranya,” kata Anwar.

Kesemua bukti perbicaraan setakat ini, kata Anwar mengesahkan bahawa tuduhan ke atas beliau merupakan satu rekayasa semata-mata.

“Ia terdapat dalam laporan proforma, disahkan lagi sekali oleh Dr Khairul, bahawa tidak ada asas untuk dakwaan walaupun pendakwa masih cuba membuat dakwaan. Dari awal perbicaraan lagi kita sudah katakan ia dakwaan yang direka-reka,” kata Anwar.

Pulau Pinang akan bantu pelajar kembali ke Mesir

GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatukMansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.

Pegawai Khas Menteri Di Sabah Dicekup Khalwat


Kota Kinabalu: Ketika umat Islam sibuk meningkatkan amalan sempena sambutan Maulidur Rasul, seorang pegawai khas kepada pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, niat pasangan itu tidak berpanjangan apabila mereka dicekup dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sempena Hari Kekasih yang menyasarkan beberapa hotel murah dan rumah persendirian sekitar bandar raya ini.

Terdahulu, berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. -hm

Akhbar Selangor Terkini Palsu

Pemimpin UMNO didakwa jadi dalang

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/selangorkini_tiruan.jpgSHAH ALAM, 16 Feb. : Pemimpin UMNO didakwa menjadi dalang penerbitan akhbar palsu ‘Selangor Terkini’ yang menyerupai akhbar terbitan kerajaan negeri yang diedarkan di Lembah Klang sejak bulan lalu.

Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, akhbar berkenaan dicetak menggunakan logo dan reka bentuk seperti akhbar ‘Selangor Kini yang diterbitkan Kerajaan negeri bertujuan mengelirukan rakyat di negeri ini.

“Kami mengecam perbuatan ini dan meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan kerana ia berniat jahat menghasut rakyat dan cuba menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat awam,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Beliau berkata, penerbitan akhbar itu menunjukkan parti itu terpaksa menipu untuk mendapat perhatian rakyat sedangkan selama ini mereka ada saluran media mereka sendiri.

“Akhbar ini menggunakan logo Kerajaan Negeri di muka depan sama seperti akbar Selangor Kini dan hanya membezakannya ialah logo 1Malaysia berada di belakang serta isi kandungan yang mengutuk kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

“Kami meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perbuatan tidak beretika ini kerana ia dibuat untuk mendapat publisiti murahan dan mengganggu gugat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan berkata, berikutan tindakan tidak beretika itu, dua laporan polis telah dibuat melalui pejabat Menteri Besar minggu lalu dan Cabang Petaling Jaya Selatan, semalam.

Difahamkan, sebelum ini mereka mula mengedarkan akhbar palsu itu di Dewan Undangan Sri Muda dan beberapa kawasan lain dengan meletakkannya di masjid, surau, peti surat rumah penduduk.

“Kita mengajak rakyat mengutuk perbuatan terdesak UMNO yang menimbulkan kekecohan kerana khuatir dengan sokongan rakyat yang terhadap PR di Selangor,” katanya.

Selangor Kini, akhbar dua kali sebulan oleh Pakatan Rakyat (PR) negeri ini adalah bagi menyampaikan berita- berita perkembangan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor.

Turut hadir ke sidang media itu ialah Ketua Penerangan Wanita Keadilan Selangor, Nor’ain Eusoof.SH

Isnin, 14 Februari 2011

Pegawai Polis Berpangkat ASP Dituduh Terima Suapan RM12,500.00



Seorang pegawai polis berpangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar hari ini atas dua tuduhan menerima suapan berjumlah RM12,500 pada Disember tahun lalu.

Zulkifli Ahmad, 55, yang bertugas di Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Hulu, Perak didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tempat letak kereta Masjid Solehuddin Al Ayubi Padang Besar pada 8.25 malam, 9 Disember 2010.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM5,000 daripada Sarkumar@Shuhaimi Shafie dari kilometer 28, Jalan Padang Besar sebagai dorongan untuk melepaskan kereta-kereta yang menyeludup petrol ke Thailand.

Dalam pertuduhan kedua, Zulkifli yang tidak diwakili peguam didakwa menerima suapan wang tunai RM7,500 daripada Ismail Ramli dari Kampung Wang Kelian bagi tujuan yang sama.

Pegawai polis yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 14 Mac ini.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa SPRM Ishak Taib.

--Bernama

Liwat 2 anwar: Tiada kesan tompokan air mani, kata peguambela Anwar


Peguam-peguam pembela dalam perbicaraan Sodomy II Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hari ini yang tidak ada bukti air mani pada badan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai tiada ujian-ujian sesuai diapa-apakan menentukan perkara itu.

Sankara Nair, yang ialah satu daripada para peguam Anwar, berkata walaupun keputusan makmal dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dikatakan bahawa terdapat bukti air mani atas pemeriksaan Saiful, tiada ujian-ujian standard diapa-apakan mengesahkan ia.

Peguam memberitahu mahkamah itu hari ini yang laporan ahli kimia tidak mengambil kira ujian-ujian standard yang mana mesti dikendalikan terlebih dahulu untuk menentukan mana-mana kehadiran air mani.

“Terdapat ujian-ujian standard, mengamalkan pada satu peringkat antarabangsa, seperti antigen PSA dan RSID yang boleh memberi satu gambar tepat bukti air mani,” katanya.

Pada pendirian ialah pakar patologi forensik HKL Dr Siew Sheue Feng.

Memetik butiran laporan ahli kimia, Sankara berkata laporan itu juga telah menyatakan yang Saiful sendiri kesan-kesan air mani telah ditemui pada pakaian dalam dan seluarnya.

“Mengapa ini tidak dinyatakan oleh anda?” meminta Sankara , di mana Dr Siew mengakui dia tidak perhatikan ia jatuh.

“Air mani tidak disahkan sebagai tiada ujian-ujian diapa-apakan sebenarnya membuktikan sama ada terdapat mana-mana air mani langsung. Keseluruhan ahli kimia itu laporan, jika ia kata terdapat kesan-kesan semen dijumpai pada Saiful, mesti menunjukkan ujian-ujian untuk ia,” Sankara memberitahu wartawan-wartawan kemudian.

Dr Siew sekali lagi sasaran para peguam Anwar sebagai pasukan pembela bersusah payah untuk melempar keraguan pada kredibilitinya sebagai seorang saksi.

Sankara mendakwa yang terdapat satu kemungkinan yang mungkin terdapat mengusik bukti sebagai kini tidak ada jalan memberitahu jika bekas tersebut dengan contoh-contoh diambil dari Saiful telah dibuka.

Dr Siew mendesak yang dia dan hospital beroperasi dalam satu “adil dan saksama” cara.

Pakar patologi forensik tidak bersetuju dengan Sankara pada banyak akaun akaun hari ini , dan diselenggara yang tidak ada kemungkinan bekas tersebut dengan contoh-contoh Saiful boleh jadi diusik.

“Pada ketika ini, kami hanya perlu mewujudkan keraguan dalam kredibiliti saksi dan bukti,” Sankara memberitahu wartawan-wartawan.

Dr Siew ialah dijadualkan untuk disoal siasat sekali lagi oleh para peguam Anwar pada 2 petang.

Anwar, pemimpin de facto PKR berumur 62 tahun, menghadapi tuduhan liwat untuk masa kedua dalam hidupnya.

Bekas timbalan perdana menteri didakwa meliwat bekas pembantu Mohd Saiful pada Unit 11-5-1 daripada Desa Damansara Condominium dalam Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01pm dan 4.30pm pada 26 Jun, 2008.

Anwar telah menafikan tuduhan, menggambarkan ia sebagai “jahat, penipuan-penipuan remeh oleh mereka yang berkuasa” apabila tuduhan membacakan kepadanya.

Dia dituduh di bawah seksyen 377B Kanun Jenayah dan boleh jadi dijatuhkan hukuman satu maksimum penjara dan sebat 20 tahun atas keyakinan.

Mustapa baru sedar loteri, pelacur haram?


11 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 14 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.

“Apakah sejak Gelombang Merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama?” tanya Kertua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kenyataan Mustapa seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan.

Tambahnya, jika benar ada kegiatan seperti begitu di Kota Bharu, Mustapa tidak boleh untuk berdiam diri.

“Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa.

“Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli PAS yang bersetongkol dengan kegiatan ini, PAS akan mengambil tindakan,” tegasnya.

Katanya lagi, jika benar kenyataan Mustapa, secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak.

Jelasnya, mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang.

Beliau berkata, Mustapa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat dan bertindaklah segera, jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.

Justeru, katanya PAS mengharapkan kesedaran Gelombang Merah, boleh juga menyedarkan Mustapa dan Datuk Dr Awang Adek bahawa kedua-dua perbuatan itu salah di sisi Islam.

Katanya, walaupun baru-baru ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada PAS dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam.

“Perkara yang sama bolehlah dibawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah,” katanya.

Harakahdaily/-

Jabatan agama digesa cegah maksiat di hotel lima bintang



KUALA LUMPUR: Pihak jabatan agama Islam turut digesa mengadakan operasi mencegah maksiat di hotel bertaraf lima bintang selain hotel bajet sempena sambutan Hari Kekasih, hari ini.

Naib Presiden, Persatuan Hotel Bajet Malaysia, Ir Mohamed Hassan KB Hamzah berkata kes maksiat bukan hanya berlaku di hotel bajet malah merangkumi hotel yang dianugerahkan tiga hingga lima bintang serta rumah tumpangan.

“Diakui hotel bajet sentiasa menjadi pilihan berikutan lokasinya yang strategik dan harga berpatutan bagi pasangan terdiri di kalangan pelajar.

“Kita sememangnya tidak menggalakkan aktiviti sosial berlaku di mana-mana hotel berikutan ia bakal merosakkan nama pusat penginapan berkenaan.

“Kita tidak pernah lepas tangan dalam menangani masalah khalwat malah kita juga melaksanakan kaedah yang dilihat efektif seperti menjalinkan kerjasama baik dengan pihak jabatan agama berkaitan.

“Kebanyakan hotel kita terutama milik pengusaha Islam meletakkan notis amaran bagi pasangan bukan muhrim mengambil bilik yang sama manakala lebih ekstrem, kita juga meminta pelanggan menunjukkan dokumen sah perkahwinan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, kaedah berkenaan diadakan secara berterusan bukan hanya tertakluk pada hari tertentu berikutan kes maksiat tidak bermusim.

Beliau turut menafikan segelintir pengusaha hotel bajet berpakat dengan pelanggan mengaburi mata pihak jabatan agama membenarkan perlakuan maksiat semata-mata mengaut keuntungan.

BN mirip Rejim Hosni, Ada potensi kena guling




Suara rakyat Mesir akhirnya telah berhasil menggulingkan sebuah rejim setelah 18 hari berdemonstrasi di jalan raya dengan kehilangan ratusan nyawa warga marhein disebabkan keangkuhan seorang diktator menggunakan polis sebagai perisai.

Di Malaysia khususnya, terdapat satu parti yang mirip rejim Hosni, mereka sedang memerintah, serta sedang membelakangi suara rakyat, mereka ialah BN,..

Semasa rejim itu berkuasa, Hosni telah menolak penggunaan dakwat dalam PRU, dalam masa sama menggunakan undi pos dan hanya NDP boleh ada laporan media selain hanya NDP sahaja yang boleh membuat iklan di media.

Selain itu, Hosni juga memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, SB dan juga tentera untuk menipu, mengancam dan menekan pengundi agar memilih NDP dalam setiap kali pilihanraya di Mesir.
Selain itu  beberapa ulasan dari pimpinan BN bahawa Malaysia tidak sama dengan Mesir merupakan bukti bahawa pemimpin BN bimbang mereka akan digulingkan oleh rakyat.

Di Malaysia BN juga sedang melakukan perkara yang sama seperti Hosni Mubarak, rakyat Malaysia khususnya digesa menilai perbuatan jahat BN di Negara ini....

Revolusi yang telah berlaku di Mesir tidak mengambil masa yang lama seperti kerana kepesatan teknologi maklumat dalam era ICT.

BN dinasihati jangan bertingkahlaku seperti Hosni dalam hal memerintah, rakyat tidak boleh ditipu, maklumat terkini negara mudah dicapai dengan kemudahan internet...

Berdasarkan rekod BN tidak pernah adil kepada rakyat dalam banyak hal serta isu, kita mengingatkan bahawa PRK di Merlimau dan yang terbaru akan berlaku di Kerdau merupakan suara rakyat yang wajib didengari oleh kerajaan.

Rakyat perlu menyatakan suara protes terhadap BN dengan mengundi Pakatan Rakyat bagi memastikan gelombang Malaysia baru yang lebih selamat dapat diteruskan hingga menjelang PRU 13.

Dr Asri: M'sia Boleh Jadi Spt Mesir. Internet, Facebook & Twitter



asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc
KL 14 Feb 11: Tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.
Tegas Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin.
TV Selangor memetik beliau berkata, walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.
 
Internet: Pengajaran Dari Mesir

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.

Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

Ahad, 13 Februari 2011

Analisis: Gema pembaharuan mula dirasai di rantau Asia Barat



KURANG sebulan selepas dunia menyaksikan rakyat Tunisia menggulingkan pemimpin kuku besi negara mereka, peristiwa di tengah Kaherah memberi gambaran baru kehebatan kuasa rakyat ketika Mesir meraikan berakhirnya pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.

Kejatuhan Mubarak, antara pemimpin politik paling lama berkuasa di Asia Barat, menandakan satu lagi perubahan sejarah dunia Arab dan Asia Barat.

Apa yang bermula sebagai luahan perasaan tidak puas hati ke atas sebuah rejim kuku besi akhir Januari lalu, berubah menjadi pemberontakan rakyat yang akhirnya memaksa Mubarak meninggalkan Kaherah dan meletak jawatan hanya beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun, revolusi di Lembah Nil yang tiba ke kemuncaknya 32 tahun selepas kejatuhan kerajaan Shah Iran sokongan Amerika, menimbulkan persoalan sejauh mana kestabilan jangka panjang rejim sekutu Barat lain di wilayah itu.

Ia juga mencetuskan tanda tanya bagaimana Amerika akan menyesuaikan dasarnya berikutan perkembangan terbaru ini.

Setakat ini tiada jaminan gelombang pembaharuan di Mesir akan merebak ke negara lain. Satu cubaan untuk mencetuskan tunjuk perasaan di Syria awal bulan ini digagalkan oleh pasukan keselamatan.

Gema pembaharuan itu bagaimanapun semakin dirasai walaupun sedikit tetapi dengan cara yang amat ketara.

Di Arab Saudi, sebuah kumpulan aktivis pembangkang berkata mereka sudah meminta kebenaran daripada raja untuk menubuhkan parti politik, satu cabaran yang amat jarang dilakukan kepada negara kuasa dengan sistem raja berkuasa mutlak itu.

“Anda mengetahui dengan jelas bahawa perkembangan politik yang besar dan keinginan kepada kebebasan dan hak asasi sedang berlaku di dunia Islam,” kata aktivis berkenaan dalam surat kepada Raja Abdullah.

Perdana menteri baru Jordan, Marouf Bakhit, Rabu lalu berjanji untuk meneruskan pembaharuan politik selepas tunjuk perasaan memaksa Raja Abdullah II merombak kabinet,

Minggu lalu, Presiden Yaman Ali Abdullah Salleh, sekutu utama Amerika yang sudah berkuasa sejak lebih 30 tahun, tunduk kepada tekanan rakyat dan mengumumkan bahawa beliau tidak mempertahankan jawatannya pada pilihan raya 2013.

Beliau juga berjanji tidak akan menyerahkan kuasa kepada anak lelakinya.

“Apa yang berlaku di Mesir akan memberi kesan yang amat besar di wilayah Arab.

Ia akan menjadi pencetus kepada negara lain, tetapi tidak dapat dinyatakan negara mana yang akan menyusul selepas ini,” kata Salman Sheik pengarah The Brookings Doha Center, sebuah insitusi yang menjalankan kajian membabitkan dasar di negara Islam beribu pejabat di Doha, Qatar.

Rasuah Bukan Masalah Besar Dan Tidak Teruk Sangat - Isa Samad



Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).


Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa.

Mesir, dari negara polis ke negara tentera?

http://mit.zenfs.com/102/2011/01/egypt-army.jpg 
Pemimpin yang telah memimpin Mesir selama 30 tahun, Hosni Mubarak telah diturunkan daripada jawatannya sebagai presiden, selepas hampir tiga minggu protes rakyat.
Mesir kini di bawah kuasa majlis tertinggi tentera negara itu, dipimpin oleh Mohammed Hussein Tantawi yang juga menteri pertahanan.
Selepas Naib Presiden Omar Suleiman, Mohammed juga sangat terkait dengan rejim zalim Hosni, walaupun imej tentera positif di mata rakyat negara Mesir.
Malah, ada yang menyifatkan perubahan ini hakikatnya ialah satu rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Dua pemimpin yang ditonjolkan ekoran protes ini ialah mereka yang jelas sekali mempunyai bagasi yang besar melibatkan rejim Hosni.
Tidak seperti pihak polis, tentera mendapat penghormatan daripada rakyat negara itu, dan seperti disaksikan pada laporan media tentang protes di Medan Tahrir, tentera lebih bersikap lembut terhadap rakyat yang memprotes.
Hal ini telah meletakkan tentera Mesir sebagai pihak yang menyebelahi rakyat dan membantu menjatuhkan Hosni dalam revolusi ini.
Walau bagaimanapun, seperti yang terakam dalam sejarah, tentera Mesir ialah penerima ganjaran berbilion daripada Amerika Syarikat selama ini, dan menjadi pihak yang sangat berkepentingan dalam memastikan bantuan ini berterusan.
Sejak 1983, bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat untuk Mesir ialah sekitar AS$1.3 bilion setahun, satu jumlah yang sangat besar, yang secara logiknya mampu menyebabkan perubahan yang besar dan bermakna terhalang.
Bantuan ini kekal pada jumlah yang besar walaupun keseluruhan bantuan untuk Mesir merosot. Untuk 2011, jumlah yang telah diminta untuk tentera Mesir mencecah AS$1.5 bilion.
Kuasa yang memberi habuan ini turut berkepentingan dalam bantuan tersebut, kerana syarat program bantuan ini ialah semuanya perlu dibelanjakan untuk senjata dari AS.
Mohammed dan tentera Mesir walaupun dilihat sebagai pihak di sebelah rakyat, juga tidak bertindak dalam menyaksikan kekejaman rejim Hosni selama ini.
Elit politik dan tentera ialah sebahagian pusat kuasa yang menjadikan Mesir dalam keadaan yang ada hari ini.
Sudah tentu, harapan untuk melihat perubahan tetap wujud, dan tidak ada apa yang pasti dalam tempoh beberapa minggu dan bulan selepas ini.
Tetapi apa yang jelas ialah pihak yang kini berkuasa dalam tempoh peralihan ke arah demokrasi seperti diharapkan rakyat Mesir ialah yang bertanggungjawab membina Mesir di bawah diktator Hosni.
Simbol dan figura kuasa, Presiden Hosni Mubarak telah diturunkan daripada tampuk kekuasaan, tetapi struktur yang membenarkan individu ini berkuasa masih kukuh.
Pelantikan Omar sebagai naib presiden, tekanan oleh kuasa besar yang kelihatan tersekat-sekat dan berperingkat-peringkat dan berhati-hati memberi gambaran kepentingan kuasa besar terhadap Mesir.
Kepentingan tersebut kelihatan masih menjadi faktor utama yang membentuk respons kuasa terbabit dalam menangani perubahan di Mesir.
Selepas 18 hari protes secara berterusan, fasa terbaharu perlu dilalui rakyat Mesir dalam memastikan janji-janji revolusi ditunaikan.
Peraturan-peraturan yang mengekang proses demokrasi yang adil, seperti halangan calon presiden bebas dan tempoh presiden tanpa had perlu dilaksanakan dan pemisahan kuasa yang sebenar perlu terlaksana.'

Perkembangan dalam tempoh beberapa minggu selepas ini – terutama melibatkan Omar Suleiman dan pihak tentera – akan memberi beberapa gambaran keadaan Mesir baharu.Haris Zalkapli
Related Posts with Thumbnails