Sabtu, 4 September 2010

Nasib berbeza pengetua 'rasis'

MKini | Dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam Ogos lalu, menerima nasib berbeza.

azlanKetika pengetua wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor, Siti Aishah Mansor berdepan 'hukuman' jika didapati bersalah hasil kertas siasatan Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), rakan sejawatannya, Pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail pula yang diura-urakan akan bertukar masih kekal di sekolah berkenaan.

Nasib yang berbeza ini menimbulkan tanda tanya kerana masa depan Siti Aishah bergantung kepada kertas siasatan yang akan dibentangkan JPA kepada lembaga disiplin Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas Aidilfitri.

NONEManakala Ungku Aznan dilaporkan telah "dibekukan sementara" di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan, Sungai Petani, selama seminggu baru-baru ini setelah pelbagai pihak termasuk jemaah nazir, Jabatan Pelajaran Negeri dan polis menjalankan siasatan ke atasnya.

"Sepanjang tempoh itu, beliau (Ungku Aznan) tidak dibenarkan berada di sekolahnya, sebaliknya diberikan bilik khas di PPD Kuala Muda/Yan," kata sumber Jabatan Pelajaran negeri semalam.

Menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.

Katanya, pihaknya masih menunggu siasatan lengkap mengenai pengetua lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, pengetua lelaki sekolah menengah luar bandar itu dibenarkan kembali ke sekolahnya pada 1 September.

Tindakan menempatkan sementara pengetua berkenaan di Pejabat PPD itu dipercayai bagi mengelakkan beliau dikunjungi wartawan dan partai politik sementara siasatan lanjut ke atasnya dijalankan lebih terperinci.

namewee nah 020910Ungku Aznan didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam semasa majlis perhimpunan pagi SMKBS sebelum ini dijangka akan ditukarkan ke sekolah baru mulai 1 September hasil desakan masyarakat Cina setempat, MCA dan Gerakan negeri.

Sumber itu berkata, pertukaran itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.

Katanya, pengetua berkenaan juga telah meminta maaf kepada sekumpulan pelajar terbabit dalam pertemuan khas di sekolah berkenaan beberapa hari selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada tempoh seminggu itu yang dijalani Ungku Aznan itu sebagai "hukuman muktamad" atau hanya tindakan sementara.

Demo Anti Malaysia, Patung PM Malaysia Dibakar




Ratusan orang menamakan diri sebagai Front Merah Putih Ganyang Malaysia menggelar aksi di Solo. Mereka mengecam Malaysia yang dianggap melecehkan kedaulatan NKRI dan martabat bangsa Indonesia. Mereka juga mengecam sikap Pemerintah Indonesia yang dinilai lemah terhadap Malaysia.

Aksi tersebut digelar di Bundaran Gladag, Solo, Jumat (3/9/2010). Sepanjang aksi mereka terus meneriakkan kecaman-kecaman kepada Malaysia. Mereka juga membawa sejumlah poster dan spanduk yang menyerang Malaysia.

Selain itu mereka juga mengecam Presiden Yudhoyono dan kabinetnya yang dinilai tidak punya nyali menghadapi pelecehan yang dilakukan Malaysia dalam berbagai kesempatan.

Tak cuma itu, mereka pun membawa boneka jerami yang diberi kostum ala Malaysia. Bagian wajah patung itu ditutupi gambar foto Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Patung tersebut diarak beramai-ramai dan selanjutnya dibakar dan diinjak-injak di tengah jalan.

Terlihat juga seorang peserta aksi laki-laki yang mengenakan pakaian daster. Di bagian muka ditutupi gambar foto Presiden SBY. Seorang peserta aksi lainnya membuat aksi teatrikal seakan-akan menggantung lelaki tersebut menggunakan tali tambang. Aksi tersebut mendapat sorak-sorai peserta aksi lainnya.

Tak cukup itu, mereka juga mendatangi kantor Bank CIMB Niaga yang berada di seberang jalan tempat mereka menggelar aksi. Mereka mendatangi bank tersebut sebagai simbol penolakan terhadap investasi modal dari Malaysia. Namun massa tidak bisa mendekati bank tersebut karena dijaga puluhan polisi.

Meskipun berlangsung cukup panas karena diwarnai ungkapan-ungkapan keras para peserta aksi, namun aksi tersebut berjalan lancar. Mereka hanya menggunakan satu lajur jalan di bundaran sehingga tidak mengganggu lalu-lintas, meskipun polisi tidak memberikan pengamanan yang ketat.

-----------

JIKA BENAR DIKASARI WAJAR MEREKA MEMBANTAH KITA?

Bernama | Polis Gerakan Marin (PGM) tidak sewenang-wenang menggunakan gari terhadap rakyat asing yang ditahan mencerobohi perairan negara, kata Komander PGM Datuk Isa Munir.

Beliau berkata pasukan itu juga hanya akan menggari individu yang terlibat dalam jenayah seperti pembunuhan atau rompakan, bukannya terhadap mereka yang mencerobohi perairan.

Merujuk insiden 13 Ogos lalu sebagai contoh, yang menimbulkan salah faham segelintir kumpulan di Indonesia sehingga melancarkan protes terhadap Malaysia, Isa menafikan PGM bertindak kasar seperti didakwa.

Dalam insiden itu, PGM menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana memasuki perairan negara serta menahan tujuh nelayan Malaysia.

Polis Malaysia telah didakwa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pegawai penguatkuasa Indonesia ketika kejadian dan selepas ditangkap, mereka digari serta dibogelkan.

Isa yang menafikan dakwaan itu, menjelaskan bahawa pihaknya hanya melepaskan dua das tembakan menggunakan "flare-gun" yang hanya mengeluarkan percikan seperti bunga api dan bukannya peluru, sebagai tanda amaran.

Pistol signal

"Pistol ringan atau pistol signal biasanya digunakan untuk menerangi kawasan, dan bagi mengeluarkan cahaya untuk memberi amaran kepada bot-bot di perairan, ia bukan seperti pistol biasa yang mempunyai peluru.

"Kita tidak akan sesekali melepaskan tembakan berpeluru secara melulu selagi tidak berasakan nyawa kita terancam dan mengikut prosedur," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata PGM juga tidak menggari mereka sejurus tangkapan itu, tetapi terpaksa mengikat tangan seorang daripada pegawai penguatkuasa republik berkenaan dengan tali setelah dia bertindak agresif.

"Kebiasaannya kami yang mengawal perairan tidak membawa gari. Gari hanya akan dibawa dalam operasi, terutama dalam memerangi aktiviti keganasan dan jenayah.

"Tetapi kita terpaksa mengikat tangan salah seorang daripada mereka kerana kita tidak mahu dia bertindak lebih agresif...kita ambil langkah terbaik dengan tidak melakukan sebarang kekerasan terhadap mereka," katanya.

Seluar dalam

Mengenai dakwaan kononnya pegawai Indonesia itu dibogelkan, Isa berkata seorang daripada mereka menyorok di bilik enjin ketika ditahan dan keadaannya ketika itu memang sudah hampir bogel dengan hanya berseluar dalam.

Isa turut mempersoalkan tindakan penguatkuasa Indonesia itu yang melarikan diri ketika didekati PGM selepas mereka menahan lima bot nelayan Malaysia.

Berdasarkan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), beliau berkata nelayan Malaysia masih berada di perairan negara ketika kejadian.

"Sebelum itu, PGM mendapat maklumat bahawa nelayan kita ditahan (oleh polis Indonesia) dan apabila kita periksa melalui GPS, kita dapati mereka berada di dalam kawasan kita, lapan batu dari Tanjung Punggal, dalam wilayah Malaysia," katanya.

Beliau berkata pada kebiasannya, jika ada nelayan asing mencerobohi perairan negara, PGM akan mendekati mereka dan memberi arahan supaya keluar secara baik.

"Selalunya kita mendekati mereka dan bertanya kepada mereka... mungkin mereka masuk tanpa disengajakan," katanya.

Beliau turut mengingatkan nelayan Malaysia agar memasang dan menggunakan GPS supaya dapat mengetahui di mana koordinat mereka dan tidak melepasi sempadan perairan negara.

"Kebanyakan bot-bot nelayan, termasuk pukat tunda, kini menggunakan GPS, kita hanya dapat menjejak mereka jika berlaku kecemasan sekiranya mereka mempunyai GPS.

"Kebanyakan mereka arif mengenai kawasan perairan, meskipun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, kita galakkan mereka menggunakan GPS dalam memastikan bahawa mereka tidak akan melepasi sempadan negara lain," katanya.

Umat Islam wajib bersatu bantah 'Hari Bakar Quran'




Hizb ut-Tahrir Indonesia | Aksi Mengecam Hari Pembakaran Al Quran

Bernama | SUMENEP (Jawa Timur): Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) menyeru umat Islam di seluruh dunia, bersatu membantah kempen 'Hari Bakar Quran' bagi memperingati tragedi serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Antara.

Kira-kira 50 aktivis organisasi Islam konservatif itu mengadakan protes di Sumenep, Pulau Madura di Wilayah Jawa Timur pada Jumaat.

"Semoga Tuhan Maha Berkuasa melaknat golongan yang mencetus dan merancang pembakaran kitab suci Al-Quran.

"Ini merupakan tindakan manusia kejam dan tidak bertamadun," kata jurucakap HTI, Faisal kepada para pendemonstrasi.

Bagi menghentikan kempen ini, semua umat Islam di dunia tidak mempunyai pilihan selain bersatu untuk melakukan yang terbaik demi menghalang kempen itu berlaku pada 11 September ini, menurut Antara yang memetik kenyataan beliau.

"Rancangan itu sendiri telah mengguris hati dan memalukan umat Islam di seluruh dunia. Jangan biarkan ia berlaku," katanya lagi.

Aktivis HTI-Sumenep chapter bernama Rifki berkata, protes itu diadakan bagi mengingatkan komuniti Islam dunia berkenaan rancangan membakar Al-Quran di AS.

"Kami yakin saudara muslimin dan muslimah Islam akan mendapat galakkan untuk melakukan sedaya mereka untuk menghentikan perbuatan itu. Mereka sekurang-kurangnya dapat memanjatkan doa untuk menggagalkan rancangan itu," ujarnya.

"Ini menunjukkan AS mahu melancarkan perang ke atas umat Islam," katanya.

Rancangan kontroversi itu bukan hanya menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam Indonesia malah mewujudkan kegusaran pada masyarakat warga AS.

Salah seorang rakyat AS, Jennifer S. Byron menerusi artikel terbitannya di laman web Newsweek-Washington Post, menyeru penganut Kristian Amerika agar menolak kempen 'Hari Bakar Quran'.

Katanya, kempen itu merupakan cara sebuah gereja di Florida bagi memperingati ulang tahun kesembilan insiden 11 September.

"Persatuan Evangelicals Kebangsaan (NAE) telah mengeluarkan kenyataan akhbar menentang Hari Bakar Quran.

"Ini bagus, tetapi ia hanya kenyataan untuk meyakinkan penganut Kristian lain bahawa Terry Jones tidak mewakili Kristian Evangelical asli," kata Jennifer.

Serangan 11 September 2001 ke atas AS oleh anggota Al-Qaeda mengorbankan ribuan mangsa terutama yang berada di dalam Menara Berkembar New York.

Muka saya, bukan Guan Eng

BAGAN DATOH - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui gambar memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu itu adalah wajahnya yang telah diubah suai dengan teknik superimpose oleh UMNO.

Katanya, orang sekeliling yang ada dalam gambar itu ketika beliau menyembelih lembu berkenaan adalah sama, melainkan wajahnya telah ditiadakan dan digantikan dengan muka Guan Eng.

“Saya yakin gambar itu sengaja diubah oleh UMNO dan penyokongnya yang terdesak untuk mendapatkan sokongan masyarakat dan cuba memburuk-burukkan hubungan Pas dengan DAP.

“Mereka telah melakukan fitnah besar pada Ramadan ini dengan mengubah gambar itu untuk motif tertentu. Ini adalah kerja terdesak UMNO yang mahu merosakkan hubungan Pas dan DAP,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Masjid Aziziah, Batu 20 di sini, malam semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gambar tersebar dalam internet yang memaparkan Guan Eng sedang menyembelih lembu.

Menurut Mohammad Nizar, perbuatan mengubah gambar itu dilakukan untuk memberikan persepsi negatif dalam kalangan kaum India supaya membenci Pas dan kaum Melayu membenci DAP.

Kata beliau, tujuan di sebalik tindakan itu juga supaya timbul perasaan saling benci-membenci antara kaum terhadap Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas dan DAP.

“UMNO tidak akan berjaya untuk menarik sokongan dengan cara sedemikian, malah mereka akan kehilangan lebih ramai pengikut disebabkan tindakan itu.

“Saya rasa orang jauh lebih benci kerana orang UMNO sendiri akan tahu gambar itu dibuat oleh penyokong mereka. Itu akan memberikan timbal balas kepada UMNO kerana dalam bulan Ramadan mereka tergamak buat cerita seperti itu,” katanya.:

Beliau berkata, kejadian mengubah suai gambarnya pernah dilakukan sebelum ini bersama penari bogel Siam ketika bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Jumaat, 3 September 2010

Peniaga Kecil Melayu Kena Main Dengan DBKL


KUALA LUMPUR, 3 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal langkah berdiam diri media-media arus berhubung protes peniaga kecil Melayu di ibu negara.

Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan hari ini bertindak membantah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) gara-gara tidak berpuas hati dengan agihan tapak bazar Ramadhan di sekitar Jalan Masjid India.

"Kalau dulu, media-media ini menggambarkan yang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pinggir peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang dari berniaga di Komtar, kenapa diam dalam isu protes peniaga Melayu hari ini," soalnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jangan disebabkan insiden protes tersebut berlaku di negeri yang diperintah Umno BN, maka media-media propaganda Umo sanggup menggelapkan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat, khususnya Melayu sendiri.

Sambil menganggap langkah berdiam diri media arus perdana sebagai usaha memperbodoh orang-orang Melayu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat berkata, ianya menyerlahkan sifat munafik Umno dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.

Mewakili PAS, beliau menyuarakan sokongan kepada PPPKM kerana berani mempertikai kaedah agihan gerai-gerai bazar Ramadhan yang mungkin berpunca oleh amalan kronisme dan rasuah.

"Sepatutnya diagihkan pada ahli-ahli persatuan terbabit tetapi nampaknya DBKL beri pada syarikat-syarikat besar yang mungkin sebab kroni atau rasuah," ujarnya lagi.

Beliau mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) sebagai melampau kerana sanggup melihat sahaja DBKL menafikan hak Orang Kurang Upaya (OKU) dari mendapat 20 tapak yang sepatutnya dikhaskan pada golongan istimewa.

Kelmarin, Yang Dipertua PPPKM, Bahrim A. Razak dilaporkan mendakwa sebanyak 109 tapak perniagaan sepatutnya diperuntukan pada peniaga-peniaga Melayu.

Manakala, DBKL pula dilaporkan meluluskan hanya 380 tapak perniagaan dari 580 tapak perniagaan keseluruhannya sempena musim Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.

Lanjutan itu, mereka yang terbabit bertindak menghantar suatu memorandum protes kepada Perdana Menteri.

Janda Dicekup Besama Lelaki Bukan Islam Di Bulan Puasa


PARIT BUNGA - Niat murni seorang wanita Islam bagi memberi bimbingan didikan agama kepada seorang lelaki bukan Islam dalam mempelajari cara-cara menunaikan ibadah puasa sebagai seorang Islam terbantut apabila mereka ditangkap khalwat dalam Operasi Cegah Maksiat di Taman Gading Jaya, awal pagi semalam.

Menurut Penguatkuasa Agama Daerah Ledang, Mohd Zainal Kadiran berkata, serbuan ke atas rumah teres setingkat ini dilakukan berikutan aduan penduduk setempat yang diterima oleh pihaknya.

"Ketika serbuan dibuat, didapati seorang lelaki bukan beragama Islam keluar daripada sebuah bilik dan membuka pintu rumah tersebut selepas diketuk oleh pihak berkuasa dalam keadaan berseluar panjang hitam tanpa baju.

"Dalam bilik yang sama, kami menemui seorang perempuan Melayu beragama Islam dalam keadaan tidak terurus yang hanya berbaju lengan pendek dan berkain batik di atas katil di mana pada mulanya bilik tersebut dalam keadaan gelap," katanya.

Menurutnya, beberapa anggota polis dari Balai Polis Sungai Mati dan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parit Bunga turut sama dalam operasi yang dilakukan pagi semalam.

"Wanita Melayu berstatus janda manakala lelaki itu pula adalah duda anak lima merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaannya di sebuah kompleks membeli belah berdekatan di kawasan itu.

"Mengikut keterangan pesalah, wanita ini merupakan pekerja lelaki itu dan mereka telah berkenalan hampir setahun lebih dan mempunyai perancangan untuk bernikah secara sah di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian yang turut sama dalam Operasi Cegah Jenayah itu.

Beliau berkata, lelaki itu berniat untuk masuk Islam sejak dua bulan lalu dan sedang mempelajari cara-cara menunaikan ibadah agama terutama berpuasa di bulan Ramadan dengan bantuan wanita tersebut kerana beliau tinggal berseorangan di rumah serta tiada orang untuk menyediakan sahur.

"Wanita Melayu tersebut disaman dan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 27 (1) b kerana didapati berkhalwat dengan seorang lelaki bukan suami atau mahramnya yang boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi lelaki itu pula, beliau tidak akan dikenakan hukuman kerana masih belum mempunyai status Islam dan hanya dijadikan sebagai saksi kejadian kes dan kedua-dua di bawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk membuat laporan tangkapan dan seterusnya diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Ledang untuk perbicaraan selanjutnya," katanya.

Selangor Anjur Sahur Perdana Bersama Pemimpin Tertinggi KEADILAN, PAS


SUARA KEADILAN | SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Sahur Perdana yang akan diadakan esok di Kompleks Belia dan Kebudayaan negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.

Menurut Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, majilis ini merupakan salah satu pengisian Ehya' Ramadhan yang kini begitu rancak berjalan di seluruh 531 masjid dan 1980 surau di seluruh Selangor.

Ini tidak termasuk program Ehya’ Ramadhan anjuran berbagai pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan lain.

"Majlis ini disamping membina kekuatan dalaman serta penyucian jiwa juga bertujuan untuk menghimpun umat Islam khasnya dalam satu perhimpunan untuk sama-sama mengabdikan diri kepada Allah SWT disamping menemukan dalam suasana yang syahdu diantara pemimpin dengan berbagai golongan rakyat," kata Dr Hassan dalam satu kenyataan.

Majlis Sahur Perdana tersebut akan diisi dengan Qiyamullail, makan sahur bersama, Solat Subuh berjamaah serta siri ucapan tetamu-tetamu yang dijemput khas seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pejabat Exco Hal Ehwal Islam yang bertanggungjawab menerajui program ini yakin bahawa program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini akan mendapat sambutan hangat di luar dugaan.

"Ini memandangkan program yang sama berskala lebih kecil yang diadakan di Gombak dua minggu yang lalu menerima kehadiran mencecah 2,000 orang," tambah beliau.

Dr Hassan membayangkan sekiranya majlis ini berjaya ianya akan dijadikan acara tahunan dengan merangkumi kesemua 9 daerah di dalam negeri ini.

"Usaha seperti ini adalah untuk menjelmakan satu lagi budaya kecil dalam kehidupan masyarakat bagi menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap," tambah beliau.

Faekah lepas firma guaman, jual kereta mewah

Selepas 20 tahun menjadi peguam, Faekah Husin terpaksa melepaskan pegangan dalam firma guamannya Faekah & Chong setelah dilantik sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Abdul Khalid Ibrahim mahu pegawainya bebas daripada sebarang konflik kepentingan.

Faekah juga berkata, beliau tidak pernah menimbulkan soal gaji dalam menjalankan tugasnya. Malah, selepas beberapa bulan bekerja, Faekah berkata beliau tidak memperdulikan bayaran gaji yang patut diterima sebagai pegawai kerajaan gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) C.

"Saya masih ada simpanan tunai dan beberapa buah rumah yang boleh dijual," katanya yang menganggap tugasnya dalam pentadbiran Selangor sebagai satu "khidmat masyarakat."

Katanya, pandangan itu juga dikongsi oleh Abdul Khalid yang mampu meraih pendapatan sehingga RM1.5 juta setahun sekiranya masih bergiat dalam sektor korporat.

Singkir pegawai kerajaan

Menurutnya lagi, cabaran utama yang dihadapinya dalam menjalankan tugas seharian ialah mengubah tanggapan, bukan saja di kalangan masyarakat dan anggota parti, malah di kalangan warga pentadbiran Selangor.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam menyingkirkan para pegawai yang tidak menyokong aspirasi politik mereka.

"Tugas saya ialah menarik mereka kepada kita. Dalam pertemuan saya yang pertama dengan kakitangan di sini, saya beritahu mereka (bahawa) kalau bukan kerana sokongan mereka, kita tidak akan berjaya tubuhkan kerajaan.

Tambahnya lagi, beliau juga perlu mengubah persepsi di kalangan anggota parti bahawa pegawai kerajaan negeri akan menjalankan sabotaj ke atas dasar-dasar yang ingin dijalankan mereka.

"Tapi sekarang saya juga seorang pegawai kerajaan, Macam mana anda boleh kata saya ingin sabotaj parti?," soalnya.

Beliau mengakui terdapat beberapa individu yang mahu menimbulkan masalah, namun tuduhan tersebut tidak boleh dilemparkan kepada kesemua pegawai kerajaan negeri.

Amalan berbeza

Tambahnya, dalam menjalankan usaha tersebut, kaedah penyampaian kepada rakyat perlu berbeza daripada amalan BN sebelum ini.
Beliau memberi contoh, antara amalan BN ialah menggunakan isu pemberian geran tanah sebagai medium tawar-menawar dengan para pengundi menjelang pilihan raya.

"(Sebaliknya) kita akan beri dahulu. Kalau mereka undi kita, alhamdulillah. Kalau mereka tidak undi pun, mereka masih dapat tanah itu," katanya lagi.

Faekah turut mengakui wujudnya keresahan di kalangan pengusaha bumiputera yang tidak lagi mendapat projek-projek selepas Pakatan Rakyat mengambil alih.

"Apabila pentadbiran (didakwa) tidak adil, maka wujudlah perasaan tidak puas hati antara mereka. Makin lama (perasaan ini) makin tebal. Sama ada ia dimainkan oleh ahli politik yang jumud ini (atau tidak), bunga-bunganya kita sudah nampak," katanya lagi.

Tambahnya, keadaan itu boleh dilihat melalui kemunculan NGO pro-Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan melalui pandangan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS).

Ditanya sekiranya NGO berkenaan mempunyai alasan yang wajar dalam menyuarakan rungutan mereka, Faekah berkata perkara berkenaan tidak dapat dikenalpasti memandangkan kumpulan berkenaan enggan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.
Tolak jemputan

Tambahnya, isu melibatkan kontraktor kelas F juga tidak timbul kerana projek berkenaan disalurkan melalui Kementerian Kewangan.

"Kita hubungi (DPMMS), kita hantar surat untuk meminta mereka ambil bahagian dalam Pelan Pembangunan Selangor dan juga dalam sesi dialog bajet. Tapi mereka tolak jemputan itu tanpa apa-apa sebab. Kemudian di depan sultan pula dalam satu majlis berbuka (Tan Sri Rozali, pengerusi DPMMS) kata Melayu dipinggirkan (di Selangor).

"Kita panggil untuk perbincangan untuk kenalpasti apakah masalah mereka. Kalau mereka hendak bandingkan dulu dengan sekarang, dulu ada unsur-unsur favouritism. Kebanyakan daripada (syarikat tersebut) ada kaitan politik dan disokong kerajaan.

"Sekarang kita ketepikan amalan ini, tapi kita tidak ketepikan kumpulan tersebut. Ada syarikat yang 100 peratus bumiputera, apabila kita tolak permohonan mereka, mereka kata 'ini sebab kerajaan negeri hendak balas dendam.' Tetapi ada yang kita terima," katanya lagi.

Polis Salah Tahan: Uthaya dapat gantirugi RM145,000

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pemimpin Parti Hak Asasai Manusia (HRP) P Uthayakumar diberi pampasan RM145,000 sebagai gantirugi terhadap salah tahanan oleh polis pada 16 Januari 2003 di Mahkamah Majistret Sepang.

Rosilah Yop dalam penghakimannya yang bertarikh 29 Julai mengarahkan Uthayakumar dibayar RM55,000 sebagai gantirugi teruk, RM50,000 untuk tahanan salah dan RM40,000 lagi untuk gantirugi teladan yang dikira pada kadar lapan peratus sejak tahun bermulanya kes berkenaan.

Uthayakumar (left) menyaman kerajaan, Polis Diraja Malaysia dan tujuh anggota polis kerana dengan niat jahat memaksanya dibogelkan semasa dalam tahanan di balai polis Sepang.

Beliau ditahan kerana didakwa secara jenayah mengugut seorang ketua inspektor polis ketika perbicaraan inkues bagi menentukan kematian seorang tahanan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun tujuh tahun penjara.

Keputusan Sultan Selangor Gantung Gelaran Perlu Diteladani Pimpinan Rasuah Umno-BN

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM - Keputusan Sultan Selangor menggantung darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKFZ), Phang Oi Chooi wajar diteladani oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional di negeri itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, keputusan itu menunjukkan kemurkaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kepada individu terbabit yang didakwa atas kesalahan pecah amanah berhubung projek PKFZ yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

"Keputusan Sultan ini berdasarkan kepada alasan kukuh untuk menggantung pingat kebesaran kepada individu berkenaan. Ini kerana pangkat dan pingat dari Sultan hanya diberi kepada mereka yang jujur dan berbakti kepada negara dan bukannya pengkhianat dan petualang yang tidak diterima oleh rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.

Beliau berkata keputusan baginda harus diteladani pimpinan Umno lain yang sering dikaitkan dengan pelbagai skandal dan salahguna kuasa termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo semasa memegang jawatan itu.

"Kaedah penarikan balik darjah kebesaran ini seharusnya menyebabkan pimpinan yang di sekeliling merasa malu dan insaf supaya mereka tidak melakukan kesilapan serupa.

"Kes ini menunjukkan kemurkaan Sultan terhadap mereka yang dituduh sebagai tidak amanah dan seharusnya memberi kesan kepada yang lain," ujar beliau.

Liong Sik yang dianugerah Darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada 1992 didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek di Pelabuhan Klang dan secara curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Manakala Oi Chooi yang dianugerah Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun kerana dituduh melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,00 di Lembaga Pelabuhan Klang antara 1 Oktober dan 5 September 2005.

Dia dituduh dengan dua lagi tuduhan serupa masing-masing melibatkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan kedua-dua mereka tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," jelas kenyataan itu lagi.

Anwar Syukur Pendedahan Kes Saham Realmild Bersihkan Nama

SHAH ALAM 3 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur pendedahan bekas pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin bahawa 70 peratus saham Realmild (M) Sdn Bhd adalah di atas nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam komentar beliau yang disiarkan dalam blognya, Anwar berkata pengakuan Abdul Rahman dalam kes saman komersial RM10 juta yang difailkan oleh Datuk Khalid Ahmad, bekas pengarah Realmild terhadapnya akhirnya menyerlahkan kebenaran bahawa beliau tidak kepentingan dalam syarikat tersebut.

Realmild memiliki saham majoriti dalam konglomerate Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) yang mana Abdul Rahman pernah menjadi Pengerusi Eksekutifnya.

"Sekian lama juak Umno memfitnah saya kononnya punyai kepentingan menguasai syarikat gergasi MRCB melalui Realmild. Maka pada tahun 1999, dalam perakuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild; 70 peratus adalah atas nama Dr Mahathir sendiri. Dan saya tidak punyai sebarang kepentingan dalam syarikat tersebut.

"Hanya setelah pendedahan tersebut, Dr Mahathir segera meminta Datuk Seri Abdul Rahman Maidin mengambil alih saham tersebut, dan ketika itu baru disebut sebagai milik Umno. Maka ia mengesahkan perakuan saya sebelumnya," kata bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Anwar menyatakan kesyukuruan kerana fitnah yang dilemparkan terhadap beliau oleh Umno sehingga mempengaruhu sebahagianpenyokong parti itu terhadap dirinya kini telah dibongkarkan.

Semasa prosiding di bahagian perdagangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Abdul Rahman mendedahkan beliau terkejut apabila diberitahu saham Realimild yang dipegangnya adalah kepunyaan Umno.

Akibatnya beliau kerugian RM40 juta apabila 7.101 juta saham Realmild yang dibeli daripada Khalid adalah kepunyaan Umno.

“Saya mengambil-alih saham Realmild semata-mata berdasarkan pandangan dari sudut korporat dan perdagangan. Saya mencari dana untuk tujuan memiliki saham berkenaan melalui keupayaan kewangan saya dan tanpa bantuan daripada sebarang entiti politik,” kata Abdul Rahman menjawab soalan peguamnya, Alex de Silva.

Khamis, 2 September 2010

Sumber air mineral ditemui di Kelantan

HarakahDaily | JELI, 2 Sept: Biar pun kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, namun kekayaan hasil buminya masih mampu memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri.

Buktinya, penemuan emas di perut bumi Kelantan di Sokor, Tanah Merah kini sedang dimajukan syarikat dari China, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Dan baru-baru ini pula sumber air air semula jadi (mineral) ditemui di Batu Melintang, Jeli.

Ekoran penemuan tersebut syarikat Sihhat–Afiat Sdn Bhd (Sihhat) dengan usahasama Tabb Global Sdn Bhd dan Kelantan Utilities Mubarakan Holding Sdn Bhd akan membina kilang bagi mengeluarkan minuman tersebut.

Kilang terbabit akan mencatat satu lagi sejarah kerana ia merupakan industri pertama mengeluar, membotol dan membungkus air mineral semula jadi di Kelantan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sihhat, Datuk Husam Musa berkata, pemilihan tapak kilang air mineral semulajadi itu dibuat setelah mendapat nasihat pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan pakar geologi dari Sihhat.

”Kilang yang akan dibina terletak di pinggir jalan utama menghubung Kelantan - Perak dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

”Pada peringkat awal dua telaga tiub telah dibina kedalaman tidak kurang 120 meter. Standard air mineral menepati kehendak jabatan berkaitan,” katanya di majlis perasmian pecah tanah pembinaan kilang air mineral di sini, semalam.

Perasmiannya dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh dan Adun Ayer Lanas, Abdullah Yakob.

Husam berkata, kerajaan melulus kawasan seluas 10 ekar bagi pembangunan industri pengeluaran air mineral terbabit.

Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) tolak pelajar dari Malaysia

MALANG: Universitas Muhammadiyah Malang (UMM), menolak calon mahasiswa dari Malaysia atas semangat nasionalisme mereka terutama untuk fakulti kedoktoran dan farmasi.
“Penolakan itu tidak ada kena mengena dengan panasnya hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. Penolakan ini sudah dilaksanakan sejak fakulti kedoktoran dan farmasi ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu,” kata Rektor UMM, Dr Muhajir Effendi di sini, semalam.
Menurutnya, penolakan mahasiswa Malaysia yang mahu memasuki fakulti berkenaan juga membabitkan mahasiswa asing negara Asia lain termasuk India.

Beliau mengakui, penolakan terhadap mahasiswa asing yang ingin mengikuti kuliah di fakulti kedoktoran universiti ini semata-mata kerana semangat nasionalisme.

Katanya, ia berpunca daripada faktor sama selain dasar institusi pengajian tinggi tertentu di Malaysia yang turut menolak mahasiswa Indonesia mengikuti pengajian dalam bidang sama.

Muhajir juga menegur beberapa institusi pengajian tinggi di Indonesia terutama di sini yang tetap menerima mahasiswa asing memasuki fakulti berkenaan.
Katanya, beliau tidak faham mengapa institusi terbabit tidak mengutamakan mahasiswa tempatan sedangkan di Indonesia sendiri masih kekurangan pegawai perubatan dan farmasi.

“Jika untuk fakulti lain, mahasiswa asing amat dialu-alukan. Di UMM juga ramai mahasiswa asing, namun untuk dua fakulti (kedoktoran dan farmasi) wajib mahasiswa tempatan, mahasiswa asing termasuk Malaysia tidak berhak menggunakan kemudahan mahal dan canggih di dua fakulti terbabit,” katanya.

Muhajir mendakwa, penerimaan mahasiswa asing di beberapa institusi pengajian tinggi di dua fakulti terbabit kerana ia berkaitan standard antarabangsa yang diluluskan perjanjian kawasan perdagangan bebas (AFTA).

“Walaupun calon mahasiswa asing di dua fakulti berkenaan tidak putus-putus ingin memasuki pengajian di UMM dan berani membayar lebih tinggi berbanding mahasiswa tempatan, Insya Allah, UMM akan tetap menjaga komitmen untuk tidak menerima pelajar asing di dua fakultinya yang menelan perbelanjaan tinggi itu,” katanya.

Kuota mahasiswa Fakulti Kedoktoran di UMM rata-rata hanya 170 orang setahun dan 150 di fakulti farmasi Jumlah mahasiswa asing di UMM mencapai ratusan pelajar dan 20 daripadanya berasal dari Malaysia yang mengambil jurusan lain selain perubatan dan farmasi. – Agensi

Bagaimana Felda menyeleweng jual beli sawit





Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'grading' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG yang diberikan tidak pernah melebihi 19%. Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka.

Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang dengan sewenang-wenangnya. Peneroka membuktikan melalui ujian makmal Felda bahawa buah sawit mereka berhak mendapat gred sekurang-kurangnya KPG 25%. Malah MPOB menetapkan KADAR STANDARD gred buah sawit tempatan ialah KPG 25%.

Jadi persoalannya kenapakah pihak Felda menetapkan bahawa KPG tidak boleh melebihi 19%. Bukankah itu merupakan penipuan terhadap peneroka-peneroka Felda?

Penipuan kilang

Kilang mengasingkan anggaran 10 tandan sawit bagi setiap lori, kononnya buah 'reject' tetapi TIDAK membenarkan peneroka mengambilnya semula. Sebaliknya buah tersebut ada yang DIJUAL SEMULA dan DIPROSES BERSAMA. Peneroka MASIH dikenakan denda dan DIKURANGKAN gred.

Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan JIKA perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%).

Dalam kes di Felda Kemahang 3, pengurus Felda didapati BERKOMPLOT dengan pihak kilang untuk menipu peneroka. Namun, gejala ini juga didapati berleluasa di Felda seluruh negara! Peneroka yang menuntut hak mereka akan DIFITNAH, DIUGUT BUANG DARI RANCANGAN dan DITUDUH menimbulkan HURU-HARA dalam masyarakat.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan terpaksa menyaman Felda pada tahun 2002 lantaran keengganan agensi itu untuk berunding malah telah MENGUGUT akan MENGUSIR peneroka terbabit dari tanah rancangan sekiranya berani mendedahkan penyelewengan itu ke mahkamah.

Pada 13 Januari 2008, Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi kepada peneroka terbabit sebanyak RM7.8 juta. Pada 19 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Felda dan memerintah agensi tersebut membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3 itu.

Lantaran kejayaan tersebut, Warga Felda Prihatin telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran warga peneroka di beberapa kawasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Pada 9 Ogos 2010 ini, sekumpulan 750 orang peneroka Felda Serting akan memfailkan saman kepada Felda atas penipuan gred buah sawit mereka. YB Sivarasa Rasiah akan mengetuai barisan peguam dalam saman ini. Saman tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2.

Semoga gelombang kesedaran warga peneroka tersebut akan turut membuka minda dan keberanian seluruh warga peneroka di tanah air untuk menuntut hak mereka serta bersatu menghentikan penyelewengan Felda.

Artikal dari Pahang Selamat

Suami Orang, Isteri Orang Dicekup Selepas Berbulan-bulan Berselingkuh!

DITAHAN...wanita yang ditangkap khalwat bersama suami orang.
INSAF...lelaki terbabit memeluk isterinya kerana menyesali perbuatannya ditangkap khalwat dengan isteri orang.

Dua "masjid" berkemungkinan runtuh gara-gara berahi tidak bertempat.
Apabila berlaku tangkapan melibatkan kesalahan khalwat tambahan pula kedua-dua suspek sudah berumah tangga, maka sudah tentu impaknya sangat besar bukan sahaja kepada diri mereka, malah melibatkan mahligai perkahwinan kedua-dua suspek.
Sanggupkah suami wanita yang ditangkap khalwat itu menerimanya semula?
Jika berlaku perceraian, bagaimana dengan nasib anak-anak?
Bayangkan jika lelaki di atas terjatuh dari apartmen setinggi 14 tingkat itu?
Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 14 sebuah apartmen kerajaan didudukinya di Presint 15, di sini, selepas perbuatannya berselingkuh dengan isteri orang sejak beberapa bulan lalu dibongkar penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tengah hari, semalam.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 40-an yang juga kakitangan sebuah sekolah, di sini, dikatakan berada dalam apartmen 15 tingkat itu bersama ‘kekasih gelapnya’ yang juga kakitangan di sekolah sama selepas menghantar isterinya ke tempat kerja di kawasan berhampiran, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Keasyikan lelaki terbabit bersama pasangannya yang berusia 20-an dan mempunyai dua anak memadu kasih dalam rumah itu terganggu apabila dikejutkan dengan kehadiran sepasukan kira-kira lima penguat kuasa Jawi pada kira-kira jam 2 petang.

Penguat kuasa Jawi dipercayai sudah memantau kegiatan pasangan itu lebih empat bulan lalu mengetuk pintu beberapa kali dan berada di depan pintu selama lebih 15 minit sebelum dibuka seorang wanita berbaju kurung dan bertudung merah jambu.

Serbuan mulanya dianggap gagal selepas pemeriksaan mendapati pasangan wanita itu tidak ada dalam apartmen itu, akhirnya mendapati kelibat seorang lelaki tanpa baju sedang berdiri di luar beranda apartmen jirannya.

Lelaki terbabit dipercayai sanggup menyabung nyawa bersembunyi di beranda tanpa penghadang dan boleh tergelincir, tanpa mempedulikan beberapa penguat kuasa yang terpaksa berpaut di antara satu sama lain di beranda bagi memujuk lelaki terbabit memasuki semula rumahnya.

Mujur lelaki itu lembut hati selepas diberi ‘tazkirah’ pendek penguat kuasa Jawi, lalu memasuki semula apartmennya dan segera ditahan.

Selepas beberapa minit disoal, dia meminta kebenaran ‘menjemput’ isterinya di sebuah pejabat kerajaan berhampiran bagi memaklumkan insiden menimpa dirinya, tetapi tidak dibenarkan kerana dia sudah berada dalam tahanan Jawi.

Bagaimanapun, isteri lelaki terbabit rupa-rupanya berada di tingkat bawah apartmen dipercayai dihantar rakan sebelum aksi memilukan dapat disaksikan apabila lelaki terbabit yang bergari dan diiringi penguat kuasa Jawi memeluk serta memohon maaf kepada isterinya sambil menitiskan air mata.
Sumber Jawi berkata, hasil soal siasat mengesahkan pasangan itu bukan saja tiada sebarang ikatan, malah kedua-duanya sudah berumah tangga dan isteri lelaki terbabit kini sarat mengandung.

“Kami memang sudah lama memantau kegiatan pasangan ‘gelap’ ini di apartmen itu berdasarkan maklumat dan siasatan yang dilakukan.

“Serbuan hari ini (semalam) dibuat selepas maklumat tepat mendapati pasangan terbabit sudah berada dalam apartmen berkenaan dan pintu hanya dibuka seorang wanita selepas kira-kira 15 minit diketuk.

“Malah, wanita itu juga sudah berpakaian lengkap apabila pintu dibuka, manakala pasangannya lesap seketika sebelum ditemui bersembunyi di beranda apartmen jirannya,” katanya. - Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

Gambar palsu menyembelih lembu korban merupakan perbuatan terdesak Umno

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan gambar palsu menunjukkan beliau sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam sebagai “satu lagi perbuatan jahat yang terdesak” yang keji oleh pihak yang mahu merosakkan imejnya.

Lim berkata gambar yang disebarkan secara meluas di Internet itu adalah perbuatan mereka yang ketandusan idea dan tidak bermoral. Gambar palsu yang menggunakan teknik super impose itu dipercayai didalangi oleh penulis upahan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'PAS Beruk'.

Kata Lim, mereka yang terbabit itu adalah “pembohong bersiri” yang menggunakan teknik yang dipelopori oleh menteri propaganda Jerman, Joseph Goebbels ketika era rejim Nazi, Adolf Hitler yang cuba menyediakan rakyat dari segi psikologi menghadapi peperangan dan pemusnahan tamadaun manusia.

"Tetapi mereka telah melakukannya berulang-kali sehingga rakyat tidak lagi mempercayai pembohongan mereka,” kata Lim kepada Malaysiakini tanpa menuduh sesiapa.

"Namun, kita tidak boleh kata bukan semua orang mempercayai pembohongan seperti itu dan propaganda berkenaan kerana ada juga yang akan mempercayainya,” katanya.

Selasa lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh pemangku ketuanya Herman Samsudeen mengelaurkan kenyataan media mengutuk perbuatan itu.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadan," katanya.

Herman mendakwa gambar itu yang memaparkan Lim dengan tulisan: "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?" bertujuan melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam.

Katanya lagi, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.

"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.

Sebelum ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP diheret dengan kontroversi apabila didakwa mengarahkan namanya digunakan untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Lim yang jelas berang dengan gambar palsu itu berkata beliau kini bosan dengan fitnah dan pembohongan yang berterusan itu.

"Bila kita lakukan perkara baik, mereka tidak boleh terima dan langsung tidak melaporkannya seperti pemberian RM1,000 kepada keluarga yang meninggal dunia ataupun bayaran RM500 kepada kaitangan awam, baru-baru ini,” katanya.

Beliau berikrar akan mencari mereka yang bertanggungjawab terhadap gambar palsu berkenaan dan telah mengarahkan pegawainya supaya menyiasat dan mengenal-pasti dalang berkenaan.

Khalid Cabar Rozali Letak Jawatan, Tanding Pilihan raya

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor.

Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan.

"Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini.

Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing.

"(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.

Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali.

"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor.

"Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya.

Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor.

"Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya. -mk

Ulasan GB

DPMMS mendakwa kononnya peniaga Melayu dipinggirkan oleh Kerajaan Selangor di dalam perniagaan. Satu dakwaan yang bertujuan untuk mencari publisiti murahan untuk membela para kroni yang telah puas mengaut kekayaan semasa pemerintahan UMNO BN.

Kini apabila peluang itu dibahagi-bahagikan supaya peniaga Melayu yang dulunya terpinggir akibat amalan kronisme di bawah pemerintahan UMNO BN, geng-geng kroni ini melenting seperti ayam yang berak kapur.

Rozali yang menerima gaji hampir 1/2 juta sebulan sebagai Pengerusi SYABAS, merasa tertekan apabila kerajaan Selangor enggan menaikkan tarif air demi untuk kepentingan seluruh rakyat Selangor.

Tunggu saat dan ketika, si Qarun yang mengambil harta rakyat yang bernama Rozali ini ditelanjangkan seluruhnya dan dirampas sekalian kekayaannya apabila PR membersihkan segala macam kekotoran yang ada di dalam sistem pemerintahan negara seperti institusi peguam negara, institusi kehakiman, PDRM, SPRM, SPR dan sebagainya. Qarun-qarun seperti beliau tidak akan dilepaskan!

Bukan dendam tetapi hak rakyat perlu dikembalikan dan kamu yang sudah lama melakukan kerja merompak harta rakyat perlu menerima balasan di sebalik jerisi besi pula.

Inkues Teoh: "Surat Terakhir" Sebagai Pelengkap Konspirasi

Inkues Kematian Teoh Beng Hock Disambung 20 Sept Dan 22 Okt

Mahkamah Koroner di sini, hari ini menetapkan20 Sept dan 22 Okt untuk menyambung prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Pada tarikh itu, pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal akan memberi keterangan dan seorang ahli kimia yang juga pakar tulisan tangan turut dipanggil bagi mengesahkah satu nota yang dikatakan milik Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abbas menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh dan peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi kerajaan negeri Selangor.

Ketika prosiding Mohd Abazafree berkata beliau akan memohon supaya seorang jurubahasa Mandarin hadir pada tarikh itu bagi menterjemah kandungan nota itu sebelum dijadikan eksibit dan diserah kepada semua pihak.

Menurutnya permohonan rasmi secara bersurat akan diserahkan kepada koroner secepat mungkin.Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di Tingkat Lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14 bangunan sama.. -SK

Ulasan GB

Nampaknya yang dikatakan "nota terakhir Teoh" akan dikemukakan di mahkamah polis akan pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal akan memberi keterangan dan seorang ahli kimia yang juga pakar tulisan tangan turut dipanggil bagi mengesahkah satu nota yang dikatakan milik Teoh.

Perancanaan konspirasi sudah sampai ke peringkat cuba menipu rakyat Malaysia dengan kononnya wujud nota terakhir yang ditulis oleh Teoh sebagai bukti Teoh membunuh diri. Begitu licik perencanaan yang dimainkan dan rakyat Malaysia sedang memerhatikan pakar kimia yang mana pula dipanggil untuk dilembukan oleh pihak pendakwa bagi mengesahkan kononnya tulisan itu adalah tulisan tangan Teoh sepertimana ahli-ahli patologi tempatan telah dilembukan untuk memberikan keterangan kononnya Teoh membunuh diri dengan terjun dari bangunan.

Mereka bisa melembukan sesetengah orang tetapi tidak seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat telah menyaksikan dan mendengar dengan jelas keterangan-keterangan ahli-ahli patologi tempatan yang penuh sarat dengan hujjah dan rumusan-rumusan dangkal yang direka-reka untuk menjustifikasikan kononnya Teoh membunuh diri.

Untuk apa? Untuk menyelamat seorang manusia yang merupakan pembunuh sebenar mendiang Teoh!

Di bulan mulia ini, sepertimana di bulan Ramadhan tahun lalu, mereka para konspirator ini tidak pernah takut kepada Tuhan, sewenang-wenang mereka menjalankan konspirasi mereka dan selain rakyat 1Malaysia hendak ditipu, mereka juga hendak menipu kebenaran dan lebih jelek mereka hendak menipu Tuhan.

Kita ingin tegaskan, bangkai gajah tidak mungkin boleh ditutup dengan nyiru.

Kebenaran akan tetap terdedah sekalipun mereka cuba menipu dengan pelbagai cara. Mereka mengelak untuk ditubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan digantikan dengan inkues yang dapat mereka manipulasikan demi mempastikan konspirasi berjalan sempurna, namun Allah s.w.t. akan tetap menyempurnakan perencanaanNya juga. Kamu-kamu jika masih terus-terusan hendak menipu, tunggu balasan dari Dia Yang Maha Benar! Lambat-laun kesemua kosnpirator bakal menghadapi balasanNya yang amat pedih.

Rabu, 1 September 2010

Duit Raya Kakitangan Kerajaan P.Pinang RM500 dan Guru Kafa RM250

Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikan jumlahnya RM500.

“Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini.

Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

“Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta.

“Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta,“ kata Lim.

Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa.

Isu Bakar Bendera Malaysia Di Indon. Menteri KDN Dan KPN Perlu Letak Jawatan

|

A
nggota Bendera kumpul cap jari darah

JAKARTA - Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan hari kemerdekaan ke-53, semalam.

Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih, yang mereka sebut sebagai ‘hadiah’ Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53.

“Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini (semalam). Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami,” katanya.

Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan ‘apel siaga’ iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan ‘Ganyang Malaysia’.

Aksi berkenaan mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro.

Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera membawa ‘hadiah’ najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia. - Bernama

Ulasan GB

Nampaknya isu bakar bendera Malaysia ini masih terus berlaku dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu rasional dan objektif. Tidak cepat untuk bertindak balas tetapi hendaklah melihat kepada sebab-sebab kemarahan rakyat Indonesia tersebut.

Peristiwa ini dilaporkan tanda kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Itu isunya.

Dan hingga kini GB hairan kenapa Polis Malaysia telah menahan 3 warga Indonesia dan yang ditahan itu pula adalah egawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. Keadaan adalah berbeza jika yang ditahan adalah warga biasa Indonesia.

Memang jika ada berlaku pencerobohan pun, saya merasakan tindakan polis Malaysia itu tidak bijak malah tidak bertanggungjawab. Ia merosakkan reputasi polis Malaysia sendiri kerana pertama: Polis Malaysia tidak dapat membuktikan bahawa pencerobohan itu berlaku, yang kedua: Polis Malaysia sepatutnya boleh merujuk dahulu pihak berkuasa Indonesia kerana yang hendak ditahan adalah pegawai-pegawai kerajaan Indonesia. Dan yang ketiga: sikap bebal polis Malaysia sengaja mewujudkan ketegangan kedua-dua pihak.

Menteri KDN perlu bertanggungjawab begitu juga KPN. Kedua-duanya patut meletakkan jawatan.

Saman Petronas Biar mahkamah tentukan - Mustapa


SinarHarian | SHAH ALAM – Serahkan kepada mahkamah kerana badan pengadilan akan membuat keputusan seadilnya berhubung isu kerajaan Kelantan yang memfailkan saman terhadap Petronas dengan mendakwa syarikat berkenaan melanggar perjanjian dan menuntut supaya melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kita tidak mempunyai apa-apa hak atau kuasa bagi menyekat keputusan yang bakal dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

“Malaysia mempunyai sistem mahkamah yang kukuh dan sebarang keputusan yang dikeluarkan akan diadili dengan adil.

“Rakyat negara ini tidak perlu mempertikaikan keputusan pihak mahkamah dan harus menghormati sebarang kenyataan daripada pihak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, badan kehakiman akan mengadili setiap isu berdasarkan bukti yang menyokong dan kukuh.

Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan berkata, tidak perlu membuat sebarang spekulasi, kita hanya tunggu dan lihat sahaja keputusan itu memihak kepada pihak mana.

Kelmarin, Kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada syarikat minyak negara dan mendakwa Petronas melanggar perjanjian yang dilakukan selain menuntut perjanjian petroleum di negeri itu dilaksanakan.

Selain itu, Kerajaan Kelantan juga menuntut semua tunggakan pembayaran tunai yang diperjelaskan supaya dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah.

Turut dituntut lima relif yang lain termasuk relif ganti rugi dan kos, bagaimanapun saman pemula itu tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas.

Perjanjian petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas perlu membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di perairan dan luar pantai negeri berkenaan.

Tidak ada sebarang kekeliruan dalam perjanjian itu dan mendapat sokongan daripada bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian bagi pihak syarikat minyak itu dengan negeri lain termasuk Kelantan.

Saman pemula berkenaan difailkan di Bahagian Pendaftar Mahkamah Dagang melalui pejabat peguam Tetuan Tommy Thomas jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Gadis Nyaris Dinoda Lelaki Warga Bangladesh

AMPANG: Bagi mengelak sekumpulan Mat Bangla merogolnya, seorang wanita mengancam mahu membunuh diri sebelum dia akhirnya berjaya meloloskan diri keluar dari sebuah rumah di Pandan Mewah, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa pada berjalan berseorangan berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Indah berjumpa dengan dua lelaki warga Bangladesh.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu kemudian cuba bertanyakan alamat rakannya kepada dua lelaki itu sebelum kedua-duanya mengaku mengetahui lokasi berkenaan dan meminta gadis itu mengikut mereka.

Menurut sumber polis, mangsa yang tidak mengetahui niat buruk lelaki terbabit mengekori mereka berikutan dia terdesak mencari rumah rakannya. "Mangsa dibawa ke sebuah rumah di Pandan Mewah dan di situ, ada empat lagi rakan lelaki Bangladesh itu sedang menunggu.

"Gadis terbabit yang tidak mengetahui perangkap itu mengekori mereka dan sebaik masuk ke rumah, semua lelaki Bangladesh berkenaan cuba menghalangnya keluar," katanya.

Menurutnya, mereka cuba mengambil kesempatan merogol gadis itu dan seorang daripada mereka menarik kain mangsa sebelum menciumnya.

"Mangsa meronta dan akhirnya dapat melepaskan diri sejurus menendang lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atasnya.

"Mangsa yang ketakutan kemudian menuju ke dapur sebelum mencapai sebilah pisau dan kemudian mengugut mahu menikam diri sendiri," katanya.

Sumber berkata, ugutan itu menimbulkan kebimbangan kepada semua lelaki berkenaan yang risau jika dia benar-benar menikam dirinya sendiri.

"Mereka cuba memujuk mangsa supaya tidak meneruskan niat mencederakan diri sendiri dan berjanji tidak akan mengganggunya.

"Mangsa mengambil peluang melepaskan diri sebelum diselamatkan seorang lelaki yang kemudian membawanya ke balai polis," katanya.

Berikan kepercayaan penuh kepada PAS - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.

"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.

Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.

Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.

Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.

"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.

Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.

Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.

"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya.

Sehubungan itu beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.

PAS juga menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam.

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka 53: 22 Pasangan Dicekup Di Hotel Murah


BERNAMA | Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam "Operasi Sayang" sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.

Beliau berkata pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.

"Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.

"Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya," kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak JAIS.

Nurhamizah berkata kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat JAIS di Shah Alam untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.

Beliau berkata pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh JAIS.

Eksploitasi Isu Surau Al Huda Akan Memakan Diri Umno

SHAH ALAM 29 Ogos - Tindakan Umno mempolitikkan isu kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al Huda baru-baru ini dilihat akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.

Malah Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (Bippa) Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhd Nur Manuty memberi amaran kekecohan yang digembar-gemburkan oleh Umno akhirnya akan memakan tuan.

"Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

"Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

"Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu. Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan," kata Dr Muhd Nur dalam satu kenyataan media semalam.

Dr Muhd Nur yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menegaskan Umno sebagai sebuah parti perkauman yang mengamalan politik mengadu dombakan rakyat berbilang kaum di negara ini akan menggunakan apa sahaja hatta senjata rasis untuk mengekalkan kuasa.

"Bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.

"Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini," kata beliau lagi.

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam (Abim) itu juga mengingatkan rakyat Umno sebelum ini juga mengeksploitasi ucapan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009.

Begitu juga ketika Ahli Parlimen Selayang, William Leong masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru juga dijadikan isu politik oleh Umno bagi memecah belahkan masyarakat.

Sehubungan itu Dr Muhd Nur melontar pandangan mengenai isu orang bukan Islam memasuki masjid atau surau dari perspektif fiqh (hukum hakam Islam).

"Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini.

"Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

"Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

"Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.

"Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja" jelas Dr Muhd Nur.

Beliau juga menghuraikan beberapa peristiwa di zaman Rasulullah (SAW) juga boleh dijadikan panduan untuk memahami dengan lebih jelas berhubung perkara ini.

"Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

"Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.

"Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

"Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya.

"Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini," kata Dr Muhd Nur.

Beliau berkata sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Tambahnya, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain.

"Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

"Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

"Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam," ujar Dr Muhd Nur.

PAS tuntut Zainuddin Maidin mohon maaf

PAS berkata parti itu memandang serius fitnah yang didakwanya dilemparkan oleh bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung Tragedi 13 Mei 1969.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

"Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya.

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, PAS yakin Zainuddin (kanan) dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

"Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya.

Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

"Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris./Malaysiakini

Isnin, 30 Ogos 2010

Tindakan UMNO memalukan Islam

MInsider | KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Kerajaan Selangor menyifatkan tindakan Umno mempolitikkan isu kehadiran Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching bagi menyampaikan sumbangan di Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu keterlaluan dan memalukan umat Islam, kata pegawai Menteri Selangor hari ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, apatah lagi tindakan pantas Teo memberi penjelasan dan memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan seluruh umat Islam sepatutnya diterima semua pihak dengan terbuka.

“Tindakan wakil rakyat itu sepatutnya telah memadamkan sebarang unsur prasangka terhadap mana-mana pihak,” kata Faekah dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, ia juga menunjukkan komitmen pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menyelesaikan isu lebih besar dan mutakhir yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara antaranya; jenayah pembuangan bayi, rogol, rasuah dan jenayah sosial lain.

“Jenayah-jenayah inilah yang sebenarnya menghina kesucian agama Islam dan umatnya.

“Umat Islam diajar bersyukur kepada Allah di atas limpah kurnia-Nya dan berterima kasih kepada kebaikan manusia.

“Tindakan menyerang Teo yang menyerahkan sumbangan untuk membaiki pagar surau begitu begitu terpesong dari ajaran Islam dan memalukan umat Islam,” katanya.

Faekah berkata, beliau khuatir jika tindakan ini tidak dikawal ia akan melebarkan jarak pemahaman antara kaum dan agama yang sememangnya gagal ditangani secara bijak oleh pemerintah BN.

“Kerajaan Selangor memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang sengaja mewujudkan ketegangan dalam hal-hal agama mahupun kaum.

“Kerajaan Selangor pada masa yang sama, mengamalkan politik matang dengan meletakkan kepentingan rakyat teramai mengatasi ideologi politik itu sendiri,” katanya.

Kata beliau, kerajaan negeri sentiasa merai dan mengalu-alukan mana-mana pihak untuk mengimarahkan masjid dan surau dengan aktiviti keagamaan dan kebajikan.

“Berpaksikan prinsip inilah, kerajaan Selangor dengan hati terbuka membenarkan pemimpin dari kerajaan pusat dan menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan di masjid dan serta surau di negeri ini bagi mengimarahkan rumah Allah sepanjang bulan Ramadan penuh berkat ini.

“Kerajaan Selangor mengambil pendirian bahawa sumbangan kepada golongan miskin dan memerlukan bantuan ketika ekonomi kian mencengkam ini adalah lebih penting dan melangkaui fahaman politik kepartian,” katanya.

Faekah juga menggesa semua pihak berhenti dari membuat telahan dan tohmahan jahat kepada mana-mana pihak yang akhirnya akan memberi kesan negatif kepada kefahaman agama Islam itu sendiri.

“Jangan sampai kesucian Islam dicemari semata-mata kerana sikap prejudis yang mengatasi akal dan budi.”
Related Posts with Thumbnails