Sabtu, 9 April 2011

MUHYIDDIN JADI IMAM,CALON BN MACAM SAMSENG DAN PRESIDEN SUPP KAWIN MUDA

Sebelum berlangsungnya Pilihanraya Negeri di Sarawak,bumi di Malaysia Timur ini agak tenggelam daripada kepanasan suasana politik nasional tanah air.Walaubagaimanapun,apabila semua pihak tertumpu ke Sarawak, maka berita-berita dari Sarawak mula menjadi perhatian umum,termasuklah penulis sendiri.

Bagi penulis,banyak berita dari Sarawak diperolehi daripada media baru seperti twitter dan facebook,selain melayari akhbar The Borneo Post.Akhbar tersebut,boleh dikatakan agak seimbang,walaupun ada sedikit sebanyak ampu di sana sini.Apapun,antara berita yang paling menarik yang dibaca penulis minggu ini adalah satu keratan akhbar yang dimuatnaik oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas (sahabat penulis di facebook) mengenai gambar Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimamkan solat Maghrib di Masjid Darul Na'aim Petra Jaya Sarawak.

Kredit pada Ust.Azman Shapawi

Perkara ini dilaporkan oleh kebanyakan media utama dalam bentuk sisipan berita ringkas,di mana penulis berita tersebut beranggapan bahawa penduduk Petra Jaya beruntung kerana dapat berimamkan seorang pemimpin tertinggi negara.Dalam hal ini,penulis tidak mahu berpolitik.Syabas diucapkan atas kemampuan Muhyiddin yang kelihatannya mahu membawa imej yang lebih Islamik dan bersifat kemelayuan berbanding Najib.

Mengenai kefakihan beliau dalam beragama,penulis merasa tidak hairan sekiranya beliau arif dalam agama memandangkan almarhum bapanya dahulu adalah seorang ustaz yang cukup dikenali di Johor pada suatu masa dahulu.Cumanya,diharapkan selepas ini segala kefahaman agama yang ada pada diri beliau digunakan untuk melaksanakan segala perintah Allah dalam pemerintahan di Malaysia ini.

Mengapa penulis cuba untuk menghighlightkan perkara ini?Hal ini kerana jarang kita melihat seorang pemimpin tertinggi Umno menjadi Imam dalam solat,kecualilah para ustaz-ustaz Umno.Seingat penulis (yang diketahui),pemimpin Umno yang pernah menjadi Imam sebelum ini hanyalah Pak Lah ketika dia baru menaiki tangga Perdana Menteri suatu masa dahulu.

Untuk rekod juga,Muhyiddin bukanlah kali pertama menjadi Imam,malah pernah dilaporkan beberapa kali dalam akhbar harian dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas.Kali terakhir adalah ketika mengimamkan solat Isyak di Masjid Kuala Tekal ketika PRK Kerdau baru-baru ini.

Itu cerita pasal solat.Seterusnya pula,penulis ingin menceritakan kepada anda tentang satu kenyataan ala samseng daripada calon PBB bagi Dun N38 Jemoreng,Abu Seman Jahwie dalam sebuah akhbar harian tempatan,Utusan Sarawak.Daripada facebook Ketua Pemuda Pas,Ustaz Nasrudin Hassan,beliau telah memuatnaik sekeping keratan akhbar Sarawak itu yang bertulis "Lawan BN Umpama Menempah Maut-Abu Seman".


Pernyataan Abu Seman itu bagi penulis adalah satu kenyataan sombong ala samseng yang tidak sepatutnya keluar dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi seperti di Malaysia.Mengapa penulis menganggap perkara ini seperti samseng?Adakah anda pernah berjumpa atau kenal dengan mana-mana samseng?Atau menonton filem misalnya.

Pastinya bos samseng dalam filem itu akan berkata,"kalau kau nak cari nahas,beranilah datang ke tempat aku!".Dan kata-kata samseng itu cuba dilembutkan oleh calon PBB tetapi dengan menggunakan ayat yang lebih teratur,namun tetap membawa maksud yang sama.Walaubagaimanapun,kepada Pakatan Rakyat diharap dapat berhati-hati dengan amaran jahat sebegitu,dibimbangi akan terdapat agenda salah guna kuasa bagi memberi "maut" kepada Pakatan di Jemoreng dan Sarawak umumnya.

Sebagai sisipan,taktik kotor yang bodoh telahpun dibuat oleh petugas Barisan Nasional dengan menaikkan satu bunting yang bertulis "Ini Kampung BN,Pembangkang Tidak Boleh Masuk!!!"


Dan berita terakhir yang menarik perhatian penulis adalah satu laporan yang dikeluarkan oleh The Borneo Post mengenai tajuk berita "Dia Isteri Saya Yang Sah : Dr Chan".


Ketika ditemui pemberita pada Selasa,Presiden SUPP Dr.George Chan Hong Nam itu memberitahu pemberita bahawa hubungan beliau dengan seorang Datuk Lorna Enan Muloon adalah pasangan suami isteri yang sah.

Dan perkahwinan itu bukanlah baru,tetapi sudahpun bertahun-tahun yang lalu!Malah,anak-anaknya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkahwinan tersebut.Menurut Chan kononnya,tindakan beliau merahsiakan perkahwinan itu adalah demi menjaga perasaan anak-anak dan keluarga terdekatnya.

Wah,nampaknya pemimpin BN Sarawak ini suka kahwin muda-muda ya!

Dan satu,perkara untuk penegasan penulis,adalah tidak salah berkahwin,tetapi mengapa perlu berahsia?Kan sudah timbul syak wasangka.Apabila pembangkang mempersoal,dituduhnya pula sebagai menyerang peribadi.Apa punya turrr la...

RM2 Juta Dalam Akaun Bekas Pengarah Kastam

TMI | KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuan (SPRM) mengesan jutaan ringgit dalam beberapa akaun milik pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia termasuk sekurang-kurangnya RM2 juta di dalam akaun seorang Pengarah Kastam yang sudah bersara.

Sumber memberitahu, pasukan petugas yang menyiasat kes terbabit percaya sebuah syarikat terkenal telah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bekas pengarah tersebut sebagai habuan ketika masih memegang jawatan berkenaan.

Mereka memberitahu, lebih ramai pegawai yang berbelanja mewah di luar kemampuan juga sudah dikenal pasti.

"Usaha sedang dilakukan untuk membekukan akaun mereka. Penyiasatan semakin berhasil apabila lebih banyak maklumat mengenai aktiviti haram ini timbul.

"Kami tidak akan memperlahankan (operasi) kerana maklumat menunjukkan berbilion ringgit lagi masih ada di luar sana," kata sumber itu.

Menurutnya lagi, pasukan petugas itu, walaupun 'diserang' pelbagai pihak berikutan kematian Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di ibu pejabat SPRM di sini, Rabu pagi, tidak akan menghentikan penyiasatan tersebut.

Sumber berkata, beberapa pasukan meneruskan pencarian di negeri-negeri lain dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat.

SPRM dengan kerjasama beberapa agensi lain berjaya menahan lebih 60 pegawai kanan Jabatan Kastam dan merampas jutaan ringgit, jongkong emas dan barangan milik berharga seperti kereta dan jam tangan mewah daripada mereka.

Serbuan dilaksanakan di beberapa pelaburan seluruh negara terutama Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Sabah berikutan maklumat bahawa sindiket dengan 'kaki' dalam banyak organisasi membabitkan kerugian lebih RM10 bilion menerusi pengelakan cukai dan penggelapan wang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal membabitkan kes kematian Ahmad Sarbani menunjukkan kecederaannya konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau berkata, polis telah menerima laporan bedah siasat dan menghantarnya ke makmal jenayah untuk analisis lanjut.

"Makmal itu dijangka dapat menyimpulkan hasil keputusan analisis menjelang hujung minggu depan. Kami juga telah merakamkan kenyaraan daripada enam pegawai SPRM untuk membantu siasatan," katanya.

Nazri Dibidas Para Peguam, Polis Masih Belum Tahan Datuk T


Video seks: Peguam, pakar gesa Kabinet kubur idea tubuh suruhanjaya

Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan “Datuk T” bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

“Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah,” kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

“Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah,” kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

“Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur,” kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

“Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah,” kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

“Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik,” kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

“Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

“Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu,” kata Khoo.

“Di sini, persoalannya ialah 'institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?' Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?” tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

“Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

“Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?” kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

“Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu,” kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan “Datuk T” yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan. -TMI


Kabinet arah polis kenal pasti individu dalam video

Kabinet mengarahkan polis melakukan siasatan rapi bagi mengenal pasti siapa sebenarnya individu yang terdapat dalam klip video seks yang dikatakan membabitkan pelaku mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video seks itu pula hanya akan dilakukan sekiranya ramai pihak mempertikaikan hasil siasatan polis itu nanti.

“Polis sudah menyiasat dan membuat keputusan klip video itu adalah tulen, jadi kita mahu polis siasat dan membuat keputusan siapa yang terbabit (dalam klip video itu).... kita jangka siasatan itu boleh selesai dalam tempoh terdekat.

“Tiada guna hanya memastikan video itu tulen jika tidak dapat mengenal pasti siapa individu dalam klip video itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pertanian Parlimen Padang Rengas dekat sini semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu selepas pembangkang sepakat menolak cadangan penubuhannya.

Nazri berkata, beliau membangkitkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada mesyuarat Kabinet pagi semalam tetapi kerajaan membuat keputusan untuk menunggu hasil siasatan polis terlebih dulu.

“Oleh kerana polis sedang melakukan penyiasatan dan rangka kerjanya juga merangkumi semua aspek selain ketulenannya, adalah lebih baik kita menunggu hasil siasatan itu,” katanya.

Beliau berkata, jika orang ramai berpuas hati dengan hasil siasatan polis itu, maka tidak perlu sebarang penubuhan jawatankuasa siasatan lain ditubuhkan.

Sebaliknya jika ramai mempertikaikannya, baru ditubuhkan Suruhanjaya Diraja selepas ia mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Katanya, penubuhan Suruhanjaya Diraja boleh dilakukan terhadap semua aspek membabitkan kepentingan awam sama seperti penubuhan bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock serta klip video membabitkan pelaku mirip peguam V K Lingam. -BH


Ulasan GB

Sebenarnya kabinet sendiri tidak yakin bahawa orang di dalam video itu adalah Anwar. Jika mereka yakin sudah pasti cadangan Nazri untuk penubuhan Suruhanjaya itu telah diterima.

Mereka khuatir seandainya mereka tidak dapat membuktikan bahawa figura itu adalah Anwar, yang akan teruk menerima kesan ialah UMNO BN sendiri.

Kini untuk mengurangkan bebanan, mereka menyatakan "tunggu laporan polis".

Polis sudah ada pasukannya, yang kita tidak tahu apa tujuan yang sebenar pasukan itu dibentuk. Keraguan ini timbul apabila KPN membuat pengumuman video seks itu, berdasarkan penelitian pakar-pakar, adalah tulen. Tidak disebut siapa pakar-pakar itu dan bagaimana video seks yang penuh penipuan itu dikatakan asli.

Katakanlah ia tulen, tetapi bagaimana pelakun di dalam? Aslikah atau tiruankah?

Kita tidak terperanjat nanti jika polis membuat kenyataan lagi, bahawa, Anwar dikenalpasti sebagai pelakon di dalam video itu.

Polis tergamak melakukannya seperti mereka tergamak menggadaikan integriti dan kredibiliti dengan tidak lansung menahan Datuk T.

Jumaat, 8 April 2011

Kesatuan Kastam putuskan jumpa PM mahu nama agensi itu dibersihkan


Ibrahim Ahmad menjawab soalan pemberita selepas pertemuan dua jam di Kelana Jaya petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 8 April — Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.
Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”
“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak
“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.
“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.
Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.
Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.
“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.
Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.
Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.
Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.
Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Najib 1Malaysia, jatuhkan Anwar didahulukan, kematian Sarbani dibiarkan



KUALA LUMPUR: Watak sebenar Datuk Seri Najib Razak terserlah apabila Perdana Menteri itu lebih mementingkan usaha menjatuhkan musuh politiknya berbanding membela rakyat berdasarkan keengganannya mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed.


Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata demikian mengulas kenyataan Najib yang hanya mahu menubuhkan RCI dalam kes video fitnah, kononnya melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebaliknya, Presiden Umno itu terang-terangan menolak cadangan pelbagai pihak termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan menubuhkan RCI dalam kes melibatkan Sarbani atas alasan kes itu berbeza dengan kes Beng Hock, sedangkan kedua-duanya melibatkan kematian di bangunan SPRM.


"Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak pula membela nasib Sarbani yang mati jatuh daripada bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


"Kita mahu kes Sarbani (ke RCI) jika soal siasat yang dijalankan boleh memberi kesan kepada psikologi mangsa sehingga boleh menimbulkan fobia dan trauma.


"Jika begini sikap Najib, rakyat akan sedar watak sebenarnya yang tidak membela rakyat tanpa ada kepentingan politik," kata Ahli Parlimen Kuantan itu kepada KeadilanDaily, semalam.


Fuziah kesal kerana Najib sering menuduh Pakatan Rakyat (PR) suka menggunakan isu perkauman dalam beberapa kes sebelum ini tetapi kini, Umno BN enggan pula membela nasib seorang Melayu - Sarbani.


Dalam kes Beng Hock, Kugan yang mati dalam lokap, Umno Barisan Nasional (BN) cakap kita guna isu perkauman. PR tidak pernah membangkitkan isu perkauman, kerana semua kaum teraniya, kita tolong," kata Ahli Parlimen Kuantan itu.


Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN berkata, SPRM perlu diletakkan di bawah Parlimen supaya kaedah siasatan dan setiap gerak kerja dapat ditadbir dengan baik dan adil.


"Letak SPRM di bawah Parlimen kerana selagi berada di bawah Perdana Menteri, SPRM tidak akan bebas. Mereka juga perlu tubuh ahli jawatan kuasa khas daripada Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen supaya tahu selok belok prosedur penyiasatan dijalankan.


Dilaporkan, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.


Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.


SPRM sebelum ini mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari. -Keadilandaily

Komisyen kapal selam: Bukan Armaris bayar Perimekar tetapi kerajaan Malaysia



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 April: Laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar Sdn Bhd sebanyak RM493 juta sebagaimana didakwa tetapi ia sebenarnya dibayar oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Rue89 (gambar) melaporkan perkara itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpean yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat yang dikaitkan dengan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang terlepas dari kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Pemegang saham majoriti Perimekar adalah isteri Razak, Mazlinda (Foto).

Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis kemudiannya mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.

Abdul Razak dan dua anggota polis yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri telah didakwa terlibat dengan kes ini.

Namun mahkamah kemudiannya telah membebaskan Abdul Razak dan hanya dua pegawai polis ini sahaja yang didapati bersalah dan kini menunggu hukuman mati.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Namun ia berakhir dengan cerita yang menyayat hati apabila beliau dibunuh dan badannya dileburkan dengan peledak C4 itu.

Laporan terbaru Rue89 bahawa bukan Armaris yang membuat bayaran kepada Perimekar itu bertentangan bertentangan dengan kenyataan kerajaan yang dibuat di Dewan Rakyat pada tahun 2006 lalu.

Dalam Dewan Rakyat , Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin berkata, komisyen itu tidak dibayar oleh kerajaan tetapi sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat Perancis.

Ia dibayar secara sukarela untuk kerja-kerja koordinasi dan perkhidmatan sokongan, kata Zainal dalam Dewan Rakyat.

"Kami (kerajaan) tidak membayar komisyen kepada mana-mana pihak sebagaimana yang didakwa Lim (Kit Siang), tetapi dibayar secara sukarela oleh Perancis," kata Zainal Abidin sebagaimana dilaporkan media pada 7 Disember 2006.

Kementerian Pertahanan juga berkata, syarikat tempatan yang dilantik kerajaan hanya untuk kerja-kerja perkhidmatan sokongan dan koordinasi.

Kerajaan telah membayar sebanyak satu bilion Euro kepada Armaris untuk dua buah Scorpean dan sebuah kapal selama Agosta di mana Perimekar menerima 11 peratus komisyen daripada kontraktor Perancis.

Bagaimanapun, Rue89 melaporkan kerajaan Malaysia yang membuat kesemua bayaran komisyen itu dengan satu tujuan iaitu mencegah rasuah dari pegawai awam asing dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa (on combating bribery of foreign public officials in International Business Transactions).

Terbitkan Akhbar Jabatan Mufti - Tuan Ibrahim



KUCHING, 8 April 11:
PAS menyanjung tinggi dan menghormati beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video lucah yang sedang menjadi isu sekarang.

Amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia. Ini berlaku ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks.

Para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja. Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya melalui Harakah.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini. Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN.

"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya. Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti. (IH)

Video Seks - Presiden Peguam Islam Menyeleweng Dari Prinsip Dalam Islam

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Dr Juanda (kanan) berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam.

"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu.

"Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng.

"Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.


Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya.

Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal (kiri) berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayynah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video.

Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen.

bersih parliament police blockade memo 111207 parliament"Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak.

Selagi tiga budak nakal Umno ni bebas, maruah negara semakin hancur

WarkahDaily – Video seks..oh video seks...kerana engkau, seorang pemimpin boleh difitnah, kerana engkau, maruah negara tercalar...Siapa harus dipertanggungjawabkan?

Kerana depa bertiga ni, negara huru-hara...seluruh dunia ’meludah’..ptuih...kotor punya negara, jijik punya pemimpin.

Kerana ’tiga budak hitam’, habis semua rakyat Malaysia menanggung beban malu...

Selagi depa bertiga bebas, selagi itulah maruah dan moral negara merudum, hancur, jijik.

Perkasa tak mahu cadang ke, tahan passport antarabangsa depa bertiga ke, tarik kerakyatan ke? Kalau Nawamme dah lama dah kena balun, diminta lucutkan warganegara kerana menghina lagu kebangsaan.

Tapi ’tiga budak hitam’ ni, apa kurangnya...depa dah menghina maruah orang Melayu, maruah orang Islam, maruah masyarakat Malaysia..

Sekarang, rakyat merasa khuatir terdapat bermacam-macam lagi masalah akan timbul sekiranya Datuk T atau Trio Umno tidak ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Trio Umno (tiga budak nakal) yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik , Ahli Perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim telah bertanggungjawab menayangkan video lucah di Hotel Carcosa Sri Negara pada 21 Mac lalu.

Kesalahan itu boleh didakwa di bawah seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa kepada hukuman penjara 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berkata, pelbagai pihak telah membuat laporan polis berhubung perkara itu, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, pihak polis seharusnya menangkap dan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut.

Kebocoran maklumat mungkin telah berlaku di mana pihak tidak bertanggungjawab telah upload sebahagian video ini dalam Youtube.

“Rakyat Malaysia sangat kecewa atas masalah yang berlaku,” katanya.

Tambahnya, di negeri Johor terdapat berpengalaman membuat tangkapan awam ke atas penyogok calon PAS Dun Pasir Raja, Johor dalam pilihan raya tahun 2004.

Katanya, tangkapan itu telah berjaya membawa kes itu ke SPR pada waktu itu.

“Jika polis tidak bertindak segera kepada ketiga-tiga individu ini dan membiarkan beberapa laman blog menyiarkan video lucah ini, maka mungkin rakyat akan membuat tangkapan awam dan menyerahkan kepada pihak polis,” ujarnya lagi.

Pengarah Kastam Pilih Bulu Buka Kertas Siasatan




PESARA ANTI RASUAH.

KETUA Pengarah Kastam, Datuk Mohamed Khalid telah mengatakan beliau tidak akan menolong pegawai kastam yang menyalahguna kuasa dan rasuah di sebuah surat khabar ‘The Star terbitan kelmarin (5 April 2011).

Seramai 62 pegawai kastam ditahan untuk siasatan termasuk seorang Pengarah Kastam di Kuantan.
Ketua pengarah kastam telah mengatakan ia sedang menunggu kertas siasatan daripada SPRM sebelum mengambil tindakan terhadap pegawainya.

Sebenarnya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali harus cekup Datuk Mohamed Khalid dan seorang lagi Pengarah kesayangan beliau, Hj.Salleh.

Semasa Hj.Salleh menjadii Pengarah Labuan, berpuluh buah kapal yang memuat kayu balak disimpandan disorok di Asian Supply Base yang diimport oleh sebuah syarikat, Anita Rotan melalui agen perkapalan Sillion shipping untuk transhipment ke Taiwan, China dan Jepun tetapi semua saiz balak ‘under declare’ sehingga kerajaan rugi berpuluh juta ringgit, tetapi anehnya kenapa kes ini tidak disiasat?

Untuk kes Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Mohamed Khalid, bukan saja kapal kargo yang dicekup Pasukan Marin Polis berapa tahun lepas di Bintulu, Sarawak yang dilepas begitu saja.

Ada satu lagi kes Dato’ Khalid yang tidak pernah dibuka kertas siasatan iaitu dipercayai menjadi dalang utama mengimport daging beku, sayap ayam tanpa AP untuk transhipment ke Brunei; tapi semua dibekal ke seluruh Sarawak tanpa bayar cukai jualan sejak berpuluh tahun lalu.

Setiap bulan lebih kurang 40 biji kontena dibawa masuk ke Miri. Cuba Datuk Mustafar Ali meluangkan sedikit masa dan rujuk kembali kenyataan Jabatan Kastam Miri dan Bintulu jika SPRM betul-betul menjalankan tugas dan bukannya ‘Ops Tayang Video Lucah’ yang hanya menangkap ikan bilis sahaja. Sedarlah, rakyat Malaysia kini semakin Pintar dan pandai menganalisa.

Kami beharap SPRM Akan segera menyiasat kes tersebut sebelum manifest dokumen Jabatan Hutan dimusnahkan oleh kedua pengarah tersebut.

Justice for Ahmad Sarbani

Apabila mayat mendiang Teoh Beng Hock didapati tertiarap di atas bumbung berhampiran kaki Plaza Masalam di Shah Alam iaitu bangunan yang menempatkan SPRM Selangor, ramai yang terkejut. Beng Hock ketika itu adalah Setiausaha Sulit kepada ahli EXCO dan Pengerusi DAP Selangor ketika itu Ean Yong. 
 
Tetapi oleh kerana atas sebab-sebab tertentu yang saya percaya didorong kuat oleh alasan politik maka kita dipaparkan dengan kemungkinan kononnya mendiang jatuh atau bunuh diri.

Dan terkadang saya mungkin keterlaluan tetapi dapat mersasai ia bertukar menjadi isu perkauman. Seolah nyawa seorang hamba Allah tidak berharga semata-mata kerana beliau seorang bukan Melayu bukan Islam dan datang pula dari parti politik yang bukan Umno bukan BN. 

(kiri gambar dari sebuah portal berita menunjukkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor menyentuh keranda Allahyarham Ahmad Sarbini)

Lantaran itu tiadalah menyeluruh sentimen rakyat dalam isu ini. Masyarakat Cina saya yakin tersinggung dan kecewa sehingga insiden ini mempengaruhi beberapa pkeputusan pilihanraya kecil apabila masyarakat ini terbabit sebagai pengundi. Tetapi bagi masyarakat Melayu ia sekadar dijinjing oleh orang-orang PAS, yang lain cuma panjang remeh .

Hari ini Suruhanjaya Diraja yang menyiasat akibat kematian mendiang masih bersidang.

Dengan takdir Allah swt tiba-tiba kita berhadapan dengan satu lagi insiden yang sama. Juga di kaki bangunan SPRM. Yang meninggal kali ini ini seorang pegawai kastam berbangsa Melayu. Pegawai yang dikatakan sedang disiasat oleh SPRM atas pertuduhan rasuah tiba-tiba didapati meninggal dunia secara mengejut. Ramai khasnya kaum keluarga dan kenalan Allahyarham marah dan tidak puas hati apabila punca kematian dikataka bunuh diri.

Sama seperti mendiang Beng Hock kematian ini mahu disimpulakn sebagai bunuh diri sedangkan mereka yang rapat dan mengenali Allahyarham tahu bahawa Allahyarham seorang yang baik pekertinya, warak tak mungkin mahu membunuh diri walau tertekan bagaimana pun.

Kini apa yang dilalui oleh kaum keluarga dan kenalan Beng Hock turut ditanggung oleh kaum keluarga dan kenalan Allahyarham. Saya mendoakan agar sentimnt orang-orang Melayu terus bangkit dan menuntut keadilan untuk Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed.

Jika dulu lantang kedengaran “Justice for Teoh Beng Hock” sekarang mari kita bangkit dan tuntut “Justice for Ahmad Sarbani”

Mari kita tuntut keadilan ini kerana semalam Beng Hock hari ini Ahmad Sarbani dan esok lusa entah siapa lagi. Rakyat tidak harus membenarkan kematian seumpama ini berlaku sedang kalau didapati bersalah sekalipun kedua-dua hamba Allah ini tidak akan diihukum gantung sampai mati! Bayangkan jika mereka tidak bersalah.

Alfatihah.

Roslan SMS,

Analisis ringkas muka utama Utusan Malaysia

Satu senjata utama pemerintah dalam persaingan politik dengan pembangkang ialah media.

Media, sama ada media cetak mahupun elektronik digunakan sepenuhnya untuk membawa mesej pemerintah.

Dalam musim pilihan raya, bentuk dan susunan kandungan akhbar-akhbar dikuasai pemerintah boleh berubah untuk menyampaikan mesej dengan lebih agresif.

Satu contoh paling jelas ialah Utusan Malaysia, akhbar berbahasa Melayu yang menjadi pembawa dan penyebar utama mesej pemerintah.

Sekiranya diperhati dengan teliti, dapat dilihat satu amalan standard yang dilaksanakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Muka depan Utusan Malaysia hari ini, April 6, 2011, menjadikan isu video yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berita utama.

Tajuk utama, Desak Tubuh Suruhanjaya boleh dikod sebagai positif (pada nilai yang agak rendah) kepada pemerintah, kerana tuntutan penubuhan suruhanjaya biasanya disuarakan pihak yang mempunyai kelebihan, ditujukan kepada pihak yang defensif, atas pelbagai sebab, paling utama kerana hamu menyembunyikan sesuatu.

Penilaian nilai penuh untuk berita ini dari segi saiz tajuk kerana menggunakan font besar, dan menjadi berita utama muka depan.

Gambar mendapat nilai moderat kerana bersaiz sederhana, dan diberikan nilai neutral kerana tidak mempunyai kualiti negatif atau positif bagi pembangkang dan juga pemerintah.

Untuk nilai negatif, penilaiannya agak tinggi negatif bagi pembangkang, kerana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi subjek berita dikemukakan sebagai memberikan alasan yang tidak kukuh menolak implikasi video itu.

Berita ini juga memberi nilai positif kepada pemerintah kerana nilai negatifnya kepada pembangkang, tetapi pada nilai yang rendah.

Muka 2 yang kini dijadikan album gambar, yang boleh menjadi ruang untuk memasukkan gambar bernilai positif kepada pemerintah dan negatif kepada pembangkang.

Muka 3 pula, salah satu muka utama selepas muka depan, meletakkan berita lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak ke Korea Selatan dan mendapat pulangan.

Tajuk mendapai nilai tinggi untuk saiz tulisan dan kedudukan berita, dan memberikan nilai positif kepada pemerintah, tetapi pada tahap sederhana tinggi.

Gambar mendapat nilai tinggi kerana bersaiz besar, dan mengandungi nilai positif sederhana kepada Najib dan pemerintah.

Gambar sedang berjalan bersama pemimpin tertinggi Korea Selatan itu memberi kesan positif kepada Najib kerana menggambarkan penerimaan dan kepentingan beliau.

Tidak ada nilai kepada pembangkang kerana tidak disebut.

Di bahagian bawah, terdapat berita sederhana kecil melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mempunyai nilai sederhana bagi saiz tajuk dan rendah dari segi kedudukan dalam halaman.

Nilai positif kepada pemerintah kerana berita berbentuk pelaksanaan tugas dengan baik.

Gambar mempunyai nilai positif kerana memberikan gambaran kejayaan Muhyiddin dan Kementerian Pelajaran, walaupun bersaiz sederhana.

Paparan berita sangat positif bagi kerajaan di muka-muka awal, yang biasanya mesti melibatkan perdana menteri atau pemimpin tertinggi lain pemerintah menjadi amalan akhbar-akhbar dikuasai Umno.

Halaman-halaman ini ialah yang paling dijaga oleh pengendali akhbar-akhbar tersebut.

Berita muka-muka utama dalam amalannya mesti melibatkan dua pemimpin tertinggi dan memberi nilai positif, untuk tujuan membina imej yang baik dan menarik sokongan.

Turut sering dibawa ialah berita bersifat feel good bagi negara seperti kejayaan dalam kejohanan sukan, keputusan cemerlang peperiksaan nasional dan sebagainya yang boleh diolah untuk memberi imej positif kepada pemimpin negara.

Walau bagaimanapun, kempen negatif terhadap pembangkang turut menjadi pilihan untuk muka depan seperti dilakukan semalam.

Berita utama itu kelihatan jelas diolah untuk memberi kesan negatif tertinggi kepada pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan kepada semua komponen gabungan pembangkang.

Tetapi nilai ekstrem negatif tidak semestinya memberi pulangan yang diharapkan kerana mampu mencetuskan kesan negatif akibat reaksi pembaca.

Nilai negatif tinggi bagi pembangkang seperti itu ada kalanya boleh memberi lebih banyak kelebihan kepada pemerintah berbanding berita positif yang tidak diolah dengan baik.

Dalam suasana menjelang pilihan raya kini, berita beserta gambar bernilai positif kepada pemerintah akan lebih banyak dibawa akhbar-akhbar dikuasai mereka.

Malah, seluruh halaman akhbar akan dimasukkan seberapa banyak yang boleh kandungan yang boleh memberi nilai positif kepada pemerintah dan negatif kepada pembangkang.

Dalam tempoh pilihan raya, ruangan rencana, surat pembaca, kartun editorial, wanita, seni, mesej teks pembaca dan sebagainya boleh digunakan untuk tujuan menyampaikan mesej berbentuk positif untuk pemerintah dan negatif untuk pembangkang.

Rencana misalnya akan banyak memuatkan surat, contohnya, daripada seorang “rakyat prihatin” yang bimbang dengan kedudukan bangsa Melayu sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia sebagai kerajaan pusat.

Hal yang sama juga boleh dimuatkan dalam halaman mesej teks telefon, yang boleh mengemukakan pandagan-pandangan ringkas, termasuk kritikan, berhubung pelbagai isu.

Hal ini sangat berbeza berbanding masa lain yang bukan dalam tempoh pilihan raya, walaupun mesej positif sentiasa menjadi agenda utama.

Dalam menangani kempen media dikuasai pemerintah seperti ini, media pembangkang memerlukan tindakan dan amalan tersusun yang dipertimbangkan dengan mendalam terlebih dahulu.

Kandungan yang ekstrem negatif kepada lawan, seperti ditunjukkan dalam kes Utusan semalam, tidak semestinya boleh menjadi senjata yang berkesan.

Usaha menangani kempen secara tersusun itu memerlukan kefahaman dan kebijaksanaan yang sewajarnya.

KRONOLOGI TERJUN BANGUNAN SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April: Berikut adalah penjelasan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) yang dihantar kepada Harakahdaily berhubung kematian seorang pegawai kastam.

Pada hari ini, 6 April 2011 di antara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan.

Khamis, 7 April 2011

KESATUAN KASTAM SANGSI SARBANI PERGI KE SPRM TANPA DIPANGGIL

TMI | Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.



Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.

Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.

"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.

"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.

Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Nazri Aziz Usah Jadi Bodoh??? Walaupun Ko Memang Bongok

Wan Azizah berhak dan wajib bela suaminya



KUCHING 7 APRIL : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz membuat kenyataan dangkal apabila mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memastikan sama ada individu dalam video lucah yang disebarkan adalah suaminya, Anwar Ibrahim.

Azizah kelmarin menegaskan individu itu bukan suaminya berasaskan susuk badannya dan menggesa Nazri supaya tidak merekacipta alasan bagi menghalalkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk terus mengaibkan suaminya.

Azizah berkata dalil Nazri bahawa beliau tidak boleh menentukan sama ada lelaki itu adalah Anwar tidak masuk akal.

"Kalau ada kemalangan mana-mana, kalau saudara Anwar didapati (terlibat), saya (sebagai isteri tentu) akan dipanggil untuk membuat pengecaman. Jadi, (selaku isteri) saya memang layak untuk mengatakan (lelaki misteri dalam klip video fitnah) itu suami saya atau tidak," kata beliau di Tupong, Kuching.

Nazri semalam berkata beliau mahukan Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat sama ada individu dalam rakaman itu adalah Anwar kerana kerajaan tidak boleh menerima penolakkan Wan Azizah.

Menurut beliau, kerajaan Umno-BN akan terpalit dengan tuduhan terlibat dalam video seks itu berikutan penafian Wan Azizah.

Kenyataan Nazri itu menerima cemuhan pelbagai pihak kerana dilihat cuba menggunakan Suruhanjaya diRaja untuk “membersihkan” Umno daripada dikaitkan dengan
video lucah itu.

Mengulas kekhuatiran Nazri itu, Wan Azizah berkata “"siapa makan cili tentulah terasa pedasnya.”

Wan Azizah juga menolak cubaan beberapa pimpinan Barisan Nasional untuk mengemukakan usul di Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya itu.

Bagaimanapun usul itu “tenggelam” setelah Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan video itu ditayangkan atas alasan ia bukan cara Islam dan melanggar kemuliaan dewan.

"Yang nak buat Suruhanaya Diraja itu, memang tidak perlu pergi ke Parlimen. Itu jawapan saya. Dia (Mohd Nazri) nak buat atau tidak (terpulang), tetapi ada isu yang lain (lebih penting)," tegas Wan Azizah.

Tambah beliau, sepatutnya penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bertumpu pada kes yang boleh mencemarkan kepentingan negara seperti kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Sharibuu yang dikaitkan dengan komisyen pembelian kapal selam oleh kerajaan.

"Saya tidak setuju dengan Datuk Nazri yang mendakwa kes kematian Teoh Beng Hock adalah perkara kecil...saya rasa itu adalah masalah-masalah negara yang begitu runcing dan perlu ditangani segera," beliau menambah.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata kematian terbaru membabitkan seorang pegawai kastam di bangunan SPRM di Jalan Corhrane, Kuala Lumpur sepatutnya mendorong Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja bagi menyiasat SPRM secara menyeluruh.

Baginya, kerajaan yang diteraju oleh Barisan Nasional patut "membersihkan segala kotoran" dalam SPRM demi memulihara kembali integriti serta nama baik negara di persada nasional.

Tuntas dari itu, beliau secara peribadi meminta Mohd Nazri pula menjelaskan motif di sebalik usaha Umno menubuhkan Suruhanjaya diRaja yang baginya berbau “suatu konspirasi terancang untuk terus mengaibkan Anwar sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10 sekarang".

Kempen Pakatan Rakyat Di Sarawak Mendapat Sambutan Hebat

Kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak bermula dengan baik malam tadi dan majlis anjurannya mendapat sambutan hebat di Kuching, Sibu dan Miri.

NONEDi pusat komersial Premier 101 Kuching, dianggarkan 5,000 orang
membanjiri pusat penjaja untuk mendengarkan ceramah orang kuat pembangkang, termasuk setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Manakala di pusat komersial Boulevard di Miri, dan satu lagi berhampiran Specialist Medical Centre di Sibu, masing-masing dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyifatkannya bukan sahaja satu rekod tetapi juga satu permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat.

Wartawan tempatan juga memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan kepada pembangkang kali ini lebih menggalakkan berbanding dengan suasana pilihan raya 2006.

Di Kuching, tempat perhimpunan penuh sesak, sehingga memaksa penganjur meletakkan pembesar suara dan projektor di kawasan berhampiran untuk memboleh lebih ramai mengikuti ceramah di situ.

kuching dap guan eng signing ubahJelas sekali Guan Eng menjadi tarikan malam tadi, dengan berucap kepada hadirin dalam campuran bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun parti komponen BN,
SUPP, menurunkan beberapa muka baru dengan latarbelakang yang baik, tetapi musuh sebenar Pakatan ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah begitu lama berkhidmat.

“Calon-calon SUPP memang berbakat... di atas kertas, mereka memang layak diundi. Tetapi apa yang kita mesti tanya kepada mereka ialah: Adakah muka-muka baru ini menyokong 'pek mor'?" tanya Guan Eng menggunakan istilah penduduk Cina Sarawak, yang merujuk kepada Taib yang merambut putih.

kuching dap talk first nite“Bolehkah muka-muka baru SUPP ini menjawabnya? Jika mereka kata
'ya', maka mereka akan menyinggung para pengundi. Jika mereka kata 'tidak', ia akan mengecewakan Taib dan akibat adalah lebih buruk.
Guan Eng menyifatkan muka-muka baru SUPP itu sebagai “wain lama dalam botol baru”, sambil menambah bahawa “wain lama” adalah "racun' kepada pengundi.

Dia turut menyindir Taib dan timbalannya Tan Sri George Chan, yang juga presiden SUPP, berhubung janji mereka untuk meletakkan jawatan.

“Chan menggunakan muslihat yang sama pada 2006. Adakah dia meletakkan jawatan? Sebaliknya dia kahwin lagi, sama seperti Taib. Adakah anda fikir mereka ingin berundur?” soalnya, sambil disambut gelak ketawa hadirin.

miri dap pkr candidates first niteDi Miri pula, ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata sambutan terhadap ceramah di DUN Piasau kali ini mendapat sambutan lebih baik daripada pilihanraya 2006.
George Chan mempertahankan kerusi Piasau bagi penggal keenam.

Menurut Anthony sejumlah RM10,200 sumbangan berjaya dikutip untuk
mengisi tabung kempen pilihan raya.

Pada mulanya, polis cuba menghentikan ceramah tersebut atas alasan permohonan telah dibatalkan kerana SUPP mengadakan majlisnya di sebuah restoran berhampiran.

miri dap first nite talkBerikutan itu, pihak penganjur menuntut pihak polis bertindak adil dengan menghentikan juga majlis SUPP. Selepas itu, pihak polis beredar dan majlis Pakatan itu diteruskan dengan lancar, walaupun dalam keadaan hujan renyai.

Di Kuching, naib presiden PKR, Nurul Izzah pula mendapat tepukan gemuruh apabila beliau berucap sekejap dalam bahasa Cina, manakala seorang lagi naib presiden PKR, Tian Chua, berjanji Pakatan akan mengembalikan royalti minyak dan gas kepada Sarawak jika ia memerintah negeri itu.

Pantai Miri merupakan salah satu pengeluar gas asli terbesar di Malaysia. Penceramah lain ialah bekas ahli parlimen bandar Kuching, Sim Kwang
Yang dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok

sibu dap first nite talkDi Sibu pula, orang ramai melimpah ke atas jalan untuk mendengar ucapan pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Kit Siang.

Ucapan Kit Siang tertumpu kepada berita kematian seorang pegawai Kastam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur pagi semalam.

Beliau menggesa penduduk Sibu supaya mengundi calon-calon Pakatan bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan dipantau dengan rapi.

Khairy, isteri pimpinan tertinggi pun ada ‘video lucah’, kata Chegu Bard

KD | Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, ketika media di seluruh dunia membincangkan pelbagai isu penting seperti krisis radiasi di Jepun dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, media di negara ini lebih seronok memainkan isu politik berasaskan tuduhan seks dan video lucah.

Menurutnya, masyarakat dunia kini sudah beralih kepada politik baru berasaskan nilai dan idea, namun Malaysia pula seolah mundur ke belakang dengan politik ‘selak kain’ yang langsung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Sudahlah tayangan video lucah dilakukan secara terbuka dan seolah dilindungi penguasa.

Malah yang terbaru ‘desparado politik sanggup menghantar buku lucah terus ke rumah orang.

“Buku yang terdapat gambar – gambar bogel dan gambar orang sedang mengadakan hubungan seks cuma bahagian kepalanya diganti dengan gambar musuh politik mereka.

“Bayangkan di kawasan bandar tempat komik ini diedar ibu dan bapa bekerja, anak balik sekolah melihat buku lucah yang dipos ke rumah,” katanya yang mengaitkan penyebaran buku lucah yang mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai, baru-baru ini.

Menurut Badrul, apa yang lebih membimbangkan, anak-anak kecil pula didedahkan dengan bahan-bahan berbentuk lucah tersebut, malah lebih parah ada yang menyimpan dan meniru perbuatan buku lucah berkenaan.

“Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pula menyiarkan di muka depan aksi lucah begitu juga Buletin Utama TV3, mana pergi nilai kewarasan manusia?

Hanya kerana politik kita lakukan semua perkara tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, beliau menganggap tidak salah melakukan sesuatu serangan politik, tetapi ia harus berlandaskan pertembungan idea dan bukan menggunakan politik ‘selak kain’.

“Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar.

“Sebanyak lebih 2000 keping video tersebut telah dibakar.

Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara,” ujar beliau.

Justeru itu, katanya SAMM mengajak rakyat menolak politik selak kain dan mendesak agar pemain – pemain utama politik di Malaysia kembali kepada landasan politik baru dan mendidik rakyat.

“Rakyat diseru menolak politik sensasi selak kain ini dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok membodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” ujar beliau.

Rabu, 6 April 2011

Menantu Pohon Waran Tangkap, Anak KM Sarawak Gagal Hadir Perbicaraan

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Datin Seri Shahnaz Abdul Majid memohon waran tangkap terhadap suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekri Abdul Majid berikutan kegagalannya menghadiri perbicaraan kes tuntutan fasakh dan juga harta sepencarian.


Permohonan itu dibuat peguam yang mewakili Shahnaz, Dr Mohd Rafie Shafie pagi tadi.


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menetapkan hari ini sebagai tarikh perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian dan tuntutan ganti rugi.


Peguam yang mewakili Abu Bekir, Saadiah Din memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak dapat hadir berikutan masih belum pulih daripada pembedahan bahunya di United Kingdom pada 15 Mac lalu.


Bagaimanapun, apabila peguam Rafie meminta sijil sakit, yang sepatutnya diserahkan kepada peguam plantif, Saadiah gagal berbuat demikian.


Berikutan itu, Hakim Abdul Walid Abu Hassan mengingatkan Saadiah supaya menasihati anak guamnya agar mematuhi prosedur mahkamah dan memastikan kehadiran Abu Bekir.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan bagi mahkamah menetapkan tarikh perbicaraannya.


Dalam pada itu, peguam Rafie memohon supaya prosiding perceraian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi yang sama.


Pada masa ini, permohonan perceraian Shahnaz didengar oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Abu Bekir, telah memfailkan permohonan perceraian yang berasingan, juga didengar oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Related Posts with Thumbnails