Jumaat, 13 Januari 2012

Sudahlah, hentikanlah fitnah- Anwar

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/01/Anwar-Ibrahim-Masjid-Jamek.jpg
(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 13 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak yang berterusan memfitnah beliau supaya menghentikan perbuatan itu.

“Sudah-sudahlah berbuat fitnah, hentikanlah,” tegasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini hari ini.

Anwar yang baru pulang dari lawatan ke India dan Turki selepas dibebaskan mahkamah atas tuduhan Fitnah II, disambut ratusan masyarakat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Berhubung keputusan pendakwa yang mahu memfailkan keputusan pembebasan beliau, Anwar berkata, ia terserah kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memutuskan.

“Itu terserah pada peguam negara. Saya ikut fakta dan undang-undang,” katanya ringkas.

Sementara itu, kehadiran beliau di sini menarik perhatian umum apabila rakyat yang hadir berpusu-pusu untuk bersalam dengan beliau.

Situasi itu menyebabkan jalan dari dalam masjid hingga ke tapak meletak kenderaan sesak sehingga kenderaan yang membawa Anwar beredar.

Pada Isnin lalu, Hakim Mahkaman Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam penghakimannya, Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menerima bukti DNA dan bukti lisan yang dikemukakan.

Keputusan itu,- yang turut mendapat liputan meluas media antarabangsa- disambut sebagai satu kemenangan rakyat dan dialukan oleh pelbagai pertubuhan, badan perundangan dan pemimpin antarabangsa.

Misteri Dakwat Kekal PRU12 Didedah Mantan Pengerusi SPR

Harakahdaily
KOTA BHARU, Jan 13: Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, “Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?” yang diadakan di sini malam tadi.
(Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi)
Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.

“Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.

“Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah,” kata Rashid dalam forum itu.

Pada masa ini, Husam mencelah, “Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?”

Rashid pula membalas, “SPR tak ada kuasa.” Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.

Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.

“Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal,” terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.

Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.

“Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali,” sindir Nazri.

Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, “Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi.”

Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.

“Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam,” kata Husam.

Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

“Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.

"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong,” selar Husam.

Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.

“Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.

"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.

“SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas,” kata beliau.

Keterangan Rashid dipersetujui Husam.

“Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya).”

MUNGKINKAH SAIFUL SENASIB DENGAN ALTANTUYA?!



Apakah Saiful akan senasib dengan Altantuya ? Altantuya  menemui ajal melalui ledakan bom c4,.bahan letupan yang sepatutnya sentiasa berada dalam kawalan rapi kementerian pertahanan. Amat menyedihkan apabila mengetahui mayat Altantuya  hancur berkecai,..ngeri !, dan amat memilukan ! 

Namun Datuk Seri Najib Tun Razak menteri pertahanan ketika itu tidak pula mahu menyiasat punca bagaimana bahan itu boleh terlepas ! Hingga sekarang nampaknya nasib Altantuya belum terbela !   
 
Semuanya berlaku kerana wang dan kerana nak menutup konspirasi pihak tertinggi yang melibatkan pemimpin negara. Apakah perkara yang sama mungkin berlaku ke atas diri Saiful Bukhari Azlan ? mohon dijauhkan Allah !

Tetapi sampai bila Saiful sanggup bertahan ? Sampai bila dia sanggup diperalatkan oleh pemimpin Umno? Sudah berapa banyak habuan yang dia terima? Berapa cengkeram yang sudah diperolehinya hasil kesanggupannya berdusta kononnya dia diliwat? Atau dia belum menerima satu sen bayaran pun?
Semua persoalan ini bermain di kepala kita !

Keputusan mahkamah sudah pun dibuat, sudah diketahui umum.  Anwar bebas dan tidak bersalah. Seluruh masyarakat dunia sudah mengetahui bahawa semua dakwaan Saiful adalah palsu.
Saiful berbohong atau dipaksa berbohong ! dan orang yang berada dibelakangnya sudah tentu Umno. Umno sangat memerlukan khidmatnya demi untuk menjatuhkan Anwar kerana mereka teramat-amat percaya jika Anwar jatuh,  Anwar dimalu atau dipenjararakan Umno boleh terus berkuasa.

Bukti Umno di belakang Saiful, rakyat perlu tahu motif sebenar !

Sebelum ini Saiful sama ada dengan sengaja atau tidak pernah menyatakan beliau ada bertemu dengan tokoh-tokoh tertentu seperti Perdana Menteri Datuk dan isterinya Rosmah Mansor (ketika itu masih TPM). Saiful juga  ada bertemu/ berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan,  ASP Rodwan Yusoff dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Md Nor sebelum beliau membuat laporan polis mengatakan dia diliwat.  Tentu ada motif kenapa beliau bertemu dengan pihak yang berkenaan!  Diperingkat Najib menafi ada bertemu Saiful tetapi akhirnya mengaku juga beliau ada bertemu dan alasan/ tujuan pertemuan itu flip-flop ! Kita bimbang  Saiful akan diancam dan bakal menerima nasib seperti Altantunya sekiranya dia mendedahkan rahsia ini.

Saiful dan penyokong-penyokongnya wajar menerima kenyataan bahawa beliau sebenarnya bukanlah mangsa liwat DS Anwar Ibrahim,   tetapi dia menjadi mangsa "Konspirasi Jahat" terhadap Anwar selama ini.  Apapun, semoga Saiful terus tabah menghadapi hadapi dugaan ini. Terimalah nasihat dari ulamak-ulamak berkecuali atau tersohor,  asal jangan ulamak Umno !  Bertaubatlah ! anda masih punya masa depan!  Anda boleh manjadi rakyat  Malaysia yang berguna. Mengakulah anda telah memilih jalan yang silap. Sesat dihujung jalan balik kepangkal jalan !!.

Oleh : rahimothman

Pembebasan Anwar kerana GTP Najib?

Oleh Fairuz Azhan

Melihat dan mendengar reaksi para pemimpin UMNO selepas mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat II menyebabkan ramai antara kita mahu menangis teresak-esak atau ketawa pecah perut.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin UMNO lain kononnya pembebasan Anwar adalah bukti kesungguhan Datuk Seri Najib Razak melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah amat lucu tapi menyedihkan serta memilukan.

Pernyataan tersebut hanya akan memakan diri UMNO sendiri kerana ia menimbulkan pelbagai soalan yang harus dijawab.

* Jika GTP tidak dilakasanakan, adakah Anwar akan didapati bersalah? Atau jika Anwar didapati bersalah, adakah ia juga bukti kejayaan GTP?

* Jika Anwar bebas kerana GTP, adakah kerajaan UMNO-BN secara tersiratnya mengatakan bahawa mahkamah sebelum ini tidak bebas, dan hanya bebas kerana adanya GTP?

* Jika semuanya kerana GTP, adakah institusi kehakiman kita begitu bobrok sekali hinggamemerlukan seorang Perdana Menteri melaksanakan GTP, baru ia boleh bebas dan adil?

UMNO-BN pernah akui rakyat hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman
Kerajaan UMNO-BN di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengakui bahawa keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman harus diperkukuhkan.

Dengan itu, beliau telah memilih seorang ahli UMNO yang dijadikan Senator untuk dilantik sebagai Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim. Sebelum itu, janji-janji Pak Lah untuk membuat transformasi besar bagi menghapuskan amalan Mahathirisme disambut baik sehinggakan beliau telah mendapat undi popular yang amat besar dalam pilihan raya umum 2004 dengan mendapat lebih daripada 90 peratus kerusi Parlimen.

Apabila diberi kuasa, Zaid antara lain telah mengakui kesalahan kerajaan pusat dalam peranannya memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas pada tahun 1988. Kerajaan telah meminta maaf kepada beliau dan beberapa hakim lain serta memberi pampas an.

Tindakan berani Zaid mengakui kesalahan BN dan pengakuan bahawa ianya telah berlaku merupakan satu langkah yang besar dalam memulihkan keyakinan terhadap institusi kehakiman.

Institusi kehakiman merupakan tulang belakang kepada sebuah negara demokrasi. Jika kebebasan dan ketelusan dikompromi, maka hancurlah demokrasi dalam sebuah negara kerana para penguasa dapat berbuat sesuka hati tanpa kehadiran ‘check and balance’. Insan-insan tertindas pula tidak akan mendapat keadilan. Daripada demokrasi ke diktator dalam sekelip mata. Itulah betapa maha pentingnya kebebasan badan kehakiman.

Dosa-dosa perundangan UMNO-BN terhadap rakyat
Apakah kita masih ingat tentang seorang hakim yang terkenal kerana berat sebelahnya kepada pihak kerajaan? Akhirnya beliau tidak boleh diselamatkan apabila terdapat gambar-gambar percutian beliau bersama seorang peguam yang akan didengari hujahnya tidak lama selepas itu.

Begitu juga dengan seorang peguam yang terkenal apabila divideokan dengan frasa kata “ah, correct, correct, correct’. Dalam rakaman video itu, beliau angkuh sekali dakwaan bahawa beliau boleh mengaturkan kedudukan hakim-hakim dengan wang.
Masih yakinkah kita dengan institusi kehakiman? Jika hakim boleh dibeli, apalah harapan rakyat untuk menuntut keadilan? Hanya mereka yang berkuasa dan berada sahaja yang mampu membeli keadilan jika UMNO-BN dibiarkan memegang tampuk pemerintahan.

Sewaktu peralihan kuasa di antara Abdullah dan Datuk Seri Najib Razak, berlaku rampasan kuasa di Perak yang jijik dan kotor, bersifat anti-demokrasi dan tidak mengikut undang-undang pada Februari 2009. Rakyat Perak telah memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan negeri dalam pilihan raya umum Mac 2008.

Jika mengikut undang-undang, kes yang harus digunakan oleh badan kehakiman ialah kes mercu tanda Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak, di mana Mahkamah Tinggi Borneo pada 1966 memutuskan bahawa undi tidak percaya harus dilakukan terhadap Ketua Menteri di dalam dewan undangan negeri, dan tidak ada pihak luar termasuk Gabernor berhak memecat pemimpin kerajaan negeri.

Namun, demi keghairahan kuasa UMNO-BN, menurut pakar-pakar perundangan, undang-undang yang jelas telah tidak dituruti oleh mahkamah. Majoriti rakyat yang memilih Pakatan Rakyat dinafikan hak mereka. Amat tidak logik bagaimana Perak boleh jatuh ke UMNO-BN sedangkan majoriti rakyat tidak memilih mereka, dan rampasan kuasa itu tidak sah di sisi undang-undang.

Seorang Anwar bebas tidak bererti segalanya sudah bebas dan adil
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyatakan bahawa kemenangan Anwar Ibrahim di mahkamah tidak membuktikan bahawa institusi kehakiman telah dibersihkan. Apa yang benar-benar boleh menjamin ketelusan dan kebebasan mahkamah adalah satu rombakan besar untuk menjadikan keseluruhan institusi tersebut adalah bebas dan adil selamanya tanpa sebarang campur tangan politik mahu pun ehsan para penguasa.

Jika UMNO-BN masih berharap untuk melakukan transformasi sebenar, dengan atau tanpa GTP, para pemimpin mereka wajib mengakui terdapat masalah dalam pelbagai insitusi negara termasuk badan kehakiman.

Sejarah telah membuktikan dengan jelas bahawa badan kehakiman negara masih bermasalah, dan kerajaan Pak Lah sendiri telah mengakuinya. Keadilan tidak boleh hanya dilaksanakan, ia perlu dilihat dilaksanakan.

DAP dan Pakatan Rakyat dengan jelas dan nyata dalam Buku Jingga menyatakan usaha untuk menjamin institusi kehakiman yang bebas dan boleh diyakini. Bukankah ini satu nafas baru untuk rakyat?

Manalah tahu, jika selepas pilihan raya umum akan datang, mungkin orang-orang besar UMNO-BN akan dihadapkan ke mahkamah, sudah pasti mereka pun mahukan pengadilan yang bebas dan adil.
Jadi, tidak rugi jika pimpinan UMNO-BN hari ini memulakan usaha untuk membebaskan badan kehakiman daripada kongkongan kerajaan atau campur tangan penguasa. Yang turut mendapat faedah nanti adalah mereka juga bersama puluhan juta rakyat Malaysia yang lain. – Roketkini.com

Khamis, 12 Januari 2012

Salah Guna Wang zakat: Pemimpin PKR buat laporan polis


18 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi hari ini.

Nik Nazmi berkata, laporan polis itu dibuat agar Jamil berserta Che Mat dan Shamsuddin disiasat di bawah Akta 613 Seksyen 409, Seksyen 415 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan masing-masing berkenaan dengan pecah amanah jenayah oleh perkhidmatan awam atau ejen, menipu dan pecah amanah.

"Laporan polis telah dibuat dan bukti akan kami berikan kepada pegawai penyiasat esok," katanya pada sidang media hari ini.

Laporan polis itu turut di buat oleh Jingga 13.Sebelum ini, Nik Nazmi mendakwa Jamil, Che Mat dan Shamsuddin menggunakan wang zakat MAIWP untuk tujuan kos guaman dan tindakan itu menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam.

Bagaimanapun, dakwaan itu telah dinafikan oleh Jamil Khir dan Che Mat.

Che Mat berkata, bayaran kos guaman bagi kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada peruntukan kerajaan yang disalurkan kepada badan itu setiap tahun dan pendapatan MAIWP melalui sumber am seperti sewaan, dividen, aset dan lain-lain perolehan.

Bagaimanapun, Jamil pula menegaskan, wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Umum PKR itu bukan wang zakat MAIWP, tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan beri bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya.

Justeru Nik Nazmi berkata, percanggahan jawapan antara Che Mat dan Jamil menimbulkan kekeliruan dan beliau mendesak agar Jamil tampil membuat pengakuan.

"Sekarang ini kita nak Jamil mengaku benar atau tidak dia gunakan duit itu. Jika ya, kenapa selama ini dia nafi? Orang lain sudah sahkan, dari laporan audit, kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kenapa takut sangat untuk mengaku? Perkara ini bukan main - main dan kita pandang serius kerana melibatkan ia melibatkan wang zakat," katanya.

Sinar Harian

901: PERKASA dalang letupan bom?

“Dato' Ibrahim Ali pernah membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebaskan Anwar 901” -Shamsul Iskandar


Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam mencabar Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) membuat penafian bahawa Perkasa terlibat dengan tiga letupan bom di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.

“Sebelum ini, Presiden Perkasa (Dato’ Ibrahim Ali) pernah membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901.

“Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?,” soal Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Utusan Malaysia pada muka hadapan semalam bahawa tiga butir bom jangka buatan sendiri yang meletup dan mencederakan lima individu dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan kempen Bebaskan Anwar 901.

Sehubungan itu katanya, AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut.

Merujuk kepada kepala berita bertajuk ‘Peserta bawa bom’ dalam akhbar itu, beliau berkata laporan berita ini jelas bersifat jahat dan bertujuan untuk memburuk-burukkan imej penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.

“Pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai,” jelas beliau.

Menurut Shamsul, AMK berpandangan bahawa insiden letupan bom ini adalah percubaan jahat pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis kerana difahamkan bahawa bom tersebut telah diletakkan di bawah kon keselamatan pihak polis sendiri.

“Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk memburukkan imej peserta perhimpunan yang jelas berjaya menurut semua arahan polis dan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam situasi aman dan selamat,” katanya.

Sumber: Freemalaysiatoday.com

Bapa Mohd Saiful mohon Peguam Negara buat Rayuan


Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari hari ini merayu kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan untuk mendapatkan pembelaan adil anaknya, menegaskan jangan terpengaruh oleh mana-mana pihak termasuk Majlis Peguam.


Pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini, Azlan, 58, turut melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Majlis Peguam agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

"Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari berasa amat kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan keputusan kes anak saya yang diputuskan oleh mahkamah pada 9 Januari 2011.

"Pada pandangan saya, tindakan Majlis Peguam itu adalah dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita.

Rabu, 11 Januari 2012

“Suka Sama Suka” Untuk Tipu Hakim?

Oleh: Suara Pakaran Rakyat


DARI pemerhatian dan perbincangan penulis bersama rakan-rakan seperjuangan mendapati bahawa masih ada pertikaian dikalangan blog-blog pro UMNO berhubung hujah ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh di Mahkamah sebelum ini bahawa memang berlaku hubungan seks luar tabie antara pengadu, Saiful Bukhari dengan Anwar tapi atas dasar suka sama suka.

Asalnya perkara ini memang benar-benar merungsingkan penulis kerana memang sukar untuk mematahkan hujah yang dibangkitkan ramai orang kenapa Anwar boleh bebas bila Karpal sendiri membangkitkan soal suka sama suka ini.

Tapi selepas mendapat maklumat dari sumber-sumber terdekat yang ada pengetahuan dalam bidang undang-undang ini, baru penulis faham bahawa isu ‘suka sama suka’ ini adalah sebahagian dari strategi pembelaan Karpal untuk memastikan Anwar dibebaskan daripada pertuduhan yang dicemari dengan konspirasi politik ini.

Sistem kehakiman negara kita mengamalkan konsep ‘Beyond Reasonable Doubt’ atau Keraguan Melampui Munasabah dimana pihak pendakwaan dan pembelaan perlulah mengemukakan bukti-bukti yang yang sejajar dengan konsep di atas dalam menentang kes masing-masing.

Pendek kata, kalau pendakwaan kemuka bukti A, pembelaan perlulah kemukakan bukti B yang melebihi keraguan bagi membalas hujah pendakwaan dan begitulah sebaliknya.

Selepas mendengar keterangan pengadu (SP1) dalam kes ini iaitu Saiful Bukhari, memang ada unsur ‘rela’ dalam perlakuan liwat yang dituduh dilakukan Datuk Seri Anwar dan ini jelas bercanggah dengan pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau iaitu Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan, dimana beliau dituduh ‘memaksa’ Saiful melakukannya.

Itu tidak sama sekali bermaksud Anwar melakukannya tapi untuk mencabar kesahihan Seksyen yang digunakan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar dalam hal ini berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Saiful.

Seperti diterangkan sebelum ini, memang pada asalnya penulis dan laman ini tidak bersetuju dengan strategi ‘suka sama suka’ yang digunakan Karpal Singh dalam pembelaannya tapi kelihatannya pendekatan itu sesuai berdasarkan keadaan tersebut.

Penulis akui, memang sukar dalam keadaan sekarang untuk mematahkan hujah mengenai suka sama suka ini sebab ia disebut oleh peguam pembelaan sendiri tapi bahaya yang lebih besar juga kalau hujah tersebut tidak dipatahkan.

Majlis Fatwa: Penggunaan Dakwat Kekal PRU13 Harus

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan. Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di sini.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan mufti.

Pada Disember lalu, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis 'silver nitrate' akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Shukor berkata ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.
Bagaimanapun, katanya keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang diuji sahaja.

"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama," katanya. - BERNAMA

Anwar Ibrahim, Pemimpin Jiwa Kampung Yang Natural

Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH)dan bekas menteri umno berkata:



"Saya adalah kawan yang setia... Dr Mahathir membuatkan saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami memang berkawan rapat dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya... saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya," katanya.

Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dari sudut politik, Kadir dilihat tidak dapat menyembunyikan pujiannya terhadap tokoh politik kelahiran Kampung Cherok Tok Kun, Pulau Pinang itu.

"Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi).

"Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang," katanya.

Menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti pengasas negara sebelum ini, Kadir menambah kampung Anwar berdekatan dengan kampungnya - di Kulim Bandar Baharu - yang terletak kira-kira 10 kilometer.

"Jadi beliau adalah pemimpin berjiwa kampung. Sebab itu jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri, beliau menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat, (sikap) semulajadinya (yang suka) mengambil berat tentang rakyat," katanya

Saman malu difitnah khalwat dengan pelancong asing


17 Safar 1433H. [MOD] -

PANTAI MURNI - Gara-gara malu apabila niatnya disalah erti, seorang ibu tunggal mahu mengambil tindakan saman malu terhadap individu yang menimbulkan kekecohan di rumahnya pada 29 Disember tahun lalu.

Ibu tunggal terbabit, Zalina Pazin, 38, berkata, tindakan saman malu itu bakal dibuatnya setelah melakukan perbincangan dengan Biro Bantuan Guaman untuk menyaman individu yang menimbulkan kekecohan di pekarangan rumah keluarganya di Kampung Pantai Murni, malam 29 Disember tahun lalu.

Menurutnya, kekecohan berlaku akibat salah faham individu terbabit terhadap niat dia dan keluarga yang menyewakan sebuah rumah milik mereka di belakang kediaman yang mereka duduki kepada pelancong asing dari Rusia.

“Pelancong asing dari Rusia itu berbasikal seorang diri hingga ke Pantai Murni. Dia bertemu saya dan bertanyakan mengenai tempat penginapan yang boleh disewanya untuk tidur sebelum menyambung perjalanannya.

“Saya mengesyorkan tempat penginapan di Titi Hayun namun, dia tidak berminat kerana harganya terlalu mahal. Kebetulan saya dan keluarga mempunyai sebuah rumah di belakang rumah kami yang disewakan kepada seorang pemuda dan saya mempelawa pelancong Rusia terbabit bermalam di rumah itu,” katanya.

Zalina berkata, kira-kira jam 6.30 petang 29 Disember lalu, pelancong Rusia itu menyewa rumah di belakang rumahnya dengan harga RM20 untuk satu malam dan pada masa sama dia keluar ke pekan atas urusan tertentu.

Menurutnya, dia pulang ke rumah lebih kurang jam 10 malam itu dan kemudiannya memadamkan lampu untuk tidur kira-kira jam 11 malam bersama ibunya, Zainab Hussin, 55, dan dua anaknya.

“Saya terkejut sebaik memadamkan lampu terdengar bunyi bising dan mendapati ada ramai orang di luar rumah. Turut kelihatan adalah beberapa anggota polis.

“Saya kemudiannya keluar rumah dan diberitahu individu terbabit bahawa tujuan mereka datang adalah untuk menangkap saya kerana disyaki berkhalwat dengan pelancong asing itu, sedangkan pelancong asing itu tidur di rumah berasingan,” katanya.

Berikutan itu katanya, timbul sedikit kekecohan dan rumahnya dikerumuni penduduk kampung hingga mereka sekeluarga menanggung malu kerana berita mengenai dirinya berkhalwat dengan pelancong asing itu menjadi buah mulut keesokan harinya.

Zalina berkata, dia mahu membersihkan namanya dan keluarga kerana ramai penduduk dan orang sekeliling salah anggap terhadapnya hingga menanggung malu.

“Saya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Yan pada malam itu juga untuk mengambil tindakan saman malu terhadap individu terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Sinar Harian

Bersih 2.0: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara



HDAILY | KUALA LUMPUR, 10 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan daripada Peguam Negara yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mei 2009 yang melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk beberapa pimpinan PAS daripada pertuduhan terlibat dengan perhimpunan Bersih pada 11 Disember 2007 lalu.

Keputusan tersebut dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Yeok Geam.
Mahkamah Sesyen pada 4 Mei 2009 telah melepaskan dan membebaskan 10 orang tersebut di mana pihak pendakwa menurut mahkamah gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.

Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.

Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.

Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.

Semua tertuduh diwakili oleh barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ketua Unit Tindakan Kes-kes Jenayah Juham, Ariff Azami dan dibantu oleh Radzlan Jalal, Azizul Shariman, Dr Zulqarnain Luqman, Noorazmir Zakaria dan Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Menurut Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, keputusan itu membuktikan bahawa pertuduhan dan pendakwaan tersebut jelas bermotifkan politik di mana mereka yang dituduh hanya melaksanakan hak kebebasan bersuara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Konspirasi Umno Jatuhkan Anwar GAGAL


Sebagaimana propaganda UMNO sejak zaman Perang Dingin, para pemimpin mereka terikat dehttp://4.bp.blogspot.com/-XI-B23VG5JI/Tu8PCy5jidI/AAAAAAAAAKU/06iowL2vedk/s400/374908_260870097306219_100001496924440_722425_1246901447_n.jpgngan skrip lama yang semakin tidak relevan dengan generasi muda, malah sudah bosan didengar oleh generasi dewasa kini. 

Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah atas tuduhan liwat oleh mahkamah semalam, cepat-cepat para menteri mengulangi kenyataan yang biasa mereka buat sejak bertahun-tahun dahulu.

Ada yang mengatakan keputusan mahkamah itu membuktikan badan kehakiman negara bebas, kerajaan ada yang mengaku bahawa UMNO-BN tida campur tangan dan ada bermacam-macam kenyataan lagi. Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa keputusan mahkamah telah menjadi bukti bahawa tiada konspirasi politik terhadap Anwar.

Semua mahu mencuci tangan. Mungkin mereka juga tergamam seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain kerana tidak menyangka ada hakim yang berani untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya bagi menegakkan keadilan.

Badan kehakiman bebas?
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan melihat perkembangan seterusnya dalam sistem perundangan negara, sama ada ia benar-benar bebas atau tidak.

Katanya, keputusan mahkamah semalam tidak semestinya mencerminkan kebebasan menyeluruh sistem.

“Kita mahu bukan sahaja keadilan untuk Anwar, kita mahu keadilan untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

Walau pun banyak pihak menyambut baik keputusan mahkamah, ramai yang sedar bahawa kes DSAI tidak patut wujud sama sekali berdasarkan fakta-fakta kes yang amat lemah dan dipertikaikan.

Presiden Majlis Peguam Chee Wee menyatakan bahawa tuduhan liwat terhadap tidak wajar dibawa ke mahkamah dan ia telah membazirkan masa kehakiman dan dana awam.

Badan kehakiman negara di bawah kerajaan UMNO-BN perlu direformasikan untuk menjamin keadilan untuk semua, sama ada yang dituduh dan menuduh, sama ada yang terlibat dalam pemimpin besar atau rakyat marhaen.

Keputusan satu kes tidak memberi senarang jaminan tentang reformasi pentadbiran kerajaan. Banyak lagi kes-kes yang telah menimbulkan keraguan, malah kemarahan di kalangan rakyat termasuk pengamal undang-undang sendiri.

Tiada konspirasi politik?
Usaha UMNO-BN untuk menghancurkan karier politik Anwar bermula sejak beliau disingirkan dari kerajaan pada 1998. Segala jentera kerajaan termasuk media massa digerakkan untuk memfitnah dan mentohmah bekas Timbalan Perdana Menteri itu semata-mata kerana takut beliau membawakan reformasi yang bakal memusnahkan sistem yang korup dan penuh penyelewengan.

Pelbagai tuduhan termasuk yang dibawa ke mahkamah telah dikenakan. Malah beliau sendiri telah disumbat ke dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas dipecat dari kerajaan. Tidak cukup dengan itu, dihumban pula ke penjara pula atas tuduhan salah guna kuasa.
Selepas dibebaskan dari penjara pada 2004 tetapi undang-undang zalim telah menghalang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun selepas tarikh pembebasan.

Apabila rakyat mengejutkan UMNO-BN dengan tsunami politik pilihan raya umum 8 Mac 2008 di mana pembangkang menang di lima negeri dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, maka bermula konspirasi untuk memusnahkan Anwar.

Selama lebih tiga tahun, rakyat menjadi saksi kepada prosedur mahkamah yang semakin hari semakin jelas kerapuhan kes pihak pendakwa. Sehingga pada waktu penggulungan, media massa kawalan UMNO-BN hanya menyiarkan cebisan berita untuk menutup kelemahan pendakwaan dan kekuataan defendan.

Tidak cukup dengan itu, dibawakan pula pita video kononnya Anwar terlibat dalam skandal seks bersama seorang wanita. Maksudnya, Anwar yang telah pun didapati “bersalah” oleh media kawalan UMNO-BN sejak 2008 kerana dituduh meliwat seorang lelaki pembantu pejabatnya, difitnah pula melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang digambarkan sebagai pelacur.

Selain itu, sesetengah media kawalan UMNO-BN berserta dengan blog-blog pecacai UMNO telah menyiarkan fitnah demi fitnah terhadap Anwar tentang kononnya beliau adalah ejen asing, beliau anti-Islam, beliau itu dan beliau ini.

Kegagalan konspirasi
Bukan Anwar sahaja menjadi mangsa fitnah mereka, pemimpin Pakatan dari DAP dan PAS juga disasarkan dengan pelbagai tohmahan termasuk yang tidak masuk akal serta merendahkan maruah kaum dan agama tukang-tukang fitnah itu.

Kerana itulah skrip zaman Perang Dingin UMNO sudah tidak relevan lagi untuk menyatakan bahawa tiada konspirasi politik dalam usaha pihak-pihak tertentu yang mahu mematikan sama sekali perjuangan seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas ialah bukannya tiada konspirasi, tetapi konspirasi yang dirancang dan dilaksanakan itu telah gagal. – Roketkini.com

Selasa, 10 Januari 2012

PAS Tidak Lari Dari Asas Perjuangan

DATO’ HARON DIN
http://4.bp.blogspot.com/_C1EPAkx1iC8/SwjSSgs3API/AAAAAAAALYw/Hu1r8S_M7NU/s400/Prof+Dato+Dr+Harun+Din.jpg
Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu


PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.
Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

Datuk Salim Parlan & Nur Diayana Norslan didenda RM3,000 Kerana berkhalwat


GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku bersalah berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini April tahun lalu.

Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh dan pasangannya yang berusia 30 tahun selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Dalam penghakimannya, Nik Bukhari berkata, mahkamah berpuas hati dengan pengakuan secara sukarela yang dibuat kedua-dua tertuduh, namun perlu juga menitikberatkan masa dan kos yang dibazirkan sepanjang tempoh pertuduhan dijalankan.

“Kedua-dua tertuduh merupakan penjawat awam. Salim yang memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam perlu menunjukkan teladan yang baik dan bukannya mencemar imej jabatan masing-masing.

“Sehubungan itu, mahkamah memutuskan untuk memberi hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat luar agar tidak melakukan perkara yang sama dengan masing-masing dikenakan hukuman denda RM3,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda,” katanya.- Kosmo!

Isnin, 9 Januari 2012

Ucapan Anwar setelah dibebaskan



Agak sukar bagi DSAI untuk berjalan keluar dari perkarangan mahkamah kerana beliau dikerumuni penyokong-penyokong yang mahu bersalaman dengannya.


Selepas keluar daripada mahkamah, DSAI berucap di tempat parkir motosikal kompleks mahkamah. Saifuddin Nasution Ismail membuka majlis sebelum menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim.

Anwar mengucapkan terima kasih kepada Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, serta pimpinan KEADILAN, pimpinan Pas yang datang dengan penuh kekuatan.

Anwar turut menegaskan bahawa tugas yang lebih penting selepas ini ialah membebaskan rakyat.

"Rakyat hakim negara!. Kita jumpa di mana nanti?" tanya Anwar.

"Putrajaya!" sambut penyokong-penyokong yang hadir.

Anwar bersama keluarganya akan ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk melakukan solat sunat syukur 

Anwar Sudah Beredar Dari Kawasan Mahkamah, Polis Arah Penyokong bersurai



6 pagi : Penyokong Pakatan Rakyat mula hadir dan berkeliaran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta untuk menyertai perhimpunan "Bebaskan Anwar" dan mendengar keputusan kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka berlegar-legar walaupun hujan renyai. Kelihatan Naib Presiden PKR Tian Chua bersarapan pagi di medan selera sebelah kompleks mahkamah.

6.25 pagi : Kelihatan sebuah helikopter Polis DiRaja Malaysia terbang meninjau situasi kawasan mahkamah. Di Masjid Wilayah yang terletak bersebelahan Kompleks Mahkamah, sekitar 4 ribu penyokong Pakatan Rakyat telah berkumpul di tepi jalan masjid dan menunggu isyarat untuk berjalan ke tempat perhimpunan.

6.30 pagi : Keadaan di pintu masuk utama mahkamah mulai sesak dibanjiri orang awam dan penyokong Pakatan sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Wilayah. Perhimpunan 901 setakat ini sudah mencecah sekitar 4,000 orang.
Polis dan unit FRU walaubagaimanapun telah bersedia mulai jam 3 pagi. Menurut sumber, setakat ini polis telah menghantar 21 trak, 33 van, 1 trak meriam air. 3 bas dan 1 balai polis bergerak.

7 pagi : Polis mengerakkan jenteranya seramai hampir 50 anggota dalam dua baris sebagai pemisah antara peserta perhimpunan "901" supaya mereka tidak menghampiri pintu mahkamah.
Suasana perhimpunan dan lensa media tertumpu pada sekumpulan penyokong yang memegang sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Konspirasi" yang dikepalai ADUN Sri Muda, Selangor Shuhaimi Shafie.
Turut kelihatan, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

7.10 pagi : Rafizi berkata keadaan setakat ini terkawal dan ia membuktikan komitmen peserta perhimpunan untuk berkumpul secara aman. Mengulas lanjut, Rafizi mengharapkan cuaca cerah dan kerjasama baik pihak polis mampu mengekalkan keadaan tenang seperti ini sehingga mahkamah memutuskan keputusan.

7.30 pagi: Kelihatan MP Selayang, William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke perkarangan di hadapan Mahkamah. Juga kelihatan YB Sivarasa. Parking Lot dihadapan mahkamah telah penuh dan keadaan terkawal

7.55 pagi: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan YB Charles Santiago juga kelihatan

8.05: Keadaan agak riuh rendah, Ketua AMK Kota Raja, Amizam Zamhuri (anggota marshal) berkawal dan menenangkan keadaan. Sambil itu beberapa banner telah mula kelihatan. Antaranya tertulis "Rakyat Hakim Negara", "Tolak Fitnah Bebas Anwar". Selain itu sticker 'Rakyat Hakim Negara" berwarna biru muda mula di edar kepada orang ramai.Begitu juga topeng Anwar juga mula di edar kepada orang ramai. Orang ramai semakin bertambah. keadaan terkawal .

8.15 pagi: Azmin Ali tiba bersama bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin . Juga kelihatan Adam Adli dan Sofwan yang berkerusi roda sambil melaung "Hidup Mahasiswa"

8.30 pagi: Beberapa banner dirampas dan ada juga dikalangan orang ramai yang bag yang mereka bawa diperiksa pihak keselamatan. Dr Syed Husin Ali, Ronie Liue serta MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tiba diperkarangan mahkamah. suasana terkawal dan orang ramai semakin banyak

8.35 pagi: DS Anwar tiba mengikut laluan utama ke pintu masuk mahkamah sambil bersalaman dengan orang ramai. turut serta isteri beliau DS Wan Azizah serta anak-anak. Laungan Reformasi bergema di sana sini. Para penyokong tidak berganjak dan hari semakin panas

8.50 pagi: Anwar dan keluarga bergerak masuk ke ruang mahkamah. Kelihatan seorang wanita tua diberi bantuan oleh Squad marshal AMK.

10 pagi : Sebahagian penyokong dan peserta perhimpunan sudah mula bergerak ke Masjid Wilayah setelah mendapat tahu Anwar telah dibebaskan mahkamah .

10.10 pagi : Anwar sudah bergerak keluar dari perkarangan mahkamah dan bergerak ke Masjid Wilayah. Laungan tanpa henti oleh penyokong Pakatan sambil mengankat ibu jari tanda bagus. Ramai penyokong mahu meyerbu Anwar untuk mengucapkan tahniah, tetapi petugas AMK mengarahkan mereka bersurai dan bergerak ke Masjid Wilayah.

10.55 pagi : Satu letupan kedengaran di tepi Jalan menuju ke kompleks Mahkamah yang menyebabkan seorang peguam tercedera letupan. Wartawan melaporkan polis sedang mengawal keadaan. Dipercayai bahan letupan itu diletakkan dalam salah-satu kon yang digunakan polis untuk mengawal aliran trafik.

11.05 pagi : Kenderaan yang membawa Anwar sekeluarga sudah beredar dari kawasan mahkamah. Polis mengarahkan penyokong bersurai kerana keadaan tidak selamat ekoran letupan bom.

-tvs-

901: Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta

LAPORAN LANGSUNG
8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.
8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.
8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.

"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”

8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

NONEPemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.
8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.

Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.
Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.
NONE8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.
Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.
8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

NONEKawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.
8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”
7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.
7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.
NONE7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

NONEKatanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.
7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.
NONE7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.
Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.
7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

NONEOrang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
Jumlah kenderaan polis itu termasuk;
21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.
MK/-

Salah Atau Tidak, Keputusan kes liwat Anwar hari ini




Oleh WAZIHA WAHID
KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung kesudahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu bakal terjawab apabila Mahkamah Tinggi di sini dijangka membacakan keputusan perbicaraan hari ini.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah.
Sekiranya disabitkan bersalah, Anwar berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, Anwar masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 16 Mei 2011, Anwar, 65, diarah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 27, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Mohamad Zabidin ketika memutuskan Anwar membela diri berkata, mahkamah tiada sebab untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan pendakwaan berhubung penglibatan tertuduh dalam kes itu.
Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.
Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.
Bagaimanapun Anwar pada 22 Ogos 2011 mengambil langkah membela diri dari dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah.
Tindakan itu menyebabkan keterangan Anwar rapuh dan kurang kukuh kerana pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tidak berpeluang menyoal balas.
Pihak pembelaan yang diketuai Karpal Singh mengemukakan tujuh saksi termasuk dua pakar forensik dari Australia, Dr. Brian McDonald dan Dr. David Wells serta seorang pakar ortopedik dari Belanda, Dr. Thomas Hoogland bagi mempertikai bukti DNA.
Anwar sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, Anwar mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan tersebut.
Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari 2010 dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat.
Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.
Pihak pembelaan sebelum ini beberapa kali memohon supaya tuduhan liwat itu diketepikan atas beberapa alasan termasuk alasan Mohd. Saiful dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit namun semuanya gagal.
Pihak pembelaan juga gagal mendapatkan laporan perubatan Anwar yang dibuat oleh doktor HKL.
Selain itu, usaha Anwar sebanyak tiga kali supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes tersebut turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

[45 gambar]: Amanat Anwar di kelab sultan sulaiman kg baru













































notasemut : gua kongsi gambar je la. berita pasal perhimpunan di kampung baru ni ada di malaysiakini [rujuk SINI]. dan kalau nak tengok gambar selebihnya, boleh masuk ke facebook page [Semut Dan Papan Kekunci]
Related Posts with Thumbnails