Rabu, 14 Julai 2010

Umno Guna Kuasa KDN Kerana Gagal Jawab Isu Diutarakan Pembangkang

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR- Serangan bertali arus terhadap KEADILAN dan lidah rasmi parti, Suara Keadilan mengesahkan keadaan kelam-kabut dalam Umno-Barisan Nasional selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kedudukan kewangan terkini syarikat petroliam negara, Petronas yang merosot begitu mendadak.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata isu Felda dan Petronas yang di bawa Anwar telah mengundang tindak balas yang begitu keras daripada Umno-Barisan Nasional yang mencerminkan ketakutan mereka .

"Ini termasuk tindakan untuk tidak menyambung permit akhbar Suara Keadilan dengan alasan yang sangat remeh berhubung tajuk muka depan 'Felda Bankrap'.

"Kalaulah alasan 'Felda Bankrap' dijadikan alasan bagaimana pula kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang menjaga KPI mengatakan Malaysia akan bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi atau pun bagaimana pula tuduhan Umno bahawa Anwar adalah agen CIA, bagaimana pula tuduhan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau seorang pengkhianat Melayu yang mana tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

"Media yang menyiarkannya, Utusan Malaysia tidak pula diambil tindakan, jauh sekali diberi amaran," tegas Ahli Parlimen Machang itu.

Beliau juga berkata tindakan terhadap Ketua Pembangkang dan Suara Keadilan adalah tindakan politik dan berniat jahat akibat kegagalan Umno-BN menyakinkan rakyat berkenaan isu-isu rakyat yang di bawa KEADILAN.


RM222 Juta Kos Permulaan GST - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak RM222 juta diperuntukkan sebagai kos permulaan bagi melaksanakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk memastikan sistem itu dapat dilaksanakan di Malaysia dengan lancar, teratur dan berkesan.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu meliputi kos pembangunan sistem perkomputeran GST sebanyak RM139 juta dan tambahan kos operasi kepada agensi pelaksana GST iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebanyak RM83 juta.

“Kos penyelenggaraan bagi setiap tahun dianggarkan sebanyak RM8.5 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat, semalam yang bertanya mengenai anggaran kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan untuk lima tahun pertama dalam pelaksanaan GST termasuk kos pembangunan sistem, kos penyelenggaraan dan kos operasi.

Menjawab soalan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan), Najib berkata, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memfailkan saman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Gan Boon Aun dan bekas Ketua Pegawai Kewangan, Lo Chok Ping.

Langkah yang sama juga telah diambil oleh pihak pengurusan baru Transmile sendiri ke atas Boon Aun dan Chok Ping.

~Bernama

Kerjasama Umno Pas: Najib Dan Muhyiddin Tidak Sehaluan

Najib: Umno tidak perlukan PAS

Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS.

Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

“Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut.

“Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini.

Semalam, Muhyiddin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.

Mengulas lanjut, Najib berkata sama ada kerjasama antara Umno dan PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya. — Bernama


Muhyiddin: Umno sedia temu PAS jalin kerjasama

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Semalam akhbar memetik anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan Umno bersatu.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan Pas terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.

“Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negera lebih terjamin selamat dan tiada masalah,” katanya.

Muhyiddin juga berkata kerajaan tidak ada halangan untuk membenarkan siapa-siapa saja menubuhkan pertubuhan asalkan ianya untuk kepentingan rakyat dan negara serta tidak mempunyai muslihat tersendiri.

“Sesiapa sahaja boleh tubuhkan... nak kata Chinese Perkasa ke, Malay ke, Indian Perkasa,” katanya mengulas cadangan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang mencadangkan agar sebuah Perkasa Cina ditubuhkan. – Bernama


Ulasan GB

Muhyiddin kata UMNO bersedia temui PAS. Najib pula kata UMNO tak perlukan PAS, UMNO ada kekuatan sendiri, tambahnya.

Masing-masing bertelagah nak pikat PAS atau pun tidak.

Najib adalah benar bila beliau menyatakan UMNO ada "kekuatan sendiri" - kekuatan apa? Ya, kekuatan menipu, kekuatan berbohong, kekuatan memfitnah, kekuatan menabur janji, kekuatan mengeksploitasi agensi-agensi kerajaan, kekuatan memperkudakan SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain.

Hei Najib, pinggan tak retak nasi tak dingin. UMNO tak hendak, PAS lagi tak ingin!

PAS juga ada kekuatan, kekuatan PAS terletak kepada kesetiaan ahlinya terhadap prinsip perjuangan, kepada keimanan terhadap Allah dan RasulNya dan kepada doa yang bakal menghantar UMNO BN ke lembah kehancuran!

~GB

Umno demam: Lepas tuduh PAS sesat, pelawa pulak

Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Julai:
PAS sedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno biarpun PAS secara jelas menolak pelawaan Umno itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya.

Umno, jelasnya sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu Umno sehingga berani menentang Umno sendiri.

"Perkasa telah merubah mentaliti orang Melayu sehingga mereka berani mempersoal Umno yang dulu dianggap ‘tangan yang menyuap mereka’," katanya lagi.

Sementara itu beliau juga berkata, orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa Umno kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah Umno.

PAS juga, jelasnya akan mengambil peranan menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan tanpa mengabaikan hak warganegara lain.

Ianya juga antara resolusi semua parti dalam Pakatan Rakyat yang dicapai pada konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Muhyiddin kelmarin sekali lagi mengulangi kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dengan alasan mahu menjaga kepentingan Melayu.

Pos Malaysia Rugi RM200 Juta, SPRM Masih Tidur

From Kedahlanie

Sejak kebelakangan ini akhbar-akhbar rasmi sering memperkatakan berita-berita tentang GLC-GLC kerajaan mengalami kerugian besar.Tarakhir adalah Pos Malaysia. Pos Malaysia dikatakan mengalami kerugian 200 juta lebih, manakala Dato'Adam Kadir, bekas Pengerusi dan Lembaga Pengarah Pos Malaysia (PMB)mengatakan kerugian yang dialami oleh anak syarikat kerajaan itu melebihi 500 juta. Ini adalah dua kenyataan yang berbeza yang belum dibuktikan oleh pihak-pihak yang terlibat.

2. Benarkah PMB rugi sedemikian banyak? Sedangkan PMB adalah sebuah syarikat GLC kerajaan yang bersifat monopoli. Contohnya setem, tidak ada syarikat lain yang diberi lesen untuk menjual setem. Begitu juga dengan perkhidmatan lain seperti wang pos, kiriman wang dan sebagainya. Cumanya PMB mendapat saingan penghantaran wang dari bank-bank perdagangan yang menawarkan perkhidmatan secara elektronik, dan beberapa syarikat courier service yang memberikan saingan kepada Poslaju, anak syarikat PMB. Bagaiamanpun secara psikologinya, masyarakat lebih menerima Poslaju dari syarikat-sayrikat courier service yang lain kerana ia dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan.

3. Mengapakah SPRM masih membisu dalam kes PMB ini? Ini satu persoalan yang menjadi tanda tanya kepada kita, apakah mereka yang bertanggung jawab dalam kerugian PMB adalah individu yang perlu dilindungi sehingga SPRM mengambil sikap sedemikian. Jika kes yang melibatkan Pakatan Rakyat, umpamanya MB Selangor mereka begitu cepat bertindak, sehingga menyebabkan kematian Beng Teoh yang kini masih berada di alam misteri.

4. Pos Malaysia diswastakan pada 1.1.1992, bermakna telah lebih lapan belas tahun ia diswastakan. Namun apakah budaya swasta itu wujud dalam PMB? Setahu kita syarikat swasta mementingkan keuntungan dan mengecilkan perbelanjaan, untuk memberikan pulangan yang lebih kepada syarikat-syarikat yang berasaskan kapitalisme.

5. Sepanjang ia disawstakan, CEOnya silih berganti, di mana kesemunya adalah orang yang mempunyai hubungan dengan kerajaan. Di bawah CEO-CEO ini PMB berjalan terus, dan CEO nya merangka projek-projek yang lebih banyak merugikan PMB sendiri. Tidak ada satu projek pun yang menguntungkan PMB.

Umpamanya pembelian saham Transmile, akhirnya merugikan Pos Malaysia sendiri. Apa yang kita lihat ialah masing-masing cuba mempertahankan diri sendiri dengan membuat pelbagai projek yang menampakkan keterampilan mereka sebagai CEO. Umpamanya di zaman Tan Sri Zainol, sebuah caravan dibeli dengan harga RM300 ribu, yang dicadangkan sebagai tempat mesyeuarat CEO dan para eksekutifnya. Namun akhirnya ia menjadi projek gajah putih, dan caravan terpaksa dijual dengan harga 150 ribu sahaja.

6. Sehingga ke hari ini, ubahsuai pejabat, perabot, projek yang pelbagai sedang berjalan dengan baik dan dijalankan oleh syarikat-syarikat tertentu yang mungkin ada hubungannya dengan individu dalam PMB sendiri. Inilah salah satu punca kerugian PMB. Mengapa SPRM tidak menyiasat perkara ini? Selama mana PMB tidak diurus sebagai sebuah syarikat swasta sebenar, selama itulah PMB akan mengalami kerugian demi kerugian.

Amalan mementingkan kroni,sahabat, kawan dan sebagainya haruslah dihapuskan dari sistem pentadbiran PMB. Perebutan jawatan sesama sendiri, membesarkan wilayah pentadbiran sendiri untuk mendapat pulangan yang lebih besar haruslah dipandang sebagai satu kesilapan yang membahayakan syarikat GLC itu sendiri. Atau seperti kata Muhammad Sabu, Pos Malaysia tidak perlu diswastakan kerana ia melibatkan keselamatan negara dan kepentingan awam. Amerika sendiri pun, tidak menswastakan pos mereka.

~Pakitam

Air Selangor: Muhyiddin Mahu Lindungi Kepentingan Kroni Umno

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 14 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mencampuri pengurusan industri air di negeri itu bertujuan untuk membantu serta melindungi kepentingan kroni Umno-BN dan bukan mempertahankan kepentingan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu industri air di Selangor distruktur semula supaya ia dapat diuruskan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat dan bukan untuk mengaut keuntungan.

"Kita tahu bahawa penswastaan yang dibuat oleh kerajaan BN termasuk di Selangor dan negeri lain melalui konsesi yang diberikan kepada Puncak Niaga dan juga Syabas tidak menghasilkan pengurusan air yang baik bagi Selangor sehinggakan Syabas sekarang dalam keadaan yang sangat kritikal.

"Ini bererti Syabas tidak mempunyai kumpulan wang yang cukup untuk mengendalikan pengurusan bekalan air Selangor sehingga pada 2009 kerajaan pusat terpaksa memberi pinjaman RM320.8 juta kepada Syabas. Pinjaman sangat mudah, tak payah bayar dalam masa lima tahun dan kemudian dibayar berdikit-dikit selama 20 tahun.

"Malah, tak ada faedah dikenakan kepada pinjaman tersebut dan dengan cara ini bukanlah cara penswastaan yang kita (kerajaan negeri) kehendaki.

"Adalah lebih elok Kerajaan Persekutuan menyerahkan dana itu kepada Kerajaan Negeri Selangor agar kita dapat uruskan konsesi air tersebut dengan cara yang lebih baik," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex semasa sidang Dewan Negeri Selangor Isnin lalu.

Abdul Khalid juga menyifatkan perkara yang dibangkitkan Muhyiddin itu bertujuan melindungi Ketua Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail.

"Ini kerana beliau adalah juga menjadi Bendahari Umno Selangor dan juga Bendahari Umno Hulu Selangor.

"Jadi pada Muhyiddin lebih baik menjaga hati kroni daripada memberikan peluang kepada rakyat negeri Selangor mendapat air yang lebih murah dan lebih cekap diurus," tegas Menteri Besar.

Bagaimanapun Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan memastikan bekalan air di Selangor sentiasa mencukupi.

"Ia akan dilakukan melalui usaha penggalian air dan juga air daripada sungai yang masih lagi belum diusahakan dengan sebaiknya.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga tidak menghalang projek 'Pahang-Selangor Water Transfer'. Bagaimanapun semua ini diharap dapat dilakukan atas prinsip tidak ada syarikat swasta yang mendapat keuntungan berlebihan," ujar beliau.

Abdul Khalid menyindir Muhyiddin dengan mengatakan walaupun Timbalan Perdana Menteri itu menuduh beliau tidak cekap mengurus air namun harga air di Selangor lebih murah daripada di Johor.
"Negeri Johor yang pernah dipimpin Timbalan Perdana Menteri adalah antara negeri yang mengenakan harga air yang tertinggi di Malaysia," jawab beliau.

Sebelum ini Muhyiddin dengan lantang mengkritik kerajaan negeri Selangor agar segera menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi mengelakkan krisis air terburuk menjelang 2012.

Isu CNN: Amat Terdesak Umno-BN Terpaksa Bohongi Rakyat

Penafian Cable News Network mengundang reaksi Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution berkata penafian CNN ini membongkar strategi jahat Umno-BN yang terdesak mahu membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim.

" Barangkali UMNO-Barisan Nasional terlupa, sepanjang penglibatan Anwar dalam dunia politik beliau telah dilabel dan ditohmah dengan pelbagai gelaran. Semasa beliau sebagai aktivis belia, beliau dituduh sebagai agen Libya- agen Muammar Gaddafi. Kemudian selepas penyingkirannya dari kerajaan, beliau digelar sebagai pengkhianat negara, itu oleh Tun Dr Mahathir. Pengkhianat ini kalau ikut undang-undang negara hukumnya mati. Kemudian beliau dituduh sebagai agen asing, agen Yahudi, perpecah belah perpaduan Melayu, alat tunggangan kepada DAP dan yang terbaru ialah agen CIA," jelas Saifuddin.

Utusan Malaysia pada 9 Julai lalu memuatkan laporan "Anwar didakwa bayar CNN". Laporan berkenaan berkata penulis mendakwa Anwar telah mengupah Cable News Network untuk mewawancara beliau.

Selang beberapa hari kemudian, pada 11 Julai, Utusan sekali lagi mencetuskan kontroversi. Kali ini memetik penulis blog, Elaine Meinel Supkis yang menurut Utusan mendakwa Anwar adalah alat CIA.

Namun ujar Saifuddin, dalam keghairahan menyerang peribadi Anwar, malang bagi UMNO-Barisan Nasional senjata telah memakan tuannya.

"Tidak mungkin satu peribadi itu menjadi agen kepada banyak pihak yang berbeda-beda," kata Saifuddin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa lucu dengan media milikan kerajaan yang sewenang-wenangnya memetik sumber yang tidak diragui kesahihannya.

Walhal baru-baru ini sahaja kerajaan berhasrat untuk menubuhkan jawatankuasa khusus menangani penyebaran berita palsu.

"Utusan Malaysia ketika memainkan isu ini mengambil dari sebuah blog kononnya, yang dijadikan sebab dan alasan untuk mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim. 24 jam bertalu-talu media milik BN melabel Anwar talit-barut CIA," kata Zulkefly.

"Bagaimana pula dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin yang telah lama menyatakan keterlibatan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu. Mengapa kerajaan membisu?" tambah beliau.

"Saya kira CNN dan Datuk Seri Anwar perlu menyaman kesemua media-media ini dan peribadi-peribadi yang secara keterlaluan membuat serangan kepada peribadi beliau yang tidak perlu seya sebutkan betapa jelik dan buruknya kecaman-kecaman itu," katanya lagi.

Sementara itu pemimpin lain berpendapat bahawa adanya usaha terancang untuk menyerang keperibadian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 diadakan.

"Itu menandakan bahawa apa yang berlaku pada hari ini khususnya apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang dirancang, sesuatu yang mereka cuba ambil kesempatan di atas apa sahaja isu tanpa mereka mengambil kira kebenaran fakta itu," kata Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa.

"BN yang tidak dapat menafikan mereka membayar APCO RM77 juta, mereka tidak dapat menafikan fakta itu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub.

MP Bebas 'di bawah ketiak' Umno

Mohd Rashidi Hasan

BOLEHKAH rakyat menerima wakil-wakil rakyat yang mengingkari perjuangan asal mereka, mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas sebagai sebuah institusi baru dalam politik negara?

Sejarah 50 tahun proses demokrasi di Malaysia, sokongan rakyat terhadap wakil Bebas hanyalah isu terpencil. Hanya ada dua atau tiga orang sahaja yang menang bertanding atas Bebas.

Mereka tidak boleh menjadi institusi dan tidak mampu mencorak arus politik negara kerana mereka menjadi Bebas, berdasarkan kepada sebab-sebab yang tertentu.

Tanpa ada pertikaian, sebelum ini ada calon Bebas yang menang di atas kapasiti peribadi mereka yang amat dikagumi masyarakat setempat.

Namun, wakil-wakil rakyat Bebas yang ada dalam negara sekarang ini, kebanyakannya menang atas kepercayaan rakyat terhadap parti yang diwakili, bukan atas kekuatan peribadi mereka.

Tanpa ada parti, tanpa dokongan parti, tanpa kerjasama pengundi dan penyokong parti, mereka ini hanyalah 'sampah-sampah' politik yang tiada nilainya.

Di Parlimen ada lapan orang Ahli Parlimen (MP) Bebas, iaitu Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zahrain Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan dua lagi dari SAPP, Sabah.

Pada PRU 2008 semua mereka ini bertanding mewakili parti. Dua wakil SAPP menjadi bebas selepas SAPP keluar daripada BN. Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan lima yang lain bertanding atas tiket KeADILan.

Hakikat sebenar yang berlaku ialah, lapan orang wakil Bebas ini tidak sehaluan sesama sendiri. Wakil SAPP tidak pernah mencampuri wakil dari Semenanjung.

Ibrahim buat caranya sendiri. Lima wakil bekas KeADILan pun tidak sekata. Hanya Zahrain dan Zulkifli sahaja yang kehadapan. Wee buat cara sendiri, manakala Mohsin dan Tee Beng jarang kelihatan bersama Zulkifli dan Zahrain.

"Mereka ini alat sahaja..'dah tak ada rotan, akar pun berguna'. Lepas habis Parlimen (penggal ke-12), mereka tidak berguna lagi," kata seorang Menteri sambil-sambil minum kopi dengan penulis.

"Kita orang pun menyampah kat depa (mereka) ni, dah la masuk kut (melalui) pintu belakang, semua jenis 'makan besar'," komen seorang MP Umno, tanpa menjelaskan lebih lanjut apa erti 'makan besar' tersebut.

Pemerhati Parlimen boleh melihat dengan jelas gelagat MP-MP bebas ini setiap kali adanya persidangan Dewan Rakyat.

Nak kata macam 'kera dapat bunga pun ada'. Nak kata macam 'kera sumbang pun ada'. Pendek kata kalau lihat gelagat mereka, nescaya kita akan terpalit dengan perasaan 'geli geleman' dan menyampah.

"Pendirian saya jelas, sebaik sahaja depa keluar KeADILan, saya tak akan peduli dengan depa. Saya tak kan layan langsung. Mampuih pi ke depa," tegas Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang juga MP Pokok Sena.

"Hang tengok tu, depa tu bukan ada kerja, duk berkelintau (berlongok) depan pejabat Nazri (Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz)," kata MP PAS Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar.

Hakikatnya lima MP Bebas yang mengkhianati perjuangan KeADILan tidak henti-henti menjaja pembohongan di Parlimen.

Mereka diumpamakan oleh KeADILan, sebagai 'beruk Mat Yeh' (istilah untuk wakil rakyat lompat), yang didakwa mendapat bayaran yang agak besar untuk 'defect'.

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai 'Konsensus Bebas', cuba menunjukkan diri mereka sebagai kononnya pejuang yang berprinsip, walaupun hakikatnya semua rakyat tahu mereka hanya mementingkan diri sendiri.

Mereka menggelarkan diri mereka sebagai bebas, hakikatnya mereka tidak boleh menipu rakyat, bahawa mereka adalah badut-badut upahan yang berselindung di bawah ketiak Umno.

Lima 'ekor beruk politik' ini tiada kerja lain. Kerja mereka di Parlimen hanyalah mencaci maki Pakatan Rakyat.

Mereka memang jenis tidak servis rakyat, jika mereka turun ke kawasan pun, nescaya akan ditempelak rakyat kerana mereka adalah pengkhianat.

"Umno-Barisan Nasional pun tak percaya lima ekor ini, kalau Pakatan Rakyat mereka boleh khianati, BN pun mereka boleh buat macam tu," kata Setiausaha Politik seorang menteri di lobi Parlimen baru-baru ini.

"Lepas ni BN pun tak nak mereka," tambahnya.

Menariknya, drama MP-MP Bebas ini kadangkala tersangkut, akibat sanggahan MP BN sendiri.

Kadangkala pertelagahan mereka membawa kepada episod kata mengata yang menggelikan hati.

Antara yang terbabit dalam sengketa adalah Ibrahim Ali dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau).

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

"Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan," kata Khairy merujuk kepada serangan Ibrahim.

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Jaguh bandar atau Oxford tidak bermakna kepada saya, kalau naik dan kaya pada permulaan kerana bapa mentuanya PM ataupun (terlibat dengan) politik wang?", balas Ibrahim.

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Dato' Dr Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Khairy juga baru-baru ini menyanggah ucapan Wee Choo Keong di Parlimen.

Yang kelakar ialah, pada asalnya MP-MP Bebas hendak digunakan Umno-BN untuk menyerang Pakatan Rakyat, tetapi sudah terbalik. Dengan Umno pun mereka bergaduh.

Apa yang hendak ditekankan di sini, bukan soal kata-mengata atau perselisihan faham antara MP BN dengan MP Bebas semata-mata.

Hakikatnya, MP-MP Bebas ini tidak ada 'future'. Mereka bukan sahaja tidak dapat membina jambatan yang baik dengan MP Umno-BN, malah kehadiran mereka semakin menyusahkan Umno.

Oleh itu, sebelum mereka dibuang oleh Umno-BN bagaikan sampah, sebelum mati dalam kehinaan, elok mereka meletakkan jawatan dan menyerahkan mandat semula kepada rakyat.


Harakah Daily

Menteri Bingung, Kakitangan Kementerian Sediakan Semua Jawapan

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 14 Julai - Kegagalan Menteri memberi jawapan yang tepat di parlimen apabila dikemukakan soalan tambahan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang menghairankan oleh kerana penjelasan disediakan oleh kakitangan bawahan tanpa input serta kajian dari menteri terbabit.

Situasi ini berlaku apabila kira-kira 20 kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar diarahkan ke parlimen Isnin lalu untuk mengikuti perbahasan dalam Dewan Rakyat dan menyediakan jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kepada Menteri, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Setiap kakitangan telah diberi tugasan masing-masing dan perlu menyediakan jawapan dengan pantas kepada setiap soalan yang dibangkitkan ahli parlimen.

Sekiranya jawapan lambat diterima Menteri selalunya akan mengambil sikap tidak mahu menjawap soalan soalan kerana tidak tahu kedudukan sebenar yang berlaku di kementeriannya.
Memetik komen Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali ketika mengulas tahap perbahasan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini, beliau berkata kualiti perbahasan daripada kementerian terbabit adalah amat rendah serta dan jawapan yang diberi tidak setaraf dengan kedudukan sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri.

Tambah beliau lagi sepatutnya Menteri menjawab setiap persoalan yang ditanya bukannya membiarkan soalan tersebut tergantung tanpa jawapan.

"Menteri yang dilantik bertanggungjawab kepada setiap kementerian dan perlu bersedia bila-bila masa untuk menyelesaikan setiap persoalan yang timbul bukannya menyalahkan ahli parlimen Pakatan Rakyat apabila tidak mampu memberi jawaban kepada soalan yang ditanya.

"Kegagalan Menteri untuk melakukan 'home work' berkaitan kementerian mereka dan hanya bergantung kepada jawapan yang disediakan oleh kakitangan menyebabkan kualiti jawapan serta maklumat yang perlu diketahui rakyat berhubung isu-isu penting gagal dikemukakan da kawapan yang selalu diberi berkualiti rendah dan tidak memuaskan," tegas Azmin.

Selasa, 13 Julai 2010

KDN Tubuh Jawatankuasa Pantau Berita Palsu

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 13 Julai - Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan jawatankuasa pemantauan berita palsu atas alasan untuk menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bukan membawa kebaikan kepada negara malah sebaliknya akan mencemarkan nama Malaysia dalam arus kebebasan media antarabangsa.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail memberitahu Suara Keadilan tindakan KDN itu menunjukkan kebodohan di dalam pentadbiran negara ini dalam kerangka amalan sistem demokrasi.

"Kita melihat negara luar seperti Afrika mahupun negara komunis walaupun pemerintahan mereka teruk tetapi mereka mengamalkan kebebasan media.

"Apa yang berlaku di negara ini sebaliknya, kita bercakap tentang dasar demokrasi tetapi sikap sebenar pentadbiran negara ini lebih teruk dari apa yang berlaku di negara luar. Tindakan KDN hendak menubuhkan jawatankuasa memantau berita palsu itu adalah sikap yang bodoh serta menjatuhkan imej negara ini, kenapa mereka tidak membuat perbandingan dengan negara luar terhadap amalan kebebasan media.

"Tidak ada sebuah negara pun dalam dunia ini yang menubuhkan jawatankuasa sedemikian tetapi sikap angkuh pemimpin Umno-Barisan Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara kuku besi yang menyekat rakyat bersuara serta menghalang daripada mendengar apa juga maklumat yang betul.

"Kerajaan sepatutnya memantau media arus perdana milik mereka yang jelas kita tahu melakukan pembohongan mahupun fitnah setiap terbitan akhbar terbabit. Kita melihat apa yang Utusan Malaysia siarkan kenapa tiada tindakan, bila media alternatif mengeluarkan kenyataan yang benar dalam mencari penyelesaian terus diambil tindakan.

"Kerajaan sebenarnya tidak bersikap adil dalam pentadbiran mereka, sikap amalan berat sebelah serta penubuhan jawatankuasa tersebut mencerminkan lagi bahawa negara ini berada dalam era zaman pemerintahan yang kejam serta zalim," tegas Azan.

Azan juga berkata slogan 'Selamatkan Malaysia' yang menjadi laungan Pakatan Rakyat amat bertepatan dan sesuai kerana rakyat perlu menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan

Umno-BN yang mengamalkan budaya kejam, zalim dan menindas.

"Slogan yang kita laungkan itu amat bertepatan sekali, kita perlu selamatkan Malaysia daripada golongan yang zalim lagi kejam. Rakyat perlu membuat keputusan dari sekarang bukan hanya menjadi pemantau. Sebelum ini kita ingin menyelamatkan Malaysia daripada teruk merundum dalam ekonomi dunia tetapi sekarang kita perlu selamat negara ini daripada kerajaan yang zalim.

"Saya melihat amalan media arus perdana lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan media alternatif, lemparan fitnah mereka secara terbuka dengan menyelewengkan fakta serta bersikap mengampu tetapi kita kesal kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sentiasa membela mereka.

"Sikap pembohongan media arus perdana itulah \menyebabkan media tersebut tidak lagi menjadi rujukan kepada pembaca dan kenyataan ini diakui oleh barisan kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mereka mengatakan internet dan media alternatif menjadi rujukan utama kepada pembaca di negara ini mahupun yang berada di luar negara.

"Saya yakin atas dasar inilah tekanan diberikan ke atas media alternatif, kerajaan takut dengan penerimaan rakyat terhadap laporan media alternatif. Selain itu tindakan menggantung permit penerbitan akhbar rasmi parti Pakatan Rakyat merupakan langkah kerajaan cuba memperbodohkan rakyat serta memutar belitkan fakta agar rakyat tidak terpedaya dengan dakwaan itu," kata beliau lagi.

Tambah beliau jika kerajaan sekarang berada dalam ketakutan mereka perlu mengadakan pilihan raya sekarang.

Ini kerana beliau pasti ada sedikit sokongan yang akan di perolehi oleh umno-BN tetapi jika kerajaan takut dan berdegil untuk tidak melakukan pilihan raya rakyat akan menolak sepenuhnya pentadbiran mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu jawatankuasa pemantau itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berfungsi sebagai adalah urusetia.

Beliau mengganggap penubuhan jawatankuasa itu bertujuan untuk mengelak rakyat terus tertipu dengan berita palsu.

Musa Gaji Tinggi Tapi Gagal Tangani Masalah Jenayah Semakin Serius

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 13 Julai - Pendapatan bulanan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dianggarkan mencecah lebih RM25 ribu sebulan tidak layak beliau terima memandangkan kadar jenayah masih ditahap yang merisaukan dan usaha pembasmian jenayah dilihat gagal di bawah pengawasan beliau.

Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa kadar jenayah telah turun sebanyak lima belas peratus, tetapi rakyat menganggap ia sebagai kenyataan untuk mententeramkan hati bukan satu realiti yang nyata.

Rakyat dinegara ini masih lagi merasakan kehidupan mereka sentiasa berhadapan dengan ancaman jenayah walaupun mereka berada di dalam kediaman sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika dihubungi memberitahu sebenarnya sudah lama Pakatan Rakyat mendesak Musa meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara kerana terlalu banyak kes jenayah di negara ini beliau gagal selesaikan.

"Dari dulu lagi kita mendesak Musa melepaskan jawatannya apatah lagi dengan isu jenayah yang tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. Selain itu kejadian di tembak sesuka hati oleh pihak polis merupakan satu kegagalan besar di dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM), seperti dalam kes kematian remaja Aminurasyid yang disebabkan tindakan polis menembak secara melulu.

"Kita tahu tanggungjawab Ketua Polis Negara sangat besar tetapi beliau gagal untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dalam memastikan isu jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan.

"Berkenaan dengan isu pendapatan bulanan anggota polis, kerajaan tidak sepatutnya hanya memberi tumpuan kepada pendapatan Ketua Polis Negara sahaja tetapi ia perlu peka kepada anggota biasa juga kerana pendapatan yang kurang akan mengundang gejala rasuah anggota polis. Yang bekerja kuat adalah mereka berada di bawah bukannya yang duduk di atas seperti Musa," jelas Nurul Izzah.

Pendapat yang sama turut di utarakan oleh Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard yang mengatakan pemberian gaji yang tinggi kepada Ketua Polis Negara itu adalah untuk mengelakkan berlakunya jenayah rasuah dan sepadan dengan tanggungjawab untuk membasmi jenayah tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

"Musa gagal memastikan jenayah negara ini berada pada tahap yang betul-betul memuaskan, hinggakan rakyat sekarang sentiasa berasa keselamatan mereka tidak terjamin. Mengenai laporan polis yang dilakukan terhadap pemimpin atasan Umno mahupun kerajaan, kita patut tahu sebab sebenar kenapa Musa gagal untuk mengambil tindakan terhadap laporan tersebut.

"Pemilihan Ketua Polis Negara ini dipersetujui Perdana Menteri dan diperkenankan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, apabila situasi ini berlaku maka secara asasnya jika lantikan dilakukan oleh Perdana Menteri bagaimana Ketua Polis itu hendak mengambil tindakan ke atas ketuanya jika ada laporan di buat terhadap ketuanya.

"Untuk mengelakkan sikap melindungi individu tertentu berlaku, saya ingin menegaskan pemilihan Ketua Polis Negara ini perlu dilakukan oleh kuasa rakyat dan pencalonan hendaklah melalui parlimen. Apabila sistem sebegini digunakan maka Ketua Polis Negara menjadi hak milik rakyat dan kepada sesiapa laporan itu dibuat maka ia boleh bertindak terus tanpa memikirkan pangkat mahupun kedudukan seseorang," tegas CheGuBard.

Tambah beliau walaupun Datuk Seri Najib Razak mengatakan negara ini mengamalkan sistem pentadbiran yang baik tetapi dasar yang diamalkan oleh Kementerian Dalam Negeri sebenarnya menunjukkan sistem negara belum lagi matang.

CheGuBard juga melabelkan pentadbiran PDRM di bawah Musa sebagai yang paling teruk jika dibandingkan dengan Ketua Polis Negara sebelum ini.

Mengikut satu laporan media gaji bulanan Ketua Polis Negara di bawah gred Gaji SSM VUYY3 adalah RM13,849.67, elaun rumah RM2,500, elaun keraian RM5,100 serta imbuhan tetap jawatan RM3,000.

Selain itu juga terdapat elaun pemandu, elaun pembantu rumah, tukang kebun dan lain-lain elaun berkaitan.

Aspan Alias: Kenapa tidak boleh berkawan dengan RPK?

Diantara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.

Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka; kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak memjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana?RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO belaiau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakan pemimpin yang mempunyai pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusia sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.

~Aspan Alias

Lebih 1,000 cawangan Umno Kelantan haram?


Harakahdaily: KOTA BHARU, 13 Julai: Khamis, 15 Julai adalah tarikh akhir yang diberikan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno untuk menyelesaikan pertikaian mengenai kedudukan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah mengikut akta Pertubuhan 1960.

Kemelut yang melanda Umno bahagian Tanah Merah yang gagal diselesai dengan baik sejak lebih setahun lalu menjadi punca sehingga terdedahkan kedudukan cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah. Implikasi dari situasi itu menyebabkan Umno boleh diisytihar sebagai pertubuhan haram.

Mengenai kenapa tarikh 15 Julai dijadikan dateline kerana pada tarikh itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaassin dijangka merasmikan persidangan Umno Bahagian Tanah Merah.

“Sekiranya Muhyiddin hadir merasmikan mesyuarat bahagian itu satu laporan polis akan dibuat ke atas Muhyiddin atas alasan merasmikan persidangan Umno yang haram,” kata sumber berkenaan dalam pertemuan eksklusif dengan Siasah baru-baru ini.

Umno bahagian Tanah Merah dianggap dalam keadaan haram bila mana kedudukan ketuanya kini, Datuk Ikhmal Hisyam Abdul Aziz dikatakan tidak sah.

Dakwa Anwar Agen Amerika, Rais Yatim Gagal Semak Fakta

Oleh Dzulkarnain Taib


SHAH ALAM 13 Julai - Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saa tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?
"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.

~

PM Najib Bimbang Tuahnya Semakin Hilang

Oleh Tunku Abdul Aziz Ibrahim


Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi.

Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung.

Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau.

Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman.

Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib?

Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib.

Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka.

Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka.

Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya.

Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati.

Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta? Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya.

Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK.

Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri.

Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib? Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah?

Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya.

Lagi kisah di zaman BN : Coli dan seluar dalam Wanita Umno pun GLC tolong belikan?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Semakin banyak didedahkan mengenai penyelewengan dalam GLC di zaman BN, semakin banyak pihak atau individu yang menghubungi penulis memberikan maklumat. Cuma saya perlu berhati-hati kerana bukan semua maklumat boleh disiarkan sewenang-wenang. Bukan kerana ianya tidak benar tetapi kerana semua fakta perlu disokong oleh bukti.

Jadi, walaupun terlalu banyak maklumat penyelewengan GLC yang diterima namun hanya maklumat yang terpilih sahaja yang boleh dan wajar didedahkan. Saat di mana BN menggunakan cengkaman kuku besinya untuk mengawal media, kita perlu berhati-hati. Suara Keadilan hanya melakukan kesilapan tidak meletakkan tanda ‘?’ pada tajuk ‘Felda Bangkrap’ menyebabkan ia diharamkan, walhal seluruh isi berita dalam akhbar tersebut tidak menyebut sepatah pun bahawa Felda sudah diisytiharkan bangkrap.

Bukti yang nyata bahawa Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) di zaman BN menyalurkan duit syarikat untuk kepentingan politik BN sebanyak RM1.7 juta. Itu adalah pemberian tunai secara langsung. Masih ada lagi perbelanjaan yang dibuat untuk program politik BN oleh STDC. Maksudnya STDC tolong lunaskan perbelanjaan program BN. Semuanya itu dianggarkan RM1 juta. Bermakna ‘derma politik’ untuk BN dari STDC menjelang pilihanraya umum ke 12 lalu ialah sebanyak RM2.7 juta.

Yang Sewa khemah UMNO tapi yang kena bayaq ialah GLC

Di antara tuntutan yang terdapat dalam invois pembekal ialah menyewa khemah untuk program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Semua itu terpaksa dijelaskan oleh STDC kini secara beransur. Tak fasal-fasal pihak pengurusan sekarang yang menanggung beban yang ditinggalkan mereka.

Terdapat juga perbelanjaan membekal kain tudung sewaktu pilihanraya umum sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Bukan juga untuk Wanita MCA, MIC atau Gerakan, sebab mereka tak pakai tudung. Sya tak tahu apakah memang menjadi amalan Wanita atau Puteri Umno sebelum ini; kain batik, coli dan seluar dalam pun GLC tolong belikan?

Berhubung pemberian RM1.7 juta untuk membiayai program politik BN, ada juga yang bertanya siapa penerimanyanya. Mestilah semua itu tercatat dalam baucer. Inilah yang sukarnya untuk mencari siapa penerimanya kerana dalam dokumen pembayaran hanya dicatatkan ‘Tunai’. Bayangkan jika penyelewengan GLC itu berlaku di masa pemerintahan PAS, maka teruklah pegawai-pegawai atau pihak politik di soal-siasat.

Kuasa Siapa??

Persoalan yang timbul sekarang ialah sama ada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 ("actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009"). Sedangkan jumlah program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman adalah sebanyak RM1.7 juta berbanding pendapatan syarikat sebanyak RM1.4 juta.

Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau "significant" yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah.

Adakah perkara seumpama ini tidak memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa ("Extraordinary General Meeting") atau Mesyuarat Agung Tahunan ("Annual General Meeting")?

Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 ("Companies Act, 1965"). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan):

"Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat."

Tugas Pengarah
Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa. Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham ("nominee directors"). Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas. Mereka ialah Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Encik Mustafar Ahmad, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semua pemimpin politik Umno.

Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid).

Persoalan yang timbul adalah:
• Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat?
• Biarlah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM") membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D.

Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini.

Di celah-celah penemuan sebanyak RM2.7 juta wang STDC digunakan untuk membiayai program politik BN, terdapat sekeping bukti pembayaran yang ‘menyedihkan’ iaitu sumbangan untuk ibu tunggal sebanyak RM20! Bukan saja sedih dan lucu. Geram pun ada.

Maksiat ketika waktu solat Jumaat

MASJID TANAH - Pantai Sungai Tuang, di Pengkalan Balak, dekat sini dikesan menjadi lokasi pasangan remaja melakukan perbuatan sumbang sehingga melampaui batas.

Lebih membimbangkan, kelakuan tidak senonoh remaja berpelukan dan bercumbuan di kerusi konkrit yang disediakan turut berlaku semasa kaum lelaki sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Bukan setakat di tepi pantai, malah chalet-chalet sekitar pantai juga dijadikan lokasi ‘cinta sumbang’ remaja termasuk bermalam di sana bersama pasangan masing-masing yang dikesan bukan muhrim.

Kelakuan mereka itu bukan saja mencemarkan kawasan peranginan itu, tetapi turut mengundang rungutan penduduk sekitar yang tidak tahan melihat perangai pasangan remaja terbabit bersilih ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sungai Tuang, Mohamad Abu Hassan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan beberapa pasangan remaja memadu kasih di tepi pantai tanpa mempedulikan orang ramai.

Menurutnya, lebih memalukan perbuatan itu berlaku semasa solat Jumaat dan dipercayai turut membabitkan pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi(IPT).

“Perbuatan maksiat melibatkan remaja di kalangan masyarakat setempat, pekerja kilang dan juga remaja sekolah di beberapa kawasan di pantai peranginan ini, kian meruncing.

“Sepanjang pantai terutama tengahari Jumaat, beberapa pasangan remaja kelihatan mengambil peluang untuk memadu asmara, sedangkan ketika itu khutbah Jumaat sedang disampaikan, ” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohamad berkata, kejadian itu berlaku sehingga lewat petang dan adakalanya sehingga masuk waktu solat Maghrib apabila pasangan terbabit tanpa segan silu masih meneruskan perbuatannnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa JKKK Sungai Tuang, Abd Kadir Mohamad Kassim berkata, bagi pasangan yang mempunyai ‘wang’, biasanya mereka akan menyewa di chalet berhampiran.

“Manakala, pasangan yang tak mampu, mereka akan melakukan asmara di tepi pantai dengan beralaskan suratkhabar.

“Tidak setakat itu, belakang kedai saya turut menjadi tempat bermadu asmara ketika tidak dibuka kerana terlindung dari pandangan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, walaupun beberapa kali beberapa pasangan ditegur penduduk kampung, namun mereka tidak menghiraukan teguran berkenaan, sebaliknya terus melakukan maksiat.

“Kita bimbang, ada ibubapa tanpa disedari melepaskan anak remaja mereka keluar bersama pasangan mereka untuk berpeleseran,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Kadir berharap agar pihak berkuasa terutama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) supaya memantau kejadian itu agar tidak terus berleluasa.

Sementara itu, beberapa pekerja pembersihan pantai yang ditemui Sinar Harian turut mengakui mereka menemui beberapa keping kondom bersepah di pantai itu, selain kertas tisu dan surat khabar bertaburan ketika melakukan kerja pembersihan, membuktikan wujud kegiatan tidak bermoral itu.

MB Bidas Dakwaan Pasir Dengkil Dilombong Secara Haram

Menteri Besar Selangor membidas dakwaan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mendakwa pasir bernilai RM220 juta dilombong secara haram di Dengkil.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan Dr Khir Toyo itu yang dibantu oleh laporan akhbar The Star dan Utusan Malaysia adalah tidak berasas kerana operasi itu diuruskan secara sah oleh syarikat milik kerajaan Selangor, Kuala Semesta Sdn Bhd, yang diberi permit oleh Pejabat Daerah Kuala Langat Januari lalu.

KSSB kemudiannya melantik syarikat Cheong Weng Trading Sdn Bhd untuk melaksakan operasi perlombongan juga pada bulan yang sama.

"Juga saya ingin maklumkan bahawa kawasan lombong itu bukan di Bukit Changgang seperti yang dilaporkan mereka. Ia di Kampung Olak Lempit," kata Khalid dan menambah kawasan perlombongan itu hanya melibatkan 120 ekar tanah, dan bukan 120 hektar seperti yang dilaporkan.

"Operasi fasa pertama melibatkan 60 ekar, manakala fasa kedua akan bermula apabila kawasan yang dikenal pasti untuk perlombongan telah sedia," kata Khalid.

Tan Sri Khalid menjelaskan kelulusan untuk melombong juga diperoleh dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Perparitan, Jabatan Galian dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor.

"Firma perunding Enviro Enhance Sdn Bhd bertanggungjawab untuk merangka dan menyerahkan laporan bulanan operasi perlombongan kepada Jabatan Alam Sekitar.

Khalid menolak dakwaan Khir Toyo yang kononnya 10 juta tan pasir mencecah RM220 juta telah dilombong oleh pelombong haram dalam masa sesingkat dua minggu. Beliau berkata adalah mustahil untuk berbuat demikian.

"Sejak mula operasi pada Januari, syarikat berkenaan telah mengalihkan 400,000 tan pasir bernilai RM7 juta. Mustahil kalau kata 10 juta tan dalam masa dua minggu kerana itu memerlukan 500,000 lori untuk mengalihkan pasir sebegitu banyak," jelas Khalid.

Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan perlombongan haram di Selangor, dan mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah itu.

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.

~TV Selangor

KDN Buat Laporan Polis Suara Keadilan Teruskan Penerbitan

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat berikutan pihak penerbitan "Suara Keadilan" terus mengeluarkan penerbitannya hari ini walaupun permit mingguan itu tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam kenyataan media, berkata laporan berkenaan telah dibuat pada pukul 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Katanya, laporan polis itu dibuat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

"Seperti umum sedia maklum, permit "Suara Keadilan" telah tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas dan sehingga kini pihak penerbitan masih gagal mengemukakan jawapan atau penjelasan atau penjelasan kepada dua lagi surat Kementerian Dalam Negeri.

"Malah, pihak penerbitan Suara Keadilan telah berkali-kali mencabar kerajaan dan masih terus juga mengeluarkan penerbitan," katanya.

Hari ini, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus diterbitkan dengan nama baru "Keadilan".

Edisi "Keadilan" yang diedarkan percuma kepada umum dilihat masih memainkan isu Felda walaupun "Suara Keadilan" kini berdepan tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta ekoran penyiaran berita "Felda Bankrap" yang dianggap fitnah. - BERNAMA

Isnin, 12 Julai 2010

Pembangunan baru Sg Buluh tanpa tender terbuka

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) mempersoal kerajaan yang menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memajukan hartanah di Sungai Buloh, dan tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mempertikai tindakan kerajaan memberikan projek berkenaan kepada syarikat Kwasa Land Sdn. Bhd. yang didakwa 80 peratus sahamnya dimiliki oleh KWSP.

"Kerajaan akan memacu pertumbuhan dengan pelaburan yang besar dalam sektor hartanah dan pembinaan kali ini adalah menggunakan wang rakyat KWSP melalui syarikat yang disebutkan tadi iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd. Yang dipersoalkan apabila satu projek besar tidak dibuat dalam tender terbuka," katanya.

Beliau berkata, kerajaan ternyata tidak mengotakan janji mereka apabila masih tidak menggunakan tender terbuka dalam sesuatu projek walaupun Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak menyatakan komitmen untuk menawarkamemastikan ianya dibuat melalui tender terbuka.

"Perdana Menteri telah pun menyatakan komitmen beliau dalam Rancangan Malaysia ke-10 supaya ianya dilakukan secara telus dan dalam bentuk tender terbuka sebagai satu pendekatan.

"Soalan saya mengapakah diulangi terus urusan tadbir seperti ini. Mengapakah terus terusan berlaku percangahan daripada apa yang disebutkan dengan apa yang diamalkan?" soalnya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan rasional kementerian untuk memajukan hartanah secara joint-venture' bersama KWSP tanah sejumlah 3000 hektar di Sungai Buloh, sementara mengikut laporan Pusat Informasi Hartanah Nasional (NPIC) Kementerian Kewangan terdapat 'property overhang' bernilai RM5.3 bilion, yang berpotensi mencetuskan belon hartanah atau 'property bubble'.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dalam jawapannya memberitahu, KWSP dipilih sebagai peneraju kepada cadangan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh berasarkan kepada kedudukan kewangannya yang kukuh.

Property overhang yang bernilai RM5.3 bilion merupakan jumlah nilai hartanah yang belum dijual di seluruh negara untuk suku terakhir 2009 dan bukannya bagi kawasan Lembah Kelang sahaja.

SYABAS !! ANWAR CIPTA REKOD

Oleh: Mandor

DS ANWAR mencipta rekod. Itulah yang boleh saya perkatakan. Mana ada pemimpin politik di negara ini khususnya, bahkan di Asia yang boleh mencipta rekod seperti DS Anwar? Beliau sememangnya seorang pejuang tulen yang kental, berani dan penuh kejujuran di dalam berpolitik. Bukan taksub kepada beliau, tetapi hakikat dan sejarah telah membuktikannya sehinggakan kesemua musuh-musuh politik beliau menjadi gerun dan gentar apabila membayangkan DS Anwar.

Semenjak negara kita merdeka, siapakah tokoh politik yang mendapat berbagai gelaran semata-mata untuk menjatuhkan kredibilitinya? Dulu kita pernah dengar nama MAHAFIRAUN dan juga MAHAZALIM atau Bapa Penipu Negara digelarkan kepada seorang tokoh dari Umno. Kita juga mendengar gelaran Bapa Judi Negara terhadap seorang tokoh politik yang kini masih memimpin. Tetapi itu semua tidak mencapai tahap gelaran yang diberikan oleh musuh-musuh politik terhadap DS Anwar.

DS Anwar digelar Pengkhianat Melayu, ejen negara asing, ejen Amerika, ejen Zionist Israel, dan yang terbaru pula adalah ejen CIA Amerika. Sebelum itu, DS Anwar juga dikaitkan dengan penyokong Komunis apabila beliau mengulas tentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanah air. Setelah semua cerita liwat kini menjadi bahan jenaka orang ramai, Penasihat 20 persen dari APCO mungkin telah menasihatkan bahawa DS Anwar hanya boleh dijatuhkan dengan menggunakan propaganda seperti ini. Tidak cukup dengan media tempatan, mereka menggunakan media asing yang sekutu dengan APCO untuk mencipta berbagai gelaran buat Ketua Pembangkang ini.

Inilah yang saya maksudkan dengan kehebatan DS Anwar. Meskipun kesemua gelaran itu adalah negatif, tetapi ini membuktikan betapa musuh-musuh beliau sudah kehilangan modal untuk berdepan dengannya. Tiada bukti, tiada hujah dan fakta, jauh sekali berani untuk berdebat secara terbuka, Umno hanya mampu berbuat sedemikian. Mudah-mudahan rakyat masih bodoh seperti mereka. Itulah yang mereka harapkan.

Jika pemimpin PAS dan parti mereka disebut sebagai parti ajaran sesat, pemimpin Wahabi, Pro Taliban atau Pro Revolusi Iran, maka DS Anwar juga dilakukan sedemikian rupa. Taktik propaganda Umno kini mudah kita kesan kerana cara mereka tidaklah bijak sangat. Sebagai contoh, mereka tuduh DS Anwar ejen CIA Amerika, di dalam masa yang sama mereka menuduh pula DS Anwar membayar CNN untuk mempromosikan dirinya. Lojikkah seorang ejen CIA Amerika perlu membayar dengan CNN untuk tugasan yang diberikan?

Propaganda mereka selalu terkantoi dengan mudah. Umno tuduh DAP anti Islam dan Melayu, dalam masa yang sama MCA dan Gerakan iaitu parti Komponen Bn pula menyebut DAP parti yang menyokong hudud PAS. Mana satu yang betul? Jelas mereka tidak lagi sependapat dan mereka telah mendedahkan kebodohan mereka masing-masing. Pemuda Umno menyelar PERKASA sebagai ekstrim, Najib menegur Ketua Pemuda Umno. Sejurus itu, MCA dan MIC pula menyelar PERKASA. Ini bermaksud kata-kata Najib tidak lagi menakutkan mereka.

Timbul pula isu perpaduan Melayu dan Islam. PAS mesti bersatu dengan Umno. Dalam masa yang sama pemimpin kanan Umno menggelar PAS parti ajaran sesat. Mahu bersatu dengan parti ajaran sesatkah? Betapa bebalnya mereka mengatur strategi politik.

Tahniah buat DS Anwar kerana masih berdiri gagah di persada politik tanahair. Malaysia amat beruntung mempunyai pemimpin sepertinya. /mandor.blogspot.com

ANWAR EJEN CIA AMERIKA TAPI SOKONG PERJUANGAN ISLAM DAN PRO IRAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT memualkan tekak ini apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin seperti yang disiarkan di dalam Malaysiakini semalam. Saya tidak menyangka seorang Naib Presiden Umno, anak kepada bekas PM, cucu pula kepada tokoh Melayu dan negara mempunyai pemikiran sedangkal itu. Memang benarlah kata orang Umno kini kekeringan pemimpin yang bijak dan akhirnya lahirlah pemimpin seperti ini.

Setelah berbagai tuduhan ke atas DS Anwar dengan mengutip dari berbagai `tong najis' dan di tepi-tepi longkang termasuk yang zahir dari `punggung' seorang pemuda di negara ini, akhirnya pemimpin Umno mengutip berita berupa `bangkai' ini dari sumber luar pula. Baru-baru ini sumber dari Washington Post yang dijadikan modal Umno menuduh DS Anwar ejen zionis Yahudi, dan hari ini di war-warkan pula DS Anwar ejen CIA pula. Kali ini sumbernya juga dari luar iaitu dikutip dari seorang Penulis Blog iaitu Elaine Meinel Supkis. Sampai begitu sekali `lapar'nya pemimpin Umno hinggakan sanggup meletakkan diri beliau seorang Menteri Kabinet ke tahap serendah itu dengan hanya merujuk kepada Penulis Blog?

Lojikkah di fikiran kita DS Anwar itu adalah ejen CIA di dalam masa yang sama Washington Post menyebut harus berhati-hati dengan beliau kerana pendekatan DS Anwar kini seolah-olah menyamai Presiden Iran yang amat ditakuti oleh Amerika? Mana satu yang betul? Jika benar DS Anwar ejen CIA Amerika, sudah lama negara ini lingkup kerana DS Anwar menjadi pemimpin pembangkang sudah begitu lama iaitu semenjak beliau dipecat dari Umno lagi. Mengapa seorang ejen CIA begitu lantang menentang APCO? Apa pentingnya seorang ejen CIA begitu komited membantu PAS sedangkan PAS adalah sebuah parti yang tegas dengan dasarnya untuk mendirikan sebuah Kerajaan Islam? Semenjak bila ejen CIA membantu perjuangan Islam?

Nampaknya Umno semakin hilang arah untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Berbagai cara dan strategi telah mereka gunakan untuk memperdaya rakyat agar menjauhi tokoh reformasi ini. Dari tuduhan Liwat 1 yang terbukti silap, kemudiannya Liwat 2, pengkhianat Melayu, Pengkhianat Islam, Penderhaka kepada Raja-Raja Melayu, Penyokong Zionist dan akhirnya ejen CIA. Selepas ini mungkin dikatakan DS Anwar adalah ejen Iran pula. Maka, Utusan Meloya pun seperti biasa mengutip cerita ini dijadikan bahan berita untuk disumbatkan ke telinga pembaca-pembaca yang mereka rasa bodoh-bodoh belaka.

Sebab itu, beberapa kali kita pesan kepada seluruh rakyat jika ingin menjadi cerdik, Utusan Meloya dan TV3 suku bukanlah media yang patut mereka pilih. Tidak hairanlah mereka mahu rakyat menjadi bodoh belaka kerana mudah untuk mereka perdayakan. Sekali lagi kita mahu mencabar Umno, beranikah mereka membuktikan dakwaaan mereka dan mengakan debat terbuka dengan DS Anwar? Biar saya sendiri menjawabnya, mengharapkan Umno berani berdebat sama seperti mengharapkan `kambing mandi pagi'./wfauzdin.blogspot.com

"win-win situation" Umno Gagal

Adat berunding secara ‘bilateral’, objektifnya agar kedua-dua pihak mendapat keadilan dan kesaksamaan dan tidak berat sebelah. Jika sebelah pihak sahaja yang meraut manfaat yang banyak manakala pihak yang satu lagi tidak memperolehi faedah yang sama maka hasil rundingan itu tidak dianggap sebagai "win-win situation".

Dalam banyak peristiwa dan kejadian, rundingan di antara Malaysia dengan negara-negara lain khususnya dengan Singapura, kita kecundang dalam rundingan. Namun tewas dalam rundingan boleh dikesan sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.

Lapan tahun selepas mencapai kemerdekaan, Perdana Menteri yang pertama, Tuanku Abdul Rahman al Haj "menyerahkan Singapura" begitu sahaja tanpa ada asas rundingan yang kukuh dan tanpa ada apa-apa pertukaran, baik dalam bentuk kewangan, barangan atau faedah-faedah lain sebagai ganti atas ‘kehilangan’ pulau tersebut.

Pada zaman pemerintahan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau pernah membuat kenyataan yang bernada kecewa bahawa "rundingan dengan Singapura ni sampai kiamat pun tak boleh selesai."

Nada kecewa dan putus harap ini membuktikan kita tidak mencapai "win-win situation" apabila berunding dengan Singapura, walaupun Dr Mahathir berpeluang mentadbir negara ini lebih 23 tahun, satu jangka masa yang paling lama berbanding perdana menteri yang lain.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara ini selepas Dr Mahathir, Malaysia juga tidak mencapai "win-win situation" dalam rundingan mengenai penemuan minyak dan gas di perairan Limbang/Brunei yang menjadi pertikaian.

Menjelang perletakan jawatan sebagai perdana menteri, Pak Lah dilaporkan telah menyerahkan begitu sahaja Blok L & M kepada Brunei, yang "isi perutnya" bernilai RM320 bilion tanpa mendapat apa-apa.

Nilai sebanyak itu, jika diuruskan dengan betul dan tidak ada ketirisan, salah urus, penyelewengan dan rasuah maka ia dapat melangsaikan hutang negara yang jumlahnya hampir sama banyak, iaitu RM326 bilion. Jika jumlah hutang ini terus meningkat pada kadar 12% setahun berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar maka Malaysia akan bangkrap menjelang tahun 2019.

Semasa pentadbiran Abdullah juga Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh (atau Pedra Branca) kepada Singapura dalam satu pertikaian hingga membawa kes ini kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Malaysia tewas kali ini kerana wakil-wakil negara tidak kompeten dalam undang-undang perairan antarabangsa berbanding Singapura.

Kes yang didengar di ICJ telah menimbulkan persepsi buruk dan curiga oleh para hakim memandangkan Malaysia bukan sahaja gagal menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat malah menggunakan teknik lensa foto untuk menunjukkan gambar yang agak mengelirukan.

Tewas dalam "win-win situation"

Sebaliknya Malaysia diberi pulau kecil, saiz separuh padang bolasepak "Middle Rocks", yang kedudukannya lebih jauh dari Malaysia berbanding Pulau Batu Puteh. Walaupun tewas dalam perebutan mendapat hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, ia masih dianggap "win-win situation" oleh Dr Rais Yatim, kini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih teraju negara pada April 2009, "tradisi" tewas dalam rundingan diwarisi beliau dengan membuat kesilapan, khususnya apabila berunding dengan Singapura. Najib dengan begitu mudah menyerahkan tanah Stesen Keretapi Tanjung Pagar kepada Singapura dan digantikan dengan sebidang tanah di kawasan perjudian Woodlands.

Meskipun tanah itu akan dibangunkan secara usahasama menerusi sebuah syarikat M & S Pte Ltd, dengan Malaysia dan Singapura masing-masing memegang ekuiti 60% dan 40% tetapi cara rundingan itu dijalankan dan kata sepakat yang dimudah dicapai menimbulkan tanda tanya. Ini kerana Najib membuat keputusan secara berseorangan, tidak pernah dibentang dalam kabinet, apatah lagi di Parlimen.

Kalau Dr Mahathir, yang dianggap sebagai seorang negarawan yang unggul gagal mencapai "win-win situation" dalam rundingan dengan Singapura bagaimana Najib dengan mudah dapat mencapai keputusan itu. Kenapa tidak dipakejkan tanah itu dengan isu-isu lain yang sudah sekian lama berlarutan dan sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Bagaimana dengan isu air yang sekian lama dinikmati oleh Singapura dengan kadar bayaran 5 sen seliter, ruang udara yang dicerobohi oleh jet-jet pejuang Singapura dan wang Simpanan Pekerja Malaysia yang masih terperap di negara itu?

Dalam keadaan sebegini, sukar hendak dipercayai, Malaysia mencapai "win-win situation" dalam rundingannya dengan Singapura. Lebih-lebih lagi memandangkan negara pulau itu mempunyai kekuatan dari segi ekonomi dan ketenteraan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan mengingatkan kita dalam kuliahnya baru-baru ini di Kota Bharu, mengenai persoalan kenapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno untuk menyatu-padukan bangsa Melayu dan umat Islam. Jawab beliau dengan ringkas, "kita tidak dapat berunding dengan parti yang lebih kuat (Umno) berbanding PAS (parti yang lemah).

Kata hikmah Nik Aziz ini mengingatkan kita kepada zaman Rasulullah saw yang tidak pernah mengadakan rundingan dengan kaum musyrikin Quraisy di Mekah kecuali setelah baginda berjaya membentuk kerajaan Islam di Madinah. Begitu juga golongan Hizbullah di Lebanon yang tidak pernah berunding dengan zionis Israel. Hamas di Palestin juga tidak pernah berunding dengan Israel yang jauh lebih kuat daripadanya.

Berdasarkan situasi ini, bagaimana mungkin kita boleh mencapai "win-win situation" dalam keadaan kita yang lemah dari segi ekonomi dan ketenteraan dan tanpa adanya "padang permainan yang sama rata" (the same level of playing field)?

~FMT.

Memo tolak Anwar daripada pentadbiran S'gor

Umno Selangor akan menghantar memorandum kepada kerajaan negeri membantah kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri itu sekiranya benar dakwaan seorang penulis blog di New York bahawa beliau adalah 'alat' kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata sekiranya dakwaan penulis blog itu benar, Anwar tidak layak campur tangan dalam urusan pentadbiran di negeri itu.

"Kita nak cabar Anwar sama ada beliau berani menafikan atau saman
blogger itu.

"Sebagai rakyat Selangor, kita akan hantar memorandum secepat mungkin kepada kerajaan negeri kerana jika benar dakwaan Anwar ialah agen CIA kita tidak rela dan tidak mahu dia diberi tempat sebagai penasihat ekonomi Selangor," katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Hari Belia Selangor dan pelancaran Kempen 1Belia 1Malaysia oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad
Shabery Cheek di Kuala Selangor malam tadi.

Noh berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis, bahawa Anwar, yang juga penasihat PKR, merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mempersoalkan keengganan kerajaan Selangor bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan berhubung pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor.

"Sepatutnya projek itu bermula pada Mei lepas tetapi hingga hari ini kerajaan Selangor tidak beri jawapan kepada kerajaan persekutuan sama ada akan bersama-sama jayakan projek ini. Nampaknya kerajaan Selangor lebih pentingkan politik kerana projek ini ialah projek kerajaan persekutuan dan kerana itu dia sengaja tidak mahu beri kerjasama demi kepentingan rakyat di Lembah Klang,"
katanya.

Noh meminta rakyat Selangor membuka mata dan bersatu menegakkan kebenaran dengan menolak kerajaan Pakatan Rakyat yang dilihat lebih banyak membuat kerja politik berbanding pembangunan di Selangor.

"Kalau kerajaan negeri tidak beri kerjasama kepada kerajaan persekutuan untuk projek air, ini bermakna rakyat Selangor kena bersedia menghadapi masalah kekurangan air pada 2013," katanya.

~Bernama

Utusan Didakwa Tangkap Muat Tuduh Anwar Agen CIA

Tahap kewartawanan akhbar arus perdana dikhuatiri merosot ke paras baru apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan, kali ini menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai agen perisik CIA Amerika Syarikat.

Akhbar kawalan Umno itu juga mendakwa Anwar telah membayar syarikat berita terkemuka CNN untuk ditemuramah oleh stesen televisyen itu baru-baru bagi mencemuh kepimpinan Malaysia.

Dua dakwaan itu dilihat sebagai kemuncak agenda fitnah Umno-Utusan Malaysia dalam usaha menjatuhkan kredibiliti anwar sebagai Ketua Pembangkang dan antara pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua melahirkan rasa hairan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai 'alat' kepada CIA terpaksa membuat bayaran kepada Cable News Network atau CNN hanya semata-mata untuk ditemubual oleh media itu.

Beliau berkata laporan Utusan Malaysia tidak masuk akal kerana ia memaparkan Anwar sebagai seorang yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan risikan Amerika Syarikat namun terpaksa membuat bayaran kepada stesen tevisyen berkenaan.

Pada hari ini Utusan melaporkan, penulis blog dari Amerika Syarikat, Elaine Meinel Supkis kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat.

Dakwaan blogger itu cetek dan tanpa bukti, namun laporan itu disiarkan pada muka depan utusan tanpa sebarang siasatan atas kesahihannya oleh Utusan yang kerap menggelar dirinya sebagai akhbar bertanggungjawab.

Sayurgia diingatkan penulis-penulis blog seperti Supkis begitu ramai di Amerika dan Utusan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kredibliti beliau.

" Saya terkejut sebab 'agen' CIA pun kena bayar kepada CNN" ujar Tian kepada Tv Selangor.
" Itu lah yang menunjukkan Utusan ini mengeluarkan cerita yang terdesak. Kalau semalam dia kata Anwar bayar kepada CNN, hari ini Anwar adalah agen CIA, dan secara logiknya kita nampak Anwar ini merupakan agen CIA pertama terpaksa bayar CNN untuk dapat liputan" tambahnya lagi.

Malah tambah Tian, selain digelar sebagai agen CIA, Anwar turut dituduh sebagai agen Yahudi sebelum ini.

Namun ironinya, tidak lama kemudian Perdana Menteri, Najib Razak dengan bantuan APCO Worlwide cuba mempengaruhi dunia kononnya Anwar seorang yang bersifat perkauman dan anti Yahudi apabila Anwar mendedahkan kerajaan telah membayar lebih RM70 juta kepada firma berkaitan Zionis itu.

Semalam, Utusan memetik dari web konservatif haluan kanan dan penulisnya, Joshua Trevino mendakwa kononnya Anwar terpaksa membiayai program tembual bersama CNN dalam usaha Anwar memulihkan kembali hubungan dengan kelompok Yahudi.

Namun apabila diperinci rencana Trevino ini, jelas beliau tidak menuduh Anwar membiayai program temu bual itu tetapi sekadar berkata temu bual itu tidak membabitkan soalan-soalan yang keras untuk Anwar.

Dalam keghairahan untuk memusnahkan reputasi Anwar, Utusan nampaknya sanggup menerbitkan semula apa sahaja yang ditulis di alam blogger Amerika Syarikat walaupun ia bercanggah antara satu sama lain.

"Sekarang ini dalam masa yang singkat, Utusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah sesama sendiri".

" Nampaknya mereka makin terdesak. Mereka pakai lempar sahaja apa-apa yang boleh dengan tujuan untuk mencemarkan imej Anwar sama ada ini boleh dipercayai atau tidak, asalkan mereka serang secara peribadi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah" ujar Tian lagi.

Tian juga tidak menolak kemungkinan Anwar dikecam hebat oleh Umno dan media kawalannya sebagai taktik menutup dakwaan akhbar New York Times dibayar hampir RM10 juta untuk memuatkan dua iklan memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat sebelum ini.

" Kita nampak isu bayar CNN ini seolah-olah cuba untuk menutup cerita Rosmah bayar New York Times RM10 juta untuk untuk mendapatkan iklan memuji dia sebagai wanita pertama Malaysia" ulas Tian./TVSelangor

Ibrahim Ali: ‘Perkasa ala Cina’ adalah satu bentuk tindakan “ektremis”

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa idea agar ditubuhkan ‘Perkasa ala Cina’ adalah satu bentuk tindakan “ektremis” yang tidak sesuai kerana ia akan membawa kepada perjuangan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini membidas kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang meminta agar ditubuhkan “Perkasa Cina” untuk menangani pengaruh Perkasa — pertubuhan bukan kerajaan bukan Melayu, yang semakin berakar umbi.

“Ini adalah kenyataan ekstremis... ia tidak wajar. Perkasa bukan rasis. Perjuangan kami, rangka perjuangan kami tertaklub kepada rangka Perlembagaan Persekutuan.

“Kami berjuang bagi memastikan peruntukan Perkara 153 Perkembagaan Persekutuan diamalkan dan dihormati,” kata Ibrahim selepas mesyuarat Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Perkasa salah satu anggota gabungan MPM yang dilancarkan Mac lalu.

Wakil rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin seperti Lim, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan juga Presiden mereka Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggambarkan parti Cina itu kelihatan buruk.

“Tetapi ada juga pemimpin MCA yang baik, hanya beberapa pemimpin yang menggambarkan parti itu buruk... bukannya parti, tetapi pemimpin mereka,” kata Ibrahim.

Ibrahim berkata kenyataan Lim membuktikan pada parti-parti politik Cina menggunakan ruang politik untuk menjadi hero masyarakat Cina.

“Bagaimana anda mahu menerajui negara pelbagai kaum macam ini?” kata Ibrahim lagi.

Lim dalam cadangannya berkata badan yang sesuai untuk memainkan peranan Perkasa Cina ialah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Bagaimanapun menurut Ibrahim, MCA kini terperangkap dengan agenda politik DAP.


Jangkitan di Lubuk Yu bukan wabak - Tiong Lai

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesahkan kes enam kematian akibat jangkitan bakteria di Hutan Lipur Lubuk Yu, Pahang bukan satu wabak baru dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kematian enam mangsa tersebut disahkan berpunca daripada jangkitan bakteria punca penyakit melioidosis dan leptospirosis yang boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ini bukan wabak dan jangkitan bakteria itu boleh dirawat menggunakan antibiotik berbanding jangkitan virus seperti influenza A (H1N1) yang lebih sukar dirawat.

"Namun, penduduk berhampiran kawasan itu dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika menghidap gejala seperti demam panas.

"Pasukan bantuan juga dihantar ke klinik-klinik desa di sekitar kawasan berkenaan untuk memantau dan membantu tetapi yang paling penting orang ramai mendapatkan rawatan segera jika terdapat gejala jangkitan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan seminar gabungan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini hari ini.

Enam mangsa yang meninggal dunia antara 3 hingga 8 Julai lalu merupakan sebahagian daripada 83 orang sukarelawan yang menyertai operasi menyelamat mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu pada penghujung Jun lalu.

Lima daripadanya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei (Melioidosis) yang biasanya terdapat di dalam air dan tanah.

Seorang lagi mangsa yang maut telah dijangkiti bakteria jenis leptospira (leptospirosis) yang jarang menjangkiti manusia tetapi mudah disebarkan melalui air kencing haiwan seperti tikus.

Ekoran itu, pusat perkelahan yang terkenal di Maran itu telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan serta merta semalam.

Dalam pada itu, Tiong Lai mengingatkan orang ramai bahawa jangkitan kedua-dua jenis bakteria itu boleh membawa maut jika lewat menerima rawatan.

~Utusan

Najib mula bimbang kubu kuat Umno di Johor bakal 'tenggelam'

Akhir-akhir ini kita dapati Perdana Menteri dan timbalannya beriya sangat menghebohkan bahawa beliau yakin Johor akan terus kekal sebagai kubu kuat Umno-BN. Takdak angin takdak ribut, tak pasal-pasal depa tu keluar kenyataan seolah-olah ada benda yang tidak kena dengan kubu kuatnya itu.

WarkahDaily merasakan mungkin mereka merasa gusar dengan dakwaan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini bahawa rakyat Johor semakin menerima kehadiran PR.

Berdasarkan realiti suasana selepas ketika PRU 12 dan selepas PRU 12, dilihat ramai masyarakat Johor sudah mula berani mendampingi PR. Mereka sudah tidak takut lagi hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh PR.

Senario tsunami politik ketika PRU 12 masih lagi terasa bahangnya apabila PAS berjaya memenangi kerusi DUN di Johor yang selama ini begitu sukar untuk bertapak. Ini merupakan perkembangan yang baik bagi PAS-PR.

Ditambah lagi dengan berita kononnya jentera pilihanraya PR di Johor lebih bersedia dengan lebih yakin berbanding PRU sebelum ini.

Mungkin ini telah menakutkan Umno-BN yang selama ini merasakan Johor adalah kawasan selamat baginya.

Itulah sebab, mungkin Najib dan Muhyiddin cepat-cepat menyedapkan hati mereka sendiri dan pengikut-pengikutnya, Johor masih lagi kawasan selamat dan kubu kuat Umno-BN.

Selain itu, dalam masa yang sama, Najib dilihat cuba berselindung berkemungkinan pimpinan Umno Johor berhadapan krisis apabila beliau memberi peringatan tegas Umno perlu berusaha mengukuhkan perpaduan dan kesetiaan di kalangan pemimpin dan anggota Umno Johor.

Najib juga meminta setiap pemimpin dan anggota Umno Johor supaya menjaga Johor baik-baik dan memastikan ia terus menjadi kubu kuat kepada Umno-BN kerana menyedari ia kini menjadi tumpuan Pakatan Rakyat.

~
WarkahDaily
Related Posts with Thumbnails