Sabtu, 28 Ogos 2010

Wujud Bukti Penipuan Menyebabkan Peguam Felda Tidak Hadir


SUARA KEADILAN | SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan, Rebin Birham menegaskan kemenangan kes tuntutan 354 peneroka Felda Kemahang 3 bukan disebabkan oleh ketidak hadiran peguam mewakili Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tetapi keputusan mahkamah dibuat setelah mendapati Felda sememangnya telah menipu peneroka terbabit.

"Walaupun peguam tidak hadir, namun prosiding perbicaraan tetap dijalankan. Apa yang penting setelah mahkamah membuat penelitian, diputuskan bahawa penipuan terhadap peneroka sememangnya wujud.

Malah keputusan yang sama diperolehi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian ketidak hadiran peguam di mahkamah bukanlah penyebab kepada kekalahan Felda dalam kes ini," jelas Rebin dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor menuding jari kepada kegagalan peguam Felda menghadiri prosiding awal mahkamah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu sebagai penyebab ia tewas dalam kes tuntutan 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan yang diputuskan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Felda diperintah membayar ganti rugi RM11 juta kepada kesemua peneroka terbabit selepas agensi tersebut gagal dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.

Rebin juga membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang akan mempertahankan imej dan maruah Felda habis-habisan.

"Kenyataan sedemikian tidak seharusnya keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Sebagai seorang PM yang mewakili suara rakyat seluruh negara seharusnya mengambil inisiatif menyelesaikan masalah ini bukannya berpihak kepada Felda.

"Kenyataan sebegini sememangnya mendukacitakan peneroka khususnya dan rakyat Malaysia amnya dan ini amat dikesali. Saya percaya peneroka bukanlah boleh ditipu lagi oleh Felda. Mereka kini sudah berfikir dan mampu bertindak pada masa sekarang dan akan datang," kata Rebin.

Mengapa PAS Bekerjasama Dengan DAP Yang Tolak Hudud?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sebenarnya tidaklah susah sangat untuk menjelaskan mengapa PAS mahu bekerjasama dengan DAP yang menolak negara Islam serta pelaksanaan hukum Hudud. Namun akibat kurang faham kadangkala pemimpin parti peringkat tertinggi pun boleh tersasul, apabila diprovoke oleh pihak musuh terutama Umno berhubung isu tersebut.

Penolakan DAP terhadap pelaksanaan Hudud bukan penolakan peribadi Pengerusinya Karpal Singh tetapi sikap rasmi parti itu sejak dahulu. Bukan sekali DAP menegaskan bahawa ‘negara Islam dan hukum hudud’ tidak termasuk dalam agenda kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Sekian lama kita mengupas isu strategi dalam dakwah dan politik; bahawa dalam mengendalikan kedua urusan tersebut, jamaah Islam mestilah menggambilkira ‘waqi dan biah’ ataupun realiti dan suasana.

Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada mana-mana parti politik pun (yang berasaskan kaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian. Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan. Sejak sistem demokrasi berparlimen diperkenalkan di negara ini, Umno dianggap sebagai parti yang terkuat yang sehingga kini ia belum mampu dicabar dalam mana-mana pilihanraya umum.

Umno adalah parti yang berasaskan kaum Melayu dan perjuangannya pun berteraskan asobiyyah Melayu sempit. Sekuat-kuat Umno pun, jika ia memilih untuk menyertai pilihanraya secara bersendirian, bertanding di kesemua kerusi Parlimen; Umno masih tidak mampu untuk membentuk kerajaan.

Tanpa kerjasama dengan bukan Melayu, ditambah dengan persaingan parti politik Melayu/Islam atau individu Melayu/Islam dari parti multi racial, maka Umno tidak berupaya memenangi kesemua kerusi.

Apatah lagi jika PAS yang buat masa ini belum lebih kuat dari Umno, jika bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi Parlimen maka jawapannya tetap sama. Ia adalah realiti politik yang sangat mudah untuk difahami.

Justeru itu, PAS perlu jalinan kerjasama dengan parti bukan Melayu untuk membentuk kerajaan di Pusat. DAP bukan parti Cina, tapi imej DAP adalah ‘parti Cina’. DAP adalah ‘parti Cina’ yang berpengaruh setanding dengan MCA dan Gerakan. Sebagai pembangkang, pilihan yang ada bagi PAS ialah DAP, bukan MCA atau Gerakan. Kerjasama PAS dan DAP dijalin atas banyak persetujuan bersama. Antaranya penentangan berterusan terhadap rasuah, kronisme, ISA, ketidakadilan sosial, beberapa akta Parlimen yang merampas hak rakyat, hedonisme yang keterlaluan, kepincangan sistem kehakiman, penyalahgunaan kuasa polis, penyalahgunaan instrument kerajaan untuk politik dan macam-macam lagi.

Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tanpa dapat dibendung lagi. Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal’yazubillah, itu cuma andaian). Satu-satu cara untuk ‘membunuh’ semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat.

Di peringkat negeri kerjasama seperti itu terbukti dapat mengalahkan BN di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Maknanya dengan kerjasama yang serupa BN boleh dikalahkan di Pusat. Umno cukup sedar bahawa dengan kerjasama antara PAS, DAP dan KeADILan adalah satu- satunya cara BN boleh ditumbangkan di Pusat. Maka satu-satunya cara untuk menghalang perkara tersebut ialah dengan memecahkan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Umno juga tahu bahawa isu besar yang boleh (dianggap) memecahkan PAS dan DAP ialah isu ‘Hudud atau Negara Islam’. Maka soalan cepu emas yang sering diajukan Umno di kalangan umat Islam ialah, mengapa PAS sanggup bersama DAP yang menolak hudud? Manakala di kalangan
bukan Islam pula, mengapa DAP nak bekerjasama dengan PAS yang nak laksanakan hudud?

Seperti yang dijelaskan tanggungjawab dan kewajipan menumbangkan BN sangatlah besar tuntutannya. Jika PAS perlu memilih parti politik bukan Islam yang kuat, dan sedia terima hudud (sebagai syarat), baru hendak dijadikan rakan kerjasama menumbangkan BN maka PAS tidak akan menjumpainya. Maka Umno/BN akan terus berkuasa.

Apabila DAP menolak peraksanaan hudud, tidak bermakna PAS memadam terus cita-cita tersebut. Apa yang berlaku ialah PAS mahu tetapi tidak mampu. Terdapat berbezaan yang jelas antara ‘tidak mahu’ dan ‘tidak mampu’.

Pindaan perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu. Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian ‘tidak mampu’ melakukannya. Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Mekah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya.

Hudud adalah satu juzuk dari tuntutan Islam yang diwajibkan ke atas pemerintah, bukan kewajipan individu. Bagi individu Muslim, tanggungjawab mengembelingkan kekuatan ummah serta menjana kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang tersenarai 1001 kebejatan tadi adalah kewajipan yang lebih utama.

Jika waqi’ dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai pra syarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan. Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa. Kita tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, ‘tak boleh buat semua jangan tinggal semua.’ Tidak boleh buat hudud (untuk sementara) sekurang-kurangnya PAS boleh memegang tampuk kuasa. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuasa untuk kebaikan. Rakyat boleh difahamkan dengan Islam sama ada dengan lisan atau suri teladan yang baik bila parti Islam mentadbir. Sebab itu tidak perlu kenyataan, “Kita akan kaji kerjasama dengan DAP jika tolak hudud.”

Hal yang jelas ialah rakan kerjasama adalah parti yang tidak berteraskan Islam. Kalau kita mahu 100 peratus jadi macam kita baru boleh kerjasama, tidak wujud lagi DAP dan tiada lagi istilah kerjasama. Mestilah terdapat berbezaan, walaupun banyak aspek bersama yang diperjuangkan. Umno, MCA, Gerakan dan MIC pun berbeza dalam banyak perkara. Tetapi akibat permuafakatan mereka dapat berkuasa lebih separuh abad. PAS dan DAP kena begitu. Kita cuma beberapa langkah saja lagi dengan Putrajaya.

Jadi jangan cepat sangat melatah dengan paluan gendang musuh.

Hasrat berundur: Najib, Taib Mahmud bincang hati ke hati

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Datuk Seri Naji Razak akan mengadakan perbincangan terperinci dengan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung hasrat Ketua Menteri Sarawak itu untuk berundur daripada jawatan politik.

Perdana Menteri selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sebarang keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan semangat setiakawan antara BN dan PBB.

Katanya PBB merupakan rakan setia BN yang telah menyumbang kepada kejayaan BN di Sarawak dan tunggak kerajaan BN negeri itu.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dari hati ke hati dengan Ketua Menteri Sarawak itu sebelum sebarang keputusan dibuat, katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Umno di sini, hari ini.

Baru-baru ini, pemimpin berusia 74 tahun itu yang merupakan Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac, 1981, berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

Taib yang menjadi presiden PBB sejak 1981 dan pengerusi BN Sarawak dilaporkan berkata, beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Sementara itu, Najib ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral yang didakwa mengundang ahli politik daripada kalangan bukan Islam untuk mengadakan majlis serta menyampaikan ceramah dalam dewan solat surau berkenaan, berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan terserah kepada mereka untuk mengambil tindakan.

“Kalau dia (Majlis Agama Islam) anggap sebagai bertentangan dengan peraturan, mencemar Islam dan sebagainya, dia kena ambil tindakan... kita minta dia ambil tindakan,” katanya.

Akhbar dan beberapa laman blog menyiarkan gambar anggota Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching, memasuki ruang solat surau itu pada satu majlis penyampaian bantuan, Ahad lalu.

Berhubung tuduhan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Umno yang menjadi punca dan terlibat dalam perbalahan berhubung isu hukum hudud antara PAS dan DAP, Najib berkata sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang untuk menjadikan Umno sebagai mangsa tuduhan sekiranya berlaku perselisihan di antara mereka.

“Kita tak tahu-menahu... dia asyik tuduh kita saja, apa-apa berlaku dia tuduh kita,” katanya dan menurut Perdana Menteri percanggahan pendirian antara parti-parti pembangkang itu menunjukkan hubungan mereka sebenarnya terlalu rapuh.

Najib berkata beliau tidak nampak bagaimana kedua-dua parti itu boleh jujur di antara satu sama lain kalau bertentangan pegangan atas isu yang asas dan begitu penting seperti hala tuju negara.

Katanya, PAS masih komited kepada konsep negara Islam walaupun debat tentang penafsiran negara Islam masih lagi terbuka tetapi bagi DAP mereka tetap menentang sekeras-kerasnya.

“Jadi ini menyebabkan sesuatu yang agak serius yang tak boleh dipandang ringan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Baru-baru ini tercetus pertelingkahan secara terbuka antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara. — Bernama

Isu Bukan Islam masuk Masjid/Surau: Shahrizat, Lagi Biadap Jika Orang Islam Tidak Menutup Aurat

Saya sudah menulis hal ini semalam. Isu yang timbul berkaitan dengan hal ini ialah etika berpakaian ketika berada di dalam rumah ibadat orang Islam. Itu sahaja. Seperti yang ditegaskan, YB DAP itu tidak bercerita fasal politik pun di surau itu. Walaupun tidak menjadi suatu kesalahan untuk berbuat demikian, namun undang-undang manusia melarangnya.

Biasalah, orang politik seberang sana mengambil peluang dengan meng"smash" bola tanggung yang diberikan oleh orang sebelah sini. Macam-macam berita yang berkisar tentang YB DAP itu disiarkan dalam blog, portal berita, mahupun di media cetak atau di media elektronik.

Dalam UM hari ini, diberitakan Sultan Selangor murka kerana tindakan YB DAP itu. Benarkah begitu? Saya hanya berminat untuk mengulas kenyataan Ketua Wanita UMCO, Datuk Sharizat tentang isu ini. Saya petik:
Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau.

"Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Ramadan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Shahrizat mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu yang memasuki ruang solat surau berkenaan dalam keadaan tidak menutup aurat.

Tindakan Nie Ching itu juga mendapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana seolah-olah tidak menghormati kemuliaan rumah ibadat...

Tindakan YB DAP itu memang bertentangan dengan hukum agama, namun menurut YB itu beliau tidak berniat berbuat demikian. Malah beliau telah "double check" tentang hal itu dengan kariah surau tersebut. Hal ini diceritakannya dalam MK semalam. Saya petik:
"...Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo (kiri) menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.
....
Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.


"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu....
Penjelasan di atas sudah memadai untuk menutup isu ini. Isu yang lebih besar dan yang perlu kita berikan perhatian ialah keengganan orang Islam menutup aurat dengan betul seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin dan isteri pemimpin UMCO. Mereka secara jelas "biadap" terhadap Allah dan mempersendakan agama. Tiap-tipa hari mereka memperkatakan hukum dan mempolitikan perkara yang mendatangkan keuntungan kepada mereka, namun dalam masa yang sama mereka biadap dan ingkar terhadap perintah Allah. Oleh itu, sebelum berani menyentuh hal orang, cermin diri dahulu!

Saya mengalu-alukan orang bukan Islam mendekati dan mengenali agama Islam. Bagi mereka yang mahu berbuat demikian, kenalilah Islam daripada orang yang betul, jangan sesekali mengenalinya daripada orang UMCO kerana anda bukan sahaja tidak dapat memahami Islam malah anda akan membuat kesimpulan bahawa agama Islam itu sangat-sangat menyulitkan dan tidak mesra orang bukan Islam. Contoh sudah banyak, anda tentu dapat meilihat dan menilainya.

* Ironinya, pemimpin dan isteri pemimpin PAS dan PKR banyak yang menutup aurat berbanding dengan isteri dan pemimpin UMCO yang seolah-olah menjadi hero dalam isu agama, tetapi "biadap" terhadap hukum Allah!

Dapat ratusan ribu dollar kerana YouTube

LONDON - Satu kaji selidik firma penyelidikan TubeMogul baru-baru ini menyiarkan senarai bintang-bintang YouTube yang menerima pendapatan ratusan ribu dolar selepas video mereka disiarkan di laman itu di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Nama-nama bintang YouTube itu tidak pernah dikenali dalam kalangan ramai penduduk di dunia.

Namun, firma TubeMogul mendakwa sekurang-kurangnya 10 orang penghibur di YouTube termasuk penulis dan penerbit dibayar ratusan ribu ringgit pada tahun lalu menerusi pengiklanan yang dibawa masuk daripada jutaan penonton yang menonton video blog mereka.

Berada di kedudukan nombor satu ialah seorang pelawak satira, Shane Dawson yang berusia 22 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat (AS).

Dawson memuat naik petikan-petikan pendek satira yang memberinya pendapatan sebanyak AS$315,000 (RM990,517) dalam tempoh 12 bulan lalu. Videonya ditonton 431,787,450 kali.

Menduduki tempat kedua ialah video The Annoying Orange dengan pendapatan yang dijana mencecah AS$288,000 (RM905,615).

Video itu telah ditonton sebanyak 349,753,047 kali.

Berada di tempat ketiga ialah Philip DeFranco yang menyiarkan video berkisar tentang politik dan gosip.

Pendapatan yang diperolehnya sebanyak AS$181,000 (RM569,342) apabila videonya ditonton sebanyak 248,735,032 kali.

Video komedi Ryan Higa yang tinggal di Hawaii dan berketurunan Jepun-AS ditonton lebih 206,979,909 dan memperoleh pendapatan sebanyak AS$151,000 (RM474,970) sekali gus menduduki tempat keempat.

Berada di tempat kelima ialah video Fred yang dihasilkan oleh Lukas Cruikshank dari Columbus, Nebraska.

Video mengenai menguruskan kemarahan itu menjana pendapatan AS$146,000 (RM459,462) dan ditonton sebanyak 200,656,150 kali.

Menduduki tempat keenam ialah video seorang bekas juruhebah radio, Shay Carl yang telah menerbitkan lebih 100 filem.

Dia menjana pendapatan sebanyak AS$140,000 (RM440,579) dan videonya ditonton sebanyak 192,309,247 kali.

Berada di tangga ketujuh ialah video dari kumpulan duet Mediocre Films yang mula menghasilkan komedi pendek sejak tahun 2006. Dengan tontonan sebanyak 159,030,703 kali, video itu memperoleh pendapatan sehingga AS$116,000 (RM365,053).

Video Smosh yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$113,000 (RM355,610) dan ditonton 154,936,876 kali menduduki tempat kelapan.

Dalam video itu, dua lelaki, Ian Hecox dan Anthony Padilla berduet bagi menyanyikan lagu tema Pokemon.

Menduduki tempat kesembilan ialah video berita The Young Turks yang menjana pendapatan sebanyak AS$112,000 RM352,463 dan ditonton sebanyak 153,807,362 kali.

Tempat kesepuluh penghibur YouTube diduduki oleh Natalie Tran yang merupakan pelajar berketurunan Vietnam-Australia.

Video Tran berkaitan dilema sosial dan cara untuk memiliki perut yang cantik menjana pendapatan AS$101,000 (RM318,110) dan ditonton sebanyak 138,871,829 kali. - Agensi

Jumaat, 27 Ogos 2010

'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah

PAS Serdang berpendapat tiada masalah bagi seorang pemimpin bukan Islam menyampaikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid atau surau kerana Islam merupakan sebuah agama yang bersifat anjal.

"Kita tidak ada masalah (dan) kita tidak mahu memanjangkan perkara ini," katanya ketua Pemuda PAS Serdang Mohd Adram Musa.


Sehubungan itu, menurut Mohd Adram lagi, isu ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki sebuah surau di Kajang dianggap kontroversi ekoran stigma masyarakat yang beranggapan "bahawa Islam itu untuk Melayu semata-mata".

"Bila kaum Cina dan India menghampiri surau atau masjid, timbul satu perspektif yang tidak baik. Dalam konteks dakwah, kena ada fleksibeliti, khususnya di negeri Selangor.

"Kita perlu mengutamakan dakwah dan keharmonian antara kaum," kata Mohd Adram yang juga ahli Majlis Perbandaran Kajang.

Mohd Adram mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini berhubung tindakan surau Al-Huda di Kajang Sentral, Kajang yang mengundang Teo berucap di ruang solat surau berkenaan pada 22 Ogos lalu.

Akhbar Umno itu memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Adram yang juga bendahari Pemuda PAS berkata, berkata pintu dakwah harus sentiasa terbuka kepada bukan Islam sebagai usaha menerangkan tentang kebaikan agama itu.

Menurutnya, ketika zaman Nabi Muhammad dahulu, orang bukan Islam juga dibenarkan masuk ke dalam masjid bagi mendapatkan penjelasan tentang Islam.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi pihak pengurusan surau berkenaan setakat ini masih belum berhasil.

Bekas Paderi Dedah Murtad Semakin Berleluasa

Mengapakah Komplek Gereja Kristian Terbesar akan dibina di Shah Alam di tengah-tengah kawasan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang beragama Islam? Adakah gereja ini akan digunakan nanti sebagai pusat mengkristiankan orang Melayu?

Seperti yang kita sedia maklum sudah ada beberapa gereja seperti di Jalan Gasing, Petaling Jaya (berhampiran EPF) yang dibina khas untuk mengkristiankan orang Melayu. Ramai lagi yang akan murtad nanti kalau kita tidak tingkatkan bantahan kita.

Keputusan kerajaan UMNO-BN Dr Mahathir meluluskan pembinaan komplek gereja di Shah Alam tersebut di tengah-tengah kawasan Melayu tidak menghairankan. Bukankah Dr Mahathir, Hamid Othman dan pemimpin UMNO yang lain sentiasa memehak kepada orang-orang Melayu yang telah murtad.

Gereja terbesar di Asia itu telah dibenarkan oleh kerajaan Dr Mahathir untuk dibina ditengah-tengah kawasan Islam tetapi disebaliknya pula kerajaan UMNO-BN telah merobohkan satu surau kecil di pangsapuri Pandan Perdana, Ampang Kuala Lumpur dengan alasan, antara lainnya, kerana surau tersebut dibina dikawasan perumahan yang majoriti penduduknya terdiri dari kaum Cina.

Dan kerajaan UMNO-BN dikatakan sudah pun meluluskan cadangan Malaysia Airports Berhad untuk merobohkan Masjid Lapangan Terbang Subang atas alasan hendak membina sebuah Convention Centre bagi Terminal 1 Subang Airport.

Mengapa Convention Centre tersebut dibina di lapangan terbang Subang dan tidak pula di KLIA seperti yang sepatutnya. Desas-desus mengatakan niat sebenar kerajaan Dr Mahathir hendak musnahkan rumah Allah ini adalah kerana masjid ini merupakan antara masjid-masjid yang sangat aktif dalam menjalankan aktiviti dakwah Islamiah dan telah terus, tanpa takut dan gentar, mengadakan ceramah-ceramah oleh ulamak-ulamak yang inginkan pemerintahan Islam walau pun telah diberi amaran berulangkali oleh pihak berkuasa.

Dengan gejala murtad ini semakin berleluasa maka dipetek dibawah ini sebahagian dari rakaman kaset ceramah mengenai pendedahan ajenda Kristian untuk murtadkan orang Melayu yang diberi oleh saorang bekas Paderi kristian Melayu, En Salleh bin Omar agar dapat kita semua bayangkan dengan lebeh jelas lagi ancaman yang dihadapi oleh agama Islam kita, dan ancaman ini, terutamanya ancaman murtad menjadi begitu serius kerana Islam di Malaysia punyai musuh dalam selimut. Musuh Islam dalam selimut itu adalah Dr Mahathir dan UMNO.

(Ceramah En Salleh bin Omar, bekas Paderi)

Nama saya Salleh bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan emak saya berasal dari Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya menetap di Kedah, di Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Kami terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum, dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, iaitu dari Kuala Lumpur, bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing yang dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong Wanita Kristian seluruh Indonesia.

Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama satu bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan.

Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua pendakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Melayu seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia .

Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah. Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan).

Didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum, seminggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap, dan mendengar azan macam meletup telinga. Hal dakwah Islam tidak mahu.

Kewangan gereja $12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak , Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victotia Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian- susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari). Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:
1). Desakan hidup
2). Kurang agama

(Kaset ceramah bekas Paderi, En Salleh Omar maseh ada dijual)

En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982.
Setelah bertaubat dan kembali kepada Islam, En Salleh Omar telah dapat menarik semula 300-400 orang kembali kepada Islam.

Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.

Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid.

En Salleh Omar telah menceritakan bagaimana selepas mesyuarat 3 hari beliau hantar 6 orang pendakwah dan , tidak sampai sebulan 400 orang Melayu telah masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah, dan dengan rock-pameran di kapal-kapal.

Cara untuk masuk Kristian Mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

En Salleh telah beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Seorang lagi bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris.

Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1). Tidak boleh hisap rokok
2). Tidak boleh minum arak
3). Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4). Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka didapati ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad akui tiga negeri tidak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Pendakwah Kristian pernah dipukul hingga patah tangan.

Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion


HarakahDaily | GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

Saman 11 Juta: PAS Ucap Tahniah Kepada Peneroka Felda


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan yang sekali lagi memenangi tuntutan saman mereka kepada Felda yang bernilai RM 11juta di Mahkamah Persekutuan untuk kali kedua. Pada pertengahan Januari lalu Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan pertama tetapi Felda berkeras mahu kes ini dibicarakan semula oleh panel lain.

PAS mengucapkan syabas kepada kesabaran dan keberanian para peneroka ini yang menjadi perintis kepada kebangkitan warga Felda diseluruh negara. Kini beberapa peneroka Felda di seluruh negara juga sedang berusaha menyaman Felda, antaranya adalah 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta dan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (SEPAKAT) yang mengemukakan tuntutan berkaitan:

1. Penggredan Buah Tandan Sawit Segar (BTS) dilakukan dengan telus mengikut peraturan yang tertera dalam Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit yang dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), termasuk penggredan BTS ‘bermutu’, ‘tidak bermutu’ dan muatan ‘ditolak’ yang menentukan pendapatan peneroka

2. Pengembalian semula Wang Tabungan Tanam Semula kepada peneroka yang tidak menyertai skim Felda

3. Penilaian semula levi RM10 sebulan bagi setiap ekar yang dimiliki peneroka.

4. Kebenaran bagi peneroka memiliki lesen MPOB bagi memasarkan sendiri hasil mereka (Akta Tanah GSA 1960)

5. Pengagihan lebihan keuntungan hasil atau bonus tahunan kepada semua peneroka meliputi mereka yang masih lagi atau sudah tidak menyertai skim Felda

6. Menggesa Felda memaklumkan dan meminta pandangan peneroka mengenai segala perubahan dasar-dasar Felda, terutama yang mempunyai kesan secara langsung kepada peneroka

7. Pembelian kayu getah dibuat pada kadar harga pasaran (semasa proses tanam semula, kayu-kayu getah dibeli oleh Felda pada harga rendah daripada harga pasaran).

PAS menyokong usaha peneroka Felda ini untuk mendapatkan hak mereka dan membongkar penyelewengan dalam organisasi Felda.

PAS juga kesal kerana dalam kes Felda Kemahang tiga ini, pada 1 Nov 2002, satu ugutan dibuat dalam satu perjumpaan yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Ummah Felda, Kemahang yang dihadiri Pengerusi Felda Kemahang Tiga dan Datuk Mustapa Mohamed (MT Umno) yang ketika itu Ahli Parlimen kawasan Jeli. Para peneroka ini diugut untuk dibuang dari rancangan skim kelompok FELDA jika masih meneruskan kes ini di mahkamah.

PAS berharap perkara ini tidak berlaku dan pihak Felda haruslah menghormati keputusan mahkamah.

Kini warga Felda tidak perlu lagi menjadi hamba kepada Felda dan mereka perlu berani untuk dapatkan hak mereka. Mereka juga bebas untuk memilih parti mana yang mereka sukai untuk diundi dalam Pilihanraya akan datang dan PAS sedia memberikan bantuan kepada mereka. Umno ternyata telah gagal memperjuangkan hak mereka, dan PAS bersedia untuk menjadi kerajaan bersama Pakatan untuk melindungi hak mereka.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Khamis, 26 Ogos 2010

Kembalikan makna Kemerdekaan melalui Politik Baru Pakatan Rakyat

MerdekaReview |

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan UMNO-BN untuk mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah-belahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan UMNO-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN (Biro Tatanegara) dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat. Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan: "Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."

Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan UMNO-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan UMNO-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

*Kenyataan bersama oleh Nasharuddin Mat Isa (selaku Timbalan Presiden PAS ), Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) dan Lim Guan Eng (selaku Setiausaha AgungDAP).

Muktamad: Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

MalaysiaKini | Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Ini adalah saman pertama yang dikemukakan oleh peneroka terhada Felda.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff mengetuai panel tiga hakim dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Hakim lain adalah Datuk Hashim Yusof dan Datuk Md Raus Sharif.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Khutbah Guan Eng: Khatib mahu saman Akhbar

| Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Zakaria, beliau dan peguamnya sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

“Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak,” kata beliau.

Zakaria mendakwa pihak-pihak berkenaan telah memutarbelitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.

“Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil dalam agama Islam. Ini soal maruah.

“Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai,” kata Zakaria.

Zakaria berkata beliau mengambil keputusan mahu saman demi menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama membabitkan orang lain.

“Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.

Beliau juga telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.

Polis Pulau Pinang juga telah mengambil keterangan Zakaria kelmarin,

Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memprotes penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Protes disokong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut.

Sementara itu Zahid Hamidi mahu Khatib tersebut meminta maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sharpshooter :- Dari awal lagi kita sudah tahu tujuan sebenar isu ini diperbesarkan kerana mahu melaga-lagakan antara Guan Eng dan Agong.

Umno cuba mengheret Agong dalam isu ini sepertimana umno mengheret Nizar dengan Sultan Perak yg akhirnya digelar sebagai penderhaka.

Zahid tak berani ulas isu bacaan yasin dan solat hajat untuk calon "Kamal" di Hulu Selangor.

Inilah sebahagian tanda-tanda umno sedang nazak. Banyak tayangan akan umno paparkan yg menunjukkan kejahilan umno itu sendiri. Semua isu yg ditimbulkan ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung sendiri.

Rabu, 25 Ogos 2010

BN tetap menang di Sarawak walaupun tanpa Taib

Umno yakin BN mampu mempertahankan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang sekalipun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat keputusan mengundurkan diri.

Mengulas pengumuman mengejutkan Abdul Taib semalam yang beliau sedia mempertimbang untuk bersara dari politik selepas menerajui Sarawak selama 29 tahun, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan berkenaan langsung tidak akan menjejaskan peluang BN.

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,” kata Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno.

Abdul Taib semalam berkata beliau tidak dapat membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi DUN diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang kerana perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

Namun katanya, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Tengku Adnan hari ini menafikan spekulasi bahawa Umno meletakkan tekanan ke atas Abdul Taib untuk berundur kerana pemimpin berkenaan sejak akhir-akhir ini mendapat publisiti buruk di media berhubung dakwaan kekayaan beliau dan keluarganya.

“Tiada tekanan dari pihak kami (Umno), tetapi kami menerima jika beliau mahu berundur. Mungkin dia (Taib) sudah terlalu lama dalam politik.

“Jika seseorang terlalu lama memegang kuasa, orang ramai akan mula bosan. Dia juga mungkin sudah penat, jadi kenyataannya itu memang adil,” kata Tengku Adnan ketika dihubungi.

Katanya, keadaan Abdul Taib itu mencerminkan apa yang berlaku ke atas bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang persaraan selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada 1999.

“Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, ada pemimpin lain yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur,” katanya.

Di sebalik penafian Tengku Adnan, akhbar-akhbar yang dimiliki Umno hari ini memberi pendedahan meluas terhadap kenyataan Abdul Taib itu.

Elok MCA keluar BN masuk Pakatan Rakyat

Harakahdaily | 25 OGOS – Sejak akhir-akhir ini kelihatan Umno dan MCA sering bercakaran sesama sendiri, bersengketa dalam hal-hal perkauman sempit, kata-mengata antara satu sama lain.

Persengketaan kedua-dua parti utama komponen Barisan Nasional ini mengheret kepada pertikaman lidah antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek.

Apa yang dibangkitkan MCA, dalam usaha mereka untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina yang sudah beralih kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP, mungkin dilihat relevan untuk survival MCA.

Namun Umno melihatnya pada perspektif yang berbeza. Umno mendakwa MCA sudah terlalu rasis, menjejak langkah DAP. Sehinggakan TPM sering memberi amaran kepada MCA supaya jangan sesekali menggugat persefahaman BN dengan pelbagai kenyataan yang menghiris hati orang-orang Melayu dalam Umno.

Persengketaan ini berlaku sehingga wujud pertikaian di kalangan BN bahawa MCA sudah tidak setia dan tidak boleh dipercayai lagi.

Pertelagahan Umno-MCA bukannya baru. Hampir setiap kali Perhimpunan Agung Umno atau MCA, masing-masing sering mengeluarkan ucapan dan usul yang berbaur rasis.

Apa pun, di sebalik pertelagahan Umno-MCA, ada yang kata persengketaan ini sebagai sandiwara. Ada yang kata, cetusan api perkauman Umno-MCA boleh berulang seperti peristiwa perbalahan bekas Timbalan Presiden MCA, Dato’ Lee Kim Sai dengan Ketua Pemuda Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tahun 1987 sehingga membawa tangkapan ISA.

Jika MIC sudah dikambing hitamkan oleh Umno, sehingga ditubuhkan parti Makkal Sakhti, barangkali pemimpin Umno boleh berfikir untuk mewujudkan parti baru untuk menggantikan MCA.

Sebenarnya masalah MCA sama dengan masalah Umno, sama dengan masalah Gerakan dan MIC. Masing-masing tengah meroyan kerana kekecewaan ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, sampai sekarang masih terkesan.

Umno terpaksa menukar Presiden. Umno terpaksa memperbetulkan arah tuju perjuangan. Umno mahu jadi lebih Melayu pada Melayu. MCA juga begitu, mahu jadi lebih Cina dari Cina dan MIC mahu jadi lebih India dari India.

Mereka terpaksa berbuat demikian kerana perjuangan mereka, teras dan asasnya adalah perkauman. Semua parti ini asasnya adalah rasis. Mereka tegak dan disokong selama ini oleh bangsa masing-masing.

Asal tujuan mereka ialah Umno diguna untuk menjaga Melayu. MCA untuk jaga Cina dan MIC untuk jaga kepentingan kaum India.

Masalahnya ialah kini Umno-MCA-MIC sudah ditolak bangsa mereka sendiri. Sebab apa Melayu tolak Umno? Sebab apa Cina tolak MCA? Sebab apa India tolak MIC? Ini yang harus dikaji sebenarnya.

Sebabnya yang pertama Umno, MCA dan MIC tidak menjaga kepentingan bangsa masing-masing. Jika ada pun hanyalah pada kadar peratusan yang rendah.

Yang Umno, MCA dan MIC jaga adalah kepentingan pemimpin, keluarga dan kroni. Selama ini tidak ada perkongsian pintar dalam BN untuk memperjuang dan menjaga kepentingan rakyat pelbagai kaum.

Yang ada hanyalah perkongsian pintar Umno, MCA dan MIC untuk “menyapu” sebanyak mana harta negara untuk kepentingan anak-beranak dan juak-juak mereka.

Sebab itu hari ini kita dapat lihat puluhan kes dalam siasatan, segelintir yang dihadapkan mahkamah, yang membabitkan penyelewengan, skandal dan salah laku pemimpin BN.

Ini isu sebenar. Isu utama kepada rakyat bahawa pemimpin Umno, MCA dan MIC from no where, sekarang ini sudah terlalu kaya raya dan hidup mewah kerana kuasa politik yang mereka ada.

Sebab kedua ialah, rakyat Malaysia sudah semakin terbuka dan matang. Mereka sudah tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman yang sempit.

Rakyat Malaysia sama ada tua muda, mahukan kehidupan yang harmoni dan rasional. Bagi rakyat yang penting adalah keadilan dalam pemerintahan, meliputi semua kaum, tanpa dibatasi atas nama Melayu, Cina, India atau sebagainya.

Maka dengan sebab itu permasalahan yang dihadapi Umno, MCA, Gerakan dan MIC sekarang ini adalah amat kronik.

Selepas dua tahun, sebenarnya mereka masih gagal memulihkan sokongan rakyat, malah yang lebih teruk lagi gagal memperbetulkan struktu dalaman parti masing-masing.

Mereka beruntung kerana mereka masih berkuasa di peringkat Pusat. Mereka boleh melindungi kepincangan dan penyakit dalaman mereka dengan bantuan media talibarut BN.

Dalam konteks MCA, apa yang dibangkitkan oleh Soi Lek, sama ada soal Islam dan Melayu, soal kouta dan sebagainya, hanyalah untuk mencuri perhatian umum, bahawa MCA masih wujud dan bernyawa.

Barangkali beliau menyangka, dengan berbuat demikian dapat mengalihkan perhatian rakyat kepada MCA, sekali gus memberitahu MCA masih relevan dalam politik negara.

Tetapi Soi Lek dan rakan-rakan pemimpin dalam MCA harus sedar bahawa kedudukan mereka dalam BN sudah tidak lagi relevan. Mereka sering dibuli pemimpin Umno.

Ramai pemimpin MCA dijangka akan menuruti jejak langkah bekas Presiden, Tun Ling Liong Sik yang didakwa terbabit dalam penyelewengan PKFZ. MCA pun tahu ramai pemimpin Umno yang terbabit dalam pelbagai skandal, tetapi didiamkan kerana mereka Umno.

Jelas, kedudukan MCA dalam BN bukan lagi berasaskan smart partnership, sebaliknya mereka sudah jadi second class partner. Dalam kata mudah, MCA bagi Umno, hanyalah “parti cap ayam”.

Kesimpulannya pertelagahan Umno-MCA menunjukkan bahawa konsep 1 Malaysia gagal. Rakyat terfikir, bagaimana BN hendak promote 1 Malaysia sedangkan hendak menjaga 1BN pun huru hara.

Oleh kerana itu rakyat tidak sesekali mahu menyokong parti yang sering bermasalah dan gabungan yang tidak stabil.

Justeru MCA tidak ada pilihan, jika mereka masih dalam BN, mereka akan ‘close shop.’ Kepimpinan MCA sudah beberapa kali membincangkan sama ada mereka harus kekal atau keluar dari BN dan inilah masa yang terbaik bagi mereka untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Kakitangan awam dibayar RM500 sempena Aidilfitri


Bernama | KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang.

“Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam,” kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

“Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara,” katanya.

Raja Wan Mahmood berkata pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Insiden ’salah guna kuasa’ di semua PBT Selangor

FMT | SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan terdapat "beberapa insiden salah guna kuasa" di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri berkenaan.

Beliau berkata, beliau telah meneliti draf laporan audit negeri di mana siasatan sedang dijalankan oleh kerajaan negeri minggu lalu.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas sama ada penemuan ini mengejutkan atau boleh memberi kesan buruk.
.
"Saya fikir terdapat beberapa insiden salah guna kuasa dan saya mendedahkan secara terperinci minggu depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri hari ini.

Apabila disoal lebih lanjut sama ada salah guna kuasa ini digunakan oleh ahli exco atau ahli majlis beliau menjawab dengan sedikit senyuman, "semua orang boleh meneka".

Minggu lalu, kerajaan negeri berkata 12 PBT di Selangor akan dipantau oleh juruaudit-juruaudit negeri ekoran dari pemecatan ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana melanggar etika dalam menawarkan kontrak perniagaan.

Sementara itu, Khalid mengaku tidak tahu menahu tentang dakwaan pengeluaran surat sokongan oleh ahli exco Ronnie Liu.

Beliau berkata, surat pekeliling telah diedar kepada semua PBT mengarahkan mereka tidak menggunakan surat-surat sokongan sebagai asas untuk membuat keputusan dalam pemberian kontrak perniagaan.

Apabila ditanya sama ada kerajaan negeri akan menyiasat perkara ini, Khalid hanya berkata pengeluaran surat-surat sokongan telah menjadi "biasa".

"Sehingga bulan lalu, kami telah membuat keputusan bahawa surat-surat sokongan tidak akan dipertimbangkan untuk mendapatkan kontrak perniagaan," katanya.

Khalid menegaskan bahawa ahli majlis dan PBT "kini lebih sedar" dalam melindungi kedudukan masing-masing terhadap tuduhan yang membawa kepada konflik kepentingan.

Kamera intip: MB enggan buat spekulasi

Dalam perkembangan yang lain, menteri besar itu mendedahkan bahawa pihaknya menyenarai-pendek nama mereka yang mempunyai akses kepada pejabat beliau berikutan insiden intipan menggunakan kamera baru-baru ini.

Berdasarkan hasil siasatan sendiri beliau berkata, kini pihaknya sedang memantau mereka "yang datang bertemu saya".

Bagaimanapun beliau enggan memberi maklumat terperinci mengenai suspek-suspek dan menegaskan bahawa beliau tidak mahu bercakap tentang sesuatu perkara yang mempunyai elemen spekulasi.

Selain itu, beliau juga mendedahkan bahawa beliau tahu tentang kamera itu secara terperinci.

"Kami tahu pengeluar dan kedainya, kami juga tahu siapa mereka yang sedang diawasi dan kami tidak mahu beritahu lebih dari itu," katanya.

Menurutnya, beliau akan menyerahkan penemuan ini kepada Ketua Polis Selangor Khalid Abu Bakar dalam tempuh seminggu untuk tujuan penyiasatan.

DAP anti Islam - Zahid Hamidi

Rahim Othman |

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaLnYWYsVLYEkVbQe-nYRWZV67UlD1c9s-A-1A3116cII7_zVvSOmOS8Vi7TY357QrxOC3xBdkOxLilEqbSbC_v53lLZSUxrs5KTAAVVlXkhjFwnP8344hyphenhyphen4brHO4sRHe16wSWV9CKGZBL/s1600/2010-08-25_191429.jpg

Sikap yang ditunjukkan oleh DAP jelas dan nyata,,.. mudah kita fahami, Tetapi sikap UMNO terhadap Islam tak nyata dan tak pasti..Kadang-kadang bercanggah dan menyonsang dengan dasar Islam...cakap tak sama bikin,.... lagi susah, lagi bahaya.

Tentulah mereka memerlukan masa untuk memahami lebih jauh maksud hukum hudud itu, rahsia dan kebaikannya. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya mereka telah menyatakan pendirian mereka dengan tegas dan ikhlas…...tapi UMNO ? tidak dan tak pasti!

Kita nak bertanya..Kalau DAP anti Islam..apakah UMNO parti yang pro Islam ? Adakah UMNO parti yang mengamalkan dasar Islam sepenuhnya? Adakah UMNO sebuah parti yang mahu menghapuskan sama sekali judi dan arak? Adakah UMNO sebuah parti yang menyokong pelaksanaan hukum hudud? Jawapannya tentu tidak !..

Jadi dari sudut pandangan mata PAS, DAP lebih baik dari UMNO, sebab itu PAS boleh duduk semeja dengan DAP dan DAP boleh menari satu pentas dengan PAS.

Apakah beza diantara 2 manusia ini ? Zahid dan Karpal Singh pemimpin kanan DAP?.
Zahid sebagai pemimpin Islam – menentang hukum hudud, manakala Karpal Singh pemimpin bukan Islam juga menentang hukum hudud. Dari sudut pandangan Islam jelas sekali bahawa Zahid adalah manusia yang paling durjana ! munafiq dan hipokrit,, samalah juga dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Zahid juga menuduh DAP ingin menegakkan sebuah Negara sekular. Apa yang Zahid risau sangat ? Bukan kah kerajaan UMNO BN sendiri sememangnya sekular ? Tidak sedarkah mereka bahawa Malaysia sudah 5 dekad bergelumang dengan dasar sekularnya? Dan lihatlah hasilnya!... kehidupan sosial jenerasi kini,,runtuh dan jahanam! Tahap jenayah,, semakin melambak dan mengganas!, Tahap ekonomi,.,semput. Rakyat lemas, sekejap tenggelam sekejap timbul !! Tahap perpaduan kaum,,.. longgar, dibawah paras memuaskan. Syiar Islam,, semakin pudar ! sebab? Kerajaan perintah agama,,..bukan agama yang memerintah !

Akhir-akhir ini rakyat dah makin menyampah dengan UMNO dan UMNO walaupun dah hampir-hampir nazak,, masih lagi mampu bercakap banyak. Kebanyakan hujjah mereka tergelincir,, sasau dan merapu! .

Rakyat bertambah yakin bahawa UMNO tak mungkin berubah, UMNO tak mungkin bertaubat. Umur sudah terlalu tua,.orang tua tak dapat lari dari NYANYUK ! UMNO akan terus nyanyuk.

UMNO ibarat senget menunggu runtuh,.. condong menunggu tumbang,, karat menunggu reput nazak menanti maut. Rakyat akan mengapankan kamu. Bersedialah diusung ke liang lahad. !!.

Penentang timbul kebimbangan tidak berasas tentang hudud

25 OGOS – Setiap kali isu hukum hudud muncul, komen-komen negative ditimbulkan yang dilihat cuba dijadikan bahan untuk menakutkan mereka yang tidak ada pengetahuan berkenaan topik ini.

Dua tokoh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang segera menolak pelaksanaan hudud yang dibincangkan dalam satu seminar di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadikan isu masyarakat berbilang kaum dan zaman moden sebagai alasan.

Sebagai tokoh politik yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, kita memahami kebimbangan tokoh-tokoh ini jika dianggap tidak berjuang menjaga kepentingan golongan terbabit.

Lebih parah ialah kebimbangan tohmahan bahawa mereka kini menjadi barua PAS dalam isu-isu yang merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Hakikatnya ini adalah permainan lama yang hanya digunakan untuk menakutkan orang-orang bukan Islam.

Kepada para penentang hukuman syariah termasuk hudud, mereka perlu sedar bahawa penerimaan hukuman ini di kalangan orang Islam adalah sesuatu yang tiada pilihan. Sebagaimana amalan-amalan Islam seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, haji di Mekah dan seumpanya, hukum syariah temasuk hudud adalah kewajipan setiap indidvidu muslim.

Kewajipan melaksanakan perkara ini bukan sekadar dasar PAS atau kehendak Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah arahan wajib kepada setiap orang Islam. Terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka.

Seperti telah berkali-kali ditegaskan, pelaksanaan hukum Islam tidak akan mengganggu hubungan hormat-menghormati antara orang Islam dan bukan Islam. Penjelasan berkenaan perkara ini adalah terbuka dan tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Dialog dan perbahasan sihak perlu diteruskan sehingga para penentang yang cuba menakut-nakutkan mereka yang tidak faham dapat dihapuskan sama sekali.

Pelaksanaan syariah tidak jejaskan amalan demokrasi – Pakar

Pakar-pakar perundangan Islam bersepakat bahawa pelaksanaan syariah secara menyeluruh termasuk hukum hudud tidak akan mengganggu proses demokrasi dan hak-hak orang bukan Islam di negara ini.

“Kepada orang Islam, tidak ada pilihan bagi mereka selain hukum hakam yang disyarakkan oleh Allah SWT untuk mereka, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, kehakiman, adab, akhlaq, politik, kenegaraan, hubungan antara manusia, antara negara, hubungan manusia dengan alam dan sebagainya,” kata Datuk Mohd Salleh Ahmad, felow kanan, jabatan undang-undang Islam, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Menurut beliau, dengan pelaksanaan menyeluruh sistem perundangan Islam, suasana harmoni bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Islam, malah termasuk mereka yang bukan Islam dan alam sekitar tumbuhan dan haiwan.

“Ciri-ciri perundangan Islam yang mencakupi penyelesaian teras dalam kehidupan manusia akan memberikan suasana baru kerana hukuman-hukuman yang dkenakan mempunyai serampang dua mata untuk kebaikan serta merta (duniawi) dan kebaikan selepas mati (ukhrawi),” jelas beliau ketika membentangkan kertas kerja hukuman sebat dari perspektif Islam, di Kompleks Islam Darulnaim, 19 Ogos lalu.

Bagi ketua hakim syari’e negeri kelantan, Datuk Daud Muhammad, semua undang-undang Islam termasuk hudud telah siap sedia dilaksanakan di negara ini kerana segala prasarana sistem kehakiman syariah telah dipersiapkan.

“Kita hanya tunggu lampu hijau dari pihak yang berkuasa,” kata beliau menjawab soalan peserta seminar yang ingin tahu bilakah perlaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan.

Datuk Daud membentangkan kertas kerja bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah, Realiti Pelaksanaan pada seminar tersebut.

Bagi menghadapi tohmahan para penentang pelaksanaan syariah dari dalam dan luar negara, timbalan ketua bahagian penasihat (seksyen syariah) Jabatan Peguam Negara, Muhammad Naser bin Disa berkata sejarah Malaysia silam menunjukkan rantau ini telah bergerak maju semasa tidak ada undang-undang lain selain undang-undang Islam dilaksanakan.

“Sebelum kedatangan penjajah Barat, bukti bertulis dalam pelbagai versi menunjukkan hanya undang-undang Islam yang diterima pakai oleh kerajaan-kerajaan yang di wilayah yang kini bergabung dalam satu entiti yang dsebut Malaysia,” kata beliau ketika membentangkan kertas kerja pelaksanaan hukuman sebat dalam kes jenayah syariah – cabaran dan halangan pada seminar itu.

Peraksanaan undang-undang Islam menyeluruh seperti diamalkan itu menurut beliau, tidak menyekat wujudnya masyarakat berbilang kaum termasuk non-muslim di rantau ini.

“Amalan perundangan Islam juga sama sekali tidak menghalang kerajaan-kerajaan zaman itu berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa yang terdiri dari kalangan umat Islam dan orang-orang bukan Islam,” jelas beliau. – harakahdaily.net

* Mohamed Zainal Abidin Hussin ialah pegawai penyelidik Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan.

Ustaz Zaharuddin: Doa Untuk Bukan Islam Ketika Khutbah & Bersin

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Ustaz, apakah hukumnya mendoakan orang bukan Islam dengan hidayah atau biar dia bersifat adil, sejahtera, sihat tubuh dan sebagainya. Bolehkah pula doa sebegitu dibuat ketika khutbah? Harap ustaz dapat mengulas secara ilmiah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Selain itu, apakah pula hukum kita menjawab bersin seorang kafir dengan sebutan "blessed you". Terima kasih

JAWAPAN

InshaAllah, saya akan mengulas tanpa sebarang prejudis terhadap politik kepartian, walau saya sedar soalan saudara tadi telah disensasikan sebagai isu politik di tanahair.

Namun begitu, sebelum mengulas perlu dinyatakan, ulasan saya adalah hanya berkaitan hukum dan panduan umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes dan isu di tanahair disebabkan saya tidak punyai sebarang info jelas berkenaannya.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

a. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

* Firman Allah :-


مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

* Hadis Nabi :

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )

b. HUKUM HARUS

Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

* Hadis nabi : -

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

* Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

* Hadis nabi :

Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.

Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.

KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.

TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kematian 2 saksi kes video Lingam diragui

IMG00428-20100824-1810 Oleh Qayum Rahman |

SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne dan bekas Setiasuaha VK Lingam, Jayanti L Govindarajulu Naidu menyifatkan kematian dua saksi kes kontroversi klip video Lingam, Rama Chandran dan Ravindren diragui dan ditakuti.

Gwo-Burne berkata, pihak polis tidak pernah menjanjikan keselamatan kepada setiap saksi kes kontroversi itu sehingga wujudnya kematian yang diragui.

Menurutnya, polis tidak melakukan sebarang penyiasatan ke atas setiap laporan yang dibuat oleh saksi-saksi berkenaan yang menerima pelbagai ugutan.

"Polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan Jayanti yang merupakan saksi utama dalam kes klip video Lingam itu.

"Keselamatan Jayanti tidak terjamin dan amat membimbangkan kerana kerap kali mendapat ugutan daripada individu yang tidak dikenalinya," katanya ketika mengadakan sidang media di Subang Jaya semalam.

Jayanti yang turut hadir berkata, kehidupan beliau sekarang ini terumbang-ambing akibat sentiasa diganggu oleh beberapa individu yang sengaja ingin menakutkannya.

Ugut melalui telefon

"Saya telah membuat beberapa laporan polis tetapi tiada tindakan diambil. Kali terakhir saya buat laporan ialah pada 8 Julai lalu di Balai Polis Subang Jaya setelah menerima panggilan ugutan dari United Kingdom," katanya.

Jayanthi berkata, kematian dua saksi utama masih diragui dan tiada penjelasan rasmi diberikan mengenai kematian mereka.

"Saya amat takut untuk hidup di negara ini dan banyak kali terpaksa berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk menjaga keselamatan saya.

Pada tahun 2009, beliau menerima ugutan bunuh dan setelah membuat laporan, pihak polis meminta telefon bimbit beliau untuk melakukan siasatan.

"Selepas beberapa hari, saya menerima kembali telefon bimbit saya dan didapati seluruh telefon bimbit saya dileraikan satu persatu.

"Saya tidak minta polis bertanggungjawab atas kerosakan telefon bimbit tetapi saya ingin pihak polis menjamin keselamatan saya. Saya telah merana sejak beberapa tahun yang lalu," jelasnya.
Related Posts with Thumbnails