http://episodeperjuangan.blogspot.com  
1.Umum mengetahui tahap  dendam kesumat musuh - musuh Islam yang diketuai oleh al Musyrikin al  Gharbiyyin [barat] khasnya Yahudi Alaihi Laknatullah terlalu tinggi dan  tebal. [ realiti ini telah diakui oleh al Quranul Kareem ]
2.  Kebimbangan mereka [ musuh Islam ] terhadap kebangkitan Islam di seluruh  dunia jelas kelihatan melalui tindak balas mereka yang sungguh luar  biasa .
3. Pelbagai tindakan , bermula dengan Ghazwatul Fikri [  serangan pemikiran ] , ancaman dan tekanan ke atas penganut Islam ,  tangkapan dan seksaan dilakukan kepada pejuang - pejuang Islam , label  terrorist dan eksterimis dilemparkan kepada gerakan - gerakan Islam  sebagai license to kill , propaganda untuk melemahkan perpaduan ummat  Islam dengan kaedah divide and rule , melaga - laga pemimpin - pemimpin  Islam dengan fitnah dan tohmahan licik , mencetus pertelingkahan sengit  melalui perbezaan mazhab serta menjatuhkan kredebiliti ulama' dan  pemimpin gerakan Islam .
4. Ianya adalah tindakan bersepadu  antara Yahudi dengan faham zionisme dan Barat dengan gagasan New world  Order untuk menundukkan dunia di bawah pengaruh dan penguasaan mereka ,  lantas Islam dilihat sebagai ancaman terbesar dalam usaha melunaskan  hasrat dan cita - cita busuk mereka terutama selepas kejatuhan komunis .
5.  Peristiwa 11 september benar - benar dimanafaatkan sebagai turning  point untuk mereka menggunakan kekuatan senjata dan tentera ke atas  ummat Islam sehinggalah hari ini . Mereka menjajah Afghanistan , Iraq ,  Palestine dan kini mereka tekun berusaha untuk melumpuhkan Iran dan  membelasah mana - mana negara yang cuna melaksanakan Islam .
6.  Biarpun bertukar Presiden , sehingga kini dasar dan prinsip Amerika  Syarikat tetap memusuhi Islam dan gerakannya . Namun mereka bijak  mengatur strategi agar kelihatan di satu sudut , Amerika berbakti dan  berlunak dengan ummat Islam sementara dalam masa yang sama merekalah  sekutu rapat Israel yang sedang membina penjara manusia terbesar dalam  dunia di Ghazzah .
7. Malaysia sebagai sebuah negara yang subur  untuk perkembangan Islam tidak terlepas dari kepongan dan pemerhatian  musuh - musuh Islam antarabangsa juga rangkaian mereka di dalam negara .  Tekad dan hasrat mereka hanya satu iaitu tidak mengizinkan Islam tegak  dan berdaulat.
8. Mereka sanggup membunuh wanita , orang tua dan  kanak - kanak , menyeksa tahanan , menyerang dan menghancurkan segala  struktur pembangunan sesebuah negara tanpa tergambar belas simpati .  Menyerang dan membunuh delegasi damai serta misi kemanusiaan yang  membawa bekalan makanan , perubatan dan keperluan harian buat ummah yang  tertindas. Merekalah terrorist [pengganas] dan merekalah ekstremis yang  sebenarnya.
9. Dendam mereka sungguh dahsyat . Mereka turut  merencana strategi untuk memburu pejuang - pejuang Islam dan alim ulama'  yang berpotensi untuk meninggikan syiar agama . Mereka membina  rangkaian yang cukup licik termasuk mewujudkan boneka dari kalangan  bangsa yang menjadi sasaran mereka . Lebih ketara , mereka juga berjaya  merekrut tokoh - tokoh agama untuk mencetus pertembungan antara alim  ulama' dan tokoh pejuang Islam .
10. Perbedaan mazhab dan aliran  pemikiran sekali lagi dijadikan turning point untuk mencetus  pertelingkahan lalu terhasil label terrorist dan eksterimis , maka  akhirnya menjadi asas kukuh kepada mereka [ musuh - musuh Islam ] untuk  menangkap , memenjara dan membunuh para alim ulama' yang berjuang untuk  menegakkan Islam .
11. Terbaru , melalui satu majlis taklimat  khusus dan tertutup oleh pihak tertentu menghasilkan satu lagi  kesimpulan dimana Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang Presiden PAS  buat kesekian kalinya disenaraikan sebagai tokoh wahabi dan pengganas .  [ Antara yang turut tersenarai ialah Dr Mohd Asri Zainal Abidin Mantan  Mufti Perlis dan Dr Juanda Mufti Perlis sekarang ] .
12. Anehnya ,  bagaimana majlis taklimat yang disifatkan khusus dan tertutup pula  melibatkan pihak keselamatan negara boleh terdedah kepada umum dan  menjadi santapan media ? Kini perancangan mereka untuk mensabitkan tokoh  - tokoh tertentu sebagai pengganas telah terdedah kepada umum sebelum  mereka berjaya membuat tangkapan .
13, Tentunya pendedahan yang  dibuat oleh pihak media menyukarkan mereka bertindak justeru mereka  terpaksa berdepan dengan persepsi rakyat dan sebagai sebuah kerajaan  yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum , pasti  sahaja mereka terpaksa mengambil kira soal persepsi rakyat tersebut.  Saya rasa , Barrack Obama sangat tidak senang hati atas kepincangan dan  kegagalan anak buahnya di Malaysia menjalankan tugas untuk mensabit dan  menangkap pengganas yang sangat dikehendaki oleh mereka.
14.  Sebelum ini Menteri Pertahanan Israel sejurus bertemu dengan Dato' Zahid  Hamidi sebagai Menteri Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan  rasminya bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah pengganas yang  sangat dikehendaki oleh mereka . Sebuah media di Britain sebelum ini  juga telah menggambarkan Tuan Guru Presiden sebagai pengganas namun  akhirnya mereka terpaksa akur dan meminta maaf kepada Tuan Guru apabila  mereka tewas dalam satu perbicaraan mahkamah di London .
15. Kini  lagu lama kembali kedengaran . Tuan Guru Hj Abdul Hadi disenaraikan  antara pengganas bersama beberapa tokoh agama yang lain oleh pihak  tertentu dalam satu taklimat tertutup yang melibatkan pihak keselamatan  negara dan JAKIM .
16. Dewan Pemuda PAS Pusat semalam telah  membuat keputusan sebulat suara , setelah menyedari perancangan jahat  pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi cemerlang seorang pejuang  Islam yang hebat di peringkat nasional dan international sekaligus  menyedari cita - cita mereka untuk melumpuhkan gerakan Islam di negara  ini , maka Dewan Pemuda PAS Pusat bukan sahaja menafikan Tuan Guru  Presiden PAS sebagai pengganas tetapi juga menentang keras niat dan  tindakan jahat mereka yang menyenaraikan Tuan guru Hj Abdul Hadi sebagai  pengganas .
17. Dewan Pemuda PAS Pusat mencabar supaya pihak -  pihak tertentu yang telah melemparkan tuduhan atau tohmahan tersebut  supaya bertanggungjawab dan tampil mengemukakan bukti kukuh kepada  rakyat secara terbuka atas dakwaan yang telah mereka lemparkan .
18.  Jika gagal berbuat demikian , mereka mestilah segera menarik balik  segala tohmahan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru  Hj Abdul Hadi khasnya dan kepada PAS amnya sebagai sebuah gerakan Islam  yang dipimpin oleh beliau , atau mereka terpaksa berdepan pula dengan  tuduhan dari rakyat bahawa merekalah pengganas sebenar yang suka  mencetus pertelingkahan dan melemparkan fitnah tanpa asas .
Ustaz  Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Pemuda PAS Pusat.



