Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah berteraskan Islam sekaligus menolak sebarang usaha yang bertujuan mematahkan agenda politik parti itu dengan menyekat ahli politik memberi tazkirah dan ucapan berunsur keagamaan.
"Bagi PAS, sememangnya teras perjuangan politik kita adalah Islam, lalu kita tidak memisahkan antara politik dan agama, bagaimana kami mahu pisahkannya, ahli politik tidak boleh menyebut pasal islam sedangkan PAS adalah parti Islam," katanya ketika dihubungi Tv Selangor, hari ini.
Khalid sebelum ini didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Surau Taman Seri Sementa, Kapar Klang pada 16 Ogos lalu.
Namun menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, beliau hanya menyampaikan ucapan Ramadan dan bukannya memberi tazkirah atau mengajar agama seperti yang didakwa.
Menurut Khalid, tindakan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyimpulkan bahawa ucapannya sebagai melanggar enakmen 119(1) Jenayah Syariah Selangor 1995, iaitu mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan, tidak relevan dalam kes beliau.
Walau bagaimanapun jelasnya, insiden seperti ini mudah berlaku apabila badan-badan yang sepatutnya bebas seperti Jais dan Mais diperkudakan oleh pihak berkepentingan dalam kes ini seperti Umno.
"Ini memang perancangan yang ada pada Umno selama ini, mereka berusaha untuk pintas kerana selama ini kita berjaya bertemu dengan masyarakat di masjid dan surau, jemaah suka dan terus menjemput kita untuk terus berucap.
"Sememangnya ini usaha Umno menggunakan Jais dan Mais, dan inilah yang saya lawan dan tentang kerana saya sayangkan kedua-dua badan ini yang mana telah banyak berkhidmat untuk orang Islam dan kita tidak mahu ianya terus diperkuda oleh Umno untuk kepentingan politik mereka," jelasnya.
Tambah beliau, Umno menggunakan kuasa yang dimiliki mereka ke atas jabatan agama di Selangor untuk memisahkan politik dan agama yang menjadi kekuatan seteru politik mereka.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengarah Jais, Tuan Haji Marzuki Hussin bertegas bahawa pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dijadikan gelanggang politik.
"Ekoran daripada surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Istana, telah menyatakan bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan untuk berceramah di masjid dan surau," ujar Marzuki.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media Jais berhubung penjelasan pemberian tauliah mengajar dan memberi ceramah bagi ahli politik di negeri Selangor, di bilik Mesyuarat Pateh Akhir Bangunan Jais, Shah Alam, hari ini.
Mengulas lanjut, Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau, maka ia haruslah dibuat di perkarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.
"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan di luar perkarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politik, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik,"katanya.
Susulan daripada itu, pihak Jais tidak akan memperbaharui sijil tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihak Jais.
Sekurang-kurangnya Jais telah mengeluarkan 2,601 sijil tauliah seluruh Selangor setakat ini.
Daripada jumlah itu, kurang daripada 100 sijil sahaja dikeluarkan untuk ahli politik di Selangor.
Bagaimanapun pihaknya tidak mampu memantau semua pergerakan ahli politik yang berceramah tanpa tauliah kerana kekurangan penguatkuasa.
"Jais hanya ada lebih kurang 100 sahaja penguatkuasa jika mahu dibandingkan dengan jumlah masjid yang beribu dan ratusan surau di Selangor,"katanya lagi.
Selangor sekurang-kurangnya memiliki 2,081 masjid dan 380 surau.
Sabtu, 17 September 2011
Perasuah Negara, Pengkhianat Moden
Telok Kemang: “Ketirisan sebanyak RM28 bilion setahun menurut Laporan Audit Negara 2009 jelas menunjukkan bahawa pengurusan negara berada dalam bahaya dan membimbangkan”, kata Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Beliau berkata dalam situasi rakyat asyik membincangkan kemelut Parti Komunis Malaya (PKM) mereka lupa tentang persoalan ini.
“Signifikan persoalan rasuah yang mahu kita bincangkan dengan perbandingan isu komunisme adalah merupakan persoalan masa depan negara dan rakyat keseluruhannya.
“Sejarah boleh dibincangkan secara ilmiah dan intelektual namun perdebatan kolot oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam isu sejarah menutup ruang perbincangan dan analisis sejarah secara saintifik dan holistik ”, ujar Kamarul.
Kamarul yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan menambah kegagalan pimpinan Umno-BN dalam memahami kupasan dan isu sejarah menunjukkan bahawa mereka sudah semakin hilang upaya dalam mentadbir negara.
Sejarah yang benar dan tepat adalah penting buat negara dan rakyat. Jika isu sejarah pun gagal diuruskan dengan baik oleh kerajaan sudah pasti ini menjadi satu lagi bukti bahawa pimpinan Umno-BN sudah tidak relevan untuk diberikan mandat sekali lagi oleh rakyat.
“Jika isu sejarah tidak mampu lagi diurus dan difahami dengan baik oleh pimpinan Umno-BN, apatah lagi dengan kemelut isu rasuah, kelemahan pentadbiran Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan salah urus tadbir negara yang parah seperti yang dibuktikan oleh Laporan Audit Negara sehingga negara kerugian berbilion ringgit”.
“Ini tidak termasuk oleh pinjaman Felda sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh ndipersoalkan kewajarannya.
“Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 juga telah meningkat kepada RM362.39 bilion atau 53.7% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion juga telah kerajaan bebankan ke atas rakyat dengan melancarkan 19 program jualan bon pada tahun 2010”, jelas Kamarul lagi.
Justeru itu Kamarul berkata perasuah dan pembuat hutang negara yang telah menggelapkan wang rakyat secara haram dan jijik termasuk oleh pimpinan Umno-BN haruslah ditentang oleh rakyat habis-habisan.
Inilah perjuangan rakyat masa kini dalam menentang pengkhianat moden yang berselindung disebalik dinding kekuasaan di Putrajaya.
Masa depan negara terletak di tangan rakyat untuk membuat keputusan secara serius menolak dan memerangi pengkhianat moden negara.
Laporan Audit Negara untuk tahun 2010 dijangka akan dikeluarkan sebelum hujung tahun ini. -FMT

Labels:
Kenyataan Blog
Sejarah Malaysia: Perjuangan Mencapai Kemerdekaan
5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.
50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…
Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah!
PERMULAAN KERAJAAN
Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi. Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’… Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi ‘The United States’ hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!
Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.
Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.
Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I
Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.
Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.
Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.
Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street…
Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..dan mungkin rakan - rakan dari BPN pun tak kenal akan nama - nama ini.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II
Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu. Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit KepongPKM walhal, kalau para anda tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya…
Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara. juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul.
Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.
Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.
Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.
Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya
Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam …
R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = ??? mat monggol kot?
Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…
Kami bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’, maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.Jadi janganlah ada dari sesetengah dari geng - geng BPN yang begitu kecut kalau malaysia ini menjadi republik kerana di situlah kuasa rakyat sebenar,demokrasi yang tulen kalau tak percaya bandingkankan lah antara negara kita dan Indonesia,kita melaungkan slogan 1 Malaysia atau lebih tepat lagi dengan konsep One Nation tapi Indonesia sebuah negara Republik melayu yang paling berjaya menggerakkan konsep "one nation",Cubalah tanya masyarakat cina yang datang dari indonesia bahasa perbualan apakah yang mereka pertuturkan sesama sendiri? tapi kalau disini kita terpisah dengan konsep pengasingan bangsa yang dipupuk dengan semangat sentimen perkauman yang berpunca daru UMNO.Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNOUMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing. adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal.
Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.
UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…
"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNOUMNO dan talibarutnya…!!
Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.
PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
PENIPUAN PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.
PENIPUAN KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
PENIPUAN KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
PENIPUAN KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
PENIPUAN KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.
PENIPUAN KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.
PENIPUAN KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN
Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional.
Labels:
Kenyataan Blog
Jumaat, 16 September 2011
Tindakan Terdesak Bangsat-wan
Ooi Heng
Ekonomi dunia semakin tidak menentu. Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini. Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang. Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian. Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.
Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 UMNO memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap keangguhan dan segala bentuk kecacatan dasar serta penyelewengan yang dikaitkan dengan UMNO dan pemimpin UMNO, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti UMNO yang bakal menenggelamkan UMNO kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.
Baru-baru ini, desas-desus Najib berdepan dengan tekanan dalaman UMNO kelihatan lebih jelas berikutan penerbitan sebuah buku berjudul "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." oleh Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.
Meksipun Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) telah menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun perkembangan terkini nampaknya memperkukuh dakwaan bahawa wujud kuasa politik yang mahukan Najib melepaskan jawatannya.
Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.
Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan. Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman UMNO yang semakin hari semakin tidak puasa hati dengan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.
Dalam buku setebal lebih 300 halaman dan 25 bab yang disifatkan oleh penulis buku sebagai "menegur Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri", bukan bertujuan "mengkritik parti", secara jelas kritikan tersebut cuba mengasingkan Najib daripada UMNO. Khususnya dalam kritikan tajam terhadap tindak-tanduk Rosmah, penulis buku menyifatkan faktor Rosmah bakal menjahanamkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang seperti mana faktor Khairy Jamaluddin semasa Pilihan Raya Umum 2008. Masih ingatkah serangan Mahathir terhadap Pak Lah bahawa wujud campur tangan pentadbiran oleh sekumpulan "budak Tingkat 4" pada ketika itu? Persoalan seumpama juga dibangkitkan oleh Shahbudin Husin berhubung peranan dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan seorang anak bangsawan bergelar Najib.
"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinannya, masalah yang disebabkan oleh isterinya."
"Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa."
"Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan."
"UMNO dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya."
"… isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau."
Bayangkan, komen-komen sedemikian bukan datang daripada Pemuda KEADILAN atau Pemuda PAS, tetapi Pemuda UMNO. Bayangkan juga, bagaimana Pak Lah yang juga merupakan anak seorang ulama tumbang selepas Pilihan Raya Umum 2008 tetapi UMNO masih berdiri angkuh memainkan segala isu yang bercanggah dengan prinsip dan dasar sebuah kerajaan yang adil dan saksama.
Dengan kata lain, tidak cukup sekadar menukar pemimpin. Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.
Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup. Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan. Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti. Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin UMNO tanpa menukarkan UMNO. Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.
Syabas kepada Najib kerana membuat pengumuman pemansuhan ISA dan seumpamanya. Idea perubahan termaktub dalam Buku Jingga. Kini pelaksanaan Program 100 Hari Pertama oleh Pakatan Rakyat apabila mendapat mandat rakyat nampaknya diawalkan ekoran Najib terdesak untuk berbuat demikian. Tetapi pengumuman tersebut sekadar langkah awal berkaitan perubahan besar yang dinanti-nantikan oleh rakyat terbanyak.
Sama ada ahli Parlimen UMNO yang lain dan juga Perkasa memberi sokongan kepada usul kerajaan ekoran keperluan proses perundangan berhubung pengumuman-pengumuman berkaitan dimulakan masih tidak menentu. Dewan Rakyat akan bersidang pada 3 Oktober 2011. Empat hari pertama akan diperuntukkan untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga rang undang-undang sama ada yang melibatkan pindaan atau penggubalan akta baharu.
Melihat kepada perkembangan baru-baru ini. Kerajaan Persekutuan telah memperkenan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berhubung tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang begitu terserlah dalam konteks gerakan BERSIH 2.0 yang juga memperlihatkan kemarahan dan ketidakpuasan rakyat terhadap pentadbiran Najib yang disifatkan sebagai represif.
Bermula pada 7 Oktober 2011, Najib akan membentangkan Belanjawan Negara 2012. Seterusnya, sidang dewan akan menumpu kepada perbahasan belanjawan sehingga 29 November 2011. Kalau jadual sidang dewan diikuti tanpa perubahan, dua hari terakhir sidang dewan yakni 30 November 2011 dan 1 Disember 2011 barulah dewan kembali menguruskan perkara rang undang-undang.
Maka persoalannya, dalam keadaan di mana peruntukan hari untuk urusan rang undang-undang sekadar enam hari secara keseluruhan, dapatkah usul-usul berkaitan dengan pengumuman Najib diuruskan secara menyeluruh dan memuaskan? Persoalan seterusnya, apabila tumpuan dewan adalah terhadap urusan Kerajaan Persekutuan ekoran pengumuman Najib, apakah urusan pembaharuan sistem pilihan raya bakal diketepikan?
Pengumuman semalam oleh Najib melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:
1.Perlembagaan Persekutuan;
2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
4.Akta Kediaman Terhad 1933;
5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
8.Akta Buang Negeri 1959;
Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.
Sesungguhnya, berikutan pemansuhan ISA dan ordinan darurat, Kerajaan Persekutuan patut mengemukakan usul meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mangsa tahanan tanpa bicara, malahan patut mengemukakan usul memberi pampasan kepada semua mangsa berkaitan. Masih ingatkah Najib bahawa terdapat kes Mahkamah menolak permohonan rayuan bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussein yang hilang pampasan RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya?
Tanggal 7 April 2011, Rang Undang-Undang Ahli Persendirian "Akta Pemansuhan Darurat" yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah (gambar kiri) ditolak dalam kamar. Serupa dengan sejarah kemerdekaan di mana UMNO "menyambut kemerdekaan" setelah tanah jajahan melalui fasa "orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British", kini tuntutan yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah dijadikan produk imej demokrasi seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat politiknya.
Melihat kepada bilangan hari dan bilangan usul yang perlu diuruskan oleh dewan, seorang Perdana Menteri yang berazam melakukan transformasi politik secara berimpak akan memanjangkan bilangan hari persidangan dewan, bukan memanggil pilihan raya umum.

Mat Indera: Cetusan idea Mat Sabu satu inovasi
Saleha | Mat Indera. Cetusan Idea Haji Mohamad Sabu Presiden Pas, satu Inovasi!, itulah pada pandangan saya. Ketika ini riuh rendah Kisah Mat Sabu dan Mat Indera diperkatakan. Ini mendatangkan keterujaan saya untuk mengetahuinya. Haji Mohamad Sabu saya tahu dia seorang Timbalan Presiden Pas masa kini yang mencetuskan kisah ini, tetapi siapa Mat Indera.
Cetusan idea Haji Mat Sabu membangkitkan reaksi daripada pelbagai pihak hingga kepada professor-professor. Mat Indera diceritakan menjadi orang penting dalam peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950. Saya mencari dari segenap sumber untuk mengetahui siapa Mat Indera. Macam-macam versi saya temui. Tetapi apa yang menarik, saya temui ialah fakta tentang pengkisahan ini. Fakta pada tanggapan sendiri bukan fakta umum, nanti Prof. Ramlah Adam murka kerana fakta sejarah hanya sejarahwan yang berhak menyatakannya. Mana mungkin rakyat bawahan yang berpendidikan rendah memandai-mandai tentang fakta sejarah.
Saya tidak ingin mengulas atau mentafsir tentang kisah ini tetapi saya ingin mengaitkan kisah ini dengan situasi sekarang, kerana ia tidak memerlukan pengkajian yang mendalam. Saya bukanlah orang berpendidikan tinggi yang membolehkan mengkaji sejarah secara mendalam. Apa yang berlaku sekarang adalah lebih sesuai kerana tidak memerlukan fakta sejarah iaitu ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak fikir, ada mulut bercakap, ada hati nukilkan yang tersirat menjadi tersurat.
Izinkan saya menyatakan fakta yang diperolehi dan menghubungkan dengan situasi sekarang. Fakta itu ialah Mat Indera mengetuai parti buruh dan kenapa parti buruh diminati.
Saya memperolehi fakta Mat Indera mengetuai parti buruh daripada ahkbar Sinar Harian 7 September 2011 muka surat 6 iaitu kenyataan daripada Baharom adik kepada Mat Indera, “Baharom memberitahu, ketika Mat Indera mengetuai Parti Buruh di Pelabuhan Muar, abangnya seorang yang disenangi pekerja buruh yang lain”. Fakta kenapa parti buruh diminati. Saya perolehi dari akhbar Mingguan Malaysia m2 Ahad 11 September 2011 muka surat 2, “Penyebaran ini mendapat tempat di kalangan kesatuan sekerja berikutan tindakan majikan yang tidak mesra pekerja”. Fakta inilah yang akan dihubungkan dengan situasi sekarang ini.
Penjawat awam Malaysia adalah buruh dan majikannya adalah kerajaan Malaysia. Buruh yang dimaksudkan ini bukan pegawai atasan kerana mereka adalah pembuat dasar bagi pihak kerajaan. Kumpulan sokongan adalah buruh kerana mereka sebagai perlaksana arahan. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak adil kepada kakitangan perkhidmatan lama. Kakitangan lama yang sampai tempoh bersara rata-rata berkhidmat lebih tiga puluh tahun. Ini adalah kerana kakitangan sokongan dalam perkhidmatan lama ada yang telah dinafikan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi walaupun mempunyai ijazah dan bersara ditahap kumpulan sokongan. Ini amatlah tidak adil jika seseorang berada di tempat tersebut.
Diberikan contoh di sini. Seorang rakan yang mempunyai kelulusan ijazah tetapi pihak kerajaan Malaysia tidak pernah memberi peluang menjawat jawatan dengan kelulusan ijazah walaupun beliau berpengalaman lebih tiga puluh tahun sehinggalah bersara ditahap kumpulan sokongan dengan gred yang sama disandang sewaktu mula.
Beliau berusaha menuntut ilmu tanpa mendapat apa-apa kemudahan dari pihak kerajaan. Sejak dari ijazah asas membawa ke ijazah sarjana. Kemudian beliau diterima dan mendaftar pula untuk ijazah doktor falsafah. Memandangkan kesukaran yang akan ditempuhi apabila menjadi penuntut Phd beliau telah bersara sebelum tempoh umur persaraan yang ditandatangani iaitu 58.
Beliau bersara pada gred sokongan dengan pencen lebih kurang seribu dan graduiti lebih kurang tujuh puluh ribu untuk perkhidmatan selama 32 tahun. Wang graduitinya untuk membeli rumah kos rendah pun tak lepas. Kalau pun ada pemilik flat kos rendah seksyen 3 Petaling Jaya Lama yang ingin menjualnya harga tidak kurang 90 ribu. Dengan wang itulah dia berjimat untuk meneruskan hidup disamping membiayai pengajiannya.
Suka juga dinyatakan kakitangan yang mendapat segala kemudahan daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran bukan semuanya dengan niat untuk menuntut ilmu melainkan mereka sekadar merebut peluang yang tersedia lebih-lebih lagi yang dapat pergi keluar negara disamping dapat lari seketika daripada tugasan kerja dan apabila kembali status akademik lebih tinggi. Mereka dari kumpulan ini sekiranya tidak mendapat segala keistimewaan tidak akan bersusah payah meneruskan pengajian.
Berbalik rakan yang disebutkan di atas, beliau dengan perbelanjaan sendiri bersusah payah dan di tempat kerja pula ditekan oleh pegawai yang lebih atas selalunya yang lebih muda. Di tempat kerja berhempas pulas menjalankan kerja, di masa tidak bekerja ketika itulah diisi dengan menunut ilmu. Malangnya dia bersara pada gred rendah yang disandangnya sejak mula bertugas 32 tahun lalu. Di mana keadilannya. Pencapaian apa yang kerajaan Malaysia utamakan.
Saya ingin mengucapkan syabas kepada Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden Pas yang melahirkan inovasi dengan mencetuskan isu Mat Indera. Cetusan ideanya bukan sekadar kajian sejarah Malaysia tetapi menjangkau kelain cabang yang untuk difikirkan oleh selain orang sejarah tetapi juga terhadap keadilan kerajaan Malaysia sebagai majikan kepada buruhnya penjawat awam perkhidmatan lama.
Oleh yang demikian bukan semua rakyat Malaysia seperti Prof. Ramlah Adam, Prof. Zainal Kling dan lain-lain yang mesra kerajaan Malaysia. Mereka ini sudah tentu mesra kerajaan Malaysia dengan nama sentiasa dijulang dan kedudukan usah nak cakap. Tetapi buruh kerajaan yang disebutkan di atas adalah kategori yang tidak dapat menjadi mesra kerajaan Malaysia.

British dan Umno Sama Kejam?
12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..
Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.
Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.
Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.
Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.
Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.
Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-
i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.
Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.
Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..
Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan.
Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.
Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?
Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.-
Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.
Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.
Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.
Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.
Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.
Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-
i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.
Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.
Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..
Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
yang telah ditahan.
Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.
Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?
Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.-
Labels:
Kenyataan Blog
Penyundalan Sejarah Berpunca Dari Umno Sendiri?
Sakmongkol A47 (Datuk Ariff Sabri) |
Kita mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjaya menggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung pemerintahan penjajahan.
Pilihan contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu. Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi perbalahan kaum yang cukup enak. Resipi ini kegemaran parti politik seperti UMNO.
Pengunaan serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di politikkan sebagai suatu yang besar kerana inilah peluang UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan.
Bagaimana penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?
Jawapan nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULA keatas peranan UMNO dalam menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2 lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah sabsidi dari parti politik lain.
Namun oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara, pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol, rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT.
UMNO tidak boleh mengambil risiko peranan nya di sangsikan. Ini lah modal politik mereka yang terbesar. Selagi UMNO dapat memonopoli peranan dan kedudukan sebagai satu satu nya pejuang kemerdekaan, kesetiaan orang Melayu keatas UMNO tidak akan goyah. Musnahkan monopoli tersebut, modal terakhir UMNO mengekalkan legitimacy sebagai wkail mutlak orang Melayu turut musnah.
Apa perlu di lakukan? Celakakan Mat Sabu- itu misi baru penyokong UMNO. Namun, dalam zaman ini dengan ujudnya kebebasan bersuara dan memberi pendapat di laman web, mencelakakan Mat Sabu tidak semudah ABC.Permintaan meminta Mat Sabu mohon maaf, akan di 'pantatkan'.
Dengan membayangkan bahawa bukan UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan, asas kesasihan UMNO menuntut kesetiaan mutlak dari terutama nya orang Melayu, akan musnah. Bangsa lain sudah sejak 2008, mempersetankan UMNO. Jika kesetiaan mutlak UMNO itu retak, dan kita tahu bahawa survival UMNO hari ini bergantung semata mata keatas keupayaan nya ‘mengikat’ fikiran orang Melayu, masa depan UMNO itu sendiri amat muram. Menyedari perkara ini, UMNO sudah bertindak dengan overkill.
Suatu cara yang mudah ialah mengkomuniskan Mat Sabu. Overkill yang di lakukan ialah melibatkan PAS bersekali dengan Mat Sabu. Jadi kita lihat percubaan meluaskan pendirian Mat Sabu sebagai juga pendirian PAS. Disini lah kebodohan penentang Mat Sabu. Ianya meletakkan PAS, yang hdup mati politik mereka ialah Islam sebagai penyokong komunisme? Mana lah ada kebodohan yang melebihi ketongongan yang mahu meletakkan PAS yang bergerak atas landasan Islam sebagai penyokong komunisme? Adakah UMNO mempunyai cukup bekalan mempertahan dakwaan mereka bahawa Mat Sabu dan PAS itu penyokong komunisme? Kepada saya ini overkill yang UMNO tidak akan menang.
Kemudian kita ada cara muslihat yang menjadi kesukaan pihak lawan yang kehabisan modal penghujjahan. Discredit keperibadian lawan mereka. Maka kes moral Mat Sabu yang lama, di siarkan kembali. Nyonya mercenary Jocelyn Tan dari akhbar star mengungkit kembali kes khalwat Mat Sabu seolah olah kes tersebut akan menghapus kontroversi dan ancaman keatas golongan berkuasa. Apa pun yang boleh di fahami dan di terjemah dari kes khlawat Mat Sabu itu tidak bermakna Mat Sabu tidak mampu memberi kredibiliti keatas versi sejarah Malaysia nya. Mat Sabu’s morality issue does not destroy the possible legitimacy and validity of his version of history. Ertinya, walaupun kita cuba mendiskreditkan peribadi Mat Sabu, ianya tidak akan menyekat kesangsian umum keatas monopoli puak UMNO keatas sejarah Malaysia. Tambahan pula, membawa isiu moral kedalam perbincangan politik akan mendedahkan pimpinan UMNO kepada isiu yang serupa. Dalam keadaan ini, pemimpin UMNO harus menyedari signifikens perpatah Inggeris- mereka yang mendiami rumah kaca, jangan membaling batu. Cerita moral pimpinan UMNO lebih dari 30 juzu’.
Masuk pula Dr Mahathir ke dalam gelanggang. Dr Mahathir telah hentam PAS kerana menghina Tunku Abdul Rahman. Kita sedia maklum, dalam soal menghentam Tunku Abdul Rahman, bidang ini di kuasai oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir lebih dahulu menghentam Tunku Abdul Rahman dan biasa nya condemnations keatas Tunku di lakukan oleh Dr Mahathir diatas pentas PAS. Ketika itu , Dr Mahathir senditi tidak laku dalam UMNO. Hari ini Dr Mahathir membela Tunku dan kondem PAS kerana mengangkat martabat pejuang kemerdekaan yang bukan dari UMNO.
Tapi bila Dr Mahathir menyetujui bahawa Malaysia tidak pernah di jajah, sekali lagi, Dr Mahathir sebenarnya kondem Tunku. Sebab jika negara kita tidak pernah di jajah, maka peranan Tunku dalam mencapai kemerdekaan negara tidak ujud. Jadi perdana menteri kita yang pertama sebetulnya tidak ada peranan apa apa dalam ‘kemerdekaan’ negara kita. Oleh yang demikian, bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh bergelar kemerdekaan sedangkan ‘peristiwa merdeka’ itu sendiri tidak ujud. Bagaimana Tunku jadi bapa kepada sesuatu yang tidak ujud? Bila Dr Mahathir kata kita tidak pernah di jajah, dengan sendiri Merdekah! UMNO itu suatu pembohongan dan helah UMNO untuk terus menghamba-abdikan minda orang Melayu.
Hanya untuk menundukkan pendapat Mat Sabu, kita sanggup menggadaikan maruah dan prinsip? Kita jadi politikus dan professor pelacur? Kita sanggup mengatakan bahawa negara kita tidak pernah di jajah dan kerana itu, sesiapa dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan sebuah negara yang tidak pernah di jajah itu apa? Kita menipu untuk membolehkan kita berkata mereka adalah loyal subjects negara dan yang membunuh mereka adalah petualang?
Kita lakukan ini semua, hanya untuk membuktikan perkara ini? Dimana moraliti pimpinan UMNO? Dimana sense of self respect kita sebagai orang Melayu? Tokoh2 pejuang kebangsaan Melayu yang kita agung2kan dan kita politikkan ketika masa runcing dan genting sebetulnya petualang?
Jika Malaya tidak pernah di jajah dan zaman pemerintahan Inggeris sehingga 1957 menjadikan Malaya sebuah protectorate, maka semenjak tahun 1946, yang di perjuangkan UMNO itu apa sebenarnya? Apa peranan UMNO sebetulnya jika demikian? Running dog atau anjing lumba untuk imperialism Inggeris?
Politikus UMNO dan professor penyokong nampak nya menggali lubang yang lebih besar untuk UMNO.
UMNO itu dan UMNO ini. UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Demikian bunyinya fakta yang di tanam dalam benak kita. Buku sejarah pula membenarkan fakta tersebut. Professor pula mempertahankan fakta tersebut.
Tetapi tiba tiba, kita di beritahu, Malaysia , Malaya dan Tanah Melayu sebetulnya tidak pernah di jajah. Perkara ini di nyatakan oleh seorang bekas professor UM. Pendapat tersebut turut di sokong oleh Dr Mahathir yang di anggap sesetengah orang, masih lagi PM Malaysia. Kepada saya, kenyataan mutakhir Dr Mahathir mengenai kemerdekaan kita, mengonfirmkan tanggapan saya, bahawa sesungguhnya Dr Mahathir sememangnya, boleh berjalan di atas permukaan air. Like Jesus, he can walk on water.
Ini menyebabkan semua orang berfikir. Adakah UMNO menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita di jajah sebenarnya suatu pembohongan UMNO yang di perpanjangkan oleh UMNO untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?
Tidak ada perkara yang lebih menyatupadukan orang Melayu selain daripada meyakinkan mereka, bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Tapi UMNO kata kita tidak pernah di jajah. What does that make UMNO? UMNO adalah Don Quixote yang menjadikan penjajahan kincir angin yang di khayalkan sebagai seekor naga zalim.
Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri negeri yang sovereign. Jika ini pendirian UMNO yakni selama ini, semenjak British datang ke Tanah Melayu , negeri Melayu semua adalah sovereign states, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri negeri tersebut adalah pendukung negeri negeri yang sovereign. They were loyal subjects dan sesiapa yang membunuh loyal subjects adalah pengkhianat.
Maka demikian, celaka sungguh lah UMNO. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa rupa nya. Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?
Jika demikian, apa sebenarnya peranan UMNO dalam sejarah orang Melayu? Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpin nya memperakui hal demikian, maka UMNO sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.
UMNO merupakan the biggest apologist keatas penaklukan Inggeris keatas negara kita. Ini juga bererti UMNO itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris.
Ianya membuat saya berfikir adakah Dr Mahathir juga pembhong besar- sebab untuk beberapa tahun ketika saya hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, Dr Mahathir sebagai presiden akan menyebut dalam ucapan dasar nya, umat Melayu telah di jajah selama 400 tahun lebih. Sekarang Dr Mahathir kata, kita tidak pernah di jajah. Adakah perlakuan demikian menjadikan Dr Mahatihir running dog and greatest apologist for modern day imperialism?
Adakah kita rela menjadi intellectual hypocrites semata mata mahu disprove dan discredit Mat Sabu dan deny Mat Indera kedudukan yang respectable dalam sejarah Malaya? Ini intellectual dishonesty yang paling tinggi. Gelaran professor kepada mereka yang sanggup melakukan silap mata seperti ini harus di tarik balik.
Kekeliruan yang terbit dari kontriversi cetusan fikiran Mat Sabu telahpun menyebabkan kesan yang saya khuatir akan terjadi- yakni ia menyebebakan wholesale review keatas peranan dan sumbangan UMNO di dalam merdeka tahun 1957. Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya Penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang di cipta oleh pimpinan UMNO. Adakah UMNO penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita di JAJAH? Tujuan UMNO tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepada nya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.
Labels:
Kenyataan Blog
Mansuh ISA: Kerajaan didesak mohon maaf
Harakahdaily | |
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Ekoran pengumuman perdana menteri malam ini bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mendesak kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat yang pernah ditahan dibawah akta zalim itu. Bercakap kepada Harakahdaily, Salahudin berkata tindakan itu perlu kerana sudah ramai rakyat yang menjadi magsa akta itu sejak dari merdeka lagi. "Kerajaan mesti minta maaf secara terbuka kepada mereka yang pernah ditahan oleh akta ini semenjak merdeka lagi. "Sejak dahulu kita menentang kata ini. Sememangnya akta ini tidak relevan lagi," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. Beliau mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemansuhan ISA dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini. Dalam prutusan khasnya, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Dalam pada itu Isteri mangsa bekas tahanan ISA Norlaila Othman dalam reaksinya terhadap pengumuman perdana menteri itu masih meragui "niat baik" kerajaan. Menurutnya, sukar untuk mempercayai janji kerajaan kerana sudah banyak kali ditipu. "Kami tidak tahu hendak (kata) alhamdulilah atau bersorak "yahoo" sebab sudah banyak kali kena tipu. Selagi Kem Kamunting tidak ditutup, selagi semua tahanan tidak dibebaskan dan selagi ISA tidak lagi menjadi akta baru kami akan percaya. "Walaupun ISA dimansuh, dia boleh buat akta baru pada bila-bila masa saja. Kita tidak mahu akhirnya cuma tukar nama sahaja," katanya dipetik Malaysiakini. Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh pula masih menuntut penjelasan daripada pengumuman Najib itu. "Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai. "Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi," katanya. |
Labels:
Kenyataan Akhbar
Mansuh ISA bukti Najib tertekan hadapi PRU 13
SiasahDaily |
Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak melaksanakan langkah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan.
Dalam ucapan sempena Hari Malaysia yang ditunggu-tunggu itu, Najib mengumumkan rancangan pemansuhan ISA dan beberapa peraturan lain termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, peraturan yang ditentang hebat pengamal media negara ini, terutama yang cenderung pembangkang.
Ekoran pemansuhan ISA, undang-undang lain akan digubal bagi tujuan keselamatan, tindakan yang bakal mendapat perhatian wakil-wakil rakyat pembangkang yang dilihat masih berhati-hati dengan tindakan Najib ini.
Sesetengah pihak turut menimbulkan persoalan tentang satu lagi undang-undang yang mengekang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, yang menjadi satu senjata utama pemerintah mengawal institusi pengajian tinggi.
Tindakan mengejutkan Najib ini menandakan tekanan hebat dihadapi pemerintah di bawah pimpinan beliau, yang mengalami suasana sukar ekoran kemenangan besar pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.
Pemansuhan ISA dan beberapa undang-undang lain ini juga menunjukkan sejauh mana pentadbiran Najib bersedia untuk melaksanakan perubahan, dan memberi gambaran kesungguhan Najib untuk mengekalkan kuasa Umno dan gabungan parti pemerintah.
Langkah drastik Najib ini sedikit menjejaskan usaha politik pembangkang yang menjadikan ISA sebagai satu alasan utama menentang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional, dan menjadi langkah populis terkini pentadbiran Najib menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Apapun analisis akhir isu ini, Najib telah mencatat sejarah sebagai perdana menteri yang memansuhkan ISA dan melaksanakan reformasi yang kritikal, walaupun kelihatan untuk memenuhi tuntutan politik semasa.
Najib kini telah mengurangkan satu isu besar untuk dijadikan bahan kempen menentang pemerintah, dan memaksa pembangkang mencari sudut lain dalam menangani isu ini.
Pembangkang gabungan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan anti-ISA di ibu negara pada 2009, dan dilaporkan merancang mengadakan satu lagi program anti-ISA menjelang pilihan raya umum akan datang.
Tindakan Najib berhubung ISA ini walau bagaimanapun dijangka menerima respons negatif sesetengah pihak yang menyokong BN, termasuk pertubuhan yang sebelum ini lantang menunjukkan sokongan kepada undang-undang drakonian itu.
Perhatian selepas ini akan tertumpu pada belanjawan yang bakal memberi peluang sekali lagi kepada Najib untuk menaburkan janji dan habuan kepada rakyat bagi membina sokongan.
Sebelum ini, menjelang Hari Raya Aidilfitri, pentadbiran Najib mengumumkan ganjaran bonus dan habuan lain kepada kakitangan awam, selepas beberapa tahun tidak menerima sebarang bonus.

Khamis, 15 September 2011
Makin dikutuk, makin ditiru Buku Jingga
Tuan Ibrahim Tuan Man
Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.
PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.
Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka". Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda "kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat."
PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan.
Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.
"Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" - berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka.
PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, AUKU, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.
Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.
Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.
Tindakan ini membuktikan hipokrisi UMNO-BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.
Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.
Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi UMNO BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan.
Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.
Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, "Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang UMNO yang lemas ini." InsyaAllah.

Pakatan Rakyat desak Najib serahkan jawatan Menteri Kewangan
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 15 September, 2011 telah memutus dan mengambil ketetapan bahawa:
a) Langkah kerajaan BN untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia esok (itupun hanya selepas 48 tahun ianya berlaku!) adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008.
Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati serta mengangkat martabat Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga (halaman 31), sebagai contoh, menjamin royalti sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.
b) Sebagai memperingati hari ulangtahun Najib Razak mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan dari Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun tahun lalu. Untuk makluman awam, pada 17 September 2008, Najib telah menemui PM ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.
Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang tiga tahun kebelakangan ini semenjak Najib (gambar kanan) mengambil-alih jawatan tersebut:
i) Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.
ii) Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar.
Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.
Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga UMNO.
Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik .
Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannya kepada Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh.
Labels:
Kenyataan Blog
Teks Ucapan Penuh Najib Sempena Hari Malaysia
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.
1.Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
2.Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mampan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.
3.Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
4.Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?
5.Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.
6.Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.
7.Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
8.Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.
9.Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.
10.Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.
11.Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.
12.Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
13.Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.
14.Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.
15.Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.
16.Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
18.Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.
19.Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.
20.Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.
21.Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
22.Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
23.Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
25.Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
26.Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
29.Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.
30.Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?
31.Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.
32.Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
33.Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.
Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

17.Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
18.Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.
19.Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.
20.Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.
21.Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
22.Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
23.Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
24.Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
25.Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
26.Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.
27.Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
28.Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
29.Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.
30.Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?
31.Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.
32.Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
33.Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.
Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Labels:
Kenyataan Blog
Langgan:
Catatan (Atom)