[TMI]
KUALA LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan
Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan dalam kalangan guru sejak
beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan
pendidikan negeri.
Komik
berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti
pemimpin politik utama daripada gabungan pemerintah yang digambarkan
dari sudut terbaik.
Sebaliknya,
pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti
pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata
bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing
Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penasihat
PPKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan,
bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah
mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan.
“Kementerian
Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali
ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa
tahun lalu,” kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.
Guru
itu yang meletakkan syarat agar namanya dirahsiakan berkata telah
menghadiri satu taklimat bertajuk “Wacana Transformasi Minda” anjuran
jabatan pendidikan negeri yang disertai pengetua sekolah dan guru
penolong kanan.
“Kami telah diberitahu bahawa kerajaan merupakan kerajaan yang baik tetapi tiada arahan untuk mengundi sesiapa.
“Tetapi setiap daripada kami mendapat buku, yang menyokong diri sendiri,” tambah guru itu.
Mandat
pemerintahan BN akan berakhir suku pertama tahun depan dan spekulasi
mengatakan pilihan raya umum akan diadakan awal, mungkin beberapa bulan
akan datang.
Guru merupakan populasi terbesar bagi tenaga kerja awam, antara sasaran terpenting untuk menyokong BN.
Bukan semua sekolah menerima komik itu. Beberapa guru yang dihubungi The Malaysian Insider tidak mengetahui perkara itu.
Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.
Buku
komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat
di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.
Bagaimanapun
carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu.
Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud,
sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.
Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.
The
Malaysian Insider berjaya mendapatkan satu salinan komik itu yang
menggambarkan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
memegang bendera kebangsaan dn satu kumpulan yang mewakili pelbagai
etnik Malaysia dengan perkataan, “Saya tidak akan memecahkan
kepercayaan anda” di muka hadapan komik itu.
Pelbagai
jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti
bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif
kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.
Pada
halaman 38 juga menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka
dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya “Hi!Superman”.