Sabtu, 6 November 2010

Koleksi Patung Seks Adik Sultan Brunei





Artikel disini.

Lancer sportback Lebih Mantap

(Lancer sportback)

SEJAK Proton melancarkan model Inspira, ramai pemilik Mitsubishi Lancer GT yang makan hati. Bukan sahaja kerana harganya yang jauh lebih murah, malah ramai wakil media yang memandu uji Inspira mendakwa kualiti pemanduannya lebih baik berbanding Lancer GT.

Paling kasihan ialah pengimport dan pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd (MMM). Mereka terpaksa menjawab rasa kurang puas hati segelintir peminat tegar Lancer yang merasakan diri mereka seolah-olah menjadi mangsa keadaan. Sedangkan, apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa MMM.

Apa pun persepsinya, anda harus tahu bahawa tindakan menjadikan model Lancer sebagai produk terbaru Proton adalah satu keputusan bermotifkan bisnes. Pendek kata, kedua-dua pihak iaitu Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Jepun dan Proton akan sama-sama memperoleh manfaat daripada kerjasama tersebut.

Terutama dari aspek skala ekonomi dan penjimatan kos dalam penghasilan model baru. Pada masa yang sama, membolehkan lebih ramai pengguna memandu model idaman itu pada harga mampu milik.

Kolaborasi antara pengeluar kenderaan dalam melakukan proses yang dikenali sebagai rebadging kini sudah menjadi lumrah. Semuanya kerana mahu mengurangkan kos, memaksimumkan keuntungan dan jangkauan para pembeli berpotensi. Salah satunya ialah Aston Martin yang mengambil model Toyota iQ untuk menghasilkan model Cygnet.

Lancer Sportback ialah varian daripada keluarga Lancer yang mengambil pendekatan sebuah model wagon atau turut dikenali sebagai estate di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Sudah semestinya model itu lahir dengan DNA sebuah Lancer sama ada dari reka bentuk (dalaman dan luaran) mahupun pengendaliannya. Kalau ada yang tertanya-tanya sama ada ia akan menjadi 'Inspira Sportback' pula untuk beberapa tahun akan datang, saya tidak fikir Proton mahu ambil peduli terhadap pasaran yang cukup niche ini.

-kosmo

Khamis, 4 November 2010

Akhirnya, Doa Politik Pilihan Raya...



Akhirnya...

Ingat lagi doa Tok Guru semasa PRU12? Mari kita sama-sama berdoa..


"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."


"Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."


"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik."

"Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."


"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."


"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."


"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."


Inilah antara amalan doa dalam politik pilihan raya, yang patut kita amalkan. Bukan mempolitikkan doa untuk pilihan raya seperti yang dilaksanakan oleh parti-parti atau kerajaan sekular, yang memperalatkan ulama-ulama sebagai 'tukang baca doa'. (IH)

Rabu, 3 November 2010

Altantuya: Fail dakwaan PI Bala ditutup, AG tidak lagi siasat



KUALA LUMPUR, 3 Nov — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memutuskan tiada siasatan susulan akan dijalankan berhubung dakwaan detektif bebas P. Balasubramaniam, yang mengaitkan perdana menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Peguam Negara memutuskan demikian selepas dua akuan sumpah berkanun yang bercanggah dibuat oleh Balasubramaniam pada 2008 — selang sehari — dianggap sudah ditutup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulis ketika ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2011 berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan sedemikian kerana akuan bersumpah yang bercanggah tidak akan membawa kesan ke atas perbicaraan kes bunuh Altantuya.

“Meskipun adanya percanggahan antara akuan bersumpah, percanggahan itu tidak memberi kesan terhadap keputusan kes Altantuya.

“Lebih-lebih lagi individu berkenaan (Balasubramaniam) dipercayai masih berada di luar negara,” kata Nazri.

Katanya, keputusan untuk menutup kes berkaitan dakwaan Balasubramaniam dibuat dengan mengambil kira pertimbangan mendalam ke atas hasil siasatan polis dan juga keterangan saksi-saksi.

Nazri berkata, siasatan ke atas Balasubramaniam pada awalnya dikendalikan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan — menyentuh aspek “menyediakan kenyataan palsu.”

Di bawah undang-undang itu, seseorang yang disabitkan keslahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat dakwaan Balasubramaniam berhubung pendedahan terbaru kes pembunuhan wanita Mongolia itu empat tahun lalu.

Aduan yang disiasat oleh SPRM ini dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas kenyataan Balasubramaniam dikeluarkan menerusi rakaman video yang dibuat di Singapura.

Pendedahan itu dibuat akhir tahun lalu.

Dua individu saman syarikat kosmetik milik Sosilawati

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya atas dakwaan melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 5 Ogos lepas itu, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan.

Media memperoleh writ saman itu melalui carian fail di mahkamah hari ini.

Saman itu difailkan 25 hari sebelum Sosilawati, 47, ditemui mati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos lalu.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof.

Peguam S.H. Tang yang mewakili dua ahli perniagaan itu hadir ketika kes itu disebut.

Bagaimanapun tiada peguam yang hadir bagi mewakili Nouvelle Beauty. – Bernama

Selasa, 2 November 2010

SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.


“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”

Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.

Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.

“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.

Umno Bagi RM100 Setiap Seorang. SPR Tak Bising Pun

Perarakan Satu Malaysia: Satu Orang, Satu Ratus Ringgit

Perarakan bukan lagi "budaya Barat" yang mengancam ketenteraman masyarakat, sebaliknya setiap pesertanya dibayar ganjaran "Seratus Ringgit Malaysia", seandainya mengambil bahagian dalam perarakan Satu Malaysia dalam PRK Galas, semalam.

Namun demikian, ganjaran ini diberi secara senyap-senyap, tanpa mahu didedahkan kepada media. Wartawan MerdekaReview menerima khabar pada jam 9.50 pagi ini, bahawa peserta perarakan Satu Malaysia yang dianjurkan semalam boleh menuntut ganjaran RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka.

Bagaimanapun, penduduk tempatan yang menerima wang enggan berterus-terang kepada wartawan. Ada yang mendakwa "ada pemeriksaan darah percuma" di tingkat atas, ada pula yang berkata "ada tiket jamuan malam". Makcik-makcik yang turun dari tingkat atas melipat sampul surat putih dan memasukkannya ke dalam kocek, meninggalkan situ secara tergesa-gesa.

Ketika wartawan MerdekaReview sampai ke tingkat atas, kononnya tempat di mana wang diberikan, seorang wanita yang berpakaian "Satu Malaysia" dengan kolar merah kelihatan berada di situ. Terdapat juga beberapa helai senarai nama dalam bahasa Malaysia, dan nombor kad pengenalan yang disalin menggunakan tangan. Penduduk yang mengelilinginya meletakkan kad pengenalan di atas meja, menunggu untuk dikenalpasti.

Wartawan MerdekaReview cuba bertanya, sama ada itu aktiviti "pemeriksaan darah percuma", dibalas wanita tersebut dengan, "Ya, tapi dulu". Apabila wartawan menyusul dengan soalan lain, wanita tersebut menjelaskan bahawa mereka sekadar mendaftarkan peserta jamuan malam. Ini kerana pertubuhan yang menyebarkan konsep "Satu Malaysia" telah tiba di Gua Musang untuk menjamu penduduk tempatan.

Isyarat tangan: RM100 diberi

Kemudian, wartawan pula bertanya penduduk yang berada di tingkat bawah. Mereka dengan tegas menafikan bahawa mereka mengambil wang, malah seorang lelaki berpakaian T-shirt merah menekankan bahawa penduduk sekadar datang untuk mengambil tiket jamuan, dan tiada wang diberikan. Wartawan mendesak dengan pertanyaan berapa orang dalam senarai namanya, ataupun berapa orang yang mendaftarkan diri, namun soalan-soalan ini enggan dijawabnya.

Wartawan mendapati makcik-makcik yang turun ke tingkat bawah mempunyai sampul surat putih dalam koceknya. Mereka menerima isyarat daripada penganjur, yang disyaki didalangi MCA, enggan ditemuramah wartawan, dan meninggalkan tempat kejadian dengan terburu-buru.

Tetapi, seorang makcik yang turun dari tangga memberi isyarat kepada wartawan bahawa wang diberikan di tingkat atas. Wartawan MerdekaReview menunggu di kawasan berdekatan untuk hampir sejam, dan menanya seorang lelaki yang turun dari tingkat atas.

Beliau mengangguk secara senyap, ketika ditanya sama ada wang diberikan di tingkat atas. Wartawan menyusul dengan pertanyaan sama ada "RM500 diberikan", beliau menafikan sambil ketawa, dan memberi isyarat tangan bahawa RM100 diberikan.

Pada kira-kira jam 11.30 pagi, wartawan cuba untuk naik ke tingkat atas sekali lagi. Kebetulan wartawan terserempak dengan dua orang wanita yang sedang turun dengan sampul surat putih di tangannya. Seorang daripadanya dengan tangkas memasukkan sampul surat ke dalam begnya, sementara seorang lagi memasukkan ke dalam koceknya dan meninggalkan tempat kejadian sambil berlari.

Taukeh kedai yang berdekatan bertanya wartawan, "Kamu ada menyertai perarakan Satu Malaysia semalam? Naik tangga, bagi dia tengok kad pengenalan, kemudian kamu akan dapat RM100."

Selepas itu, beberapa orang penduduk menyerahkan sampul surat berwarna putih itu kepada wartawan, yang ditulis nombor siri dengan pen merah, juga tertera perkataan "Food and Lodging". Dua helai RM50 didapati di dalam sampul.

Seorang penduduk tua memberitahu MerdekaReview, mereka dibasahi hujan ketika menyertai perarakan Satu Malaysia semalam, maka ia dianggap sebagai "elaun" kepada apa yang tertimpa ke atasnya (dibasahi hujan).

Apa yang menarik, walaupun pertubuhan "1Malaysia" ini mendakwa diri mereka badan bukan kerajaan yang bebas, tetapi lelaki dari tangga atas yang memberi penjelasan kepada wartawan tadi turut mengedarkan risalah untuk aktiviti "berdialog" dengan Menteri dan Timbalan Menteri dari MCA, iaitu Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong. Risalah ini tertera nama cawangan MCA Kota Gua Musang. -MR

Gambar Sekitar Kempen Di Galas























































SPR Perlu Jawab, Ke mana hilangnya 18,493 pengundi?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

"Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

"Bilangan 18,493 undi “hilang layak undi awam” adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang.

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya.

Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit.

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu.

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.

Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan.

"Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah (Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi “hilang layak undi awam” yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang.

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi.

"Undi daripada pengundi “hilang layak undi awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.

Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari
bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang.

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.

"Kewujudan pengundi “hilang layak undi awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos.

"Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya?

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi “hilang layak undi awam”.
Related Posts with Thumbnails