( www.nasharrawy.blogspot.com )
Kelantan adalah negeri pertama di Malaysia yang meluluskan sistem perundangan jenayah syariah dalam Islam ; iaitu, Kanun Jenayah Syariah . Namum, telah disekat perlaksanaannya dengan surat ugutan daripada mantan PM dan Presiden parti perkauman Melayu sekular; iatu , Umno .Inilah kemucak Islam Kosmetik Mahathir iaitu, penerapan nilai-nilai Islam; seperti Bank Islam, Universiti Islam dan Takaful Islam yang akhirnya menolak Hudud dan yang terkini sokong Lesen Bola Dunia inspirasi Najib. Setelah Islam Hadhari kosmetik Badawi cabut lari kerna tiada ‘Substance” yang bersifat kosmetik semata-mata ; akhirnya mengekalkan lesen Judi.Umno memang tolak sistem Islam.Hanya laksana Bank Islam kerna ada pulangan lumayan ; sedang Hudud tiada bisa perolehi apa- apa pulangan material dan mengejar keuntungan benda dan duniawi semata-mata.
Kanun Jenayah Syariah yang sama juga telah diluluskan oleh Kerajaan PAS Terengganu namun tersekat jua . Justeru itu, seluruh umat Islam satu Malaysia wajib mengundi dan menyokong Parti Islam satu Malaysia kerana melaksanakan hukum Hudud, Qisos dan Ta’azir itu adalah wajib bagi setiap mukmin yang mengucap syahadatain.Justeru itu, Putrajaya dan parlimen perlu dikuasai PAS/Pakatan kerna melaksanakan hududullah itu adalah wajib dan wajib pula menolak Umno yang tolak Hudud.
Menentang perlaksanaannya bererti menentang ‘ The Absolute Law Giver” dan membawa kepada ‘Apostacy’ atau riddah , yakni. Murtad, nauzubiullahiminzalik. Memang hukum hudud ada didalam Al Qur’an dan Hadis rasulullah s.a.w.Namun, perlaksanaannya perlu kepada Hukum Islam di dalam Al Qur’an itu diperkanunkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan di dalam Parlimen melalui perkanunan Akta Hudud agar bisa diimplementasikanya.. Kerajaan Pakatan di Kedah , Selangor dan Pulau Pinang wajar memperkanunkan hukum Hudud , Qisos dan Ta’azir sebagai melaksanakan kebertanggungjawapan ke atas umat Islam.Walaupun, Umno tolak tiga kali Akta Hudud di parlimen yang pernah di kemukan oleh TGHA. Hudud hanya untuk umat Islam sahaja dan bukan untuk bukan Islam yang bisa ‘opt’ kepada ‘ Civil Law ‘ yang sediada. Apalagi , apabila Lim Guan Eng KM Pulau Pinang pernah berkata mahu mencontohi kepemimpinan dan keadilan Islam yang ditunjuk oleh khalifah Islam . Iaitu , Umar Abdul Aziz.
Kerajaan PAS Kelantan adalah negeri yang pertama melaksanakan penghapusan judi sedangkan Kerajaan Persekutuan satu Malaysia sekular ( SMS ) setelah lebih daripada 50 Tahun merdeka masih lagi kekal dengan sistem kolonial memberikan lesen judi melalui Kementerian Kewangan. Bahkan, kasino di perkenalkan oleh Tunku( mantan Presiden Umno ) menukar pusat peranginan genting kepada pusat kasino dunia seperti yang di sebut di dalam buku tulisan taukeh judi genting. Bahkan, mengikut portal kasino , genting adalah kasiono NO. 1 dunia ! Persis! Mengatasi Las Vegas! Najib dan Hishamuddin ada saham besar di dalamnya selaku pewaris kepada Noh , datuk mereka.
Khalifah saidina Umar Al-Kattab pernah membenarkan saudagar bukan Islam memasukkan arak untuk kegunaan sendiri sahaja. Sirah sahabat ini di ikuti oleh tokoh Mursyidul Am Gerakan Islam PAS di Kelantan.Sistem Islam membenarkan kalangan bukan Islam minum arak tetapi bukan di khalayak . Sebaliknya arak di beli dikedai tertentu sahaja di bawa pulang untuk di minum di rumah sahaja yang tiada akan merbahayakan khalayak umum.
Sebaliknya pesta arak berlaku di sekitar Kuala Lumpur, muda mudi kemabukan pada hari Tahun Baru . Bahkan , di Langkawi, harga beer lebih murah daripada 7UP ! British sewaktu perintah Malaya mengimpot arak untuk kegunaan mereka. Selepas negara merdeka daripada kolonial Inggeris; Umno menjadi lebih Inggeris daripada kafir Inggeris kerna telah membina kilang arak di Klang. Mukhriz Mahadir ada saham arak luar negeri.
Kerajaan PAS Kelantan adalah negeri yang pertama di Malaysia melaksanakan sistem pajak gadai Islam yang sekarang di contohi oleh beberap buah bank dan kerajaan pusat . Bahkan, Kelantan juga ingin memperkenalkan sistem kewangan Islam yang berdasarkan ‘Dinar’ tetapi kerna Kelantan bukannya Kerajaan Pusat usaha untuk melaksanakanya dalam satu Malaysia menemui halangan , Namun, wang dinar untuk hadiah mula mendapat sambutan oleh rakyat . Penggunaan Dinar adalah senjata sistem ekonomi Islam yang ampuh dan teruji pernah sukses dijayakan oleh Khalifah Islam dan kestabilan Dinar boleh mengatasi sistem kapitalis dunia dan menudukkan Dollar Amerika !
Banyak usaha-usaha memperkenalkan dan mengimplementasikan sistem Islam seperti mengharamkan judi dan arak di halangi oleh Gerakan Sekular UBN dan PAS/ Pakatan akan terus berjuang sehingga menguasai Putrajaya, insyaAllah. Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan Perladangan Rakyat dan menentang sistem kroni kerna sistem Islam mengharamkan kekayaan sesebuah Negara itu berligar di antara orang-orang tertentu sahaja seperti elite suku-sakat umnoputra sahaja yang melesapkan RM52 Billion saham Bumiputra!. Ladang Rakyat ini untuk semua tanpa mengira kaum dan agama. Bahkan, Kerajaan PAS Kelantan melantik Penghulu( Ketua Kampong) dari khalangan orang Siam yang tiada bisa dilakukan Umno. Permohonana untuk bina watt siam di tolak oleh UBN tetapi keadilan Islam untuk semua ditunjuk oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan memberi hak kepada bukan Islam . Iaitu hak beragama dengan terdirinya patung buddha di Kelantan membuktikan tohmahan PAS paksa bukan Islam masuk Islam adalah suatu fitnah UMNO yang takut kepada PAS dan dasar terbuka dan “ Islam Just For All “; yang menjadi polisi kerajaan PAS..Di Kedah , selesai isu babi setelah 30thn Umno gagal.
Bahkan, Mursyidul Am Gerakan Islam PAS mencadangakan agar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dipinda untuk membolehkan bukan Islam dilantik sebagai wakil rakyat sekiranya tiada calon bukan Islam yang menang pilihanraya. Bahkan , TGNA berharap dipinda juga untuk membolehkan satu hari nanti. MB Kelantan adalah mukmin bukan Melayu; yang lebih warak,ulamak. karismatik, wibawa, berintegriti dan amanah.Di Selangor pula, usaha kerajaan negeri telah memberikan harga murah air kepada rakyat golongan marhein . Sementara di Terengganu dan Perak tanah yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Pakatan dibatalkan oleh Kerajaan UBN . Inilah wajah Umno! yang sebenarnaya .Mendahukan kezaliman ke atas rakyat ; tiada keadilan Islam.
DS Nizar yang meluluskan 1,000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Cina telah dibatalkan oleh MB Kudeta mahkamah ( Zambry) dan diberikan RM400,000 kepada setiap Sekolah Cina ( 7 buah sekolah semuanya) dengan mengenepikan SAR semata-mata kerna rasuah politik untuk pancing undi Cina dan menjadi perkakas atau alat politik MCA yang menunggangi: UMNO hanya ‘menganga’ sahaja melihat ‘Wang Rakyat” disalahgunakan oleh Umno sendiri ; bukan PAS atau DAP .
KM Pulau Pinang berikan SAR Pulau Pinang RM 1 Juta untuk perkembangan pembelajaran kerna kata beliau kita perlukan rakyat yang ada ilmu , bijak dan pandai sebagai aset Negara di masa hadapan. Beliau juga menentang kronisma dan monopoli yang diharamkan oleh sistem Islam dengan mengharamkan kabel kroni sebaliknya memperkenalkan kabel e-tender yang sesuai dan selaras dengan sistem Islam . Beliau juga menubuhkankan Majlis Syura Ulamak Kerajaan Pulau Pinang sebagai konsultansi kerajaan negeri . Tidak seperti najib yang bersekongkol dengan APCO sebagai konsultansi Negara .