Isnin, 21 Jun 2010

Aktres lucah AS minat dengan 'Peterporn'

JAKARTA: Video lucah yang didakwa membabitkan selebriti Indonesia iaitu penyanyi utama Peterpan, Nazriel 'Ariel' Ilham dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari dilaporkan mengundang perhatian bukan saja penonton tempatan malah masyarakat antarabangsa terutama di kalangan pelakon filem dewasa.

Antaranya termasuk bintang filem lucah terkenal Amerika Syarikat, Vicky Vette yang didakwa ingin lebih mengetahui mengenai ‘Peterporn’, gelaran baru yang diberikan kepada Ariel, lapor portal berita kompas.com.

Aktres kelahiran Norway itu dikatakan ingin bercakap mengenai isu yang kini menjadi perhatian utama melalui halaman Twitter selama dua hari sejak minggu lalu. Selain keinginan beliau untuk menonton video yang didakwa memaparkan Ariel itu, Vicky juga meminta pengikut Twitter beliau menghantarkan rakaman terbabit dan tidak lama selepas itu beliau dikatakan menerimanya daripada pengguna halaman rangkaian sosial itu dari Indonesia.

Adegan panas dalam rakaman video itu dikatakan menarik perhatiannya sehingga mahukan Vivid Interactive, syarikat yang mengendalikan filem dewasa di Amerika membantu mengedarkan rakaman yang mengejutkan Indonesia itu.

Malah, pelakon lucah terbabit menyatakan keinginannya untuk ke Indonesia untuk bertemu Ariel.

“Jika saya ke Indonesia, saya mahukan ‘Ariel Peterporn’ membawa saya berjalan-jalan. Tetapi, saya rasa kerajaan Indonesia tidak akan memberi visa untuk saya memasuki negara itu,” kata Vicky.

Beliau juga menyatakan minat untuk mengajak Ariel berlakon dalam sebuah filem lucah. “Saya hanya mahu mengatakan bahawa saya mahu terbabit dalam filem seterusnya dengan Ariel.”

Bintang lain dari Jepun, Maria Ozawa atau Miyabi juga memberikan perhatian khas kepada filem lucah terbabit. Melalui Twitter, Miyabi memberikan komen mengenai video bertajuk ‘Peterporn’.

Berdasarkan kiriman Miyabi dalam akaun beliau Sabtu lalu, Miyabi mendedahkan beliau akhirnya mendapat rakaman terbabit selepas dua hari mencarinya.

“Hari ini saya mendapat video sebenar Peterporn. Terima kasih banyak kepada pengikut saya di Indonesia yang memberikan pautan,” komen Miyabi yang dipetik kompas.com. – Agensi

Related Posts with Thumbnails