Sabtu, 24 Julai 2010

Pakar: Tidak ada bukti lombong pasir jejas Paya Indah Wetlands


PUTRAJAYA, 24 Julai — Firma perunding yang dilantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk pelan pengurusan alam sekitar bagi lombong pasir di Olak Lempit, Banting hari ini berkata tidak ada bukti menunjukkan kegiatan di kawasan seluas 48 hektar itu menjejaskan Paya Indah Wetlands.

Pengarah Enviro Enhance Sdn Bhd P.K. Geetha (gambar)memberitahu pemberita di sini bahawa firma itu tidak menemui sebarang impak ke atas kualiti air di Paya Indah Wetlands kerana lombong tersebut terletak di hilir kawasan paya berkenaan.

Beliau berkata proses membersih pasir juga dilakukan menggunakan air dari kolam di dalam kawasan lombong milik KSSB.

Ditanya mengenai laporan media yang menyatakan sesetengah spesies burung berhijrah tidak lagi datang ke kawasan paya itu, beliau berkata firmanya akan bekerjasama dengan wakil Paya Indah untuk meneliti perkara tersebut.

Katanya, firma itu juga akan menyarankan beberapa langkah tambahan yang boleh diambil oleh KSSB untuk menguruskan aspek alam sekitar dalam aktiviti perlombongannya.

Sementara itu, Pengerusi KSSB Abdul Shukor berkata syarikat itu berhasrat meningkatkan pengeluaran pasir di Selangor bagi mencegah perlombongan haram.

Katanya syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu telah menandatangani perjanjian dengan dua syarikat iaitu Marita Sdn Bhd dan First Reap Sdn Bhd untuk melombong pasir di atas tanah milik persendirian.

Marita akan melombong pasir di atas tanah seluas 20 hektar di Mukim Labu, Sepang, manakala First Reap akan menggali di kawasan seluas 20 hektar di Tanjung 12, Kuala Langat, katanya.

Selangor mempunyai bekalan 500 juta tan pasir yang boleh bertahan kira-kira 30 tahun, katanya pada sidang media itu.

Terdahulu syarikat itu membawa sekumpulan wakil media melawat lombong pasir di Olak Lempik bagi membolehkan mereka melihat sendiri operasi perlombongan.


~Bernama

Dakwaan dibiayai Anwar: Peguam PI Bala minta bukti


Peguam-peguam yang mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam berang apabila didakwa yuran perundangan mereka dibiayai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

L to R - Amarjeet, americk, manjeet Bala PCSebaliknya mereka mencabar bekas setiausaha sulit Anwar - Anuar Shaari yang membuat tohmahan itu tampil memberikan bukti.

“Saya cabar beliau. Buktikan apa yang anda ada. Tunjukkan kepada kami. Anda tidak mempunyai apa-apa pun, Anuar Shaari, baik di tangan mahupun di kepala anda.

“Saya anggap dia menipu. Anuar adalah pembohong dan tidak berkata perkara yang benar,” kata peguam kanan Manjeet Singh Dhillon dengan nada marah.

Bukan jenayah

Bercakap pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini, Manjeet juga menafikan dakwaan Anuar bahawa beliau telah berkali-kali menawarkan bekas penyokong ketua umum PKR itu - S Nallakarupan untuk menyertai PKR semula.

“Saya cuba menghubungkan dua kawan yang bergaduh ketika itu untuk berbaik semula. Persahabatan Anwar dan Nallakaruppan menjangkaui parti politik. Jika dua kawan bergaduh, adakah salah untuk cuba merapatkan mereka semula?” soalnya.

anuar shaari permatang pauh leave pkr 270307 sadAnuar (kanan) juga memberi bayangan bahawa Anwar menanggung yuran perundangan dan mempertikaikan siapa yang sebenarnya membiayai Balasubramaniam supaya beliau mampu tinggal di kota London.

Dia juga dilaporkan menggesa ketiga-tiga peguam yang mewakili penyiasat persendirian itu supaya mengisytiharkan gaji dan aset mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negara bagi membuktikan mereka tiada kaitan dengan Anwar.

“Kenapa perlu kami mengisytiharkan pendapatan kami kepada pihak yang tidak terbabit. Komen oleh Anuar menunjukkan dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Dia tiada apa-apa,” kata seorang lagi peguam Balasubramaniam - Americk Singh Sidhu.

Manjeet juga berkata jika benar Anwar membiayai yuran mereka, ia bukan satu kesalahan jenayah.

“Ia hanya membuktikan betapa berminatnya untuk melihat mereka yang melakukan jenayah itu diheret ke muka pengadilan. Bukankah itu satu perkara yang baik?” kata Manjeeet.

balasubramaniam holiday villa 070710Peguam-peguam itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka membantu mengendalikan masalah Balasubramaniam secara dasar pro bono ataupun sukarela.

“Kami tidak pernah menuntut wang atau bayaran. Apa yang kami berminat ialah mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan,” kata Americk.

Beliau berkata perbelanjaan Balasubramaniam ditampung daripada dana RM750,000 yang didakwa 'diserahkan' kepada penyiasat persendirian itu melalui seorang kenalan rapat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - iaitu ahli perniagaan permaidani
Deepak Jaikishan.

Sementara itu, Manjeet berkata Balasubramaniam mungkin mendedahkan
kenyataan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

balasubramaniam holiday villa 060710“Soalan tersebut mungkin ditandakan sebagai 'rahsia' tetapi jawapannya tidak. Akan tiba masanya bila kita mendedahkan jawapan itu,” katanya.

Pegawai SPRM membatlakan
pertemuan mereka denagn Balasubramaniam di London, wealaupun telah berjanji untuk merakamkan kenyataannya. Sebaliknya suruhanjaya itu menghantar 52 soalan dan memintanya menghantar jawapannya dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Wawancara itu adalah bagi SPRM menyiasat dakwaan Balasubramaniam bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim juga “terbabit” dalam usaha supaya penyiasat persendirian itu menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang menceritakan kaitan antara pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu dengan Rosmah dan juga Najib.


Ubatkan pekung sendiri dahulu, sebelum kita bersihkan kudis orang lain

Aspan Alias


UMNO Selangor telah memulakan kempen untuk mengambil alih kembali penguasaan keatas kerajaan negeri Selangor dari Pakatan Rakyat dan sekarang sudah mula melakukan serangan kepada kerajaan PR yang diterajui Khalid Ibrahim.

Saya tidak nampak lagi cara UMNO boleh melakukan kempen secara bersih untuk mencapai matlamat dan idaman BN di Selangor. Pendapat saya lebih cenderung untuk melakukan strategi untuk mempertahankan apa yang ada sahaja buat pilihanraya yang akan datang ini.

Elok dijaga keadaan yang merunsingkan diNS dan Pahang serta Trengganu. Takut-takut Selangor tak dapat diambil alih, NS dan Trengganu pula yang hilang sekali.

DiSelangor UMNO hanya mampu untuk memperkuatkan isu kecurian pasir sahaja. Isu ini sebenarnya isu yang tidak kuat kerana semasa BN memerintah dahulu kerajaan hanya mendapat lebih kurang RM4juta sahaja dari kegiatan pasir pada 2007 tetapi dibawah PR Selangor telah mendapat revenue sebanyak 15 juta ringgit dan ianya merupakan lonjakkan sebanyak 300 peratus dalam tempuh 2 tahun.

Kalaulah saya menjadi pemimpin UMNO Selangor isu pasir ini tidak akan menjadi isu hangat kerana dibawah pemerintahan UMNO dahulu isu pasir ini lebih teruk lagi. Hanya bezanya media massa perdana tidak membuatkan ini sebagai isu pokok kerana kerja jahat itu dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Saya selalu juga berbincang-bincang dengan orang bawahan UMNO Selangor ini dan kebanyakkan mereka merasa sakit hati melihat apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang ini diSelangor. “Masa kita memerintah Selangor dulu, PR tidak pun menghimpit sekuat ini terhadap BN padahal kita semua tahu bagaimana BN menjahannamkan harta benda Selangor” kata seorang AJK Bahagian diSelangor.

Malahan mereka bertanya pula, siapa yang hendak menerajui Selangor untuk mengambil alih kerajaan PR. Saya menjawab, kita ada Ezam Mohd Nor dan Noh Omar. Mereka terus ketawa dan berkata, “Dari Noh Omar lebih baik lagi kami dibawah ini” sambil ketawa.

Apabila saya tanyakan tentang Ezam, mereka terus menjawab, “belaga angin dengan Azmin lari masuk UMNO. Bila dia kata UMNO itu baik aku naik radang kerana dulu dialah yang mencerca UMNO. Ezam tu macam pemain bola sepak EPL, mana kelab yang bayar mahal dia pun sign kontrak dengan kelab itu.”

Sesungguhnya UMNO Selangor tiada kepimpinan. Tidak ada nama untuk diketengahkan Nama ini penting kerana rakyat hendak tahu siapa yang bakal menjadi MBnya. Takkanlah Noh atau Ezam.

DiSelangor ini terdiri dari mereka-mereka yang berpendidikkan tinggi terutamanya diLembah Kelang maka Noh Omar bukannya calun yang secucuk dengan kehendak rakyat Selangor.

Lagipun apabila kerajaan Selangor jatuh dahulu adalah disebabkan oleh kumpulan pemimpin BN yang sama yang menyebabkan BN jatuh tersembam pada pilihanraya 2008 yang lalu.

Kita ingin mengingatkan pemimpin kita yang isu air dan api letrik bukan lah lagi isu yang diterima oleh rakyat. Isu jalanraya yang dilebarkan dan ditar bukan menjadi bahan kempen yang relevan lagi.

Isunya sekarang baik dari BN mahu pun dari PR rakyat mahu melihat keadaan yang baru tetapi pernah kita alami dahulu wujud dalam pentadbiran dan politik hari ini.

Zaman pemimpin pandai berucap dan beretorik serta pandai membuat lawak diatas pentas sudah tidak boleh mendapat tepukkan rakyat sudah berlalu. Rakyat sudah tidak mahu lagi bertepuk kepada gegaran ucapan mana-mana pemimpin lagi.Rakyat mahu imej pemimpin yang ingin membawa perubahan itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih dan tidak ada imej rasuah.

Rakyat tidak mahu lagi ditipu dan dikelirukan dengan isu perkauman seperti DAP parti buruk atau pun PAS parti tidak elok. Persoalannya kita mesti Tanya diri kita elok atau tidak sebelum kita mengatakan orang lain tidak elok.

Kita tidak boleh lagi kata DAP anak PAP dan sebuah parti ‘chauvinistic’ kerana kita mesti soal diri kita yang MCA itu tidak ‘chauvinistic’ kah?

Rakayat sedar khasnya dikalangan orang Melayu bahawa DAP akan meletakkan calun-calun Melayu dalam pilihanraya yang akan datang.

Kita perlu menghapuskan isu perkauman dan tidak boleh lagi menggunakan isu 13 Mei sebagai cara menakut-nakutkan rakyat.

Kita mesti pastikan MCA mendapat sokongan kaum Cina tetapi dengan apa yang kita lihat sekarang amat payah bagi parti itu untuk mendapatkan sokongan kaumnya kerana penyakit yang dihadapi oleh MCA tidak jauh bezanya dari penyakit yang dihadapi oleh UMNO, iaitu imej rasuah yang tidak dapat dibuang dari persepsi rakyat yang akan mengundi nanti.

Saya selalu sangat mencadangkan supaya pemimpin berbagai kaum duduk kembali dimeja rundingan agar dapat mencari formula yang sesuai dan diterima oleh semua pihak untuk diikuti.

Kita perlu memulakan negara baru dengan iklim politik yang baru. Barulah dapat kita lari dari kemelut yang kita sedang hadapi dan yang tidak kunjung selesai ini.

Berbalik kepada pembuka kata saya tadi, elok kita jaga yang sedia ada supaya tidak tumbang seperti diNS dan Trengganu. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.

DiSelangor, jika BN salah membawa isu-isu panas ini, maka baki kerusi yang dipegang oleh BN itu akan hilang kali ini.

Rakyat tidak mahu lagi berat sebelah. Isu pasir tidak boleh dibandingkan dengan isu BNM kehilangan melebihi 30 billion ringgit apabila BNM kerugian besar dalam permainan pertukaran wang asing 20 tahun yang lalu.

Rakyat masih ingat kerajaan BN bertanggungjawab diatas isu Maminco dulu dalam mana kerajaan kerugian tidak kurang dari 600 juta ringgit.

Rakyat masih ingat bagaimana Petronas digunakan untuk ‘bail out’ anak seorang PM semasa itu apabila anaknya kerugian besar dalam perniagaannnya.Kalaulah jumlah yang melebihi 1billion itu digunakan untuk menghantar anak Melayu belajar keUniversiti-universiti luar negara nescaya Petronas boleh memberikan munafaat kepada tidak kurang 500 orang Melayu atau rakyat Malaysia dalam pelajaran dan pendidikkan.

Tetapi bapa kepada peniaga ini berretorik menghentam kegagalan Melayu dalam perniagaan sedangkan anaknya bergayut kepada dagu bapanya yang berkuasa. Macam mana nak gagal kerana kita rakyat yang membayar kegagalan anak PM ini.

Rakyat masih mempersoalkan banyak perkara yang lain yang dilakukan oleh BN yang melibatkan ratusan billion ringgit.

Rakyat mahu bertanya kenapa semuanya ini tidak dikeluarkan kemuka orang ramai kerana semua kerugian dan salah guna wang ini melibat wang rakyat yang membayar cukai.

Bagimana pula dengan tindakkan PM yang memberikan tanah yang sangat bernilai didalam kawasan KL kepada bekas PM yang tidak memberikan apa-apa jasa selama 5 tahun mentadbir negara.

Kenapa 18 kes yang berprofil tinggi yang disebut oleh ahli kabinet negara, sampai kehari ini tidak dibawa kemahkamah?.

Rakyat mahu melihat BN memberikan tumpuan kepada isu dan masalah yang dilakukannya sendiri mesti dibersihkan dahulu sebelum melihat pekung didada orang lain.

Bersihkan pekung sendiri dahalu baru pergi kehadapan untuk membersihakan pekung orang lain.

Itulah sebabnya kita mesti melihat kedalam atau introspek diri dahulu sebelum kita melihat keluar untuk memandang pekung atau kudis orang lain.

Umno Selangor Guna 'Melayu Sampah' Untuk Tumbangkan Pakatan

MSO


UMNO sangat menyedari bahana yang akan diterimanya sekiranya parti itu gagal merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang. Kerana itu pengumuman pilihan raya umum akan dibuat bergantung kepada keadaan Umno di negeri itu. Selagi Umno merasakan Selangor tidak selesa maka pilihan raya akan datang tidak segera dilakukan, mungkin akan genap penggal ke 12 parlimen pada Mac 2013.

Sebaliknya kalau Umno berkedudukan selesa di negeri itu, kemungkinan pilihan raya akan dipercepatkan.

Banyak faktor kenapa Umno mengambil perkiraan itu. Salah satunya ialah kedudukan Selangor sebagai sebuah negeri yang terkaya di negara ini. Kehilangan Selangor kepada Umno tak ubah seperti hilangnya karung emas bagi parti itu. Duit di Selangorlah yang akan digunakan untuk menjana Umno di negeri lain. Apabila Selangor sudah dirampas Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 lalu, maka kekayaan itu sudah tidak ada lagi.

Inilah menyebabkan pemimpin Umno Selangor menjadi gila. Khir Toyo sampai menggelepar terkeluar dari botol kerana sudah tidak jadi MB lagi. Begitu juga dengan Noh Omar yang bercita-cita besar nak jadi MB Selangor, bernasib baik kerana tidak bertanding di kerusi Dun dalam pilihan raya lalu. Kalau beliau juga dibawa ke Dun pasti Noh juga sudah sasau macam Khir Toyo hari ini.

Musibah kehilangan Selangor itu sudah dapat dilihat kini. Bila Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat Umno Selangor jadi huruhara. Iyalah orang tidak biasa ditimpa kecelakaan sekali terkena celaka buruk padahnya. Umno sampai tidak tahu untuk lantik siapa jadi ketua hingga terpaksa Najib Razak memimpin Selangor.

Jadi Umno kena wujudkan keadaan selesa di Selangor. Makanya untuk mewujudkan keadaan itu Umno telah melakukan pelbagai strategi bagi mengoncangkan kerajaan Pakatan Selangor dan mengugahkan keyakinan rakyat kepada kerajaan baru itu. Macam-macam dilakukan. Awalnya kerja memburukkan Khalid Ibrahim sebagai MB. MB itu dituduh rasuah dan tidak reti metadbir dan sebagainya. Namun ia tidak membawa apa-apa bekas. Rakyat Selangor yang celit maklumat dan tidak berada dalam asap Umno nampak perubahan yang dilakukan Khalid. Dengan sendirinya fitnah terhadap Khalid tertolak.

Lepas itu ditimbulkan cerita yang Mohd Azmin Ali dan puak-puaknya bencikan Khalid. Kononnya Azmi mahukan jawatan MB dan berkonspirasi untuk menjatuhkan Khalid. Sekali lagi usaha itu tidak membawa hasil. Sebaliknya pertukaran jawatan pengerusi PKR Selangor dari Khalid kepada Azmin mengukuhkan kedudukan parti berkenaan. Isu ini tidak berapa menarik dan mempersonakan rakyat Selangor.

Kini ditimbulkan pula isu pencurian pasir. Umno sengaja menimbulkan isu ini kerana ia dilihat sensitif. Tidak cukup menggunakan media massa, cetak dan eletronik, isu itu dibawa ke istana pula. Ada pihak yang cuba menggunakan istana untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Isu pasir sama juga dengan isu-isu lain sebelum ini tidak berapa menjadi. Yang rungsing dan sibuk dengan isu pasir ialah Umno bila mana kroni mereka tidak dapat terus mengaut keuntungan daripada kerja mengorek pasir. Sebelum ini lesen mengorek pasir diberikan kepada kroni Umno saja. Bukan itu saja ia juga tidak mengutungkan seperti mana perwujudan konsotium yang dibentuk oleh kerajaan kini.

Memerhati kepada gelagat dan tindakan Umno Selangor itu menjelaskan ianya dalam keadaan terdesak. Umno Selangor kehabisan modal dan usaha bagi menumbangkang kerajaan Pakatan. Keterdeksakan inisemakin jelas lagi apabila Ezam Mohamad Noor digunakan untuk dijadikan peluru kapor Umno Selangor.

Ezam bersama kuncu-kuncu kini dinaikkan ke atas pentas untuk membantu Umno Selangor merampas balik negeri Darul Ehsan itu. Atas nama moto "Selamatkan Selangor" Ezam bergerak ke seluruh Selangor. Tugas Ezam berbeza dari tugas pemimpin Umno lain. Beliau tidak menghentam Khalid sebaliknya membelasah bekas bosnya. Sedar atau tidak Ezam sudah menjadi perkakas oleh Umno untuk menentang Anwar dengan sedikit upah.

Perasmian projek selamat Selangor, membelasah Anwar sudah bermula malam semalam di Shah Alam. Khabarnya kehadiran tidak menghampakan sangat, lebih 200 orang yang hadir. Korum itu cukuplah untuk Ezam dan kuncu-kuncunya menerima tepuk setiap kali dia membelas dan menyerang Anwar.

Sebenarnya langkah Umno menurunkan Ezam itu sia-sia saja. Ia tidak memberi kesan besar kepada kedudukan kerajaan Pakatan di Selangor. Ini kerana orang semua sudah kenal dan tahu panjang pendek politik Ezam Mohamad Noor. Mungkin kalau Ezam tidak bersama Anwar sebelum ini berarak di jalan-jalan raya mengerakan demostrasi orang akan percaya apa yang diucapkan. Tetapi kerana sebelum ini beliau merupakan orang kanan Anwar dan tiba-tiba telah mufarakah dari Anwar orang akan mempersoalkan tindakan beliau.

Apa juga kenyataan Ezam dan juga sumpahnya untuk memperjuangkan Melayu, tuduhan ke atas Anwar sebagai egen Yahudi akan ditolak begitu saja. Orang akan soal kenapa beliau selama ini sanggup ke penjara kerana memperjuangkan agen Yahudi? Mustahil kalau Anwar egen Yahudi beliau tidak tahu?

Dengan mudah orang akan menilai tindakan Ezam yang berpaling tadah itu kerana beliau gagal mencapai cita-citanya. Orang akan membuat andaian Ezam berpaling tadah bukan sangat kerana Anwar sebagai egen Yahudi atau hendak memperjuangkan Melayu, tetapi beliau berpaling tadah kerana gagal memujuk Anwar menyertai Umno selepas PKR gagal membentuk kerajaan tahun 2008. Ezam bertindak bukan untuk bangsa tetapi untuk dirinya.

Bayangkan di manakah Ezam dan kuncu-kuncunya kini kalau Anwar sudah menjadi Perdana Menteri? Bukankah Ezam kini akan berada di Putrajaya bersama Anwar? Jadi, keputusan Ezam meninggalkan Anwar bukan kerana Anwar egen Yahudi atau apa tetapi kerana Anwar gagal jadi PM. Itu saja. Selain itu beliau juga kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut kehendaknya agar berlutut dan mencium tangan Abdullah Badawi menyertai Umno sepertinya.

Jadi orang macam Ezam yang prinsipnya boleh dipersoalkan itulah kini digunakan Umno Selangor untuk menggempur kerajaan Pakatan Rakyat. Orang macam Ezam tidak membawa banyak kelabaan kepada Umno kerana beliau adalah Melayu sampah saja yang kelihatan keras, tegas tetapi di dalamnya lembek, pengcut dan mudah cair dengan ugutan selepas ditangkap dan dipenjarakan.

Sepatutnya Umno Selangor belajar daripada kesilapan dilakukan Umno Kelantan. Umno Kelantan dalam usaha hendak menjatuhkan Pas Kelantan pernah menggunakan khidmat ahli-ahli Pas yang munafik, yang mengkhianati parti dijadikan tentera memburukkan Pas dan peribadi Nik Aziz. Apa terjadi atas usaha berkenaan? Ia bukan saja Umno tidak mendapat laba besar sebaliknya kedudukan Pas semakin kukuh.

Semuanya kerana rakyat Kelantan sudah kenal dan arif kenapa mereka itu sedia menjadi alat dan perkakas kepada Umno. Ia bukan kerana kebenaran yang mereka suarakan di pentas ceramah melainkan kerana mengejar sedikit kebendaan.

Begitu jugalah tindakan Umno Selangor menggunakan Ezam dan kuncu-kuncunya yang satu masa dulu berkhemah siang dan malam Jalan Setiabudi, Damansara tidak akan memberi laba kepada Umno sebaliknya menjadi liabiliti kepada parti berkenaan. [wm.kl. 4:20 pm 24/07/10]

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 23 Julai - Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas ketidak cekapan dan ketelusan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan sikap kerajaan pusat yang sengaja melengah-lengahkan penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor sebagai punca sebenar disebalik isu bekalan air.

Dr Badrulamin membandingkan pengurusan bekalan yang tidak cekap yang tidak setimpal dengan gaji amat tinggi yang dinikmati oleh pengerusi eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.

"Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru itu Dr Badrulamin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat mengesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor.

"Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan Pusat menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

"Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air adalah satu yang tidak benar dan melihat kepada hujah Peter Chin yang mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah yang tidak bertanggungjawab.

"Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat. Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor," jelas beliau lagi.

Beliau juga menambah kadar air akan meningkat disebabkan pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

"Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor.

Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

"Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan," sambungnya lagi.

Dr Badrulamin juga menyeru agar Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik.

Beliau juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.

Dalam kenyataan yang lain Dr Badrulamin menghargai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan kes terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008.

"Alasan SPRM bahawa tiada bukti dan saksi setelah menjalankan siasatan selama dua tahun membuktikan tindakan awal mendakwa Menteri Besar Selangor adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk memburukkan imej Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, SPRM seharusnya menjalankan tugas secara professional dan tidak memilih bulu dalam kes penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pimpinan tertinggi kerajaan.

"SPRM wajar menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan pimpinan Barisan Nasional lain yang jelas terbabit dalam kes rasuah, agar dapat memulihkan keyakinan orang awam terhadap SPRM," ulasnya.

~SuaraKeadilan

FDI Malaysia pada paras terendah

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

Paling buruk

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

B

ercakap di ibupejabat PBB di Kuala Lumpur hari ini, pensyarah ekonomi Universiti Malaya Raja Rasiah berkata prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.

"Malaysia bertuah kerana terletak di rantau kejiranan yang baik di kalangan negara-negara yang membangun. Tiga negara terbesar yang menerima FDI terbanyak terletak di Asia tetapi Malaysia gagal menduduki senarai 10 negara teratas,” katanya.

Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.

Se
baliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.

"Bercakap kepada pengurus dana, saya mendapat tanggapan bahawa kita mempunyai sumber untuk melabur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang bernas bagi berbuat demikian. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.

Halangan utama katanya, adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah.

~MalaysiaKini

Umno Melumur Tahi Babi Dimuka Mereka


Politik Babi Negara: Ladang Babi Organik Di Negeri Sembilan
Oleh Ustaz Saiful Bahri

Umno-BN telah mempolitikkan isu kandang Babi di Hulu Langat, Selangor. Dengan mengadakan demo. Seramai 200 orang berkumpul di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menempatkan pejabat Menteri Besar pagi Rabu bagi membantah tindakan kerajaan Selangor yang meluluskan projek ladang ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta. Ia telah memenuhi media-massa nak mengambarkan Umno juara menentang ladang babi.

Tup-tup. Didapati Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu telah meluluskan projek ternak babi itu. Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, hanya meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.

"Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi dan tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut bagi memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. MB Selangor, Datuk Khalid Ibrahim juga menjelaskan pelaburan berjumlah RM100 juta termasuk kos pengambilan tanah, disediakan oleh pelabur tanpa melibatkan wang kerajaan negeri manakala babi yang diternak pula hanya untuk keperluan di Selangor dan bukan dieksport.

Yang menjadi bangangnya UMNO Selangor apabila didapati projek ladang babi itu sebenarnya diperolehi oleh kroni Umno bangsa melayu. Apabila gambar pemimpin Umno Selangor selaku Adun Tanjung Sepat Dr Karim Mansor and the geng bergambar tersengih dalam kandang babi dengan menunjukkan ‘tanda best’ di Jerman akhirnya telah meredakan isu tersebut.

Alih-alih pecah berita Negeri Sembilan telah siap projek kandang babi moden Negeri pimpinan UMNO-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Hassan. Ladang babi moden yang disiapkan di Bukit Pelanduk yang heboh dengan kematian akibat J.E dulu telah siap dengan fasiliti moden. Timbalan Menteri Pertanian dan asas Tani,Chua Tee Yong (Anak pengerusi MCA, Chua Soi Lek) mengharapkan ladang tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran babi yang lebih banyak. Beliau meninjau ladang babi tersebut yang keluasan 480 ekar yang mampu menampung pengeluaran 250-300k ekor dalam satu masa.

Macamana puak-puak UMNO. . Orang dok sibuk demo anti judi. Bila lak nak demo anti ladang babi macam yang dibuat di Selangor dulu. Takkan tak boleh kerah UMNO negeri Sembilan untuk berarak ke Port Dickson. Ke Babi di Negeri Sembilan tu dah jadi kambing? Takkanlah pemuda UMNO Malaysia di Rembau tengok saje je.?

Jumaat, 23 Julai 2010

RM400 ribu jokong emas pertama Kelantan

Tuan Guru memegang jokong emas pertama yang dihasilkan

TANAH MERAH, 23.Julai, Biarpun Kelantan ditekan dari mendapat sumber dari kerajaan pusat dalam pelbagai bentuk dan terbaru tuntutan royalti minyak yang dinafikan haknya tidak mematahkan semangat kerajaan negeri dalam usaha mencari sumber pendapatan lain seperti hasil balak dan terbaru hasil dari sumber galian emas.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kelantan dianugerahkan dengan pelbagai sumber termasuklah perlombongan emas yang diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan dan Syarikat dari China CNMC Goldmine Limited.

Turut hadir dimajlis perasmian jokong emas pertama tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Gual Ipoh Wan Yusuf Wan Mustapha dan Pengerusi Eksekutif PKINK Sabri Abdullah.

Proses pembentukan jokong emas

Nik Abdul Aziz juga berkata biarpun Kelantan dinafikan hak untk mendapatkan hak sebanyak 5 peratus dari hasil royalti minyak yang dkeluarkan dari perairan milik negeri ini, namun ia tidak mematahkan usaha untuk menuntut hak tersebut termasuklah melalui tindakan Mahkamah.

” Kini Alhamdulillah, Kelantan telah dianugerahkan sumber galian dari perut bumi dan dengan sedikit hasil ini ia boleh digunakan untuk menafaat rakyat negeri, semoga Allah meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri Kelantan”ujar beliau.

Buat Kali pertama jokong emas di Kelantan dapat dihasilkan dengan berat 2.975 kg yang dianggarkan bernilai RM400 ribu dihasilkan di dalam tanah seluas 975 hektar bermula enam tahun lalu.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Lin Xian Xiong berkata jokong emas tersebut diproses terus di kilang yang dibina di kawasan tersebut.

Jokong emas dengan anggaran RM400 ribu

Pihaknya telah memulakan usaha hampir enam tahun dan Kelantan telah dapat mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama ia diproses dalam bentuk jokong dan memudahkan pemasarannya.

“Kawasan ini telah dipajak dari kerajaan Kelantan dan kita perlu membayar sejumlah 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri dan 3 peratus kepada PKINK”ujar beliau.

Syarikat pengeluar emas ini juga mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 300 hingga 500 kilogram dalam masa setahun.

Bagi Pengerusi Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah ketika ditemui berkata PKNIK telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut dan PKINK hanya terlibat dalam memantau penggunaan kawasan yang diperuntukkan tersebut dan dari segi sumber kewangan ia tidak terlibat” kata beliau.

” Dalam memastikan syarikat ini mengikut kehendak kerajaanm, PKINK telah menempatkan beberapa pegawai agar dapar memantau operasi perlombongan disampin ia juga dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar agar hutan di sekeliling kawasan perlombongan tidak dicerobohi dan dicemari”kata beliau.


Selangor ambil alih projek terbengkalai Umno

SHAH ALAM, 23 Julai: Kegagalan kontraktor Khidmat Makmur Sdn. Bhd. menyiapkan tiga projek di bawah rancangan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akhirnya diambil alih oleh kerajaan Selangor.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tiga projek yang dimaksudkan adalah projek pembinaan 120 unit rumah kuarters MBSA bernilai RM1.4 juta; Kondominium Sri Putri bernilai RM1 juta dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium tersebut.

Ujarnya, langkah kerajaan itu semata-mata bertujuan mengurangkan beban berpanjangan membayar sewa beli kediaman masing-masing yang ditanggung rakyat sejak tahun 14 tahun lalu.

Sedangkan, tambahnya, pihak tertentu dalam MBSA pada era Umno BN memerintah kerajaan negeri sanggup memberikan tender secara rundingan langsung kepada seorang kontraktor yang juga orang kanan Umno negeri.

"Kuarters MBSA 0 peratus siap, bangunan komersial (Kondominium Sri Putri) siap hanya 60 peratus, stesen minyak dekat dengan kondominium pun 0 peratus siap," tegasnya pada satu kenyataan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

"Sepatutnya MBSA terima RM95 juta dari pembangunan tersebut, mengapa MBSA boleh beri tender secara langsung pada kontraktor sebegini."

Bercakap pada kenyataan yang sama, ahli majlis MBSA, Azli Yusof mendedahkan, Khidmat Makmur turut menggadai dua bidang tanah milik MBSA demi menjana modal alternatif.
"Kerana tak ada duit, pihak tersebut cagar dua bidang tanah pada bank sedangkan tak dibawa berbincang dalam mesyuarat majlis dan tiada kelulusan pun," ujar beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.

"Sebab dana RM75 juta, mereka tak ada (untuk selesaikan projek), di cagar pada bank."
Sehubungan itu, beliau mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menyiasat skandal tersebut.

"Apa yang jadi persoalan, bagaimana rundingan itu dijalankan dengan tidak ikut syarat-syarat, tidak diambil tindakan oleh SPRM.

"Kenapa tidak ada siasatan daripada SPRM, kalau Pakatan Rakyat, sedikit-sedikit aduan pun kena (siasat)," soal beliau.

Azrinaz, Bekas Isteri Sultan Brunei: Ke Mana Selepas Diceraikan?



Azrinaz


KUALA LUMPUR 22 Julai - Ada sumber mengatakan beliau kini menginap di istana hinggap Sultan Brunei di London.

Ada juga desas-desus bertiup yang bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah itu sudah kembali ke tanah air dan menetap di kediaman keluarganya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Namun sehingga kini, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar terus menyepi dan belum ada kepastian di mana beliau berada.

Usaha menjejaki beliau termasuk menerusi rakan-rakan Facebooknya juga tidak berjaya apabila Azrinaz yang mesra dipanggil Naz sudah menutup akaun laman sosialnya itu yang cukup aktif sebelum ini.

Walaupun sudah sebulan perceraian bekas personaliti TV3 itu berlalu, beberapa blog termasuk dari Brunei masih membicarakan tentangnya.

Bagaimanapun tidak ada satupun maklumat yang menyatakan di mana Azrinaz berada.

Ramai yang terus meneka-neka ke mana beliau menghilang dan tidak kurang yang mengandaikan Azrinaz sebenarnya masih di Brunei.

Mungkin ada kebenarannya kerana putera beliau, Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, 4, dan puterinya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2, difahamkan masih tinggal di istana Brunei .

Sejak diceraikan dengan talak satu oleh Sultan Brunei bulan lalu, kelibat Azrinaz langsung tidak kelihatan.

Menurut rakan baiknya yang pernah bertugas bersama di TV3 satu ketika dahulu, Azrinaz masih menetap di Brunei.

Dia yang enggan namanya didedahkan memberitahu Azrinaz tidak mahu meninggalkan Brunei kerana mahu terus bersama dengan dua anaknya.

''Pihak istana memberi pilihan untuk menjaga salah seorang daripada dua anaknya dan Naz memilih anak keduanya iaitu Ameerah kerana anak sulung adalah waris Sultan Brunei,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya tentang Facebook, katanya, Azrinaz telah tidak mengaktifkan akaun dalam laman sosial itu sebaik sahaja diceraikan.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.

Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas.

Sumber

Indonesia sekat laman web lucah


Republik haram pornografi sebelum Ramadan


JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Penerangan, Tifatul Sembiring semalam mengumumkan semua laman web pornografi akan disekat di Indonesia sebelum bermulanya Ramadan di republik berkenaan.

Beliau berkata Indonesia sangat komited dalam usaha menghentikan pornografi daripada terus meracuni pemikiran generasi muda di negara itu.

"Kerajaan menyasarkan untuk menyekat semua laman web lucah sebelum bulan Ramadan dan kita mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan supaya amal ibadat umat Islam pada bulan mulia itu tidak terganggu selain mengelakkan pemikiran generasi muda rosak dan diracuni dengan perkara yang tidak senonoh," katanya ketika ditemui di pejabat presiden, di sini semalam.

Tifatul menyatakan, sekatan ke atas laman web lucah itu adalah amanah di bawah Undang-undang Pornografi.

Katanya, kerajaan hanya menjalankan tanggungjawab berdasarkan apa yang diatur dalam undang-undang berkenaan.

"Undang-undang terbabit menyatakan bahawa negara wajib melindungi masyarakat daripada kesan negatif pornografi. Umum tahu kesan pornografi boleh merosakkan pemikiran rakyat, jadi kita hanya menjalankan tanggungjawab yang perlu kita lakukan," kata Tifatul.

Bagaimanapun, beliau masih belum menjelaskan secara terperinci jumlah laman web lucah yang akan disekat oleh kerajaan Indonesia.

Tifatul menjelaskan, sekatan terhadap laman web lucah akan dilakukan secara besar-besaran, terutama terhadap laman yang termasuk dalam kategori itu.

"Jika berlaku perlanggaran dikaitkan dengan pornografi, perkara itu sudah ditetapkan dalam Undang-un-dang Maklumat dan Transaksi Elektronik," katanya.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara antara enam hingga 10 tahun bagi mereka yang melanggar peraturan pornografi.

"Rakyat diminta berhati-hati dalam menyebarkan kata-kata dan bahan lucah kerana mereka boleh didakwa di bawah undang-undang anti-pornografi," katanya.

~Agensi

Siapkan segera Hospital Shah Alam


Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak digesa segera mengambil alih projek pembinaan Hospital Shah Alam, kata Khalid Samad.

Gesaan itu ekoran pergaduhan dalaman Sunshine Fleet Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan sub-kontraktor GMH Healthcare yang akhirnya melumpuhkan keseluruhan kerja-kerja pembinaan projek mega bernilai RM482 juta itu.

"Sila siapkan segera, tiada bajet tambahan, tiada tender semula dan tiada pemberian tender secara rundingan langsung," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi khusus pada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya.

Menurut beliau, kemahiran pengurusan dan prasarana pembinaan yang ada pada pentadbiran Najib sebenarnya mampu menyelesaikan projek mega tersebut tanpa tender semula.

Baginya, amalan tender semula sebenarnya tidak menyelesaikan masalah utama, iaitu menyiapkan prasarana kesihatan tersebut yang menjadi keperluan rakyat di Parlimen Shah Alam.

"Sebelum ini, Sunshine Fleet tender 100 peratus kepada Isyoda (sub kontraktor) secara rundingan langsung, gagal pembinaan, ditender semula lagi pada GMH Healtcare ini," ujar beliau di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, Pusat Perdagangan Antarabangsa Shah Alam (WWBC), di sini.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mendesak Datuk Shaziman Abu Mansor meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sekiranya beliau tidak mampu menyelesaikan projek mega tersebut tanpa peruntukan bajet tambah yang sebenarnya datang dari perbendaharaan wang rakyat.

"Kalau tak tahu bagaimana nak selesaikan projek-projek ini, lebih baik letak jawatan," tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua pada 23 Jun lalu mendedahkan bahawa Sunshine mendapat RM31 juta untung bersih hasil rundingan langsung dengan Isyoda atas projek mega di bawah JKR itu.

Bercakap di Dewan Rakyat, Isyoda turut diminta membayar komisyen sebanyak RM46 juta secara persendirian kepada Pengerusi Eksekutif Sunshine, Putri Arafiah Sultan Abdul Aziz Shah.

Difahamkan, GMH Healcare kemudiannya diminta membayar pendahuluan sebanyak RM10 juta pula kepada JKR dalam proses pembidaan semula tender tersebut secara tertutup.

Khalid pada kenyataan yang sama berkata, beberapa proses tender semula itu akhirnya merugikan RM77 juta wang rakyat. Katanya, projek tersebut sepatutnya siap pada Ogos tahun ini.

~harakah

Zunar Saman KDN


Kartunis Zulkifli Anwar Ulhaq atau Zunar bersama dengan penerbit bukunya, Malaysiakini akan memfailkan saman ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mengharamkan buku-bukunya iaitu kartun 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.

Saman itu akan difailkan mereka Isnin, 26 Julai ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. Perkara ini dimaklumkan oleh Zunar dalam satu kenyataannya hari ini. 24 Jun lepas, media menyiarkan kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam yang berkata dua buku Zunar diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

Buku-buku itu adalah 1Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun telah diharamkan.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," Mahmud Adam dipetik sebagai berkata.

Namun demikian, Zunar dalam kenyataan balasnya berkata, beliau tidak akan berhenti dari berkarya sehingga ke titisan dakwat yang terakhir.

“Kerajaan boleh mengharamkan buku saya, kerajaan boleh mengharamkan majalah saya, tetapi kerajaan tidak boleh mengharamkan minda saya. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," kata Zunar.

Ekoran itu, beliau mengambil keputusan untuk menyaman KDN kerana mengharamkan buku dan majalahnya itu. Sebelum diharamkan, empat buah buku dan majalah Zunar telah dirampas oleh polis.

Dua daripadanya berbentuk buku yang tidak memerlukan permit dan dua lagi majalah yang ada permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri.

"Saya sedang bincang dengan peguam dan harap dapat failkan saman dalam masa terdekat," kata Zunar.

Beliau bercadang menamakan polis, KDN dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam kes ini. Ketika dirampas, kata Zunar, polis tidak memberikan sebarang sebab rampasan itu. Katanya, ada juga yang dirampas tanpa sebarang rekod.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam kenyataannya sebelum ini melahirkan rasa kasihan melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketakutan melihat penerbitan kartun-kartun karya kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar.

~harakah

Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor

Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang.

Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286).

Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14.

Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi.

(Gambar: Keputusan pilihan raya lalu di Selangor)

Menurut sumber yang rapat dengan Umno Selangor, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.

Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Datuk Seri Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri. Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir.

Di samping itu, Setiausaha Umno Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Suhaimi Mohd Ghazali juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.

Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.

Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.

Ekoran itu, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.

Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.

Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.

"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.

Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.

"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.

Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.

"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.

Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja.

~MK

Melayu Tonggak Utama Bukan Umno

Oleh : Nash Ar- Rawy

Melayu adalah teras politik Malaysia bukannya Umno . Ini adalah kerana Melayu terpecah kepada dua kumpulan yang terbesar iatu . PAS dan Umno .Mana-mana parti ini , siapa menang pilihanraya adalah menjadi teras atau tonggak politik Malaysia. Contohnya, di Kelantan dan Kedah tonggak yang menguasai politik negeri tersebut adalah PAS bukannya Umno . Bahkan kuasa politik Kelantan di tangan PAS selama lebih 20 tahun .

Ini membuktikan bahawa Melayu lebih selamat tanpa Umno apabila Islam yang memerintah memberikan keutuhan , kesejahteraan dan keadilan untuk ummah dan semua kaum dengan sistem keadilan Islam .

Apabila PAS menjadi tonggak politik Malaysia menggantikan Umno dan Pakatan menggantikan Barisan Nasional selepas PRU 13 nanti, insyaAllah . Orang Melayu tiada perlu bimbang kerana parti pemerintah yang baru adalah PAS/PAKATAN dan Umno/BN akan menjadi Ketua Pembangkang di parlimen seperti yang berlaku kepada Umno di DUN Kelantan, Kedah , Pulau Pinang dan Selangor . Ummah lebih maju , terbela dan selamat daripada kerakusan Umno atau SAUK(selagi ada Umno Kacau).

Bukan hanya Umno sahaja yang boleh memerintah . PAS juga berwibawa dan berkemanpuan serta bersedia untuk memerintah ‘Kelantan yang lebih besar” yakni , menguasai dan menjadi tonggak Kerajaan Persekutuan , Parlimen dan Putrajaya bersama rakannya Keadilan , DAP dan SNAP dalam PAKATAN RAKYAT , insyaAllah ! PAS optimis kali ini.

PAS tiada akan menyelamatkan parti perkauman kebangsaan Melayu Umno itu ; semata-mata kerana hendak menanggung ‘ Biawak Hidup “ yang sarat dengan kezaliman ke atas rakyat, kemungkaran ekonomi, skandal, rasuah, salahguna-kuasa , salah-tadbir , perkauman dan kronisme.

Umno adalah teras kepada kemungkaran yang menguasai negara dan ummah selama ini yang terhimpit dengan permainan politik perkauman dan masih lagi tiada mahu akur bahawa politik perkauman dan penyatuan yang berasaskan kaum dan bangsa sudah di tolak oleh rakyat Malaysia . Buktinya, rakyat Malaysia daripada perlbagai kaum telah menolak calun Umno , MCA dan MIC di dalam PRU 12 .

Namun, UBN masih lagi dengan sentimen perkaumannya seperti kata Nasir Safar orang kuat satu Malaysia PM sendiri dengan retorik beliau Cina dan India adalah pendatang wahal mereka adalah warganegara Malaysia bukannya pendatang asing . Lebih kotor lagi menyatakan Cina itu ‘pelacur’ dan India’pengemis”.

Oleh kerana sentimen perkauman cetusan Umno ini sudah tiada laku , maka lagu perkauman tersebut cuba dimainkan pula oleh Perkasa ambilalih tempat Umno untuk meraih undi Melayu pada PRU13 itu nanti. Ditokok pula dengan Perkasa MCA dan mungkin selepas ini Perkasa MIC.

MIC dan MCA yang sekarang ini berkeceramuk di tolak oleh kaum India dan Cina; yang bakal karam dengan Umno dalam bahtera perkauman UBN itu sendiri pada PRU13 nanti, insyaAllah.
Hanya PAS/Pakatan yang boleh menyelamatkan ummah dan semua kaum di negara ini ; bukan sahaja orang Melayu kerna dasar PAS adalah Islam ; iaitu, “ Rahmatan lil ‘alamiin “ ( Rahmat kepada sekalian alam ) tanpa mengira ras, agama dan ideologi politik . “ Islam Just For All “

PAS sekali-kali tiada akan mengkhianati bangsa Melayu dan rakyat semua kaum kerna hak keistimewaan orang Melayu, raja-raja, Bahasa Melayu , Islam sebagai agama persekutuan dan hak kaum lain dan kebebasan berugama sudah pun sediada dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan . Semua Presiden Parti dalam Pakatan ; iaitu TGHH, Lim Kit Siang dan DS Anuar Ibrahim telah menegaskan berkali-kali akan menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya Umnolah pengkhianat agama , bangsa dan negara kerana menghapuskan Penggunaan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matamatik dan Sains , biasiswa kepada Bumiputra dan penolakan Akta Hudud yang dibentangkan TGHH sebanyak tiga kali di dalam Parlimen .

Bahkan parlimen tiada tahu menahu tentang pengkhianatan Umno kepada negara sewaktu dua telaga minyak yang bernilai RM320 Billion diserahkan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni kedua-dua negara . Tanjung Pagar hilang begitu sahaja kepada Singapura sedangkan itu hak Malaysia ( KTMB ) yang bernilai tinggi dan merupakan warisan negara.

Oleh itu Umno janganlah menjadi tiada siuman bermain dengan isu ‘perpaduan Melayu ‘ dan gunapakai ‘Setan Bisu Judi’ alias Mufti Perak pula kerna orang sekarang sudah tolak dan terima perpaduan Islam yang menyatukan semua kaum di Malaysia ini; di atas teras keadilan Islam untuk semua yang diyakini rakyat berbilang kaum .

Bahkan PAS bisa menjadi teras politik negara kerna terbukti sekitar 20,000 bukan Islam sudah mempunyai dewan mereka sendiri di dalam PAS . Iaitu, DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS . Ini bererti PAS sudah mendahului politik Malaysia dengan menampilkan pendekatan sistem Islam yang adil untuk semua .

Umno masih lagi sempit dengan minda perkauman dan ketinggalan jauh kebelakang ditinggalkan PAS . PAS tiada bisa berkerjasama dengan UMNO, MIC dan MCA yang bernausakan perkauman dan menerima dan istiqamah dengan pakatan politik ( tahaluf siasi) dengan Keadilan, DAP dan SNAP/PAKATAN yang tiada berteraskan perkauman .

STATUS TANAH KG. BARU DITUKAR


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan hampir kesemua tanah di Kampung Baru sudah dikeluarkan hak milik dari senarai Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 ke bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

DPPWP mempersoalkan tatacara penukarkan atau pengeluaran status hak milik tanah di Kampung Baru kerana selama ini semua penduduk di situ dan satu negara tahu bahawa tanah di kampung Baru adalah tertakluk kepada Enakmen MAS 1950.

Kenyataan beliau bahawa enakmen berkenaan juga sudah tidak releven juga amat meragukan kerana tidak ada sebarang rekod pemansuhan Enakmen ini di Parlimen atau di sidang Dun Selangor. Apa hak beliau untuk mengistiharkan ketidakrelevenan enakmen berkenaan. Beliau hanya seorang Menteri senator, dan kuasa Parlimenlah untuk menentukan kedudukan enakmen ini masih releven atau tidak.

Tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur dan statusnya berbeza dengan tanah-tanah rizab Melayu yang lain. Bagi sebarang pemansuhan Enakmen dan akta, ianya perlu dibawa ke parlimen atau dewan yang mula-mula mewujudkannya sebelum diistiharkan sebagai tidak releven atau dimansuhkan.

Apabila Menteri Umno ini menyatakan hampir kesemuanya sudah diletakan dibawah KTN, itu bermakna masih ada lagi yang kekal dibawah Enakmen MAS sekaligus membuktikan bahawa enakmen MAS masih releven.

DPPWP mengingatkan Menteri ini, supaya membuat penafsiran undang-undang dengan betul dan menyatakan fakta sebenarnya kepada penduduk. Penduduk patut tahu bagaimana tanah mereka boleh bertukar status dan apakah jaminan undang-undang bahawa tanah mereka setaraf dengan tanah Rizab Melayu dibawah akta KTN.

Hanya kerana ingin mendesak penduduk mengadaikan tanah mereka untuk projek mega berbilion ringgit, Menteri menghamburkan fakta-fakta yang kucar-kacir. Malah beliau juga baru sahaja menarik balik cadangan 60:40 untuk pembangunan Kampung Baru yang ternyata ditentang hebat ramai pihak.

Dasar yang longgar, persedian dan perancangan yang tidak jelas membuktikan bahawa Menteri ini sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu buat kepada Kampung Baru. Beliau tidak tahu bentuk pembangunan apa yang sesuai, melainkan mahu membeli tanah penduduk dengan harga yang murah dan kemudiannya membina rumah-rumah kondo dan lot-lot perniagaan yang berharga ratusan ribu untuk dijual kepada bukan Melayu dan Pelabur asing.

Tawaran pembangunan oleh Menteri ini sebenarnya belum begitu memuaskan hati penduduk dan DPPWP menasihatkan agar beliau tampil dengan satu perancangan dan penjelasan yang lebih konkrit lagi di masa depan agar hak penduduk Kampung Baru tidak tergadai begitu sahaja.


Herman Samsudeen

Pemangku Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'



Seorang senator dari Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap kerajaan yang merahsiakan butiran kontrak pertahanan negara.

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP berkata, jawapan yang tidak lengkap dan penolakan terus soalan pembangkang di Parlimen, menunjukkan kerajaan tidak telus dan menyalahgunakan label "rahsia rasmi" untuk menyembunyikan kebenaran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini, beliau berkata, kerajaan sering memberi alasan bahawa kontrak pertahanan diklasifikasikan sebagai "rahsia".

"Kami tidak mahu tahu rahsia tentera. Apa yang kita ingin tahu hanyalah prosedur pemberian kontrak pertahanan.

"Lebih penting, ini melibatkan wang kerajaan, wang rakyat. Kita perlu tahu bagaimana ia dibelanjakan," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau merujuk kepada, antara lain, jawapan bertulis Kementerian Pertahanan kepada senator Syed Husin Ali dari PKR hari ini kepada soalannya semalam yang meminta kementerian berkenaan menyatakan nama syarikat yang diberi kontrak pertahanan dan nilai kontrak yang diberikan kepada setiap syarikat.

Dalam jawapan bertulis itu, kementerian berkenaan menamakan 29 syarikat yang diberikan kontrak pertahanan - 15 tempatan dan 14 syarikat asing - tetapi tidak menyatakan nilai kontrak yang diberikan.

Syed Husin, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkat: "Saya menggesa kementerian itu menyatakan jumlah sebenarnya. Dan jika tidak boleh, maka ia perlu menjelaskan mengapa."

Syarikat yang disenaraikan sebagai kontraktor pertahanan untuk pasukan angkatan tentera termasuklah Naval Shipyard Sdn Bhd, Aviation Holding Company Sukhoi, Sarawak Shipyard Sdn Bhd and Geliga Slipway Sdn Bhd.

Malaysiakini/-

Banyak negara sudah tapis Internet


Banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

RWB dalam laporan mereka menjelaskan, kerajaan negara-negara terbabit secara sistematik menyekat aliran maklumat menerusi Internet jika ia didapati boleh menjejaskan kepentingan negara, politik, agama dan moral rakyat.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia.

- KOSMO!

Melayu paling ramai tengok porno?


Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

- KOSMO!

Hati-hati!!! Udang + Vitamin C = Racun!

Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua te man atau orang yang anda sayangi...

Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan limapancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.

Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.

Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , berhuhung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.

Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama.

Kredit - Dila

Khamis, 22 Julai 2010

Dakwaan ‘cinta’ Saiful bersama Farah Azlina Latif hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

~The Malaysian Insider

Kuasa politik baru perlu untuk menggantikan Umno

KUALA LUMPUR, 22 Julai: "Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara."

Demikian maklum balas Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) petang tadi, mengulas rancangan 'Perpaduan Melayu' yang dipopularkan oleh beberapa pemimpin Umno belakangan ini.

Menurut beliau, budaya berpolitik yang diamalkan oleh Umno telahpun tergelincir dari landasan kebudayaan Melayu yang sebenar.

Katanya, perbincangan itu sudah tergelincir dari landasan yang sebenar kerana lebih untuk mempertahankan kepimpinan pemimpin dan parti politik tertentu walaupun mereka diketahui umum mengamalkan rasuah, pecah amanah, tidak menghayati keharmonian kaum dan tutup ruang demokrasi.

Sedangkan, katanya, kekuatan orang-orang Melayu yang sebenar adalah kembali berpegang teguh pada ajaran Islam.

"Kalau nak bincang tentang perpaduan Melayu, mengapa tidak pergi pada kekuatan sebenarnya, iaitu Islam," ujar beliau.

"Kekuatan Islam yang membentuk budaya orang-orang Melayu yang tinggi, tidak suka pada politik murahan dan pinggiran, amanah dan sangat menjaga maruah bangsa dari terjebak dengan politik yang tidak sihat."

Baginya, orang-orang Melayu seharusnya dididik dengan budaya berfikir yang lebih dinamik supaya tidak terperngaruh dengan anasir-anasir tidak sihat ciptaan pihak tertentu yang berkuasa.

Melihat pada kemusnahan budaya Melayu dalam Umno, beliau berkata, orang Melayu tidak perlu menunggu perpaduan Melayu melalui parti perkauman itu demi melakukan perpaduan mahupun perubahan dalam masyarakat.

Sebaliknya, perubahan paradigma dan budaya orang Melayu seharusnya diperkasakan melalui badan bukan kerajaan (NGO) berwajib serta dalam parti-parti alternatif yang popular di kalangan Melayu.

"Perubahan ini tidak perlu Umno, perpaduan atau perubahan ini sebenarnya perlu (kuasa politik) yang lain, perlu dibuat berperingkat di semua peringkat," tegasnya.

Beliau turut menolak formula popular di kalangan pemimpin Umno kononnya orang-orang Melayu seharusnya mendahulukan perpaduan Melayu melalui Umno walaupun segelintir kepemimpinan parti perkauman tersebut dilihat tidak berbudaya Melayu yang sebenar.

"Bukan Umno sahaja yang Melayu," tegasnya.

-harakahdaily

PM splurges RM50k in attempt for US coverage..ha..ha...now u see..!!!

Prime Minister Najib Abdul Razak paid RM50,000 (US$15,000) to a Washington-based political consultant in April this year in an attempt to get an opinion-editorial article written by him published in one of the major newspapers in the United States.

And should the article eventually appear in print, the prime minister will have to fork out an additional RM50,000 as a 'success fee' to the consultant.

azlanThis is revealed in documents filed under the Foreign Agents Registration Act by Quinn Gillespie & Associates (QGA), a top public relations and lobbying firm in Washington DC.

According to the documents obtained by Malaysiakini, QGA was assigned by another consultancy firm, The Laurus Group, to try and convince a major US newspaper to carry Najib's article.

The Laurus Group, an obscure public relations firm whose website is still under construction, had apparently been hired by the Malaysian government to provide 'public relations services' during Najib's week-long trip to Washington DC and New York from April 10 to 16 this year.

Najib, who was accompanied by his wife, Rosmah, met US President Barack Obama on April 12 in Washington. The couple later left for New York where Rosmah was feted and awarded the inaugural International Peace and Harmony Award at a gala dinner attended by a number of top Hollywood stars.

Non-refundable project fee
In the April 14 letter of agreement between the two consultancy firms – QGA and Laurus – it is stated that QGA 'will provide public and media relations services on behalf of the government of Malaysia related to the placement of an opinion editorial authored by the prime minister of Malaysia'.

It added that Laurus would pay QGA a 'non-refundable project fee of US$15,000 for the period beginning April 14, 2010 and ending April 20, 2010'.

NONE'Should QGA succeed in placing the opinion editorial in a major-market print media publication, the client (Laurus), will pay QGA a success fee of US$15,000.

"The success fee shall be paid within 30 days of the date on which the opinion editorial appears in a publication meeting the criteria described above'.

The agreement did not identify the major newspapers which the opinion piece by Najib was to appear in.

It is unclear whether Najib had to pay the full sum of around RM100,000 for the publication of his article. A check on leading US newspapers – Washington Post, New York Times and the Wall Street Journal – indicated that no such opinion piece appeared.

NONEHowever, the Washington Times – a newspaper founded by Unification Church leader Sun Myung Moon – did produce a supplement on Malaysia on the eve of Najib's arrival in the capital city (right).

But this did not appear to be the said opinion piece as Washington Times is not considered a "major-market paper". The payment for the Washington Times supplement could come from other sources.

Interestingly, the offices of both Laurus and QGA are located on the same floor in a building in Connecticut Avenue. Washington, DC.

Rosmah's ad in New York Times
The Laurus Group is also somehow linked to the controversial two-page advertisement in New York Times congratulating Rosmah (below) for her peace award.
NONEOnline news portal Nut Graph has over the past two months reported that New York Times initially said that the advertisement – which cost between RM1 million and RM1.5 million – was paid by the Malaysian government.

But the Times retracted its statement a few weeks later, stating that the advertisement was not paid by Putrajaya.

It, however, has refused to divulge the identity of the individuals who did so.

At the same time, the Business Council for International Understanding which presented Rosmah with the one-time award, also wrote to Nut Graph expressing regret over its 'well-intended gesture of welcome and congratulations' to honour 'Malaysia's First Lady' being turned into a political issue.

Their e-mail communication on the matter was copied to Hank Jones, the chairperson of the Laurus Group, whose name appeared in the letter of agreement between his firm and QGA.


Penggantungan Umno Rantau Panjang Serlah Kelemahan Mustapa Mohamed

MSO:

MAJLIS Tertinggi (MT) Umno akhirnya mengambil tindakan menggantung Umno Bahagian Rantau Panjang ekoran pergeseran Umno bahagian itu yang tidak ada kesudahan. Kemuncak kepada perbalahan itu apabila dua mesyuarat bahagian diadakan oleh kedua pihak yang berbalah. Dengan penggantungan itu Umno bahagian Rantau Panjang kini tidak berfungsi. Ketuanya, sama ada yang sah atau tidak sah tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab parti.

Bekas ketua, Mohd Zain Ismail bersama ketua Puteri, Norhayati Mamat dan bekas Bendahari Ghazali Ismail akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti. Sebelum ini Mohd Zain dan Ghazali telah digantung keahliannya atas tuduhan politik wang.

Ada sedikit kepelikan mengenai keputusan MT itu. Apakah ahli yang digantung boleh dirujuk (ditambah hukuman) dengan dihadap ke lembaga disiplin?

Pergeseran Umno Rantau Panjang melibatkan perbalahan dua puak. Satu puak diketuai Mohd Zain dan satu lagi diketuai Abdullah Mat Yassin. Mohd Zain adalah bekas ketua manakala Abdullah pula ketua yang diangkat oleh Badan Perhubungan Umno apabila Mohd Zain ternafi untuk mengekalkan kedudukannya bila dituduh rasuah.

Jika ingin berlaku adil sepatutnya Abdullah juga dirujuk kepada lembaga disiplin parti bukan hanya Mohd Zain, Ghazali dan Norhayati saja.

Dalam pada itu penggantungan Umno Rantau Panjang itu memberi implikasi langsung kepada Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed. Penggantungan itu mneunjukkan kelemahan Mustapa sebagai ketua. Beliau gagal mencari formula untuk menyelesaikan pergeseran Umno bahagian itu yang didakwanya berlaku sejak 20 tahun lalu. Ini bermakna beliau tidak dihormati oleh Umno bahagian Rantau Panjang.

Dari awal lagi menjelaskan sikap 'klu klik' Mustapa Mohamed dalam menghadapi pergeseran Umno bahagian itu. Beliau begitu pengecut untuk mengunakan kuasanya sebagai ketua lebih bersikap menimbang semua pihak dan mengambil hati. Walhasilnya gara-gara tindakan 'pondon' itu akhirnya Umno bahagian itu terheret ke tali gantung.

Bagaimana pun, dalam masa lain Mustapa nampak berat sebelah dalam bertindak untuk menyelesaikan masalah Umno Rantau panjang. Mustapa lebih cenderong mirip kepada Abdullah Yassin berbanding dengan Mohd Zain dan kumpulannya. Ini mungkin disebabkan Abdullah dilihat selalu berlegar di Putrajaya bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Fatmi Che Salleh.

Katanya sebanyak enam kali ahli jawatan kuasa bahagian Umno Rantau Panjang telah berjumpa dengan Mustapa memberi cadangan agar pergeseran diselesaikan. Namun perjumpaan itu gagal membawa sebarang hasil dan Mustapa tidak pun menunjukkan respon membanggakan ahli jawatan kuasa bahagian. Di sinilah menyerlahkan kebebalan Mustapa sebagai ketua. Kalau dia memahami politik beliau harus bersetuju dan melayan permintaan ahli jawatan kuasa bahagian berkenaan atau pun mengemukakan apa-apa plan damai.

Apa lagi yang menimbulkan kemarahan ahli jawatan kuasa bahagian itu, apabila Mustapa mengatakan isu Umno Rantau Panjang sudah selesai apabila Pegawai Penyelia Mukim (PPM) sudah boleh dilantik. Mustapa tidak sedar bahawa perlantikan itu menyenangkan satu pihak saja dan menyebabkan satu pihak lagi sakit hati. Keadaan inilah menampakkan Mustapa tidak adil dan berat sebelah dan menyebabkan ahli jawatankuasa bahagian merasa mereka dicabar.

Penggantung Umno bahagian Rantau Panjang dan juga tindakan menghadapkan Mohd Zain, Ghazali dan Norhayati, katanya menggembirakan puak Mohd Zain. Tindakan itu sangat dialu-alukan. Walaupun mereka dikenakan tindakan mereka gembria kerana ia akan membolehkan mereka mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya.

Sudah tentu selepas ini mereka akan dipanggil oleh lembaga disiplin untuk mengetahui apa menyebabkan pergeserean berkenaan. Di situlah nanti mereka akan menceritakan dari A sampai Z apa yang berlaku. Pendedahan itu nanti sedikit sebanyak akan tempias kepada Mustapa Mohamed. Mereka tidak akan cuba menyembunyikan fakta yang berlaku kerana usaha secara anak beranak selama ini menemui kegagalan.

Apa yang membimbangkan, ekoran pendedahan itu nanti menyebabkan kedudukan Mustapa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan akan dinilai semula. Kalau ini berlaku ia dikira molek juga kerana selamanya Mustapa tidak layak untuk menjabat jawatan itu. Seperti mana saya katakan sebelum ini Mustapa hanya layak jadi Tok Empat Umno Bahagian Jeli sahaja bukannya memimpin Umno negeri.
Related Posts with Thumbnails