Jumaat, 24 Februari 2012

Anak gesa tarik balik ‘borang durian runtuh’

Khairil Abdul Rahim,
TEMERLOH, 24 Feb: Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberi kata dua kepada pihak Felda sama ada menarik balik ‘pekeliling durian runtuh’ yang diedarkan kepada peneroka atau laporan polis akan dibuat.
Katanya, ini disebabkan timbul keadaan yang amat mengelirukan dan kegelisahan di kalangan peneroka kerana semua dokumen seperti salinan kad pengenalan, geran ladang, rumah digunakan untuk tujuan tertentu.

“Saya banyak terima aduan dalam seminggu ini tentang edaran borang untuk mendapat ‘durian runtuh’ dengan maklumat penting iaitu fotostat kad pengenalan, geran ladang, rumah, status senarai hitam bank dan pewaris.

“Isinya agak berbeza tetapi membawa implikasi yang sangat besar kerana dokumen-dokumen penting boleh dimanipulasi.

“Jadi saya nak minta satu penjelasan siapa yang keluarkan arahan itu? Saya tak salahkan pengurus-pengurus Felda kerana mereka hanya menjalankan arahan daripada pihak atasan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Tambah Mazlan, ini berkaitan dengan janji kepada peneroka.

“Ada pengurus yang janji nak bagi duit tunai RM10,000 ada yang janji dalam bentuk saham. Ini satu harapan kepada peneroka dan bila nak bagi duit mereka tak fikir panjang lalu serah semua dokumen,” katanya.

Katanya, ada beberapa tempat seperti di Jengka 18 peneroka disuruh membuat buku akaun dan agen bank sendiri datang ke balai raya.

“Bagi saya ini akan menimbulkan keadaan yang mengelirukan terutama sebenarnya janji durian runtuh itu tidak wujud sama sekali,” jelasnya.

Mazlan juga berpendapat, ini mungkin juga satu helah di mana akhirnya pihak tertentu akan menggunakan semua dokumen tersebut untuk mereka akhirnya menjustifikasikan peneroka Felda secara majoriti setuju dan menyokong penyenaraian FGVH.

Tambahnya, tidak mustahil secara halus atau pintu belakang mereka menggunakan referendum itu untuk meneruskan penyenaraian dengan paksaan tetapi secara halus.

“Sebab itulah saya sudah beritahu peneroka yang menghubungi saya supaya buat laporan polis kerana ada unsur ugutan, penipuan dan salah guna kuasa.

“Jadi oleh kerana isu ini begitu besar dan melibatkan warga Felda seluruh negara, saya minta surat arahan itu ditarik balik serta merta. Saya nak katakan durian runtuh itu satu pembohongan sebab mesyuarat agung khas (EGM) semalam (kelmarin) pun dibatalkan, KPF tiada kaitan dengan penyenaraian jadi nak dapat durian runtuh dari mana.

“Sebab itu saya katakan durian runtuh itu cerita karut dan yakin ada satu agenda halus yang menjurus kepada mereka nak bina satu keyakinan  sebenarnya yang hendakkan penyenaraian itu kononnya besar dan yang menolak itu kecil,”  tegasnya.

Mazlan tidak menolak usaha itu mungkin ada kaitan dengan kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang mahu Felda disenaraikan juga menggunakan mekanisme yang lain setelah gagal EGM.

Dalam sidang media yang sama, Mazlan mengucapkan syabas kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang berani mengeluarkan kenyataan terbuka dan jelas bahawa bahaya bagi Felda jika disenarai di bursa saham kerana beliau seorang yang berpengalaman dalam ekonomi.

Katanya, kenyataan berani tersebut sangat signifikan dalam hala tuju penyenaraian Felda dan itu jugalah sebenarnya kebimbangan warga Felda selama ini justeru minta Perdana Menteri membatalkan saja usaha penyenaraian itu. ~HarakahDaily

Dr. Mahathir akui balas surat PM Israel

Akhirnya Tun Mahathir mengaku juga beliau pernah mengutus surat kepada PM regim Yahudi, iaitu Ehud Barak..


Namun begitu beliau masih mahu memutarbelit fakta kononnya surat itu adalah jawapan balas kepada Ehud Barak dan sebagai menolak hubungan Malaysia dengan Israel seperti yang diminta oleh pihak Yahudi itu.

Surat ada di bawah.. korang nilaikanlah sendiri adakah surat itu satu jawapan atau satu permintaan?

Baca laporan dari Bernama ini..

Dr Mahathir Akui Balas Surat, Tolak Hubungan Dengan Israel

IPOH, 23 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.

"Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel.

-- BERNAMA


Baca pula surat yang dikirimkan Tun kepada PM Regim Yahudi itu yang Tun katakan sebagai surat balasan kepada Regim Yahudi itu..



Dalam Surat ini Tun Mahathir Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya. Kalau dilihat di dalam surat ini, Jelas sekali Tun Mahathir memohon pertolongan dari PM Yahudi itu untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" berhubung dengan Pilihanraya Umum Malaysia yang akan diadakan tidak lama selepas itu.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Malah Tun Mahathir yang lantang menentang Yahudi ini menawarkan kepada Ehud Barak pendekatan hubungan Diplomatik yang baru kepada Tel Aviv. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, Namun di sini jelas sekali Mahathir menawarkan hubungan diplomatik kepada Israel. Apa semua ini? Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image




Sama atau tidak apa yang dinyatakan Tun Mahathir semalam dengan apa yang telah ditulisnya dulu?

Mungkin dia sudah lupa...

Kalau konag nak baca putarbelit yang lebih hebat, baca laporan Lidah Rasmi UMNO di bawah ni..

Dr. M akui balas surat PM Israel
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

IPOH 23 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui pernah menulis surat kepada dua Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Namun, menurut Dr. Mahathir, surat tersebut adalah sebagai jawapan balas kepada surat yang diutus oleh dua pemimpin Yahudi itu yang meminta Malaysia mengubah pendirian dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

"Ia benar. Saya terima surat daripada Netanyahu dan Ehud Barak dan saya jawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

"Bila dia (Netanyahu dan Ehud) jadi Perdana Menteri, harapan dia kita di Malaysia yang tidak ada hubungan dengan Israel akan ubah pendirian dan adakan hubungan dengan Israel. Saya kata tidak mungkin selagi dia (Israel) ganas macam itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jelajah Keamanan dan 'Waqaf Water 4Gaza' di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang disiarkan di beberapa laman blog bahawa Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Perdana Menteri Israel.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R. Ganesan; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Menurut Dr. Mahathir, beliau masih menyimpan salinan surat tersebut dan mahu ia didedahkan kepada umum tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan.

"Saya tidak tahu kenapa kerajaan tidak benarkan saya siarkan surat itu. Semua surat yang saya tulis kepada orang lain, dia (kerajaan) benarkan," jelasnya.

Mengulas mengenai dakwaan Malaysia mempunyai dagangan dengan Israel, beliau menegaskan negara tidak pernah membeli dan menjual barang kepada negara Yahudi itu.

"Kononnya ada minyak kelapa sawit dihantar ke Israel, kita tidak boleh tentukan. Di zaman dulu pun, kita tidak ada hubungan dengan Afrika Selatan tetapi orang lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

"Kemungkinan minyak kelapa sawit kita dibeli oleh pihak ketiga dan mereka menjualnya kepada Israel. Yang saya tahu, buah pisang kaki masuk di sini tidak tulis ia dari Israel tetapi masuk Singapura dan orang Singapura jual kepada kita," ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong segala usaha memastikan keselamatan Israel, Mahathir berkata, tiada sebab untuk negara menyokong Israel.

Katanya, Israel mempunyai pendekatan yang amat ganas iaitu lebih ganas daripada pengganas dalam tindakan untuk mempertahankan keselamatan negara tersebut.

Tambah beliau, Israel juga tidak mempedulikan segala undang-undang antarabangsa dan ia dapat dilihat daripada tindakan rejim Zionis itu mengebom Iraq dan Mesir sebelum peperangan dan pembunuhan sembilan aktivis Turki di atas kapal 'The Spirit of Rachel Corrie' di perairan antarabangsa.

Dalam isu berkaitan, Dr. Mahathir berkata, walaupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar dalam isu Israel, Mursyidul Am Pas itu tetap menyokong Ketua Pembangkang itu.

"Jadi, kalau kita sokong seseorang dengan pendapat tertentu, jadi kita sokong pendapat itu juga," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Mahathir selaku Presiden PGPF menerima sumbangan wakaf, 'Waqaf Water 4Gaza' berjumlah RM282,158 daripada kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan serta parti politik dan swasta di Perak.

Jabatan-jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan tanah serta swasta menyumbangkan RM122,158, kerajaan negeri dan UMNO Perak masing-masing RM50,000, MCA Perak (RM20,000) dan MIC Perak, Parti Gerakan Perak, Parti Progresif Penduduk (PPP) serta Majlis Sukan Negeri serta badan-badan sukan negeri masing-masing menyumbangkan RM10,000.

10 Perang Amerika Syarikat Yang Dimulakan Dengan Pembohongan


Jika diteliti, setiap peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador. Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.

Media akhbar arus perdana mencerminkan kempen propaganda untuk perang Amerika Syarikat yang akan datang. Mari kita imbas tentang kisah berapa kali Amerika Syarikat dan talibarut media yang sama telah dimanipulasikan. Setiap perang yang tercetus adalah satu dari hasil penipuan besar-besaran. Berikut di bawah senarai pendek pembohongan besar oleh media berkaitan peperangan.

Hasil perang yang diingini 'mereka'

1. Perang Vietnam (1964-1975)

Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.
Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.
K
esan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.


Kawasan semburan Agent Orange








Kecacatan genetik disebabkan Agent orange

2. Perang Grenada (1983)

Pembohongan Media : Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.
Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.
Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata 'Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita'.
Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.

3. Perang Panama (1989)

Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.
Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US

A
nalisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama..
Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).
Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.

4. Perang Iraq (1991)

Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).
Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.
Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq

Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.
Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.

5. Perang Somalia (1993)

Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.
Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.
Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.




Kesan perang terhadap rakyat Somalia

Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.

6. Perang Bosnia (1992 - 1995)
Tahanan perang Bosnia di Kem Manjaca

Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan 'kem-kem penghapusan Serbia'.
Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia  Itzebegovic mengakuinya.
Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.
Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).


Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.
Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.
Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.
Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.



Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.
Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.
Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.
Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.

9. Perang Iraq (2003)

Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.
Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam

Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.
Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.


Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.
Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).
Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.
Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.

Kesimpulan

Bagaimanapun, setiap peperangan didahului dan dibenarkan oleh penipuan kempen media besar-besaran. Dan kita jauh daripada sumber cerita yang sebenarnya. Jangan kita mempercayai bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media. Kerana mereka sedang berurusniaga. Kekayaan dapat membeli 'cerita' dan didendangkan dengan menarik untuk tontonan semua.

Dr Asri: Bila pula Sultan jadi bayangan Allah?


Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Minggu ini saya kembali ke Oxford, United Kingdom setelah beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai.

Bahang pilihan raya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semasa seminar Islam dan Eropah di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), baru-baru ini, pengarahnya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami. Beliau memberi pandangannya tentang Malaysia.

Katanya, betapa beliau tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.

Berkaitan fenomena pilihan raya juga, beberapa hari lalu saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan kenyataan “Raja adalah bayangan Allah di bumi”.

Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu.

Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu – “al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi – bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme Melayu dengan hadis tersebut.

Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Moroko? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?

Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan, bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa Melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini.

‘Negara Pasir Berdengung’

Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Do Re Mi arahan allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan, ataupun mungkin boleh mendekati sahih.

Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif (bermaksud):

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (Hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/ no 1664.)

Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat.

Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.

Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut (bermaksud):

“Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya.”

Saya bimbang menjelang musim berkempen ini akan ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kemudian, di negara Arab, hanyalah negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan.

Hanya Brunei yang sesuai. Jangan sampai begitu pula tafsiran kita.

Apakah maksud al-Sultan?

Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa.

Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apa pun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’.

Kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.

Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik.

Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, perdana menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya.

Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya.

Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka, apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?

Bayangan Allah

Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi.

Ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:

“Khalifah itu dari bermaksud (segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya. Yang dimaksudkan dengan khalifah dalam ayat ini adalah Adam AS kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya.

“Demikian sekelian nabi yang Allah utuskan mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan keperluan mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka.” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/64).

Makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Bukan bermaksud kesucian penguasa sehingga tidak boleh dibahas dan dipertikaikan. Sama sekali tidak!

Sebab betapa ramai manusia ini yang Allah tabalkan menjadi khalifah telah melakukan kerja yang sebaliknya. Apakah kita tetap mempertahankannya atas nama khalifah Allah?

Justeru al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “al-Sultan bayangan Allah di bumi”, beliau berkata:

“Kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”.

Ya! Demikianlah tugasan penguasa!

Kepentingan politik

Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai a movement towards the separation of religion and government.

Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti.

Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.

Sultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan.

Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan.

“Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku."(Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu pentafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan Rasul-Nya.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Beliau kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford.

Khamis, 23 Februari 2012

Sabah sebenarnya paling miskin - Husam

Rizal Tahir,
KOTA BHARU: Pakatan Rakyat akan menumpu strategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini dan bukannya untuk mendedahkan negeri mana yang paling miskin.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata pendedahan terhadap negeri mana yang paling miskin membuktikan kegagalan sebagai pemerintah.

Beliau berkata demikikan kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tuan Razak yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin di negara ini sewaktu berucap di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

“Dalam PAS, di mana saya selaku Pengerusi Menifesto Pilihanraya, tugas kami bukan untuk mendedahkan negeri mana paling miskin sebaliknya bagaimana mengurangkan kemiskinan,”ujarnya.

Beliau juga turut menolak kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin memandangkan isu itu sudah lama dijelaskan.

“Saya sebenarnya sudah jemu untuk memberi fakta berhubung perkara ini.

“Waktu mesyuarat di Jabatan Perdana sendiripun fakta-fakta yang jelas telah dikeluarkan berhubung kedudukan tahap negeri di negara ini.

Menurut Husam kenyataan Perdana Menteri berupa satu penghinaan terhadap negeri dan rakyat Kelantan disamping bertujuan politik.

Tambahnya, pada masa yang sama untuk menyedapkan rakyat Sabah kononnya negeri itu kaya walhal mereka negeri paling miskin di negara ini.

“Selain Sabah, turut disenaraikan paling miskin Sarawak, Terengganu. Malah Kelantan menduduki tempat keenam dari atas,”ujarnya.

Ekoran kenyataan Perdana Menteri, Husam turut menempelak Najib yang telah menjadi wakilrakyat hampir 30 tahun tetapi gagal membawa agenda pembaharuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

“Saya rasa ada sesuatu yan tidak kena dengan pendekatan itu.

“Malah baru ni pun Perdana Menteri sendiri menyampaikan bantuan zakat dalam Parlimen Pekan, selepas jadi Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, Menteri Besar, menteri dan kini Perdana Pernteri, tetapi masih menyampaikan zakat dalam parlimen sendiri,”ujarnya.

Tambahnya, ini menunjukkan Najib gagal mengatasi masaalah kemiskinan di tempat sendiri apa lagi Malaysia.

Penyenaraian FGVH: Tindakan ketepikan KPF mengorbankan kepentingan peneroka

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli. — Gambar fail
PETALING JAYA, 23 Feb — PKR menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk mengetepikan penyertaan Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada proses penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) akan mengorbankan kepentingan kakitangan dan peneroka Felda seluruh negara.

Pengarah Strategik parti komponen Pakatan Rakyat itu, Rafizi Ramli berkata hari ini cadangan Pengerusi KPF, Tan Sri Isa Samad untuk menubuhkan sebuah syarikat khas (SPV) bagi menggantikan KPF bagi
tujuan penyenaraian akan mengambil alih fungsi KPF secara perlahan-lahan dan tindakan itu jelasnya, bertentangan dengan undang-undang dan mengkhianati peneroka serta kakitangan Felda.

"Kerajaan BN memerlukan persetujuan KPF yang menguasai 51 peratus pegangan sahan Felda Holdings Berhad untuk memindahkan keseluruhan pegangan kepada FGVH.

"Jika penyenaraian itu dilakukan tanpa penglibatan Felda Holding, nilai penyenaraian akan menjadi jauh lebih rendah iaitu sekitar RM3 bilion sahaja, bukannya RM21 bilion seperti dicanangkan kerajaan. Ini bermakna, keuntungan penyenaraian akan jauh berkurang dan dividen yang akan diperoleh peneroka adalah jauh lebih rendah.

"Oleh itu, PKR melihat, durian runtuh yang dijanjikan kepada peneroka yang dianggarkan bernilai RM20,000 itu satu penipuan," tegasnya.

Tambah Rafizi, pihaknya juga akan meminta kerjasama daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi menyiasat dan memastikan tidak berlaku sebarang suntikan aset Felda Holdings yang mencurigakan daripada SPV yang dicadangkan Isa Samad.

"Felda Holdings adalah penyumbang terbesar keuntungan kumpulan Felda, bukan FGVH. Rancangan jahat BN adalah untuk memindahkan syarikat dan aktiviti perladangan Felda Holdings yang dimiliki peneroka dan kakitangan Felda kepada FGVH yang dimiliki kerajaan.

Melalui cara ini, jelas Rafizi, kuasa dan suara peneroka akan berkurang, lebih-lebih lagi apabila kerajaan menjemput pelabur lain untuk membeli saham FGVH.

"Anggaran PKR menunjukkan pegangan peneroka dan kakitangan Felda dalam aktiviti Felda Holdings akan berkurang kepada 42.7 peratus, - daripada 51 peratus pegangan majoriti akan menjadikan mereka pemegang saham minoriti selepas syarikat itu disenaraikan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Felda semalam mengumumkan akan membentuk SPV bagi mengambil alih pegangan majoriti FGVH selepas lapan peneroka menghalang KPF daripada menyuntik aset ke dalam syarikat itu melalui penawaran awam (IPO).

Pengerusi Felda itu berkata, SPV itu akan memelihara kepentingan 112,000 peneroka, malah, beliau turut menyalahkan pembangkang kerana menghasut peneroka menentang  penjualan 51 peratus pegangan saham di dalam Felda kepada FGVH.

Bagi menyelesaikan perkara itu, Rafizi berkata, pihaknya sedia bersemuka dengan Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bagi memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

"PKR bersedia membentangkan hujah-hujan dan analisa kenapa penyenaraian ini tidak baik demi kepentingan peneroka dan kakitangan Felda.

"Kami ingin melontarkan jemputan debat, ataupun forum kepada mereka untuk membincangkan perkara ini supaya masyarakat Felda jelas akan maksud sebenar penyenaraian ini," katanya lagi.

Selasa, 21 Februari 2012

Umno Guna Wang Rakyat RM2.71b Untuk Jatuhkan PR Selangor


SHAH ALAM, 21 FEB : Pemberian dana dari wang rakyat sebanyak RM2.71 billion oleh Kerajaan Pusat kepada Umno Selangor Disember lepas dilihat sebagai satu usaha bersungguh mereka untuk menawan Negeri Selangor, ulas Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar, Dr. Badrulamin Bahron.

Tindakan terdesak itu dilihat sebagai satu usaha tidak bermoral pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk 'membeli' undi rakyat Selangor pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.


"Tindakan membeli rakyat dan memperkayakan pemimpin-pemimpin Umno ini saya anggap satu tindakan yang kolot, sombong dan angkuh sekali. Mereka anggap rakyat mudah dibeli dengan wang ringgit serta sogokan.


"Namun Najib lupa bahawa rakyat Selangor kini sudah bangkit bukan kerana kemiskinan atau mahukan duit tetapi rakyat bangkit kerana mereka sedar Umno itu zalim dengan segala penipuan dan pengkhianatan selama lebih 50 tahun memerintah," ujar Badrulamin.


Bagaimanapun, Badrulamin menyatakan rakyat Selangor khususnya sudah mula membuka mata dan sedar kerajaan mana yang harus mereka beri kepercayaan mentadbir negeri ini.


"Rakyat boleh lihat tiga kejayaan besar Kerajaan Pakatan antaranya hutang negeri yang sudahpun dilunaskan sepenuhnya dan tabungan negeri yang kini hampir mencecah RM 2 billion.


"Malah, lebih RM1,000 juta sudah diagihkan kepada rakyat melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan pemberian air percuma, khairat kematian, hadiah anak masuk IPT, Skim Kesihatan Wanita dan sebagainya yang diberikan secara berterusan dan bukan sekali bagi sahaja," beritahu Badrulamin yang dihubungi melalui panggilan telefon.


Selain itu, Badrulamin turut mempersoalkan sumber wang yang disalurkan kepada Umno Selangor itu.
"Dengan hutang isi rumah negara yang mencecah RM577 billion, saya kira ini merupakan wang hutang lagi yang mana perlu dibayar oleh rakyat seluruh negara, bukan sekadar rakyat Selangor.


"Bukan Umno yang akan melunaskan segala hutang ini sebaliknya rakyat dari muda sampai yang tua. Cukai, harga barang, tarif elektrik, minyak, tol semua ini akan naik untuk menampung beban hutang tersebut," jelas Badrulamin sambil menambah rakyat perlu berhati-hati dengan permainan wang Umno.

Selangor bukti PR mampu tadbir lebih baik

MELAKA, 21 Feb: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan lebih baik daripada Umno/BN melalui pencapaian hasil negeri yang berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.

(Tan Sri Khalid Ibrahim berucap di majlis makan malam di Sebatu, Melaka.)

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pencapaian kerajaan Selangor melalui penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011 lebih baik daripada 40 tahun lalu di bawah pemerintahan Umno/BN.

"Penyata kewangan Selangor lebih baik daripada 30 tahun atau 40 tahun lalu di bawah Umno/BN, kalau dulu 2005 rezab Selangor RM400 juta manakala pelaburan RM300 juta dan jumlah keseluruhan hasil RM700 juta.


"Tapi penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2011 merekodkan rezab Selangor kini sebanyak RM1 bilion dan jumlah keseluruhan hasil RM1.9 bilion.

"Walaupun kita beri kebajikan kepada rakyat hasil negeri lagi meningkat maknanya lagi kita beri kebajikan, rakyat doa lagi kaya negeri kita," kata Khalid.

Beliau menjelaskan pemberian air percuma merupakan salah satu kebajikan kepada rakyat bukannya rasuah seperti yang dimomokkan oleh Umno/BN.

Tan Sri Khalid berkata bahawa Negara Berkebajikan tidak akan bangkrap sekiranya ditadbir dengan baik, telus, adil dan tiadanya penyelewengan.

"Skim warga emas kalau meninggal kita beri kepada warisnya RM2,500 dan Tabung Warisan Anak Selangor di mana kita belanja RM700 juta setiap tahun malah ada lebih RM1.9 bilion lagi.

"Dulu sebelum PRU 2008 ianya adalah cerita harapan kita tapi sekarang ianya sudah menjadi kisah benar bukan harapan lagi dan rakyat telah merasai pelbagai kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.

Anwar sepatutnyta berdebat dengan Ibrahim Ali - Syed Hassan


KUALA LUMPUR, 21 Feb — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menegaskan tidak wajar untuk pembangkang mengheret Datuk Seri Najib Razak berdebat semata-mata mahu memberi publisiti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali, Anwar yang juga Ketua Umum PKR sepatutnyta berdebat dengan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu Datuk Ibrahim Ali.

“Adalah tidak wajar mengheret perdana menteri ke pentas politik murahan untuk memberi publisiti kepada Anwar. Tidak ada keperluan untuk Najib melayan hasrat karut Anwar.

“Anwar perlu berdepan dengan presiden Perkasa dulu berdebat berhubung sokongannya kepada Israel kerana rakyat mahu lihat apa motif beliau menyokong Yahudi,” katanya dalam satu kenyataan.

Desakan agar debat antara Najib dan Anwar diadakan semakin hebat selepas debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng minggu lepas.

Pelbagai pihak tampil memberikan pendapat dan galakan, tidak kurang yang menghalang, yang rata-ratanya ahli Umno, terhadap cadangan debat kedua-dua pemimpin tersebut.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberi bayangan bahawa peminpin Umno bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat, dan rakan sejawatannya dari Pakatan menyahut seruan itu.

Bagaimanapun Najib, Presiden Umno setakat ini enggan untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar.
Anwar telah berulang kali menjemput Najib untuk sesi debat terbuka dan mencabar beliau berbincang berkenaan polisi dan hala tuju kerajaan.

“Elok berdepan dengan Ibrahim sesuai namanya Anwar Ibrahim sama-sama dari kem Kemunting.
“Maka barulah dikatakan debat buku dan ruas,” tambah Syed Hassan.

13 FORMULA Pemakanan Genius2 Islam Silam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.

Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.
Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shifa ‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca
oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari.”
8 ) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaik darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. Memudahkan penghadaman serta membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
10) DAGING BIRI-BIRI/KAMBING
Daging mengandungi banyak khasiat. Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa
daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
11) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.
12) ZA’FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
13) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Isnin, 20 Februari 2012

Felda Bakal Jadi Milik Asing?

Telah banyak yang ditulis berkaitan penyenaraian Felda. Di sini Tulang Besi ingin menyatakan sedikit kefahaman Tulang Besi berkaitan isu ini supaya boleh dikongsi bersama:
1.0 Sejurus sebelum penyenaraian, semua warga Felda akan ditawarkan peluang membeli saham yang bakal disenaraikan itu. Sesiapa yang ada duit, bolehlah membeli saham tersebut.

2.0 Pada waktu yang sama, mereka yang bukan warga FELDA juga akan ditawarkan peluang membeli saham juga.(Baca KRONI2 UMNO)

3.0 Soalnya sekarang ini, apakah yang akan menghalang kroni2 ini dari menjual saham2 mereka kepada syarikat2 asing seperti syarikat2 dari Jepun, Korea atau Singapura?

4.0 Penjualan saham kepada syarikat2 asing ini jalan paling mudah untuk membuat untung di atas angin yakni wang yang sangat2 diperlukan oleh UMNO bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 kelak

5.0 Najib ke hulu ke hilir menjaja kononnya peneroka akan mendapat durian runtuh. Namun sehingga hari ini, Najib tidak berani memberi berapa jumlah wang yang akan diterima oleh setiap peneroka serta ahli keluarga mereka.

6.0 Apabila tersenarai di pasaran saham, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan wang dan membeli saham2 FELDA. Ertinya, dalam 10-20 tahun lagi, FELDA akan boleh bertukar kepada sebuah syarikat komersial yang bertujuan menjana keuntungan bagi pemegang2 saham semata-mata.
6.1 Di kala itu, FELDA tidak lagi menjadi badan yang menjaga kebajikan orang Melayu

7.0 Asal FELDA adalah menjaga kebajikan peneroka2 yang majoritinya bangsa Melayu. Selepas penyenaraian, ia akan menjadi badan memberi keuntungan kepada kroni2 dan pemilik2 asing.

8.0 Tokoh UMNO yang begitu kuat mempertahankan penyenaraian FELDA adalah Ahmad Maslan. Sehingga sanggup membaling Buku Jingga ke dalam tong sampah hanya kerana Pakatan Rakyat mahu mengembalikan tanah2 yang diterokan balik kepada peneroka?
KESIMPULAN: Seperti mana isu Kampung Baru, FELDA adalah salah satu contoh bagaimana UMNO menggadai hak bangsa Melayu demi mengkayakan segelintir kroni2 yang rapat dengan pemimpin2 orang Melayu serta ahli2 keluarga mereka.

Anak cucu kita selepas ini akan hidup merempat kerana segala tanah yang selama ini digunakan untuk mendapat hasil akan diambil alih demi mengakayakan beberapa ekor kroni.

Tulang Besi

Warga Israel Boleh Masuk Ke Malaysia



MUNAFIK!! itulah perkataan yang paling sesuai buat pemimpin-pemimpin UMNO yang mendakwa Malaysia tidak pernah mengiktiraf negara haram Yahudi iaitu Israel..


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan media menggesa agar kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kenyataan mereka sebelum ini yang kononnya tidak mengiktiraf Israel.

Beliau berkata, walaupun tiada hubungan diplomatik secara rasmi dibuat, tetapi dengan membenarkan kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997 membuktikan bahawa Malaysia memberi pengiktirafan secara tidak langsung.

“Kerajaan Umno dan BN perlu minta pada seluruh rakyat Malaysia kerana secara tak langsung mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Ia berdasarkan, pertama, kehadiran pasukan kriket yang mana pada waktu itu saya ditahan dan dibicara.

"Kedua, dengan membenarkan mereka masuk seperti kehadiran kapal-kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan kita iktiraf mereka. Jadi mereka perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Palestin," katanya - Sinar Harian

Bukan itu saja kenyataan dari Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot ini juga membuktikan dalam diam kerajaan UMNO/BN memberi pengiktirafan secara tidak langsung kepada negara haram yahudi iaitu Israel..

"Dasar Malaysia memang kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu hubungan bilateral. Walau bagaimanapun, kerajaan dari masa ke semasa boleh melonggarkan untuk warga Israel untuk hadiri mesyuarat dan penyertaan dalam aktiviti sukan tapi dengan syarat tertentu,

Selain kejohanan sukan, rakyat Israel juga dibenarkan ke negara ini untuk menghadiri mesyuarat atau persidangan yang bersifat antarabangsa.

''Memang Malaysia tidak mempunyai hubungan dua hala dengan Israel, tetapi ada kelonggaran diberikan kepada rakyat negara itu untuk memasuki negara ini berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya .

Antara syaratnya ialah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri, Aktiviti yang disertai mereka tidak boleh diberi publisiti oleh media tempatan dam mereka dijemput oleh penganjur program.

Bagaimana boleh dikatakan Kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO tidak mengiktiraf negara haram tersebut sedangkan dalam masa yang sama membenarkan warga negara haram itu memasuki Malaysia?

Photobucket
Photobucket

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan…‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

KAPAL ISRAEL BERULANG ALIK KE MALAYSIA



Ashdod dan Haifa Israel ke Pelabuhan Klang Malaysia


Haifa Israel ke Pelabuhan Klang Malaysia


Ashdod Israel ke Pelabuhan Klang Malaysia


Ashdod Israel ke Pelabuhan Tanjung Pelepas Malaysia

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia


20 Febuari 2012

Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia. Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Kelang di Selangor.

Terdapat juga laluan perdagangan lain antara Israel-Malaysia termasuklah melibatkan beberapa pelabuhan utama kedua-dua buah negara yang kononnya tidak mempunyai hubungan diplomatik ini. Antaranya ialah Haifa(Israel)-Pelabuhan Klang, Ashdod(Israel)-Pelabuhan Klang dan Ashdod(Israel)-Tanjung Pelepas dan Ashdod(Israel)- WestPort Klang.

Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.

Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. (klik sini untuk baca lanjut). Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno.

SAMM bagi pihak rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin masih menuntut jawapan dari regim mengenai pendedahan Malaysia menghantar sawit bagi membantu ekonomi Israel. (klik sini untuk data).


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Enam wanita separuh bogel ditahan




KUALA LUMPUR: Enam wanita separuh bogel yang asyik menari tiang di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, terkedu sebaik diserbu pihak berkuasa awal pagi kelmarin.

Kelab malam yang baru dibuka sekitar sebulan lalu itu dilaporkan turut menjamu 'gadis dalam kandang' sebagai daya tarikan kepada pengunjung yang melanggani pusat hiburan tersebut.
Dalam operasi yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) sekitar 1.30 pagi itu, enam penari wanita yang ditahan itu adalah warga tempatan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Timbalan Superintenden Azman Mat Isa, berkata konsep tarian tiang semakin menjadi perhatian sehingga membuatkan pemilik premis menyediakan khidmat itu bagi menarik ramai pelanggan.
'Ketika serbuan, semua penari wanita itu hanya memakai coli dan berseluar dalam serta asyik mempamerkan aksi ghairah kepada pengunjung selama 15 minit bagi tiga persembahan berbeza iaitu 10.45 malam, 11.45 malam dan 1.30 pagi,' katanya.
Malah, untuk menambah kehangatan, mereka turut menari dengan ghairah dalam dua kandang besi khas bersebelahan pentas yang merupakan tarikan terbaru kelab berkenaan.
Timbalan Superintenden Azman berkata premis itu tidak memiliki lesen perniagaan yang sah atau permit sebagai pusat hiburan.
'Dalam Ops Noda ini, polis memeriksa seramai 117 pengunjung dan 61 daripada mereka adalah bawah umur.
'Daripada jumlah itu, 25 adalah lelaki serta 36 wanita. Kami dapat mengesan ada di antara mereka yang ditahan itu masih bersekolah, khususnya di tingkatan lima,' katanya.
Kesemua pengunjung bawah umur itu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk dijamin ibu bapa masing-masing.Kelab tersebut pula akan disaman kerana melakukan pelbagai kesalahan.
Related Posts with Thumbnails