Ahad, 20 Jun 2010

Polis Malaysia Kejam - PBB


Polis Diraja Malaysia PDRM dinilaikan sebagai kejam dalam menangani masaalah tertuduh ketika dalam tahanan. Pendapat ini disampaikan oleh Pegawai HAM PBB yang meninjau keadaan para tahanan PDRM di Malaysia.

"Penyiksaan seolah sebagai satu prosedur standard ketika dalam tahanan. Keterangan ini diperoleh dari para tahanan yang ditemui oleh pasukan PBB itu semasa dalam kunjungan nya ke Malaysia," kata El Haji Malik Sow, Ketua Delegasi HAM PBB, Jumaat (18/6/2010) di Kuala Lumpur.

Para tahanan yang disiksa kebanyakan nya berkesalahan yang berkait dengan subversif, rusuhan, imigresyen, "Sebahagian tahanan mengaku dipukuli, ditendang, ataupun disiram air kotor," kata El Haji Malik Sow lagi. selaku ketua delegasi itu.

Beberapa tahanan ada yang dikurung dan dibiarkan kelaparan. Sebagian besar tahanan tidak diberikan kesempatan menghubungi keluarga atau peguam bela.

Sejumlah anggota polis turut terlibat dalam pembunuhan seorang fotomodel Mongolia yang diberitakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang di Malaysia. Fotomodel itu dihancurkan mati dengan kekuatan bom teknoloji tinggi C4.

Kes yang diduga berkait dengan pemberian ‘bawah meja’ dalam urusan pembelian kapal selam Perancis yang dilakukan Pemerintah Malaysia beberapa tahun lalu itu kini telah hilang dari pemberitaan.

Apa kesah dengan Anwar Ibrahim semasa ditahan, yang dilanyak oleh Ketua Polis sendiri.

Pihak Komisi HAM PBB, mengambil keterangan dari para tahanan dan mengatakan yang mereka lebih suka memilih berada di penjara lagi daripada berada dalam tahanan polis ataupun imigresyen dinegara ini.

Delegasi dari HAM PBB datang diatas undangan kerajaan Malaysia yang berusaha melakukan perubahan bahagian perundangan.

Raja Azahar Abdul Manap, seorang pegawai di Jabatan Dalam Negeri Malaysia, mengatakan, kerajaan berusaha memperbaiki kondisi tahanan. – komp/Reuters


Related Posts with Thumbnails