Sabtu, 7 Ogos 2010

Zaid: Petisyen ditolak untuk elak PM diheret

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim tidak hadir di mahkamah tinggi Rabu lalu untuk mendengar keputusan petisyennya mencabar keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana telah menjangka permohonannya itu akan ditolak.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata apabila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya iaitu tiga hari kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak atas alasan teknikal (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaraan sepenuhnya, di mana segala butiran dan keterangan yang ada dan saksi akan dikemukakan), ini bermakna permohonan itu tidak akan berjaya.

"Alasan yang diberi ialah saya tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun “bribe” tersebut. Nama mereka ada, dan kita akan ketengahkan saksi yang kita ada semasa perbicaraan.

"Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak.

"Apa perlu tolak awal-awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi 'The Great PM' daripada disoal oleh peguam kami. Pada mereka mana boleh PM datang ke mahkamah," kata Zaid.

Kata beliau lagi, terdapat pelbagai macam rasuah pilihan raya umpamanya apabila aduan dibuat secara spesifik bahawa calon A menawarkan wang kepada B dan C untuk mengundinya, memang akan disenaraikan dalam petisyen nama B dan C.

"Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes 'general bribery' yang mustahil dapat kita senarai semua nama mereka yang ditawarkan wang tersebut.

"Mengikut keputusan ini, katakanlah kalau Perdana Menteri memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihan raya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, beliau berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa yang mahu membawa kes itu ke mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta penduduk Sarawak!" kata Zaid.

Menurut beliau mahkamah mahu pihak yang membawa permohonan mesti membuktikan mereka yang menerima rasuah ini, dalam kes ini rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka mengundi BN.

"Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini. Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti 'Kamu undi siapa semasa pilihan raya?' tidak dapat disoal semasa perbicaraan kerana undi itu sulit.

"Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu tetapi hakim terus menetapkan syarat sedemikian," ujar beliau.

Tambahnya, pihak beliau juga telah dipersalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

"Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal," kata Zaid.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk membuat rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan memandangkan keputusan sama akan diberikan.

Beliau juga tidak berniat meneruskan tindakan susulan kerana tidak tidak mahu membuang masa peguam-peguamnya - Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman mereka secara percuma.

Mahkamah Tinggi menolak petisyen pilihan raya Zaid dan mengesahkan bahawa, P Kamalanathan dipilih secara sah sebagai ahli parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil April lalu.

Keputusan dibuat oleh hakim Datuk Azhar Mohamed selepas membenarkan bantahan awal Kamalanathan bagi membatalkan petisyen Zaid.

Minuman Ribena Mengandungi Arak??


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

Jumaat, 6 Ogos 2010

Sistem Kehakiman Negara Ketinggalan Zaman. Laksanakan Sistem Juri

GreenBoc |

Keputusan Mahkamah Rayuan Sahkan Teori Konspirasi Umno-BN Terhadap Anwar

Keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur bagi membantu pembelaannya dalam perbicaraan Fitnah II, membuktikan kes ini tidak lagi mengambil pendekatan undang-undang, tetapi bertindak di luar amalan perundangan Malaysia dan negara Komanwel serta sekali gus mengesahkan teori konspirasi.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menjelaskan mendapatkan bahan bukti adalah asasi pihak yang dituduh dan keputusan mahkamah mencerminkan prinsip ini telah dinodai.

Apatah lagi permohonan Anwar dibuat selaras dengan peruntukan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah yang dipinda pada 2006 yang membenarkan pendakwaan mendedahkan bukti kes secara automatik sebelum perbicaraan.


"Tidak pernah terjadi sebelum ini pihak pembelaan dinafikan hak ke atas dokumen berkaitan sedangkan ia merupakan prinsip asas, iaitu pihak yang didakwa mempunyai hak penuh untuk membuat pembelaan sebaik mungkin.

"Ada wujud satu pepatah perundangan yang mengatakan 'Adalah lebih baik melepaskan sepuluh orang yang bersalah, daripada menghukum seorang yang tidak bersalah,'" kata beliau.

Yusmadi menjelaskan, mahkamah sepatutnya memberikan 'benefit of doubts' atau 'keraguan pertuduhan' kepada mereka yang didakwa kerana keraguan yang muncul sepanjang perjalanan kes tersebut memungkinkan kes ini digugurkan.

Tegas beliau perkembangan yang berlaku dalam perbicaraan tersebut setakat ini secara jelas mengesahkan teori dan persepsi wujudnya konspirasi untuk menjatuh dan mencemar karier politik Ketua Umum KEADILAN itu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner hari ini menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan nota perubatan daripada tiga doktor HKL. -SK


Rayuan Anwar untuk nota perubatan ditolak

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan panjang berhubung takat bidang kuasa.

"Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif.

“Justeru, kami menolak rayuan itu,” katanya

Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu menolak permohonan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor yang terlibat.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu.


Beliau meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, emel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Selain itu, peguam Anwar juga mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Dr Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam dan pakar patologi forensik Dr Siew.

Semasa pemeriksaan utama, Dr Mohd Razali mengesahkan berlaku penetrasi zakar berdasarkan laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada empat kapas kesat yang diambil daripada Mohd Saiful.

Anwar juga gagal bagi mendapatkan dokumen utama termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi semakan keputusan Mahkamah itu yang tidak menyebelahinya pada 2 Februari tahun ini.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan. -mk


Ulasan GB

Sistem kehaikman yang digunakan di negara ini sudah ketinggalan. Laksanakan sistem juri. UMNO BN takut untuk melaksanakan sistem juri kerana mereka tidak akan dapat memperkudakan institusi kehakiman negara lagi nanti.

"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” kata duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal - akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka.

"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.

Hubungan romantis: Saiful, Farah diminta beri keterangan

Perbicaraan liwat II menjadi semakin 'panas' apabila pihak pembelaan kini cuba memaksa timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif dan pengadu yang diliwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan ke kandang saksi berhubung 'hubungan romantis' mereka.

Peguam utama pihak pembelaan, Karpal Singh berkata permohonan akan dibuat apabila hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan pendakwaan berkenaan.

Tindakan itu diambil berikutan jawapan dalam bentuk afidavit oleh pihak pendakwaan tidak menyentuh berhubung kebimbangan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Farah Azlina dan Mohd Saiful menjalinkan hubungan romantis.

Pada Isnin lalu, Karpal mencabar kedua-dua mereka memfailkan afidavit bagi menjawap tuduhan hubungan berkenaan dan memandangkan tiada yang diberikan. Justeru, Karpal berkata Anwar mengandaikan apa yang diperkatakan mengenai hubungan itu adalah betul.

"Saya terkejut tidak ada afidavit daripada kedua-dua mereka...Malah, Peguam Negara sepatutnya mengarahkan Farah dan Saiful untuk mengemukakan afidavit masing-masing,” kata Karpal.

Hubungan romantis itu dijangka memberi kesan ke atas perbicaraan yang berlangsung kerana ada kemungkinan ia mencabuli Akta Rahsia Rasmi 1972, kerana Saiful yang mempunyai hubungan dengan Farah mempunyai akses kepada dokumen pendakwaan.

Perkara itu kini di bawah siasatan polis setelah laporan dibuat oleh Anwar.

Pada Rabu lalu, pihak pendakwaan memfailkan dua afidavit dalam bentuk jawapan oleh timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat Blacious Pereira - yang menafikan Farah dan Saiful mempunyai akses kepada dokumen penting seperti kenyataan saksi dan laporannya.

MB Selangor Akan bentang model pembangunan Kampung Baru

Oleh G. Manimaran | MInsider |

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Baru, Ahad ini bagi membentangkan model cadangan pembangunan semula penempatan warisan orang Melayu itu.

Kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, pertemuan itu ditaja bersama Pejabat Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dan akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman.

“Model pembangunan semula Kampung Baru yang akan dibentangkan ini mengekalkan hak milik tanah kepada orang Melayu tetapi pada masa yang sama pemilik tanah mendapat manfaat dari hasil pembangunan bagi tujuan komersial.

“Cadangan pembangunan semula Kampung baru ini mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta membina pembangunan yang setaraf dengan kawasan yang berdekatan,” katanya.

Khalid (gambar) memberikan alternatif kepada cadangan kerajaan persekutuan Jun lalu.
Kenyataan itu menambah, cadangan ini telah dibuat 15 tahun lalu atas permintaan kerajaan pusat ketika itu, akan dibentangkan semula tetapi dengan ditambah baik mengikut keperluan semasa dan perubahan persekitaran.

Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) telah dimaklumkan mengenai taklimat ini dan mereka dijemput menghadirinya, tambah kenyataan itu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’lo Ghazali turut dijemput dijemput bagi menyampaikan taklimat itu, kata kenyataan tersebut dikeluarkan pagi ini.

“Pembangunan semula ini masih di peringkat cadangan dan perlu mendapat persetujuan penduduk Kampung Baru.

“Kerajaan Selangor berpendirian bahawa pemilik tanah Kampung Baru patut diberi hak untuk membuat pilihan yang terbaik untuk mereka dan generasi akan datang,” katanya lagi.

Pada 2 Ogos lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mewakili inisiatif kerajaan persekutuan memberitahu, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang berfungi sebagai perancang dan pengawal selia pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur dijangka beroperasi tahun depan.

Rang undang-undang penubuhan perbadanan itu dijangka dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

Kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur yang meliputi tujuh buah kampung adalah seluas 90.2 hektar dan berusia 110 tahun. Ia kini mempunyai 35,000 penduduk.

Raja Nong Chik berkata selain Perbadanan Kampung Baru, turut akan ditubuhkan ialah Pemaju Pembangunan Kampung Baru yang akan menyedia dana dan melaksanakan pembangunan fizikal di kawasan tersebut.

Beliau berkata dua syarikat berkaitan kerajaan iaitu Permodalan Hartanah Berhad dan Lembaga Tabung Haji telah menyatakan persetujuan untuk membangunkan Kampung Baru.

Sekolah pelajar hamil bukti perzinaan serius

ALOR SETAR, 6 Ogos: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan sekolah khas bagi pelajar hamil menggambarkan betapa serius dan dahsyatnya perzinaan dan kemungkaran berlaku di dalam masyarakat hari ini.

"Kita tidak menolak kemungkinan yang berlaku ini adalah disebabkan kegagalan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang memerintah harus berani berperanan bagi mencegah kemungkaran dan bukannya memelihara hasil dari perbuatan mungkar tersebut,” katanya.

Katanya, kerajaan yang memerintah tidak berusaha dengan serius ke arah menentang kemungkaran tersebut.

“Apa yang mereka lipatgandakan usaha ialah kempen membayar zakat. Mana ada kempen menentang zina. Pegawai-pegawai di pejabat agama hanya turun padang untuk banteras khalwat,” ujarnya yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat.

Namun begitu, katanya tiada pendidikan yang diberikan kepada kumpulan yang ditangkap itu yang menunjukkan BN sebenarnya gagal untuk membawa Islam dan syariat kepada umat Islam sepenuhnya.

Tambah beliau lagi, walaupun negara mempunyai Pusat Islam, Jakim, Yadim setiap negeri mempunyai jabatan dan majlis agama serta mufti tetapi sehingga hari ini umat Islam tidak dapat hidup dalam tuntutan syariat Islam yang sebenar.

Tambahnya, Umno dan BN sememnangnya gagal untuk membentuk peribadi masyarakat, maka rakyat harus berani untuk membina politik baru.

“Setelah begitu ramai mengandung anak luar nikah baru hendak diwujudkan sekolah, akhirnya rakyat menjadi mangsa kepada sistem pentadbiran yang ada sehingga imej negara dan agama tercemar," ujarnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain pula berpandangan dengan wujudnya sekolah itu di Melaka, dibimbangi wujudnya unsur-unsur menghalalkan atau mengiktiraf perzinaan.

Akhirnya, kata beliau akan memberi peluang baru kepada remaja dan generasi muda yang cetek pengetahuan agama untuk terus terlibat dengan aktiviti negatif itu.

"Cadangan Kerajaan Melaka itu harus dilihat dari skop yang luas supaya ia tidak memberi satu pengiktirafan yang memungkinkan berleluasanya kegiatan mungkar ini setelah ruang disediakan bagi mereka melahirkan anak luar nikah,” ujarnya.

~Harakah

GM Sime Darby hadapi tuduhan rasuah

Seorang pengurus besar Sime Darby, Zamri Mohd Iderus pagi ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM99,000.

Zamri, 39, didakwa menerima dua keping cek bernilai RM50,000 dan RM49,000 sebagai dorongan untuk menyalurkan maklumat berkaitan satu tawaran kerja pembinaan yang di subkontrak bernilai RM14,430,000, dan juga untuk satu lagi kerja subkontrak kerja-kerja pempaipan untuk Sime Darby Engineering.

Dia didakwa menerima habuan tersebeut pada bulan November 2008 di Subang Jaya.

Beliau didakwa mengikut seksyen 11, Akta Anti-Rasuah 1977 dan diberi pilihan pertuduhan mengikut seksyen 132(2)(b), Akta Syarikat 1965 kerana menyalah-gunakan maklumat syarikat untuk kepentingan peribadi.

Zamri membuat pengakuan tidak bersalah dan mahkamah menetapkan ikat jamin pada RM10,000. Beliau juga diarahkan supaya menyerahkan passportnya.

Jika didapati bersalah, Zamri menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Sime Darby mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM1.63 bilion daripada Bahagian Tenaga dan Utiliti akibat lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun.

Semasa mengumumkan kerugian pada Mei lalu itu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, untuk bercuti sebelum beliau kemudiannya digantikan.

Beliau kemudiannya digantikan oleh bekas pengarah Felda Holdings Datuk Mohd Bakke Salleh dalam usaha menstabilkan syarikat berkenaan.

Ubat 'kuat' lelaki mengandungi racun

Metro | Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat untuk meningkatkan tenaga batin lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

Menurut beliau, rata-rata ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang merupakan bahan aktif perangsang seks lelaki.

Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi daripada seorang doktor.

"Kesan sampingan ubat itu sangat berbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini semalam.

Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

Beliau berkata, produk-produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh lemon ais.

Khamis, 5 Ogos 2010

Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan

MerdekaReview | Nasib bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Faizzal Jinong Abdullah masih tidak terbela, meskipun lebih daripada 20 laporan polis, malah aduan dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Faizzal mendakwa bahawa dirinya pernah dihumban ke penjara, malah keluarganya diberi layanan yang buruk kerana cubaannya untuk mengadu kesalahan pegawai atasan.

Justeru itu, ahli parlimen Parit Buntar-PAS, Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) tampil bersuara untuk menggesa agar kerajaan memberi layanan yang sewajarnya kepada bekas tentera, "Adalah menjadi satu perkara yang amat dikesalkan sekiranya layanan yang diberikan kepada seorang pesara tentera yang telah begitu lama berkhidmat dinafikan haknya untuk mendapat keistimewaan dan layanan yang sepatutnya."

Pemimpin PAS ini berkata, "Pihak berkuasa khususnya Kementerian Pertahanan haruslah mengambil insiatif dengan menjalankan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak yang bersalah. Buktikan ketelusan yang ada dalam perkhidmatan tentera dengan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan."

Air dan elektrik diputuskan

"Persoalannya kenapakah penderaan dan penindasan perlu dilakukan sekiranya tiada perkara yang hendak disembunyikan oleh mana-mana pihak? Oleh kerana itu sekiranya pihak berkuasa telus dan jujur untuk melaksanakan undang-undang yang ada maka bawa mereka yang bersalah itu ke hadapan tanpa melindungi mereka dalam apa jua cara," katanya lagi.

Mujahid berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar bersama-sama dengan bekas TUDM, Faizzal Jinong Abdullah yang mendakwa telah ditindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas persaraan beliau pada bulan Oktober 2008 yang lalu.

Faizzal yang telah berkhidmat selama 23 tahun mulai merasakan beliau dan keluarga ditindas dan diberi layanan yang buruk ketika bersama pasukan tersebut semasa mereka tinggal di kuarters tentera di Blok F4(0-2) di Kuching, Sarawak.

"Saya sekeluarga bukan saja dianiayai dengan bekalan elektrik diputuskan selama tiga bulan dalam keadaan gelap bersama enam orang anak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun, tetapi juga dihumban ke dalam penjara apabila cuba untuk mengadu kesalahan pegawai atasan kepada pihak yang berkuasa," kata Faizzal.

Faizzal (gambar kiri) menceritakan kronologi peristiwa ini, "Sehingga ini lebih dari 20 laporan polis telah dibuat di Negeri Sembilan dan juga Sarawak, tetapi tiada satu pun yang diambil tindakan. Pihak berkuasa membuat spekulasi dan menuduh saya tidak bekerjasama dengan mereka dalam program persaraaan tetapi sebaliknya mereka cuba menghalang saya dari membongkar penyelewengan yang berlaku sehinggalah pelbagai kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan bukan saja terhadap saya tetapi juga keluarga."

Puluhan laporan polis

Isterinya Che Murni Dara Mat Zain turut menunjukkan bukti puluhan laporan polis yang telah dibuat bagi menuntut supaya mereka diberi pembelaan yang sepatutnya tetapi segalanya tidak berlaku.

"Aduan kepada Komander di Pengkalan Tentera Udara di Kuching dan juga di ibu pejabat TUDM di Kuala Lumpur pernah kita lakukan. Begitu juga kepada Kementerian Pertahanan tetapi tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil bagi membawa mereka yang menganiayai kami."

"Sebaliknya pelbagai cara dan bentuk penderaan mereka lakukan. Ini termasuklah menghumban suami saya yang telah begitu lama berkhidmat dalam tentera ke dalam penjara sebelum ini. Saya dan anak-anak diterbangkan secara spontan ke Semenanjung tanpa pengetahuan suami yang ditahan tanpa pembelaan," kata Che Murni Dara Mat Zain (gambar kanan).

"Kemudian kami ditempatkan di sebuah rumah di Negeri Sembilan tanpa mempunyai bekalan air dan elektrik sedangkan anak-anak saya masih kecil dan bersekolah. Penindasan ini bukan saja setakat ini, sebaliknya ia berterusan apabila kad pengenalan awam suami saya yang sepatutnya mencatatkan juga nombor tentera beliau sebelum ini tidak dicatatkan walaupun kami menghadapi kesukaran yang begitu payah bagi mendapatkan kad pengenalan tersebut sebelum ini," katanya lagi.

Masih diancam dan diugut

Faizzal yang kini menetap di Jawi, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan masih lagi menerima ancaman dan ugutan dari pihak tertentu yang membuat panggilan bagi mengancam keselamatan beliau dan keluarga.

"Sekiranya mereka yang bersalah masih tidak dibawa ke muka pengadilan di atas segala penyelewengan dan skandal yang mereka lakukan, maka selagi itulah ancaman dan ugutan akan terus kami sekeluarga terima."

"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan saya dan keluarga bagi mendapat pembelaan yang sepatutnya dari pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan kami supaya dapat hidup aman dan damai dalam sebuah negara yang merdeka dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan," tambahnya lagi.

*Nazar Hashim

Siti Rohana Tiada Hubungan Istimewa bersama Datuk Abdul Aziz


"Arwah anak saya bukan isteri kedua Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd Noh tetapi hanya sebagai seorang kerani dan tiada apa-apa hubungan istimewa antara kedua-dua mereka."

Demikian penjelasan Siti Badariah Ahmad, 62, ibu kepada Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang itu semalam.

Beliau berkata, Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang mengenali Abdul Aziz, 64, sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.

"Dahulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja sahaja.

"Sebagai seorang kerani, dia mestilah selalu mengikut bosnya untuk menjalankan tugas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang dekat Tanjung Karang.

Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui mati dengan kesan tembakan pada kepala masing-masing dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.

Siti Badariah berkata, tiada sebab bagi arwah anaknya menjadi isteri kedua kepada Abdul Aziz kerana Siti Rohana sudah memiliki segala-galanya termasuk rumah, kereta dan perniagaan sendiri.

Katanya, sejak bercerai dengan Abdul Aziz Hamim, 43, lima tahun lalu, anaknya yang aktif berpolitik terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki untuk mereka empat beranak.

"Allahyarham seorang anak dan ibu yang baik serta bertanggungjawab kepada anak-anaknya kerana sanggup bekerja siang malam untuk menyara keluarga," katanya.

Ayah Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, berkata arwah anaknya tidak mempunyai sebarang musuh dalam politik mahupun urusan peribadinya.

"Saya juga tidak pernah ambil tahu mengenai urusan peribadi Rohana termasuk hal ehwal politik dan perniagaan butik andaman dan solekan yang diceburinya," kata bekas petani itu.

Beliau juga berkata ketiga-tiga anak Siti Rohana, Izati Natasha, 19, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, masih dalam keadaan trauma berikutan kematian ibu mereka.

- Bernama

Nazri: Rakyat pun tidak faham konsep Bangsa Malaysia Dr Mahathir

MInsider |

SERDANG, 5 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia dengan menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mengkritik slogan pentadbiran Najib itu memandangkan rakyat Malaysia sehingga kini pun belum memahami tujuan slogannya, Bangsa Malaysia.

“Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?

“Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa Dr Mahathir tidak harus menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau sendiri telah gagal untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Bangsa Malaysia ketika menerajui kepimpinan kerajaan.

Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003.

“Jadi perkara yang sama (wujud) ektika Tun Dr Mahathir, di bawah Wawasan 2020, beliau memperkenalkan Bangsa Malaysia, tapi beliau sendiri tidak pernah menjelaskan konsep Bangsa Malaysia,” katanya.

Nazri memberitahu Dr Mahathir berpendirian bahawa rakyat akan berupaya untuk memahami konsep 1 Malaysia dan oleh itu tidak harus ada tekanan atau tempoh masa bagi konsep itu tidak digerakkan.

“Bagi saya, pemahaman tentang 1 Malaysia adalah sebahagian daripada proses evolusi... biar rakyat Malaysia mengambil masa mereka, mereka akan memahaminya. Definisi 1 Malaysia akan berkembang dengan sendirinya,” katanya lagi.

Sehubungan itu Nazri memberitahu, perdana menteri tidak perlu membuat penjelasan.

“Kita tahu bahawa 1 Malaysia bermakna setiap orang faham bahawa mereka adalah rakyat Malaysia, mereka ada hak untuk berada di negara ini, diiktiraf sebagai sama. Setiap orang ada kepentingan di negara ini,” tambah Nazri.

Dalam komennya awal minggu ini Dr Mahathir berkata penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia wajar diberi bagi mengelak pandangan dan pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” katanya.

“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas kenyataan Dr Mahathir itu kelmarin berkata langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya.

Beliau yang bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbirannya.

UMNO berkerjasama dengan Parti Komunis China!


YAB Perdana Menteri pada 27 Mei 2009 dalam Utusan Malaysia membuat kenyataan di Putrajaya bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini. Keputusan ini telah disiarkan di muka depan hampir setiap akhbar utama di Negara ini pada 28 Mei 2009.

Keputusan kerajaan ini amat selaras dengan petikan kata Lt Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Hj Mohd Said, Bekas Panglima ATM Semasa ditemubual di Rancangan Isu RTM pada 31 Mei 2009 kerana Chin Peng telah :

“memimpin dan menjadi mastermind dari segi langkah untuk nak menjatuhkan kerajaan khususnya selepas kita merdeka hinggalah ke tahun 1989 itu isu pertama. Isu kedua yang mungkin orang tidak faham ialah cara dia nak menjatuhkan itu menggunakan kekerasan, keganasan. Ketiga, dia nak ganti apa yang kita ada sekarang dengan fahaman komunis. Itu isu yang ketiga. Beliau kalau di Hadyai sekalipun pada masa dahulu. Apabila ditanya oleh seseorang adakah ini bermakna tuan meletakkan senjata akan membuang fahaman komunis dan maksud perjuangan di masa lampau. Dia kata, Tidak! Saya hanya meletakkan perjuangan secara bersenjata. Tapi yang lain saya tidak tinggalkan. “

Alasan yang diberikan terhadap keputusan ini ialah:

Sekiranya kerajaan membenarkan Chin Peng yang berumur 87 tahun balik ke Malaysia ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa Darurat antara tahun 1948 hingga 1960. Dilaporkan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota keselamatan yang terbunuh di tangan PKM yang diketuai oleh Chin Peng semasa era keganasan PKM antara tahun 1948 sehingga mereka meletakkan senjata melalui perjanjian damai di Hadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Walaubagaimanapun dalam perjanjian damai berkenaan PKM tetap enggan membubarkan PKM sebagai sebuah parti serta menamatkan kegiatan penyebaran fahaman ideologi komunisme yang menjadi kepercayaan mereka. Oleh itu kerajaan wajar menolak simpati terhadap isu Chin Peng tetapi sebaliknya perlu menumpukan perhatian bagi menjaga kebajikan 60,000 orang bekas anggota keselamatan yang telah berjasa kepada Negara, khasnya semasa penganas PKM melaksanakan kegiatan haramnya di negara ini.

Itu adalah alasan yang disediakan oleh pentadbiran Najib dari UMNO dalam menghalang Chin Peng dari pulang ke Malaysia, Antara kesimpulannya ialah Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Malaysia kerana beliau adalah Pemimpin Parti Komunis Malaya yang masih kekal dengan fahaman komunis.

Tetapi semalam pula lain ceritanya.. UMNO tanpa memperdulikan perasaan kaum keluarga kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota keselamatan yang terbunuh di tangan PKM yang diketuai oleh Chin Peng semasa era keganasan Parti Komunis Malaya telah menandatangani MOU perjanjian pertukaran perwakilan dan kerjasama dengan Parti Komunis China (CPC).

Apa cerita ni????

Umno dan Parti Komunis China (CPC) hari ini bersependapat .

KUALA LUMPUR: Umno dan Parti Komunis China (CPC) hari ini bersependapat bahawa pemimpin-pemimpin muda politik harus diperkuatkan dan diberi keutamaan dalam pertukaran perwakilan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata usaha ini akan dapat membantu daripada segi meningkatkan persefahaman ekonomi kedua-dua negara kerana China merupakan kuasa ekonomi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kesepakatan itu dicapai menerusi memorandum persefahaman (MOU) yang ditanda tangani kedua-dua pihak sebagai pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua parti yang berlangsung di Bangunan Perhubungan Antarabangsa CPC di Beijing, China.

Umno yang diwakili Tengku Adnan menandatangani perjanjian itu dengan wakil CPC iaitu Menteri Jabatan Antarabangsa dan Jawatankuasa Pusat Wang Jiarui.

"Mereka juga kagum dengan pembangunan dan kesejahteraan negara kita kerana kita mempunyai pelbagai bangsa sebagaimana negara China dan mereka ingin mempelajari bagaimana kita menangani masalah berkaitan kaum tanpa pertumpahan darah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata pemimpin CPC juga maklum bahawa Malaysia adalah penyokong kuat kepada dasar yang diperjuangkan di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk meletak satu mekanisme pertukaran tetap bermula tahun ini.

Rangka kerja dan mekanisme melalui pertukaran perwakilan setiap tahun itu adalah bagi mengendalikan pertukaran dalam isu-isu kepentingan umum.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah mencapai kata sepakat bagi membangunkan pertukaran komprehensif serta kerjasama antara Umno dan CPC. - BERNAMA

Sekolah Hamil Peringkat Kebangsaan Bakal Menyemarakkan Gejala Zina

HTP_7550 PETALING JAYA: Saranan pembinaan sekolah hamil peringkat kebangsaan akan menyebabkan gejala zina dan pergaulan bebas semakin berleluasa, kata ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Beliau berkata, idea atau cadangan itu tidak masuk akal dan menghina generasi muda khususnya wanita.

"Saya tidak menolak bahawa remaja-remaja ini harus diberi peluang kedua tetapi dalam bentuk pencegahan dan bukannya satu bentuk habuan yang akhirnya akan mengakibatkan ia menjadi semakin sukar dibendung.

"Kita mahukan satu generasi yang lebih baik kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi masa depan, namun dengan keluarnya idea dan pendekatan ini saya merasakan ia sesuatu yang cukup dikesali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

017 Baru-baru ini Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyarankan supaya kerajaan membina sekolah pelajar hamil peringkat kebangsaan yang sebelum ini diutarakan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Siti Aishah berkata, isunya ialah pembendungan dan pencegahan pergaulan bebas yang akan membawa kemudaratan.

Katanya, ia bukan memikirkan mahu menghabiskan wang rakyat untuk sesuatu yang tidak langsung membantu.

Menurutnya, jika benar kerajaan mahu membantu generasi ini maka pencegahan dan peranan institusi agama itu harus diperhebatkan bukan berdiam diri dan akhirnya ia tidak membawa apa-apa. Membina bangunan bertingkat dan juga prasarana seperti itu bukan jawapan yang tepat.

"Sudah berapa banyak rumah-rumah perlindungan diwujudkan dan badan-badan khas seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan untuk menangani masalah ini namun masih menemui jalan buntu.
"Jadi saya rasakan bahawa pembinaan sekolah hamil bukan jawapannya melainkan gerak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh kerajaan sendiri," katanya.

Hapuskan Saman Ekor - Khairy Jamaluddin

khairy2 Oleh Jamilah Kamarudin |

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa agar pelaksanaan saman ekor yang hanya membebankan pemilik kenderaan termasuk pengusaha bas serta teksi segera dihapuskan.

Khairy berkata, tindakan yang dilaksanakan kerajaan ini bukan hanya membebankan pengguna kenderaan persendirian, malah pengusaha syarikat teksi dan bas turut menghadapi risiko ‘gulung tikar’ jika sesebuah syarikat itu disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan.


"Kita mahu desak supaya saman ekor dihapuskan sama sekali kerana bertentangan dengan keadilan rakyat. Ia umpama menghukum pemilik kenderaan sebelum didapati bersalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha bas dan teksi di Pejabat Pemuda Umno di sini hari ini.

Berikutan pendiriannya itu, Khairy sekaligus menolak cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mencadangkan agar pengguna yang dikenakan saman ekor diberi diskaun.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, alasan untuk mendidik disiplin pengguna jalan raya yang diberikan kerajaan itu tidak relevan dan didapati hanya menambahkan lagi beban pengguna.

Sistem tidak telus

"Sistem ini tidak telus. Saman ekor mengikut Seksyen 170 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dilaksanakan ini tidak adil. Jika mahu disiplinkan pengguna penguatkuasaan saman ‘on the spot’ mengikut Seksyen 257 sahaja sudah mencukupi," katanya.

Beliau juga berkata melalui pertemuan dengan pengusaha terbabit, satu kata sepakat dicapai agar saman ekor dimansuhkan kerana implikasi buruk termasuk permit dan cukai jalan tidak akan diperbaharui jika mereka gagal menjelaskannya.

"Majoriti kes syarikat tersebut bukannya salah syarikat itu, tapi pemandunya. Tiga hingga empat bulan notis saman baru sampai. Berbeza dengan syarikat bas ekspres, pengusaha bas sekolah dan teksi terutamanya tiada perincian rekod, jadi mereka tak tahu pun siapa yang pandu.

"Ini sangat tidak adil kerana mereka bukan sahaja menghadapi saman ekor dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, malah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga yang ada mengenakan kompaun mencecah sehingga RM1,000.

"Kita juga berharap agar kerajaan ambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera terutamanya musim perayaan yang hampir tiba.

Ditanya jika pendirian Khairy terhadap isu saman ekor ini akan mendorong beliau menyertai Perhimpunan Anti Saman Ekor yang diketuai Ahli Parlimen-PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, beliau menolak cadangan tersebut.

"Tak perlu. Pakatan Rakyat boleh buat apa yang mereka mahu. Mencukupi jika hasrat pengusaha bas dan teksi ini dibawa untuk pertimbangan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pengusaha Bas Melayu Semenanjung (PEMBAWA) Tajuddin Yunus berkata, kesalahan yang dikenakan kepada pengusaha ini tidak adil kerana mampu menjejaskan ‘periuk nasi’ mereka.

"Tak adil jika kami terpaksa menanggung bebannya kerana kesalahan yang dilakukan pemandu diketahui hanya selepas tiga bulan apabila surat saman sampai.

"Nak kesan pemandu yang bertanggungjawab semasa waktu kejadian pun susah. Mungkin ada yang sudah lari atau berhenti dalam tempoh tersebut. Jadi dengan kekalutan sebegini sudah tentu tidak ada sesiapa pun yang mahu bertanggungjawab," katanya.

Hishammuddin Si Pencium Keris Tidak Layak Pegang Portfolio KDN, Hanya Pandai Ampu Sepupu


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak layak memegang jawatan itu selepas beberapa insiden yang memalukan negara sehingga menyebabkan kredibilitinya kini tercalar begitu teruk sekali gus menunjukkan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Insiden pendatang tanpa izin bolos untuk kali kedua di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang Ahad lalu jelas menunjukkan ketidakupayaan sepupu Perdana Menteri itu memegang antara portfolio yang terpenting dalam Kabinet.

Ketika depot di bawah jagaan kementerian beliau gagal diawasi dengan cermat menyebabkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri, institusi kepolisian yang juga di bawah KDN disalahguna sepenuhnya terhadap peserta perhimpunan aman anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada hari yang sama.

Sebelum ini, pada 27 April lalu, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika dihubungi Suara Keadilan berpendapat Hishammuddin tidak mempunyai pendirian yang tegas menerajui KDN selain hanya memberi sokongan sepenuhnya dalam cara apa pun kepada sepupunya, Datuk Seri Najib Razak.

"Kalau mengikut penilaian NKRA, beliau sebenarnya telah gagal melaksanakan tugasnya. Banyak isu yang beliau tidak dapat selesaikan dan tergantung sehingga kini.

"Isu Kugan, isu Teoh Beng Hock, isu Aminulrasyid, semuanya tidak mampu beliau selesaikan tetapi apa yang dia tahu buat hanyalah menangkap peserta perhimpunan aman yang bersenjatakan sebatang lilin," tegas Khalid.

Khalid menganggap Hishammuddin sebagai Menteri yang 'cakap tak serupa bikin' kerana acap kali perkara yang sama diperkatakan sebelum ini namun cakap hanya tinggal cakap tanpa sebarang respons yang positif dari beliau mahu pun KDN.

"Tindakan beliau jelas menampakkan sikap 'double standard' kepada pendemo dalam kes kepala lembu di mana Hishammuddin berkata dengan nada yang songsang bahawa negara ini mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

"Tetapi muktahir ini kerajaan Umno-Barisan Nasional begitu terdesak dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka lalu jalan terakhir adalah melalui kekerasan seperti yang kita melihat kezaliman terhadap perserta perhimpunan anti ISA," kata beliau lagi. -SK

Rabu, 4 Ogos 2010

Umno dan Perkasa gagalkan 1Malaysia Najib


Harakah | PAS mendakwa Umno adalah musuh utama gagasan 1Malaysia yang mahu dijayakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden parti itu.

Malah, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa 1Malaysia gagal membentuk perpaduan kaum, jelas menunjukkan bahawa Najib hanya berseorangan dengan gagasannya itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam hal itu gabungan Muhyidin dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali sudah cukup untuk menjatuhkan Najib.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak perlu memerlukan musuh.

"Dengan ultra Melayu Perkasa, ditambah sokongan Timbalan Perdana Menteri, jatuhlah Najib. Najib kini ada hanya Khairy seorang sahaja," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali pula mempersoal tindakan Muhyiddin yang dilihat hanya berani membuka mulut apabila Najib ke luar negara.

"Kenapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?” soalnya.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula, konsep satu Malaysia adalah sesuatu yang sememangnya dimahukan rakyat namun Umno bukan wadah terbaik memperjuangkannya.

Malah katanya, Pakatan Rakyat sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak dulu lagi berasaskan perinsip keadilan untuk semua kaum. Mengulas pandangan itu, Dzulkefly menambah, 1Malaysia dislogankan Najib, diamal dan dihayati oleh Pakatan sejak dulu.

Mereka berkata demikian pada satu sidang media bersama di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut di sini pagi ini. Turut serta pada sidang media itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.

Pandangan sama sebelum ini pernah dilontarkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu Najib melaungkan slogan tersebut ketika awal dilantik menjadi perdana menteri.

Menurut Nik Aziz, 1Malaysia Najib adalah sia-sia kerana orang pertama yang menentang konsep itu adalah Umno sendiri yang sudah sebati dengan doktrin dan perjuangan perkauman sejak dahulu lagi.

Kematian bekas ADUN, naib ketua Wanita Umno masih misteri



KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Misteri kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan pagi semalam terus menjadi perbualan dengan pelbagai teori dilontarkan. Pelbagai andaian dibangkitkan bagaimana kedua-dua pemimpin Umno Tanjong Karang ini boleh terbunuh sebelum kereta mereka merempuh pembahagi lebuh raya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.

Teori-teori yang dibangkitkan dalam pelbagai portal dan blog mendakwa kemungkinan ada pihak ketiga dalam kejadian itu.

Ia mempertikaikan ‘kemahiran’ melepaskan tembakan ngeri dari jarak dekat.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah menolak andaian sedemikian dengan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.
Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang.

Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Bekas ADUN itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi.
Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz, dan mempunyai sebuah butik pengantin di Tanjong Karang.

Dalam pada itu, Allahyarham Abdul Aziz dilaporkan sepatutnya berkumpul bersama ahli keluarga termasuk adik-beradiknya malam tadi bagi meraikan kedatangan Ramadan.

Majlis berkumpul beramai-ramai yang diadakan seminggu sebelum Ramadan ini merupakan acara tahunan diraikan Abdul Aziz itu bersama keluarga terdekatnya.

Ramadan bermula minggu depan. Namun, majlis makan malam bertujuan merapatkan hubungan keluarga itu bertukar menjadi kenduri arwah berikutan kematian mengejut Abdul Aziz, kata portal Malaysia-instinct.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd. Anis Hisham, 33, yang kali terakhir beliau bertemu bapanya pukul 9 pagi semalam di rumah mereka di Shah Alam memberitahu:

“Kematian ayah mengejutkan saya dan semua ahli keluarga yang lain kerana ia berlaku menjelang Ramadan yang mana kami sudah merancang berkumpul untuk makan di rumah salah seorang saudara di Shah Alam malam ini (tadi).”

Mohd. Anis Hisham yang juga Exco Pemuda Umno berkata, sebagai anak bongsu dan lelaki tunggal daripada tiga beradik, beliau memang rapat dengan bapanya memandangkan kedua-dua mereka terlibat dalam politik.

Malah, katanya, beliau langsung tidak menyangka bahawa hubungan mereka bertambah rapat sejak akhir-akhir ini merupakan petanda Allahyarham akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
Sementara itu, adik Allahyarham, Rasiah Mohd. Noh, 63, berkata, beliau bersama keluarganya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Shah Alam Sabtu lalu semata-mata untuk bertemu dan berkumpul bersama keluarga Abdul Aziz dan dua lagi adik-beradik yang lain sebelum Ramadan.

“Acara berkumpul beramai-ramai seminggu sebelum Ramadan menjadi tradisi keluarga kami sejak turun-temurun.

“Dalam tempoh tersebut, kami akan bergotong-royong membersihkan kubur emak dan ayah dan mengadakan jamuan makan malam,” katanya sambil menyatakan perasaan amat terkilan tidak sempat menemui Abdul Aziz sejak tiba di Shah Alam kerana bercadang menemuinya malam tadi.

Sementara itu bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ch’ng Toh Eng ketika ditemui malam tadi menyifatkan Abdul Aziz sebagai rakan seperjuangan yang mudah mesra dan rapat dengan orang bawahannya.

“Saya kenal beliau sejak 1980-an. Beliau rapat dengan para nelayan di Kuala Selangor dan amat bertimbang rasa dan selalu membantu golongan miskin,” ujar Ch’ng.

Sementara itu Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menganggap Abdul Aziz sebagai mentor beliau dan kehilangan pemimpin itu sukar diganti.

“Allahyarham adalah seorang yang mempunyai ‘very cool minded’ dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri,” katanya.

Perkara yang sama ditekankan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang sedih dengan kehilangan beliau.

Hubungan 'Sulit' Saiful Bersama Farah Semakin Panas



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis bagi menggesa polis menjalankan siasatan sama ada seorang daripada pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latif menyalah guna kuasa yang menjejaskan perbicaraan kes.

Beliau bimbang, besar kemungkinan Saiful Bukhari Azlan menerima akses kepada maklumat sulit berkaitan perbicaraan kes konspirasi terhadapnya, meliputi keterangan saksi lain mahupun keterangan beliau sendiri.

Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik sahaja perbicaraan ditangguh kira-kira jam 11 pagi.

Dalam laporan itu, Anwar menggesa polis menyegerakan siasatan terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful yang didakwa menyalahi Akta Rahsia Rasmi 1972.

"Saya buat laporan polis menegaskan isu yang sama dokumen keterangan saksi dan semua keterangan rahsia saya percaya telah disampaikan kepada Saiful. Ini mencemarkan kedudukan pendakwaan.

Sebab itu peguam kemuka permohonan untuk menggugurkan pertuduhan yang dianggap tidak ikut takrif kebebasan dan pendakwaan yang telus. Saya telah bagi keterangan pada polis supaya segerakan siasatan," katanya.

Anwar, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sedang meneliti kemungkinan untuk mengheret Saiful mengikut akta undang- undang syariah lantaran hubungan sulit mereka.

"Peguam syariah, Kamar Ainiah sedang teliti," kata beliau.

FRIM cipta tongkat Ali superpower


AKAR tongkat Ali yang diproses oleh FRIM menggunakan teknologi terkini menghasilkan kandungan bioaktif tiga kali ganda berbanding tongkat Ali biasa. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Berita baik bagi penggemar tongkat Ali apabila teknologi masa kini mampu menghasilkan kandungan bioaktif tiga kali ganda lebih tinggi berbanding akar tongkat Ali semula jadi.

Lebih menarik, kandungan bioaktif itu mampu dihasilkan dalam tempoh enam bulan berbanding tujuh hingga lapan tahun jika menunggu akar tersebut tumbuh seperti biasa.

Kandungan bioaktif itu terhasil menerusi kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menggunakan teknik bioreaktor.

Bagaimanapun nama kandungan bioaktif itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana masih dalam kajian.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, bahan bioaktif itu diperoleh daripada akar rerambut tongkat Ali yang dihasilkan di dalam makmal menerusi bioreaktor berkenaan.

Beliau berkata, melalui proses tersebut, tisu tongkat Ali akan dimasukkan ke dalam alat bioreaktor dan diberikan nutrien tertentu dan suhu persekitarannya dikawal.

"Melalui kaedah tersebut, ia bukan sahaja menyebabkan jumlah tisu tongkat Ali bertambah malah meningkatkan komponen bioaktif di dalamnya sebanyak tiga kali ganda,'' katanya kepada Kosmo!

Pelajar Histeria Menjerit Dalam Bahasa Urdu

Oleh Shamsul Munir Safini dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam.

CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.
CEMAS...Fairuz (kiri) membantu menenangkan Atikah.

LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk.
LAPAR...Atikah gelojoh jamah makanan apabila dirasuk.

Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.

Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat. Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya. Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan. Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria. Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula hari ini.

“Mangsa dipapah pulang keluarganya selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing. “Sebaik tiba di rumah, Atikah masih meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini. Katanya, mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok.

Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan. Suraya mendakwa, makhluk halus yang mengganggu anaknya dipercayai tinggal di sebatang pokok berhampiran rumah, tetapi pokok itu baru ditebang bulan lalu menyebabkan makhluk yang menghuni pokok itu mengganggu Atikah.

Katanya, anak sulungnya itu sering meracau dan diserang histeria tidak kira masa, malah lebih teruk apabila terdengar laungan azan. “Saya amat terkejut dengan kejadian yang menimpanya, kadangkala dia menyanyi lagu Tamil dan ketika diserang histeria terdengar seolah-olah dia membaca mantera dalam bahasa Urdu. “Dia sering diserang penyakit ini, kelmarin (Sabtu) sudah tiga kali dan semalam (kelmarin) empat kali dia diserang histeria, malah saya terpaksa mengambil cuti,” katanya. Menurutnya, sebelum ini, sudah lapan penduduk di kawasan tempat tinggalnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling diserang kejadian pelik itu.

Suraya berkata, daripada gambaran diberikan anaknya, makhluk yang mengganggu itu banyak dan yang merasuk anaknya paling kuat di kalangan mereka dipercayai jin kafir dan tidak mengendahkan bacaan al-Quran. Menurutnya, selepas ditenteramkan serta menjamah makanan, anaknya tiba-tiba diam dan mula sedar. Atikah yang lemah sejurus itu berkata, dia tidak sedar apabila dirasuk, malah berasa ada sesuatu yang mengawal tindakannya serta berasa mual ketika dirasuk.

~Metro

Selasa, 3 Ogos 2010

Bekas Adun BN Selangor, Bunuh Diri?



KL, 3 Ogos 10: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.

Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri. Difahamkan kereta dipandu Abdul Azin (gambar) bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh. Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.

Tiga peluru dari pistol didapat telah digunakan. Abu Hassan juga merupakan anggota Kabinet persekutuan sebelum dilantik sebagai menteri besar Selangor. Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa “terkena” tembakan di bahagian kepala. Polis mendapati tembakan datang dari dalam kereta yang mereka naiki kerana kesan tembakan tidak dikesan pada badan kereta.

“Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.

Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut. Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Anggota keluarga yang ditemui wartawan di rumah Abdul Aziz di Seksyen 9, Shah Alam enggan bercakap dengan wakil media.

Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Buat masa sekarang kami mengetepikan politik sebagai motif kejadian,” kata Khalid.

“Kami percaya ia satu kes bunuh dan membunuh diri,” kata Khalid sambil memberitahu pihaknya ada bukti bahawa hanya dua orang berada dalam kereta ketika kejadian.

“Jangan buat spekulasi (mengenai kes ini). Saksi yang ditemu bual di tempat kejadian mengesahkan tiada orang lain dalam kereta,” kata Khalid lagi dalam Facebooknya.

Khalid yang menyambung tulis dalam Facebook memberitahu, laporan bedah siasat awal menunjukkan ada dua kesan tembakan manakala pembantunya hanya satu. (AK)

Rakyat masih tak faham 1Malaysia - Muhyiddin



Bernama | Langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pentadbirannya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat rakyat yang sudah mula dapat memahaminya.

"Kerajaan memberi penjelasan, mengadakan pelbagai program untuk rakyat agar lebih memahami tentang apa yang dimaksudkan tentang gagasan 1Malaysia.

"Kita jangka mungkin dalam satu tempoh akan datang, semua orang akan dapat memahami ertinya yang sebenar, tidak ada salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan gagasan 1Malaysia," katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan Dr Mahathir semalam yang mahu kerajaan menjalankan program penerangan secara menyeluruh bagi memperjelaskan konsep 1Malaysia secara terperinci kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan.

Muhyiddin berkata, wujud kecenderungan tafsiran mengenai konsep itu dibuat mengikut pandangan kelompok tertentu berbanding yang dijelaskan oleh Perdana Menteri.

"Perdana Menteri menjelaskan gagasan ini adalah gagasan yang berteraskan perlembagaan negara. Itu yang paling kukuh dan apa pun tafsirannya, ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan.

"Baik dalam soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama. Apapun ia tidak seharusnya lari daripada itu," katanya.

Beliau berkata, yang pastinya gagasan 1Malaysia adalah satu perkara yang dinamik, ia bukan statik dan pasti ada pihak yang cuba mentafsirkan mengikut kehendak masing-masing.

Hubungan Sulit Saiful-Farah Jejaskan Perbicaraan

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pasukan peguam bela Ketua Pembangkang membuat permohonan semalam untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan dakwaan hubungan romantik antara seorang timbalan pendakwa raya dan pengadu, Mohd Saiful Bukari Azlan.

Timbalan Pendakwa Raya tersebut, Farah Azlina Latif, digugurkan daripada kes perbicaraan tersebut minggu lalu setelah satu laman web mendedahkan bahawa beliau menjalin hubungan dengan Saiful, bekas pembantu Anwar.

Peguam Negara memberitahu media bahawa Farah dikeluarkan demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan.

Dalam sepucuk surat kepada pihak pembelaan, pendakwa raya memaklumkan kepada pihaknya tidak dapatkan mengesahkan dakwaan hubungan sulit terhadap pegawai undang-undang itu.

Semasa prosiding Isnin lalu, Anwar berkata integriti pasukan pendakwaan telah tercalar dan dikompromi.

“Ini menyokong dakwaan kita selama ini sejak awal lagi bahawa semua ini adalah satu sandiwara, perbicaraan yang bermotifkan politik dan pertuduhan yang direkacipta,” kata Anwar selepas perbicaraan ditangguhkan.

Penghujahan untuk menggugurkan kes tersebut akan didengar minggu depan.

Anwar juga membuat satu laporan polis terhadap Saiful dan Farah. Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh berkata pihaknya memandang serius kemungkinan Farah telah menyerahkan kertas siasatan kes kepada
Saiful dan beliau mahu pihak polis menyiasat samada kedua-dua individu itu telah melanggar.

Bagaimanapun salah seorang anggota pasukan pendakwaan menyifatkan dakwaan dalam laman web tersebut sebagai tuduhan tidak berasas.

Pihak pendakwaan berkata Farah adalah anggota bawahan tanpa mempunyai akses kepada maklumat sulit.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dihadap ke mahkamah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa pada tahun 1998.

Walaupun pertuduhan liwat kemudianya digugurkan, beliau merengkok selama enam tahun di dalam penjara.

Beliau telah berkali-kali mendakwa pendakwaan baru yang dihadapi beliau bertujuan menamatkan karier politik setelah pihak pembangkang mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum 2008.

RM50,000 Zambry Agihkan Kpd MCA Perak - Nizar Jamaluddin


IPOH OGOS 3 10: Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

Ketika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan. Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.'

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti. Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

Nizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet. Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya. Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewanNamun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN. Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama. Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman. (2MA)

Umno 'Pembunuh' Demokrasi

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan kerajaan negeri yang diterajui Umno BN telah membunuh demokrasi apabila pelbagai tindakan bertentangan dengan peraturan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) dilakukan mereka.

Ianya termasuklah tempoh persidangan yang hanya sehari bagi meluluskan Enakmen Perbekalan Tambahan RM80 juta dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat membahaskannya selama 15 minit.

Menurut Nizar yang juga Adun Pasir Panjang, keadaan itu sangat berbeza dengan amalan Pakatan Pakyat sewaktu memerintah negeri, malah juga turut berbeza sewaktu zaman Tan Sri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar.

"Semasa Datuk Ngeh (Adun Sitiawan) menjadi ketua pembangkang, dia diberikan waktu tiga jam tanpa diganggu oleh menteri besar masa itu, Tajol Rosli," katanya seperti dilapor Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Nizar berkata demikian pada sidang media Pakatan Rakyat selepas beliau dihalau keluar dan digantung dari menghadiri persidangan hari ini.

Selain itu katanya, tindakan Speaker BN, Datuk Ganesan menggantungnya tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan juga adalah bertentangan dengan amalan biasa.

"Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang, tetapi bila melihat tindakan Ganesan menyalahgunakan kuasanya untuk gantung seorang Adun tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, itu sudah salah guna kuasa.

"Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya," Nizar dipetik sebagai berkata.

Selain tidak diberi peluang dan masa yang cukup untuk berbahas, Pakatan Rakyat juga hari ini dihilangkan suara oleh BN apabila mikrofon mereka ditutup apabila mahu mengemukakan peraturan mesyuarat.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun bagi membantah beberapa tindakan Ganesan, namun bantahan mereka tidak didengar kerana ada pihak menutup mikrofon mereka.

"Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkandemokrasi di Perak.

"Kita mengatakanoleh kerana mereka buat kerja haram, maka dewan tidak berfungsi lagi," katanya.

Terdahulu persidangan Dun Perak hari ini sekali lagi kecoh apabila Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat, dihalau keluar oleh Ganesan dan digantung satu hari.

Tindakan itu, ekoran Nizar enggan duduk dari memberi ucapan mewakili Pakatan Rakyat setelah diarah oleh Ganesan.










credit to: Siti Aishah [Srikandi KeADILan]


Khir bertahan, gelar Pakatan 'mafia politik'

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempertahaan kenyatannya yang mengaitkan DAP dengan "samseng lombong pasir".

"Setahu saya, mereka perlu tunjukkan ketegasan dalam mengurus (isu) perlombongan pasir haram.

"Jika tidak, ia hanya menunjukkan mereka terlibat," katanya yang juga bekas menteri besar kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau juga tidak mengendahkan ancaman saman oleh parti itu, yang mencabarnya menamakan pemimpin DAP terbabit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan samseng.

Katanya, oleh kerana kenyataan itu perkara kali dikeluarkan oleh ahli parlimen bebas Wee Choo Keong, bukan beliau seorang sahaja patut disaman.

"Jika mereka hendak ambil tindakan pada saya, mereka patut juga ambil tindakan padanya.

"Tetapi semua orang tahu siapa di belakang perlombongan pasir haram ini. Ia tidak mudah. Kenapa Ronnie Liu tiba-tiba melompat," kata Khir tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Ronnie, exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan sebelum ini mengetepikan dakwaan Khir yang memetik kenyataan Wee.

Antara dakwaan itu, beliau mengadakan mesyuarat dengan samseng di pejabat exconya.
Related Posts with Thumbnails