Tanah tersebut kononnya diserahkan kepada UDA selaku agensi kerajaan yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan tapak berkenaan. Tetapi ini hanyalah untuk mengaburi rakyat Malaysia. Sebenarnya tanah berkenaan telah dijual kepada satu syarikat swasta yang terkenal dan syarikat ini ialah kroni kepada KERAjaan UMNO/BN sejak dari dahulu lagi. Boleh diakatakan semua orang tahu.
Bekas Panglima Tentera Udara yang kedua sangat marah dan kecewa dengan tindakan KERAjaan itu. Beliau menganggap Pengakalan TUDM itu mempunyai nostalgia yang sangat berharga dan sukar melupakan pelbagai peristiwa tentang pengkalan TUDM ini.
Pengkalan TUDM Kuala Lumpur itu asalnya adalah satu-satunya Lapangan Terbang Awam sebelum Merdeka. Lapangan terbang itu juga adalah pengkalan yang menempatkan Tentera Udara British (RAF) beroperasi. Pengkalan itu kemudiannya diserahkan kepada TUDM untuk melaksanakan operasinya pada tahun 1960 setelah melalui pelbagai rintangan dan tentangan dari Kerajaan British dan Ratu Queen Elizabeth.
Panglima Tentera Udara yang Kedua itu menegaskan, adalah tidak wajar pengkalan itu dijual kepada sektor swasta memandangkan pengkalan itu adalah yang pertama di miliki pihak tentera apabila TUDM ditubuhkan dan ianya memiliki pelbagai nostalgia dan sejarahnya yang tersendiri yang telah dilaluinya.
Menurut bekas Panglima Tentera Udara itu, jika Pusat LATEDA Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan boleh diisytiharkan oleh YB Dr, Rais Yatim sebagai Warisan Negara, mengapa Pengkalan TUDM di Sungai Besi yang ulung bagi TUDM tidak boleh?
Sebelum itu bekas Panglima TUDM itu meluahkan perasaannya (remarks) seperti berikut:
"The RMAF now have no balls... Those idiots in the lower ranks sold the fighter engines, but those fucking Generals sold the Base, I think we all should demonstrate as a show of protest outside the Base".Demikian luahan bekas Panglima TUDM itu dalam satu pertemuan dengan bekas-bekas warga TUDM dalam satu Majlis Jamuan Makan Malam yang berlangsung pada 29hb. Mei, 2010 bertempat di Laman Budaya, Tasik Shah Alam.
Pengkalan TUDM itu telah dan sedang melalui banyak perubahan yang amat ketara sejajar dengan rancangan perkembangan dan pembangunan TUDM untuk memenuhi sasaran sebagai Kuasa Udara (Air Power) di rantau Asia Pasifik. Umpamanya pembinaan sebuah Masjid yang baru dibina dan dirasmikan pada tahun 2009 yang lalu.
Bangunan Muzium TUDM baru dibaik pulih (refurbished) dan ditambah dengan bangunan-bangunan baru pula. Bangunan Kuarters untuk anggota-Anggota Pangkat Rendah yang lama (2 bilik tidor) telah dirobohkan dan dibina Kuarters baru yang lebih besar dan selesa (3 Bilik Tidor) di tapak yang sama. Demikian juga dengan beberapa bangunan pejabat lain yang baru sahaja selesai pembinaannya dalam beberapa tahun yang lepas.
Manakala Pengkalan tersebut juga dikongsi bersama oleh Unit Udara Polis, PDRM di mana terdapat hangar untuk menempakan beberapa unit pesawat helikopter dan satu bangunan baru yang dibina untuk menempatkan ruang pejabat dengan kelengkapan Unit Simulator Helikopter untuk latihan juruterbang.
Bagaimana pun kita tidak mengetahui berapakah jumlah transaksi harga jualan keseluruhan Pengkalan tersebut. Namun ia amat mengharukan warga bekas-bekas TUDM terutama bagi mereka yang telah lama pernah berkhidmat di Pengkalan itu termasuk mereka yang diserapkan dari Tentera Udara British (RAF) kepada RMAF (atau TUDM).
Sememangnya ia amat mengecewakan kerana ia adalah suatu yang nostalgik dan bersejarah. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat cari makan).
Sekian,
X TUDM
para_jump101