Khamis, 10 Jun 2010

FAKTA RMK-10 (YANG KINI SEDANG DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH PM)

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)yang kini sedang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat adalah rancangan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun.

Pelaksanaan RMK-10 akan bermula dari tahun 2011-2015.

Intipati ucapan Perdana Menteri pada pembentangan RMK10 adalah bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial".

Ia dilihat amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Berikut adalah fakta-fakta penting RMK-10:

* Memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.

* Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.

* Laporan ekonomi itu bagi tempoh 2011-2015 setebal 449 muka surat untuk edisi Bahasa Melayu dan 429 muka surat bagi edisi Bahasa Inggeris, yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan dijual pada berharga RM80.

* RMK-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Najib. * Tiga lagi tiang tonggak itu ialah Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).

* 10 PREMIS UTAMA RMK-10:

Pertama:- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif.

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar.

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.

* 5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK-10:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.


~mStar
Related Posts with Thumbnails