Sistem perparitan di Taman Desa Sentosa, Jabur Kubur, di sini, yang sempit, tidak teratur dan dipenuhi sampah menyebabkan penduduk taman berkenaan terpaksa menghadapi banjir kilat setiap kali air Sungai Bukit Kuang pasang besar. Selama 30 tahun tinggal di sini, kami terpaksa berdepan masalah sama saban tahun.
************************
MASALAH BANJIR BERLARUTAN
Berita Harian 8 Jun 2010
Longkang sempit punca Taman Desa Sentosa, Jabur Kubur dinaiki air
CHUKAI: Sistem perparitan di Taman Desa Sentosa, Jabur Kubur, di sini, yang sempit, tidak teratur dan dipenuhi sampah menyebabkan penduduk taman berkenaan terpaksa menghadapi banjir kilat setiap kali air Sungai Bukit Kuang pasang besar.
Lebih membahayakan dan membimbangkan penduduk setempat, longkang untuk menampung keperluan penduduk di taman itu tidak ditutup dan boleh mengundang padah, jika ia terus dibiarkan dalam keadaan berkenaan.
Berikutan itu, penduduk perumahan berkenaan merayu pihak bertanggungjawab memperbesarkan longkang bagi mengatasi masalah banjir, serta membina longkang konkrit berpenutup bagi menjamin keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang gemar bermain di kawasan berhampiran.
Seorang penduduk, Mohd Fakhri Abdullah, 52, berkata, dia sudah tidak tahan apabila kawasan rumahnya sering dinaiki air setiap kali Sungai Bukit Kuang di belakang rumahnya pasang besar.
Biasanya, air pasang besar pada Disember dan waktu malam menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air setinggi 0.5 meter sehingga barangan berharga rosak, selain ancaman haiwan berbisa seperti ular air yang masuk ke dalam rumah.
Selama 30 tahun tinggal di sini, kami terpaksa berdepan masalah sama saban tahun. Pihak yang bertanggungjawab seperti memejam mata apabila penduduk mengajukan permasalahan itu kepada mereka.
Pelbagai kesulitan yang terpaksa kami tempuhi akibat masalah itu. Apa tidaknya, longkang dan sistem saliran di taman ini tidak teratur dan dibina tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga, katanya ketika ditemui Edisi Timur.
Mohd Fakhri berkata, masalah banjir yang sering dihadapi penduduk Kampung Mak Chili Paya sudah selesai apabila kerajaan membina longkang konkrit besar yang berpenutup, bagaimanapun penderitaan penduduk taman ini dan penduduk Kampung Jabur Kubur masih belum diselesaikan.
Abdul Rahman Mohd Yasin, 57, pula berkata, setiap kali melihat kanak-kanak bermain berhampiran longkang itu, hatinya berasa bimbang jika mereka terjerumus ke dalam saliran berkenaan.
Sudah puas penduduk melarang kanak-kanak bermain berhampiran longkang berkenaan, tetapi biasalah, mereka tetap meneruskan aktiviti menangkap ikan di longkang itu. Maklumlah longkang itu bersambung dengan sungai menyebabkan banyak ikan yang boleh dipancing di situ.
Sehingga kini kejadian yang tidak diingini seperti lemas atau terjatuh ke dalam longkang tidak pernah berlaku, tetapi penduduk bimbang jika ia terus dibiarkan terbuka seperti itu akan mengundang tragedi. Ketika itu, menyesal pun tidak berguna lagi, katanya
~Berita Harian