Jumaat, 11 Jun 2010

'Ketuanan Melayu' dongengan pemimpin Umno-TGNA

Apa yang diperkatakan Tok Guru Nik Aziz semasa merasmikan ketiga-tiga sayap parti Pas iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Pas menarik perhatian untuk disebut semula. Dalam laporan Malaysian Insider Nik Aziz ;Jadikan Pas alternatif efektif bagi Muslim Melayu Tok Guru Nik Aziz berkata;

“Kita mahu menjadikan PAS sebagai parti yang menarik kepada Muslim Melayu.

“Semoga dengan jumlah 110 kerusi parlimen yang majoritinya Muslim, akan berlaku suatu pendekatan terbaik bagi menjamin kemenangan Islam setidak-tidaknya kesemua kerusi yang PAS bertanding,” kata Nik Aziz.

“Pilihan raya umum yang ke-12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana Barisan Nasional telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu.

“Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu.

“Saya suka mengingatkan agar memerhati perkembangan ini dengan serius,” katanya.


Nik Aziz berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.

Dengan mengambil kira perkembangan sepanjang dua tahun lalu, tegas Nik Aziz, PAS perlu bergerak cergas mulai sekarang bagi mendapatkan sokongan orang Melayu dengan membawa Islam sebagai ideologi perjuangan parti.

“PAS sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas dalam meraih sokongan pengundi Melayu.

“Jangan dibiarkan orang-orang Melayu terus ditipu hidup-hidup dengan momokan ‘Ketuanan Melayu’ yang merupakan dongengan pemimpin Umno,” katanya.

Nik Aziz menambah, orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa kris yang dijulang oleh pemimpin Umno “bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka.”

“Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri.

“Projek-projek pembangunan daripada pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup,” kata Nik Aziz yang menerajui Kelantan sejak 1990.-Malaysian Insider.

Memang tak dinafikan senjata keramat Umno ialah isu bangsa dan Melayu yang masih lagi laku terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung yang kurang pendedahan kepada dunia baru iatu media baru.Bagi Umno biarlah Melayu tindas Melayu tak mengapa jangan bangsa lain tindas Melayu itu yang mereka lawan habis-habisan. Yang pelingkup bahasa Melayu bukan bangsa lain tapi Melayu, yang jahanamkan syiar Islam bukan Cina dan India tapi bangsa Melayu yang beragama Islam dengan menukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad.

Yang rosakkan bantuan dan daifkan sekolah agama rakyat (SAR) ialah orang Melayu sendiri bukan bangsa lain tapi bangsa Melayu yang bernama Umno. Yang sodok rumah-rumah setinggan Melayu di Kuala Lumpur hingga berbumbungkan langit ialah orang Melayu. Yang sapu duit untuk orang miskin berpuluh juta (PPRT) juga pemimpin Umno yang sudah tentu Melayu.Yang paling menyedihkan ialah pemimpin Melayu yang beria-ia luluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia 2010 dan dipertahankan oleh pemimpin Melayu lain yang bernama Umno.Agama tak penting yang depa penting semangat bangsa tu yang nak kena jaga.hukum agama tolak tepi janji dapat untung hasil judi yang haram dalam Islam.

Bila Umno kalah teruk dalam pilihanraya isu bangsa jadi senjata Umno. Bila Umno kembali kuat isu bangsa tenggelam tak timbul-timbul.NGO-NGO Melayu pulak dijadikan perkakas Umno untuk diperalatkan dalam setiap pilihanraya.NGO-NGO Melayu ini ditiupkan roh Melayu , dicuci otak untuk benci bangsa lain yang bukan Melayu supaya Umno kembali berkuasa . Nampak bangsa lain nak terkam macam harimau lapaq tak makan 3 hari.

Bolehkah kita terus hidup dengan isu bangsa yang sempit sedangkan bangsa lain terus maju dalam semua aspek kehidupan?Kita bercakap tentang nak majukan bangsa sendiri tapi kalau ada kedai runcit Melayu disebelah kedai runcit bangsa lain , kedai bangsa kita , kita tak masuk. Siap perlekeh lagi ada! Tapi kalau bab nak bertumbuk, bertegang leher , selisih sikit pun kira nak belasah orang itu kita memang maju di hadapan.Bangsa Melayu yang tak fikir panjang , kurang pendidikan, kurang ilmu agama dikutip dan dikumpul untuk ditarbiyyah untuk teruskan kesinambungan ideologi yang berteraskan bangsa yang sempit.
Related Posts with Thumbnails