Rabu, 26 Mei 2010

Mengapa Mesti Serah Tanah Malaysia ke Singapura?

from Malaysia Waves

Soalan untuk UMNO: Tak boleh UMNO menghentikan amalan menggadai tanah dan kekayaan Malaysia pada orang lain?

Sudahlah kita kalah bicara dalam isu Pulau Batu Putih, kita serah pula Barak Tentera Laut Diraja di Woodlands ke Singapura (TQ Mahathir dan Daim). Sekarang ni kita nak serah pula tanah kita di Tanjung Pagar, Singapura.

Tanah milik Malaysia ini berada dalam kawasan yang cukup strategik, yakni di tengah-tengah kawasan bandar Singapura itu sendiri. Dengan menukar ganti tanah ini ke Marina Bay, Malaysia telah hilang kedudukan yang cukup strategik Pulau Singapura.

Malahan, barak Tentera Laut Diraja di Woodlands yang diserahkan oleh Daim dan Mahathir dahulu pun cukup strategik.

Cara yang terbaik:Malaysia akan memindahkan Pusat Imigresen kita ke Woodlands, TAPI tanah Tanjung Pagar kekal di tangan Malaysia untuk generasi masa depan.

Umpama tanah ini adalah sebidang tanah di Bukit Bintang, yakni di tengah-tengah kawasan bandar yang paling sebuk di Singapura.

Kalau Singapura ada sebidang tanah di Bukit Bintang, saya jamin mereka tidak akan menjualnya walau apa yang terjadi. Kalau Singapura ada sebidang tanah di sekitar KLCC, mereka hanya akan menjualnya dengan harga kerusi Perdana Menteri Malaysia diserahkan pada Singapura. Begitu murah harga diri UMNO dan Barisan Nasional menjual hak milik generasi masa depan Malaysia.

Apa salahnya kita gunakan tanah ini untuk mempromosikan Malaysia, atau kita bina sebuah Pusat Dagangan Dunia di atas Stesen Keretapi ini?

Mahafiraun pula diam membisu dalam isu ini. Padahal dulu dia yang bising berkenaan Jambatan Bengkok Tambak Johor? Rupanya, dia pun sama serahkan berek TLDM di Woodlands pada Singapura.

Bagi saya, kalau Singapura tak izin bangunkan Berek TLDM mahupun Stesen Tanjung Pagar, tidak apa. Biarlah tanah sebidang ini penuh dengan lalang dan pokok semalu di tengah2 kosmopolitan Singapura. Asalkan saya tidak menggadai hak rakyat Malaysia dan hak generasi Malaysia akan datang. Saya lebih rela mati miskin dari digelar "Penggadai Maruah Bangsa" atau "Pengkhianat".

Saya tak sabar nak tunggu komen dari PERKOSA dan BERAHIM dalam isu ini.

Bagi saya, baik berek Tentera Laut Diraja Malaysia di Woodlands, ataupun Tanjung Pagar WAJIB KEKAL DALAM TANGAN MALAYSIA sehingga ke hari kiamat. Kalau SIngapura mahu membangunkan tanah tersebut, maka mereka WAJIB membayar UFTI atau SEWA kepada Malaysia. Bayangkan jumlah sewa yang kita boleh pungut sehingga hari kiamat? Itu JAUUHHHHH lebih menguntungkan.

Saya tak faham, mengapa mahu melepaskan tanah ini ke Singapura? BANYAKKKK perkara ya ng boleh dilakukan atas tanah ini. Malahan, Singapura amat takut dengan kedudukan tanah ini. Sebab itulah mereka beriye sangat mahu mengambil alih tanah ini.

SEJARAH UMNO MENYERAHKAN TANAH MELAYU KEPADA ORANG LAIN

Apa nak heran. Yang memerintah Malaysia ni UMNO. Sejarah UMNO dipenuhi dengan penyerahan tanah Melayu kepada orang lain. Malahan, tanah besar Singapura sendiri diserahkan oleh UMNO kepada Lee Kuan Yew. Padahal, sebelum itu beberapa pimpinan PAS ditangkap di bawah ISA kerana dituduh menyokong “Konfrontasi Sukarno”. Rupanya, UMNO umpama “Mengata Dulang Paku Serpih”. Lebih teruk UMNO dari orang lain dalam sikap hipokrit mereka.

Dasar UMNO menjual amanah bangsa dan orang Melayu serta hak rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia bukan Melayu pun saya yakin marah dengan penjualan tanah Malaysia di Singapura ini. Ia jelas satu PENGHINAAN serta PENGKHIANATAN yang dilakukan oleh Dr Mahathir, Najib Tun Razak, Daim Zainuddin serta UMNO kepada rakyat Malaysia generasi ini dan generasi akan datang sehingga hari kiamat.

Memang dasar UMNO tiada maruah dan harga diri.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi


Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.
Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, PAS tetap berpendirian bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

"Kita mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi," katanya.

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

"Kita tidak tahu apa yang Najib deal dengan perdana menteri Singapura dan rakyat tidak mendapat penjelasan lanjut, sepatutnya ia diperhalusi.

"Ini bukan soal hak tanah, tapi soal kedaulatan dan maruah negara," katanya lagi.

Katanya lagi, Najib sewajarnya ingat sejarah Umno melepaskan Singapura yang dahulunya sebahagian dari Malaysia di zaman Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri ekoran kegagalan menangani krisis dalaman dengan Lee Kwan Yew.
Related Posts with Thumbnails