Oleh Saleh Othman
SEHINGGA kini beberapa bantahan dari Umno kedengaran. Mahu kerajaan pimpinan parti itu menarik balik kelulusan lesen judi bola sepak sempena kejohanan penuh prestej Piala Dunia Julai ini. Barangkali, itu hanya lakonan beberapa kerat pimpinan Umno yang diatur bagi mengelirukan umat Islam yang kian bangkit menentang judi yang diharamkan Allah SWT itu.
Walaupun lesen judi sudah diluluskan, tidak nampak lagi bantahan rasmi Pemuda, Puteri dan Wanita Umno. Malah Umno Selangor dan Pemudanya juga "terkunci mulut" dan tak tahu arah untuk berdemontrasi. Tidak seperti serangan munafik mereka terhadap Dato Zaid Ibrahim yang mengaitkan dengan minuman arak dan memiliki kuda lumba untuk tujuan judi, sewaktu kempen PRK Hulu Selangor.
Tiada juga ungkapan dan kecaman macam serangan munafik mereka sewaktu berdemontrasi membantah penguatkuasaan jualan arak di Selangor. Dalam diam, mereka kecut perut untuk mendesak Umno menutup kilang arak Guinness dan Carlberg di Selangor, sewaktu Umno-BN menjadi kepala negeri itu, tiba-tiba jadi juara penentang arak tegar!
Malah desakan agar pusat judi terbesar di Genting Highland ditutup juga tak pernah terpancut dari mulut mereka. Sebab itu, pelbagai jenis judi bermaharaja lela di negara ini, sebab yang untung ialah Umno-BN. Merekalah yang bergelumang dengan duit judi, arak untuk membiayai kempen pilihan raya BN.
Langkah Pemuda PAS Pusat mengajak dan menyedarkan umat Islam di negara ini bangkit membantah judi bola sepak ini patut dipuji. Ayuh, mereka yang mengucap syahadah dan percaya dengan Allah SWT, bangun mengorak langkah membantah tindakan bangang Kerajaan Umno-BN membanyakan lagi judi di negara ini.
Biarlah Awang Adek mencipta rekod sebagai Bapa Judi Bola di negara ini sebagai simbolik betapa intimnya Umno dengan judi dan arak sejak sekian lama. Setelah menyerahkan nilaian RM320 billion setahun untuk selama-lamanya kepada Brunei, melalui dua telaga minyak di Sabah/Sarawak, dan kantung Petroinas juga dikatakan makin nipis, maka mahu tak mahu, pendapatan judi cukup penting bagi membiayai BN mengekalkan kuasanya.