Selasa, 25 Mei 2010

Zaid Ibrahim: Keuntungan Judi Untuk Membiayai Politik Umno

DAMANSARA : Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim mengesyaki keuntungan dari hasil lesen judi digunakan parti pemerintah untuk membiayai kelangsungan kuasa politiknya.

Menurut Zaid, hakikat bahawa kelulusan lesen judi dikuasai Kementerian Kewangan mendorong syarikat perjudian membiayai kempen pilihan raya pemerintah, bagi ‘membalas budi’

Lesen perjudian yang dilakukan bukan badan yang bebas dari pengaruh politik menyebabkan pengagihan berlegar di sekitar kroni pihak tertentu.

Elemen ini mewujudkan monopoli di kalangan pihak tertentu yang berkait rapat dengan parti pemerintah, Umno Barisan Nasional (BN).

“Itulah masalah sekarang ini, Umno bagi Menteri Kewangan keluar lesen. Dia boleh bagi kepada siapa dia nak. Sebab itu ada monopoli dalam negara kita. Hanya beberapa orang yang kawal industri ini. Industri judi dikawal empat, lima orang," katanya.

Sambil menegaskan perjudian tidak tidak memberi manfaat kepada mana-mana masyarakat, Zaid kesal kerana hasil diseleweng demi kepentingan pihak tertentu.

Dalam konteks ini, beliau menyifatkan judi dan parti politik pemerintah ada hubung kait tersendiri.

“Mereka akan bantu parti politik, kemudian parti politik menang, kekalkan mereka. Mereka bagi duit lagi, lepas itu parti politik menang kuasa, kekalkan mereka lagi.

"Inilah hubung kait antara judi dan kuasa politk di negara kita,” katanya
Related Posts with Thumbnails