Ahad, 23 Mei 2010

Judi Piala Dunia: Umno, PERKASA di cabar Umum Pendirian


KUALA LUMPUR : Adun Kampung Tunku, Lau Weng San mencabar ahlli-ahli Umno dan PERKASA untuk mengumumkan pendirian mereka sama ada mereka menyokong tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi lesen judi bola kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Lau Weng San, ketika pilihanraya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor, BN dan Umno mengkritik calon Pakatan Rakyat(PR), Datuk Zaid Ibrahim sebagai kaki botol dan judi. Walaupun dalam isu arak beliau telah bertaubat dan beliau turut menafikan bahawa berliau terlibat dalam perjudian, Umno tidak habis-habisan mengkritik beliau.

"Jika Umno betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar mereka untuk berdiri dan membantah keputusan kerajaan BN yang membenarkan pemberian lesen judi bola kepada syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan ini.

"Saya juga melemparkan tuduhan yang sama kepada pertubuhan PERKASA yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya berbuat demikian," tegas beliau.

Beliau berkata, Jika ia tidak dilakukan, ini sekali lagi membongkarkan sikap hipokrit Umno dan BN, mereka hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik sewaktu adanya pilihanraya kecil tetapi apabila kerajaan yang diketuai mereka sendiri melakukan yang sama, mereka terus membisu.

Sehingga sekarang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih membisu dalam isu ini seolah-olah ingin membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja.

"Sebenarnya, hasrat kerajaan BN membenarkan pemberian lesen judi bola ini adalah amat jelas sekali, iaitu mereka ingin mengutip cukai eksais yang lumayan daripada aktiviti judi bola ini dengan alasan kononnya pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram," kata beliau.
Related Posts with Thumbnails