Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pihak tertentu yang mengaitkan perhimpunan 'Melayu Bangkit' - yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei lalu - dengan perkauman sehingga mendorong ia ditangguhkan.
Katanya tindakan tersebut seolah-olah melupakan sejaran yang seterusnya menjadikan mereka "mengulangi kesalahan yang sama berkali-kali".
Berucap dalam perhimpunan anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir turut menyatakan pendapatnya bahawa tragedi rusuhan kaum pada tahun 1969 itu berlaku bukan sahaja disebabkan oleh perbezaaan warna kulit.
"Sebab itu 13 Mei menjadi contoh perpisahan (pemecahan) kaum, ditokok tambah dengan perpisahan (ekonomi) antaranya yang kaya dengan yang miskin," katanya sambil menyifatkanya fenomena itu sebagai 'peperangan antara kelas'.
Setelah ditangguhkan hampir sebulan perhimpunan Melayu Bangkit ditangguhkan, Dr Mahathir hari ini tampil berucap dalam, antaranya menegaskan keperluan orang Melayu bersatu supaya tidak menjadi golongan minoriti dan tidak lagi berkuasa di negara ini.