Ahad, 13 Jun 2010

Zionis Israel Takut Gabungan Umat Islam Sedunia


PENGKALAN CHEPA, 13 Jun 10: Wakil Hamas, Dr. Munir berkata Zionis Israel sangat takut kepada perpaduan umat Islam yang dianggap senjata ampuh yang boleh memusnahkan mereka. Berucap dalam ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Putik malam tadi beliau berkata, Zionis tahu kekuatan orang Islam dan mereka kini cuba membuatkan umat Islam berpecah.

"Orang yahudi tahu kekuatan Islam iaitu perpaduan.

"Mereka juga saban tahun mengadakan muktamar, merangka strategi bagi menghalang kewujudan Salahuddin Al-Ayyubi kedua.

"Mereka paling takut untuk melihat orang Islam solat Subuh di masjid seramai solat Jumaat," katanya.

Terdahulu beliau berterima kasih kepada PAS di atas jemputan dan mengharapkan muktamar PAS kali ini meneguhkan lagi perjuangan Islam di Malaysia. Ujian paling besar umat Islam seluruh dunia hari ini katanya adalah berdepan kekejaman Zionis Israel.

"Kita dipilih untuk bersama berdepan dengan rejim ini," katanya lagi.

Beliau juga melahirkan keyakinan kepungan ke atas Palestin akan pecah sedikit masa lagi dengan perpaduan umat Islam seluruh dunia. Turut berucap pada ceramah malam tadi, wakil gerakan Islam Maldives dan MILF (Moro).

Lebih dua ribu rakyat Kelantan memenuhi perkarangan Putik malam tadi. (2MA)
Related Posts with Thumbnails