Rabu, 28 Julai 2010

BlackBerry ancam keselamatan


DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengisytiharkan telefon pintar Blackberry sebagai mengancam keselamatan negara itu atas alasan peralatannya berfungsi di luar undang-undang dan boleh disalahgunakan.

Kontroversi terbaru Blackberry ini adalah yang kedua di UAE selepas pengusaha telefon bimbit terbesar, Etisalat, menggalakkan 145,000 pengguna telefon pintar itu memasukkan perisian membenarkan ia diperiksa pihak luar.


Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi (TRA) UAE bimbang Blackberry boleh disalahgunakan kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara.
RIM memberi panduan pengguna membuang perisian yang membolehkan pihak luar memeriksa Blackberry mereka.

TRA menekankan, peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing.

~AP

Related Posts with Thumbnails