Merdeka Review  |  Lawatan mengejut Jawatankuasa  Kira-Kira  Awam (PAC) Pulau Pinang ke tapak projek pembinaan Politeknik  Balik  Pulau, di Kampung Kenanga, Balik Pulau, untuk melihat sendiri  kegiatan  kecurian pasir sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini  mendapati  wujudnya kegiatan tersebut apabila menemui beberapa tapak  kawah besar di  kawasan tersebut hasil daripada kegiatan mencuri pasir  tersebut.
Jagdeep yang  juga merupakan  ADUN Dato Keramat berkata, PAC akan memanggil beberapa  agensi kerajaan  yang terlibat dalam satu siasatan yang akan diadakan  pada 2 Ogos yang  akan datang.
"Kita  juga menggesa  pihak berkuasa dan mereka yang terbabit supaya melakukan  siasatan  terperinci mengenai kegiatan kecurian pasir tersebut dan  membentangkan  hasil siasatan mereka kepada PAC pada tarikh tersebut,"  katanya kepada  wartawan selepas melawat tapak lokasi kecurian pasir di  Balik Pulau pagi  tadi.
Namun begitu dalam   lawatan yang dibuat pagi tadi kegiatan mencuri pasir tersebut telah   dihentikan.  Hanya kawat duri dijadikan pagar bagi menyekat kemasukan   lalu-lalang ke kawasan tersebut.
Di   samping itu, Mohd Kaharuddin Ihsan Abdul Rahman yang merupakan  penduduk  bersebelahan dengan tapak kegiatan kecurian tersebut yang  turut hadir  mengiringi Syed Ameruddin berkata, kegiatan mencuri pasir  ini sebelum  ini dilakukan pada waktu awal pagi antara jam 2 hingga 3  pagi.
Isu   kecurian pasir ini juga telah menyebabkan Kerajaan Negeri membidas   Kerajaan Persekutuan kerana membiarkan kegiatan tersebut berleluasa   sekian lama di atas tanah milik mereka tanpa mengambil apa-apa tindakan   bagi menyekat perkara tersebut.



