Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA daripada dua lelaki dari empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa kemasukkan memang berlaku.
"Ini yang apa doktor cuba buktikan, kita akan panggil doktor bagi menjelaskan berhubung calitan kapas itu,” kata Yusof.
Peguam pembela Karpal Singh sebelum itu berhujah bahawa tiga doktor dari Hospiotal Kuala Lumpur berkata tiada penemuan klinikal yang konklusif bagi membuktikan bahawa berlaku tembusan di dubur atau rectum.
Selain itu, kata Karpal, tiada tanda-tanda mempertahankan diri terdapat di tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan,.
"Kehadiran sperma mencadangkan bahawa bukti berkenaan dirancang. Secara logik, doktor berkata tiada kemasukan.
"Jika ini benar, bagaimana sperma boleh wujud?” soal Karpal lagi.
Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak, panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan itu sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar kekal dan menolak rayuan terakhirnya itu.
Panel yang dianggotai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, hakim James Foong dan hakim Mahkamah rayuan, Suriyadi Halim Omar memutuskan perbicaraan penuh perlu diteruskan meskipun mendapat bantahan daripada pihak pembelaan.
Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, perbicaraan akan diteruskan pada Isnin ini dengan soal balas ke atas Mohd Saiful. Anwar, 62, didakwa melakukan kesalahan itu di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008