Biasalah, orang politik seberang sana mengambil peluang dengan meng"smash" bola tanggung yang diberikan oleh orang sebelah sini. Macam-macam berita yang berkisar tentang YB DAP itu disiarkan dalam blog, portal berita, mahupun di media cetak atau di media elektronik.
Dalam UM hari ini, diberitakan Sultan Selangor murka kerana tindakan YB DAP itu. Benarkah begitu? Saya hanya berminat untuk mengulas kenyataan Ketua Wanita UMCO, Datuk Sharizat tentang isu ini. Saya petik:
Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau.
"Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Ramadan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Shahrizat mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu yang memasuki ruang solat surau berkenaan dalam keadaan tidak menutup aurat.
Tindakan Nie Ching itu juga mendapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana seolah-olah tidak menghormati kemuliaan rumah ibadat...
Tindakan YB DAP itu memang bertentangan dengan hukum agama, namun menurut YB itu beliau tidak berniat berbuat demikian. Malah beliau telah "double check" tentang hal itu dengan kariah surau tersebut. Hal ini diceritakannya dalam MK semalam. Saya petik:
"...Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya....."Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo (kiri) menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.
Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.
"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.
"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.Penjelasan di atas sudah memadai untuk menutup isu ini. Isu yang lebih besar dan yang perlu kita berikan perhatian ialah keengganan orang Islam menutup aurat dengan betul seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin dan isteri pemimpin UMCO. Mereka secara jelas "biadap" terhadap Allah dan mempersendakan agama. Tiap-tipa hari mereka memperkatakan hukum dan mempolitikan perkara yang mendatangkan keuntungan kepada mereka, namun dalam masa yang sama mereka biadap dan ingkar terhadap perintah Allah. Oleh itu, sebelum berani menyentuh hal orang, cermin diri dahulu!
Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan.
Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:
"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.
"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu....
Saya mengalu-alukan orang bukan Islam mendekati dan mengenali agama Islam. Bagi mereka yang mahu berbuat demikian, kenalilah Islam daripada orang yang betul, jangan sesekali mengenalinya daripada orang UMCO kerana anda bukan sahaja tidak dapat memahami Islam malah anda akan membuat kesimpulan bahawa agama Islam itu sangat-sangat menyulitkan dan tidak mesra orang bukan Islam. Contoh sudah banyak, anda tentu dapat meilihat dan menilainya.
* Ironinya, pemimpin dan isteri pemimpin PAS dan PKR banyak yang menutup aurat berbanding dengan isteri dan pemimpin UMCO yang seolah-olah menjadi hero dalam isu agama, tetapi "biadap" terhadap hukum Allah!