Selasa, 17 Januari 2012

Wang Zakat, Menteri Umno Tak Takut Tuhan

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


Wang zakat adalah untuk keperluan mereka yang miskin tetapi ada segelintir umat Islam Melayu fikir ini boleh digunakan untuk membayar yuran guaman peguam yang mahal.

Sekiranya kita bertanya dikalangan Pakcik dan Makcik atau pelajar-pelajar sekolah menengah sekalipun, mereka juga tahu bahawa wang zakat tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan ini.
Apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi berkata bahawa wang zakat boleh digunakan untuk membayar yuran guaman Jamil Khir Baharom, umat Islam dan masyarakat Melayu terkejut dan hairan. Mereka terus menuduh mufti tersebut tunduk kepada ahli politik dan mengutuknya dengan keras-sememangnya dia layak menerima kutukan-kutukan itu.

Siapa nak hormat Mufti Malaysia sekarang?

Mufti yang berilmu itu mungkin mempunyai pendapatnya sendiri tetapi perkara yang berat sebegini harus dibicarakan oleh golongan agama yang berilmu dahulu dan diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengelakkan kekeliruan dan memburukkan imej Islam dan semua mufti di Malaysia.
Kenapa Wan Zahidi memberi komen itu dengan sendirinya? Kenapa dia sibuk menjadi ‘lone ranger’? hanya satu sahaja kemungkinan iaitu dia digunakan oleh UMNO. Jamil adalah Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri- seorang yang berkuasa dalam melantik atau menggugurkan seseorang dari jawatannya.

Ada diantara musuh Wan menuduhnya menjadi sebahagian daripada skandal itu. Dia telah gagal menunjukkan hikmah dan kepimpinannya seperti yang perlu ada pada setiap mufti. Apabila terdapat banyak kekeliruan berkenaan Islam di Malaysia termasuk juga agama lain, dia sepatutnya bertindak dengan lebih bijak dan berhati-hati.

Adakah kerana dia mahukan focus lebih kepada dirinya kerana cemburukan Mufti Perak,
yang paling disegani Harussani atau Mufti Perlis, Dr Juanda ataupun pilihan ramai, bekas Mufti Perlis
, Dr Asri. Mungkinkah Wan telah pun dipengaruhi oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan mahu meraih reputasi sebagai lain dari yang lain. Sesungguhnya, hanya Wan sahaja yang tahu apakah motif sebenarnya disebalik komen tersebut. Jadi, dia harus menerima akibatnya.

Minta maaf dan letak jawatan

Mufti Wan perlu membuat penjelasan tentang isu tersebut dan jika dia mendapati dirinya bersalah, dia harus minta maaf dan yang paling afdal baginya adalah meletak jawatan walaupun baginya ia adalah sesuatu yang amat berat, namun itu adalah kesilapannya sendiri. Dia harus bertanggungjawab dengan bermaruah dan menerima akauntabiliti itu. Mata penganut agama lain sedang memerhatikannya dan orang Islam tidak patut membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang hanya mahu cari makan sahaja.
Ya, ia memang nampak kasar. Tapi, tiada cara lain untuk menterjemahkan kelakuan Wan itu, cari makan sahaja.

Ini adalah kebiasaan di dalam UMNO, menggunakan agama untuk agenda sendiri. Pada 6 Januari yang lalu, UMNO sekali lagi menggunakan Khutbah Jumaat untuk memberitahu orang Islam bahawa apa jua bentuk demonstrasi jalanan yang mengugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara adalah haram- tidak dibenarkan dalam Islam dan berdosa.

Tapi khutbah itu tidak pula memberitahu bahawa UMNO lah yang boleh menentukan apa yang boleh menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan Negara. Khutbah UMNO itu juga lupa menyentuh tentang korupsi, salahlaku pemimpin termasuk salah guna wang zakat, membazirkan wang rakyat, mencuri hak rakyat termasuk pembunuhan Altantuya dimana dua pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dihukum gantung dan ini bukanlah khabar angin sahaja- semuanya perbuatan salah dan berdosa.

Memupuk kebencian antara Islam dan agama lain

UMNO bukan sahaja menggunakan Islam dan orang Islam untuk maksud politik dan mencari lebih wang tetapi menggunakan orang Kristian dan agama Kristian itu sendiri untuk memburukkan imej Gereja.

Ia telah menuduh orang Kristian menyesatkan orang Islam dan menggunakan kabajikan untuk memancing orang Islam. Ini adalah supaya orang Islam akan menyokong UMNO dalam usahanya memusnahkan ‘ancaman’ orang kafir ini. Jahat? Ya, dan lebih dari itu, berdosa besar.

Perkara yang sama juga berlaku ke atas orang Hindu. Dengan UMNO memprovokasi mereka dengan memusnahkan kuil mereka dan mengheret kepala lembu di jalanan semata-mata untuk menghina komuniti itu. Provokasi ini juga akan mencetuskan ketegangan di antara orang Hindu dan Islam.

Sebelum bermulanya tahun baru, beberapa kepala babi dijumpai diluar kawasan sebuah masjid. Empat orang telah ditahan berikutan kejadian itu tetapi Johor- kerusi panas PRU ke 13-sedang hebat merancang satu lagi ketegangan antara orang Melayu dan Cina yang dijangka akan mengundi Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Penyalahgunaan yang keterlaluan
Ya, UMNI telah menjadi begitu hina sekali akibat keterdesakan. Seperti yang dinyatakan oleh Anwar, UMNO sudah tidak takut pada tuhan. Tidak pernah dalam sejarah, agama disalahgunakan ketahap ini hanya untuk memastikan sesebuah parti politik masih berkuasa.

UMNO tidak hanya menggunakan agama dengan serndirinya, mereka menggunakan untuk merancang strategi kotor untuk menarik perhatian dan memenangi sokongan dengan apa jua cara. Seperti yang telah ditunjukkan dalam isu zakat Jamil Khir- UMNO tidak lagi takutkan Tuhan.
Related Posts with Thumbnails