Sebuah bangunan pejabat setinggi 31 tingkat yang dalam pembinaan di KL Sentral di Kuala Lumpur, terbakar awal pagi tadi.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada 3 pagi melibatkan tingkat 30 dan 31 bangunan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar kawasan berkenaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata api merebak dengan cepat menyebabkan bahan binaan seperti kepingan kayu jatuh dan membahayakan orang ramai.
"Kita terima panggilan pada 3.53 pagi dan seramai 95 anggota bomba serta 17 jentera dari balai bomba sekitar Lembah Klang dikejarkan untuk memadam kebakaran," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Katanya bomba menghadapi kesukaran mengawal api dan terpaksa menggunakan perancah mulai aras 26 untuk naik ke tingkat atas bangunan itu. Api dapat dikawal kira-kira 8.30 pagi.
Azizan berkata laluan masuk ke Brickfields iaitu melalui Jalan Bangsar dan Jalan Tun Sambanthan terpaksa ditutup sehingga 12 tengah hari untuk kerja-kerja pemadaman dan siasatan.
Tinjauan mendapati ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di laluan sekitar KL Sentral ketika warga kota sibuk menuju ke tempat kerja.- Bernama