Selasa, 17 Januari 2012

Akar umbi pertahan Izzah dari serangan Nong Chik

MALAYSIA KINI



Akar umbi PKR hari ini mempertahankan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada dakwaan tidak melaksanakan tanggungjawab dan hanya menumpang usaha BN membantu penduduk kawasan itu.

Sambil menyangkal dakwaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, naib ketua cabang PKR Lembah Pantai Mohd Amin Mian berkata, menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar bercakap tidak kena tempat.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 nurul izzah"Sebenarnya beliaulah yang patut lebih risau, kerana ramai yang mengatakan beliau tidak menunaikan tanggungjawab kepada seluruh Wilayah Persekutuan, yang merangkumi 11 kawasan parlimen serta Putrajaya dan Labuan," kata Mohd Amin.

Raja Nong Chik kelmarin dilaporkan berkata PKR hanya tahu mengkritik, tetapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina dibuat, kecuali menumpang BN.

Sebagai contoh, kata Raja Nong Chik, pihaknya mendapatkan peruntukan daripada perdana menteri untuk mengecat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera tetapi PKR mendakwa ia dibuat atas desakan mereka.

NONEDalam serangan balas kepada Raja Nong Chik (kanan), Mohd Amin juga mendakwa pada Ramadan lalu, senator itu menumpukan hampir 85 peratus di satu kawasan parlimen sahaja dan mengabaikan selebihnya.

Mohd Amin juga membangkitkan beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Raja Nong Chik:
  • Menteri itu didakwa menggunakan dana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kepentingan politik sendiri.
  • Membangkitkan sama ada tender kerja-kerja mengecat bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) diberi secara terbuka atau kepada kroni.
  • Menyatakan kekecewaan penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.
NONESelain itu, Mohd Amin berkata, sekiranya terdapat masalah melibatkan longkang, sampah, jalan atau nyamuk, ia bermakna Raja Nong Chik yang tidak bekerja kerana semua itu tugas bawah DBKL.

"Maka sekali lagi saya ingin ingatkan Raja Nong Chik, beringat-ingatlah. Penduduk Wilayah Persekutuan melihat setiap perkara yang anda lakukan," katanya.
Related Posts with Thumbnails