Rabu, 18 Januari 2012

Lukisan Teknik Kolaj gaya rambut Rosmah milik Zunar hilang




Pelukis kartun Zunar yang mencabar penahanannya oleh pihak polis pada 24 September 2010, mendakwa bahawa beliau mengalami kerugian selepas pihak berkuasa menyerbu dan merampas 66 salinan buku ‘Cartoon-o-phobia’ serta karya seninya yang berkaitan.

zunar arrested under sedition act 240910 03Semasa memberi keterangan sebagai saksi pertama dalam kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Zunar berkata bahan-bahan yang dirampas itu termasuk sebuah kolaj yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya telah pergi ke 10 buah kedai gunting rambut untuk mengumpulkan rambut untuk menggambarkan gaya rambut Rosmah. Kolaj tersebut mewakili betapa pengaruhnya beliau mentadbir negara dengan Najib sebagai PM," kata kartunis yang nama penuhnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

"Karya seni tidak sepatutnya dilipat atau digulungkan. Sekarang semua bahan-bahan itu telah rosak, hilang atau dirampas."

Zunar dan syarikatnya Sepakat Elektif Sdn Bhd - yang beliau bertindak sebagai pengarah - adalah plaintif dalam kes saman sivil itu.

Mereka menamakan pegawai yang melakukan tangkapan Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai defendan.
Related Posts with Thumbnails