Rabu, 21 April 2010

Solidariti Mahasiswa Malaysia Bantah APCO

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyelar kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib kerana membuat perjanjian dengan APCO. Satu badan firma Israel yang dikatakan membantu kerajaan persekutuan dalam meningkatkan imej Malaysia.

Ia berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyatakan, “Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn. Bhd. untuk melaksanakn perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara.”

Sehingga kini, Perdana Menteri masih membisu dalam hal terpenting ini. Sejauh mana APCO terlibat dalam pentadiran kerajaan persekutuan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saudara Shazni Munir ketika memberi reaksi mengenai isu ini memberitahu tindakan kerajaan ini adalah satu penghinaan kepada anak tempatan.

“Perjanjian dengan APCO ialah satu penghinaan kerajaan kepada kebolehan anak tempatan untuk mengurus imej negara,” tegas beliau.

Beliau juga mempersoalkan kenapa Malaysia sebagai sebuah Negara Islam membuat perjanjian dengan APCO yang secara terang-terangan mempunyai kaitan dengan kerajaan haram Israel.

“Tambahan pula, APCO secara jelas mempunyai perkaitan dengan kerajaan haram Israel. Kita pun tidak tahu sejauh mana rahsia-rahsia sulit Negara telah terbongkar dalam proses perlaksanaan perjanjian tersebut” ujarnya lagi.

Justeru, mahasiswa menuntut agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abd Razak membuat penjelasan mengenai isu APCO ini. Sejauh mana penglibatan APCO dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Mahasiswa juga menuntut agar perjanjian APCO segera dihentikan demi keselamatan dan masa hadapan Negara sendiri. Mahasiswa tidak mahu Malaysia mempunyai kaitan sama sekali dengan kerajaan haram Israel.

Mahasiswakini
Related Posts with Thumbnails