Jumaat, 23 April 2010

Melayu UMNO Bukannya Penduduk Asal Negara Ini..Jadi Jangalah Zalimi Orang Asli..

Hari ini, di Hulu Selangor, Orang Asal Kg Pertak mencadangkan agar Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dibubarkan kerana jadi kuda lumba UMNO. JHEOA bertindak seolah-olah menjadi parti komponen UMNO Barisan Nasional apabila menghalang jentera pilihan raya PKR daripada berkempen di perkampungan Orang Asal di Hulu Selangor.

“Selama 50 tahun mereka sudah memburukkan kaum ini. Mereka tekan, mereka tidak bagi bebas ni kaum ini merdeka,” kata Antares@Kit Leee, Orang Asal Kg Pertak.

“Saya duduk sini dekat 18 tahun. Tak pernah aku tengok benda betul. JHEOA ditubuh masa darurat. Ia jadi penghubung antara komunis dan Orang Asal. Sekarang mana ada darurat lagi,” katanya.

“Bagi JHEOA, wang sudah masuk apa dia buat? Masuk hutan tengok balak. Ambil begitu saja.”

Antares juga menyatakan JHEOA yang tidak membekalkan pengetahuan kepada Orang Asal yang masuk Islam hingga mereka akhirnya kembali ke corak penghidupan asal.

“Tidak faham. Ada yang masih makan babi. Minum arak. Nama sajalah,” katanya yang menganggap JHEOA tidak berfungsi langsung dan mencadangkan ia dibubar.

Itulah UMNO dan BN..semua orang hendak ditipunya..termasuk masyarakat orang asal atau orang asli..melayu umno perlu sedar, mereka bukannya penduduk asal negara ini..ada sejarah kata orang melayu datang dari Mindanao dan China..yang penting adalah orang asli penduduk asal tanah ini..bukannya melayu..

Bahkan Pertubuhan Pribumi Bangsa (PERKASA), tak layak guna nama pribumi kerana ia adalah hak orang asli..memang tak sedar diri betul diorang ni..Dahlah rampas hak pribumi orang asli..menipu dan menindas pula kerja mereka..

Secara angkanya, terdapat 4 juta Orang Asli atau 15% daripada jumlah penduduk Malaysia dan merupakan kumpulan termiskin di Malaysia. Ini semuanya kerja-kerja kotor UMNO..Buat pengundi orang asli di Hulu Selangor yang berjumlah 721 orang, mereka perlu tolak UMNO yang perkudakan MIC itu..

Inilah dosa-dosa UMNO terhadap orang asli di negara ini

1. Tiada Kebebasan untuk menentukan status politik dan bebas meneruskan pembangunan ekonomi, sosial dan adat.

Kerana kejahatan BN, tiada satu pun undang-undang atau polisi yang menyatakan tentang hak kebebasan untuk Orang Asli, lebih-lebih lagi mengiktirafkan hak tersebut. Di sebaliknya, terdapat pelbagai undang-undang, tindakan dan rancangan kerajaan BN yang telah mencabuli hak asasi Orang Asli. Antara kejahatan BN terhadap Orang Asli ialah tidak mengiktirafkan tanah adat dan hak mengamalkan adat malah melaksanakan penempatan secara paksa, polisi asimilasi dan integrasi dan langsung tidak menghiraukan keputusan-keputusan kehakiman.

2. BN Tiada Pengiktirafan Tanah Adat

Banyak kes yang melibatkan Kerajaan BN melawan orang asli dalam isu-isu tanah adat. Antaranya kes Adong Kuwau, Nor Nyawai, Sagong Tasi, Rambilin Ambit dan Madeli Salleh. Di dalam kes Sagong Tasi yang dirayu ke Mahkamah Persekutuan, kerajaan BN telah menolak konsep tanah adat. Ini jelas sekali menunjukkan kerajaan BN menolak hak Orang Asal ke atas tanah, wilayah dan sumber-sumber tradisi mereka.

3. BN Ambil Tanah Secara Paksa dan tak aplikasikan konsep makluman awal, bebas dan telus (Izin-MABT)

BN gunakan pendekatan secara paksaan, mengambil dan merampas tanah, wilayah dan

juga sumber Orang Asli tanpa Izin-MABT dan juga tidak memberikan pengiktirafan ke atas

tanah adat Orang Asli dan ini adalah satu perbuatan khianat dan zalim terhadap Orang Asli

Di negeri Selangor ketika anak Toyo memerintah, seluas 7,000 hektar tanah rizab Orang Asli telah dibatalkan wartanya tanpa pengetahuan Orang Asli sendiri menyebabkan mereka kehilangan kawasan tersebut.

Di Sabah dan Sarawak pula, semakin ramai komuniti yang mengalami kesulitan akibat daripada pengambilan tanah adat mereka oleh syarikat perladangan kelapa sawit dan

kayu industri atau kepada syarikat pembalakan – sekali lagi tanpa izin Orang Asli, apatah lagi izin-MABT, selalunya tanpa pembayaran pampasan yang wajar. Memang jahat diorang-diorang ni

Kebanyakkan kes-kes pengambilan tanah adat dan pengusiran Orang Asli dilakukan secara paksa dan tidak berperikemanusiaan. Dilaporkan bahawa terdapat rancangan untuk membina 12 lagi empangan di Sarawak di atas tanah dan wilayah Orang Asli. Keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan Orang Asli

Hak Orang Asli ke atas tanah turut terjejas akibat daripada pengwujudan koridor-koridor pembangunan yang kononnya diperkenalkan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

4. Penempatan semula secara paksa

Orang Asli sering menjadi mangsa penempatan semula secara paksa. Ini dilakukan kerana kerajaan tidak mengiktiraf tanah adat Orang Asal dan tidak menggunakan pendekatan izin-MABT.

Satu contoh penempatan semula secara paksa ialah masyarakat Chewong – Orang Asli, di mana mereka telah diarah berpindah untuk memberi laluan kepada pembinaan Empangan Kelau di Pahang. Masyarakat Chewong telah dengan sengaja diperdayakan oleh agensi kerajaan bagi memudahkan kerja penempatan semula secara paksa sedangkan komuniti tersebut sebenarnya tidak perlu dipindahkan kerana kawasan kampong mereka tidak terlibat dengan projek tersebut.

5. Pencabulan terhadap Hak Pentadbiran Sendiri

Kerajaan BN banyak campurtangan dalam sistem tradisi Orang Asli terutamanya dalam proses pemilihan, penentuan dan pengiktirafan pemimpin-pemimpin adat.

Contohnya, Garis Panduan Prosedur untuk menentukan Tok Batin/Penghulu Orang Asli menyatakan kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang layak menjawat jawatan tersebut dan untuk menentukan prosedur pemilihan tersebut. Memang jahat kan UMNO, kalau JKKK boleh la nak lantik orang dia..ni tok batin pun dikuda lumbakannya…

6. Orang Asli Masih Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri

Masih ramai Orang Asli tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Ini disebabkan antara lain ialah tiada akses kepada infrastruktur kerajaan yang bertanggungjawab untuk mendokumentasi kewarganegaraan dan juga prosedur yang merumitkan Orang Asli.

Agensi yang dipertanggungjawabkan oleh perundangan untuk melaksanakan fungsinya seringkali menyalahkan Orang Asal kerana gagal mendapatkan dokumen pengenalan diri.

Inilah dosa-dosa UMNO. Buat orang Asli, lakukan reformasi dan biarkan BN terkasima dengan tindakan anda dengan mengundi PR pada kali ini..JHEOA ini memang kuda lumba UMNO..setia pada UMNO dan tidak setia pada orang Asli itu sendiri. Jadi apalagi yang hendak ditunggu..undi PKR agar nasib generasi anda akan datang terjamin..dan juga buatkan menteri UMNO Sabah yang celupar kata anda berjalan-jalan di Putrajaya, terduduk pening lihat undi anda kalahkan BN..

Saje je letak gambar ni..dia ni pun bukannya penduduk asal negara ini (bukan orang asli lah bik ni)

Related Posts with Thumbnails