Universiti Malaya, 16 Apr 2.30 pm - Bantah APCO! Pendirian mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkenaan isu APCO adalah tetap dan tegas. Mahasiswa UM hari ini berkumpul dihadapan masjid Ar-Rahman dan mengadakan speaker corner bagi menyatakan pendirian mereka menolak sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia menggunakan khidmat APCO.
“Perbelanjaan yang digunakan untuk membayar khidmat kepada APCO adalah sangat mahal, itu adalah satu pembaziran. Bukankah baik jika wang itu diberikan kepada mahasiswa,” ujar bendahari PMIUM, Saudara Mohd Khairul Nizam b. Md Isa.
Beliau juga mengatakan mahasiswa tetap dengan pendirian mereka membantah sekerasnya tindakan kerajaan menggunakan wang itu untuk dilaburkan kepada badan perundingan APCO dan wang itu akan digunakan untuk membunuh orang Islam Palestin.
“Kita mahasiswa tidak mahu hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri apabila hal APCO ini berkait rapat dengan keselamatan negara” tegas wakil SMM saudara Zul Amirul.
Beliau mengatakan tindakan kerajaan menggunakan khidmat badan perundingan seperti APCO ini hanya akan membocorkan rahsia keselamatan negara kepada negara luar terutamanya negara laknat Israel.
Speaker corner itu disambut dengan laungan takbir dan laungan “hidup-hidup mahasiswa” dan diakhiri oleh bacaan doa memohon keberkatan daripada setiausaha agung PMIUM, Saudara Syafiq Bin Badrisyah.
Sumber: Um-today.com