Ahad, 18 April 2010

Achik Spin: Detik-detik Selepas Kemalangan

SEREMBAN, 17 April -- Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang ini.


Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar.

Kelihatan anggota Paramedik memeriksa keadaan mangsa yang telah dikeluarkan dari MPV di tempat kejadian.


Rakan Achik Spin yang mengalami kecederaan dalam kejadian kemalangan diberi rawatan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang ini oleh anggota paramedik.

Penyanyi kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, (gambar) meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Kelihatan api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu.

Kelihatan Ibu mangsa Badariah Awalludin (bertudung hitam) tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di bilik forensik Hospital Tuanku Ja'afar.

Kelihatan anggota keluarga Achik tiba di bilik forensik Hospital Tuanku Ja'afar.

Sumber : Bernama
Related Posts with Thumbnails