Sebelum berlangsungnya Pilihanraya Negeri di Sarawak,bumi di Malaysia Timur ini agak tenggelam daripada kepanasan suasana politik nasional tanah air.Walaubagaimanapun,apabila semua pihak tertumpu ke Sarawak, maka berita-berita dari Sarawak mula menjadi perhatian umum,termasuklah penulis sendiri.
Bagi penulis,banyak berita dari Sarawak diperolehi daripada media baru seperti twitter dan facebook,selain melayari akhbar The Borneo Post.Akhbar tersebut,boleh dikatakan agak seimbang,walaupun ada sedikit sebanyak ampu di sana sini.Apapun,antara berita yang paling menarik yang dibaca penulis minggu ini adalah satu keratan akhbar yang dimuatnaik oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas (sahabat penulis di facebook) mengenai gambar Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin mengimamkan solat Maghrib di Masjid Darul Na'aim Petra Jaya Sarawak.
Kredit pada Ust.Azman Shapawi |
Perkara ini dilaporkan oleh kebanyakan media utama dalam bentuk sisipan berita ringkas,di mana penulis berita tersebut beranggapan bahawa penduduk Petra Jaya beruntung kerana dapat berimamkan seorang pemimpin tertinggi negara.Dalam hal ini,penulis tidak mahu berpolitik.Syabas diucapkan atas kemampuan Muhyiddin yang kelihatannya mahu membawa imej yang lebih Islamik dan bersifat kemelayuan berbanding Najib.
Mengenai kefakihan beliau dalam beragama,penulis merasa tidak hairan sekiranya beliau arif dalam agama memandangkan almarhum bapanya dahulu adalah seorang ustaz yang cukup dikenali di Johor pada suatu masa dahulu.Cumanya,diharapkan selepas ini segala kefahaman agama yang ada pada diri beliau digunakan untuk melaksanakan segala perintah Allah dalam pemerintahan di Malaysia ini.
Mengapa penulis cuba untuk menghighlightkan perkara ini?Hal ini kerana jarang kita melihat seorang pemimpin tertinggi Umno menjadi Imam dalam solat,kecualilah para ustaz-ustaz Umno.Seingat penulis (yang diketahui),pemimpin Umno yang pernah menjadi Imam sebelum ini hanyalah Pak Lah ketika dia baru menaiki tangga Perdana Menteri suatu masa dahulu.
Untuk rekod juga,Muhyiddin bukanlah kali pertama menjadi Imam,malah pernah dilaporkan beberapa kali dalam akhbar harian dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas.Kali terakhir adalah ketika mengimamkan solat Isyak di Masjid Kuala Tekal ketika PRK Kerdau baru-baru ini.
Itu cerita pasal solat.Seterusnya pula,penulis ingin menceritakan kepada anda tentang satu kenyataan ala samseng daripada calon PBB bagi Dun N38 Jemoreng,Abu Seman Jahwie dalam sebuah akhbar harian tempatan,Utusan Sarawak.Daripada facebook Ketua Pemuda Pas,Ustaz Nasrudin Hassan,beliau telah memuatnaik sekeping keratan akhbar Sarawak itu yang bertulis "Lawan BN Umpama Menempah Maut-Abu Seman".
Pernyataan Abu Seman itu bagi penulis adalah satu kenyataan sombong ala samseng yang tidak sepatutnya keluar dalam sebuah negara yang kononnya mengamalkan demokrasi seperti di Malaysia.Mengapa penulis menganggap perkara ini seperti samseng?Adakah anda pernah berjumpa atau kenal dengan mana-mana samseng?Atau menonton filem misalnya.
Pastinya bos samseng dalam filem itu akan berkata,"kalau kau nak cari nahas,beranilah datang ke tempat aku!".Dan kata-kata samseng itu cuba dilembutkan oleh calon PBB tetapi dengan menggunakan ayat yang lebih teratur,namun tetap membawa maksud yang sama.Walaubagaimanapun,kepada Pakatan Rakyat diharap dapat berhati-hati dengan amaran jahat sebegitu,dibimbangi akan terdapat agenda salah guna kuasa bagi memberi "maut" kepada Pakatan di Jemoreng dan Sarawak umumnya.
Sebagai sisipan,taktik kotor yang bodoh telahpun dibuat oleh petugas Barisan Nasional dengan menaikkan satu bunting yang bertulis "Ini Kampung BN,Pembangkang Tidak Boleh Masuk!!!"
Dan berita terakhir yang menarik perhatian penulis adalah satu laporan yang dikeluarkan oleh The Borneo Post mengenai tajuk berita "Dia Isteri Saya Yang Sah : Dr Chan".
Ketika ditemui pemberita pada Selasa,Presiden SUPP Dr.George Chan Hong Nam itu memberitahu pemberita bahawa hubungan beliau dengan seorang Datuk Lorna Enan Muloon adalah pasangan suami isteri yang sah.
Dan perkahwinan itu bukanlah baru,tetapi sudahpun bertahun-tahun yang lalu!Malah,anak-anaknya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkahwinan tersebut.Menurut Chan kononnya,tindakan beliau merahsiakan perkahwinan itu adalah demi menjaga perasaan anak-anak dan keluarga terdekatnya.
Wah,nampaknya pemimpin BN Sarawak ini suka kahwin muda-muda ya!
Dan satu,perkara untuk penegasan penulis,adalah tidak salah berkahwin,tetapi mengapa perlu berahsia?Kan sudah timbul syak wasangka.Apabila pembangkang mempersoal,dituduhnya pula sebagai menyerang peribadi.Apa punya turrr la...