Jumaat, 8 April 2011

Pengarah Kastam Pilih Bulu Buka Kertas Siasatan




PESARA ANTI RASUAH.

KETUA Pengarah Kastam, Datuk Mohamed Khalid telah mengatakan beliau tidak akan menolong pegawai kastam yang menyalahguna kuasa dan rasuah di sebuah surat khabar ‘The Star terbitan kelmarin (5 April 2011).

Seramai 62 pegawai kastam ditahan untuk siasatan termasuk seorang Pengarah Kastam di Kuantan.
Ketua pengarah kastam telah mengatakan ia sedang menunggu kertas siasatan daripada SPRM sebelum mengambil tindakan terhadap pegawainya.

Sebenarnya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali harus cekup Datuk Mohamed Khalid dan seorang lagi Pengarah kesayangan beliau, Hj.Salleh.

Semasa Hj.Salleh menjadii Pengarah Labuan, berpuluh buah kapal yang memuat kayu balak disimpandan disorok di Asian Supply Base yang diimport oleh sebuah syarikat, Anita Rotan melalui agen perkapalan Sillion shipping untuk transhipment ke Taiwan, China dan Jepun tetapi semua saiz balak ‘under declare’ sehingga kerajaan rugi berpuluh juta ringgit, tetapi anehnya kenapa kes ini tidak disiasat?

Untuk kes Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Mohamed Khalid, bukan saja kapal kargo yang dicekup Pasukan Marin Polis berapa tahun lepas di Bintulu, Sarawak yang dilepas begitu saja.

Ada satu lagi kes Dato’ Khalid yang tidak pernah dibuka kertas siasatan iaitu dipercayai menjadi dalang utama mengimport daging beku, sayap ayam tanpa AP untuk transhipment ke Brunei; tapi semua dibekal ke seluruh Sarawak tanpa bayar cukai jualan sejak berpuluh tahun lalu.

Setiap bulan lebih kurang 40 biji kontena dibawa masuk ke Miri. Cuba Datuk Mustafar Ali meluangkan sedikit masa dan rujuk kembali kenyataan Jabatan Kastam Miri dan Bintulu jika SPRM betul-betul menjalankan tugas dan bukannya ‘Ops Tayang Video Lucah’ yang hanya menangkap ikan bilis sahaja. Sedarlah, rakyat Malaysia kini semakin Pintar dan pandai menganalisa.

Kami beharap SPRM Akan segera menyiasat kes tersebut sebelum manifest dokumen Jabatan Hutan dimusnahkan oleh kedua pengarah tersebut.
Related Posts with Thumbnails