Rabu, 1 Disember 2010

Isu air: Mahasiswa ikrar iring MB S'gor berdemo



Mkini | Kumpulan mahasiswa di negara ini berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Ahad ini.
NONE

Kumpulan yang membabitkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang.

Presiden KAMI, Hilman Idham berkata, ini kerana banyak mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus.

"Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara.

"Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej kediaman," katanya.
Related Posts with Thumbnails