
"Saya tidak tahu sama ada pihak Datuk Nazri dan Datuk Rais nak bawa ke Kabinet hari Jumaat ini atau kita hanya umumkan terus kepada khalayak ramai.
"Biarlah saya hubungi mereka dahulu," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Hishammuddin berkata draf untuk panduan jenayah hasutan siber berkenaan dibuat bersandarkan kepada undang-undang hasutan sedia ada.
Selain itu, ia juga menggariskan halangan kepada pendakwaan bagi kes-kes seperti melibatkan artis rap Namewee.

(Ia menggariskan) apa yang menjadi kekangan kita kalau nak dakwa kalau (kenyataan hasutan) menular di alam siber, dalam kita nak buktikan sesuatu kes itu.
Tambahnya, garis panduan itu juga menjelaskan proses pendakwaan melibatkan kesalahan hasutan di Intenet.
"Jadi (ia) hanya memperjelaskan undang-undang yang mungkin orang tidak tahu," katanya lagi.
Tambahnya, panduan itu juga akan menjelaskan sebab sesuatu kes itu dapat didakwa dengan cepat atau sebaliknya.
"Dalam hasutan melibatkan internet, pembuktian untuk membawa satu kes ke mahkamah akhirnya akan ditentukan oleh peguam negara sendiri.

"Tarikh perbicaraan ditetapkan oleh pihak kehakiman, jadi orang ramai akan faham prosesnya.
"Itulah tujuan garis panduan ini supaya orang faham apa yang boleh dan tak boleh dibuat dan apa yang boleh kita dakwa dengan cepat," katanya.