Rabu, 13 Oktober 2010

GPMS disalah-gunakan bagi kepentingan peribadi

WarkahDaily – GPMS dah mula ikut jejak ‘bapa angkatnya’, Umno apabila pimpinannya dah mula bercakaran sesama sendiri di samping perletakan jawatan Naib Pengerusi GPMS Kedah Lukman Moidin semalam.

‘Bapak borek, anak rintik’. ‘Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari’. Hehehe..apa-apalah..

NGO yang berselindung di sebalik Umno itu sudah sedia maklum merupakan agen penyebaran dakyah Umno kepada anak-anak muda (pelajar-pelajar). Walaupun perjuangan asalnya adalah untuk memajukan pendidikan anak-anak orang Melayu dalam pendidikan, namun sekarang sudah dijadikan platform Umno untuk mengrekrut pelajar-pelajar menjadi pejuang Umno. Dalam isu kaum, GPMS dilihat senada dengan parti perkauman, Umno.

Umno gunakan GPMS sebagai jaringan untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah bagi meresapkan perjuangan Umno di kalangan pelajar. Padahal pihak pembangkang pula dilarang melakukan benda yang sama dengan bermacam-macam akta yang menyusahkan.


Malaysiakini - 'GPMS disalah-gunakan bagi kepentingan peribadi' - Lukman Moidin

Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Lukman Moidin semalam mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan hari ini, Lukman berkata peletakan jawatannya disebabkan oleh beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi secara keterlaluan.

"Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tertua dan pernah bertanggungjawab untuk mendaftar semula GPMS Kedah, saya amat kesal apabila pimpinan GPMS Kedah gagal untuk menghalang usaha-usaha 'nakal' beberapa individu yang menggunakan nama GPMS untuk menjayakan kehendak peribadi yang semakin keterlaluan," katanya.

Beliau yang memegang jawatan itu bermula pada 2009 berkata usaha untuk membetulkan keadaan itu juga sukar dan tidak mendapat sokongan kepimpinan GPMS Kedah menyebabkannya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

"Saya juga kesal kerana beberapa individu yang baru menyertai GPMS didapati telah menggunakan nama GPMS untuk menaikan populariti diri. Saya juga bimbang melihat senario NGO Melayu yang semakin lalai dan 'syok sendiri' tanpa mempedulikan kehendak sebenar dan menentukan agenda telus dalam memperkasa pendidikan anak bangsa," katanya.

Beliau berharap agar pihak-pihak yang terlibat boleh bermuhasabah diri untuk meletakkan kepentingan agenda pendidikan sesuai dengan dasar dan penubuhan GPMS itu sendiri.

Lukman yang juga bekas Setiausaha GPMS Kedah sesi 2006 hingga 2009 telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden GPMS Pusat Jais Abdul Karim.
Related Posts with Thumbnails