Jumaat, 15 Oktober 2010

Lihat Isteri Rentung Terbakar


HMetro | KUALA LUMPUR: Seorang suami hanya mampu melihat isterinya terbakar di dalam kereta selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan ngeri di Kilometer 5.2, Jalan Taman Connaught, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu kereta berusia 40-an itu sempat ditarik keluar oleh orang ramai yang cuba membantu sebaik menyedari kereta dinaiki mangsa mula terbakar.
Bagaimanapun, isteri mangsa yang tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk hadapan tidak dapat ditarik keluar sebelum kereta itu terbakar dan meletup beberapa kali.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Honda City yang dinaiki mangsa bersama suaminya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pelbagai guna Honda CRV.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa diheret kira-kira 100 meter. Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit berpusing dan merempuh pembahagi besi di tengah jalan sebelum terbakar,” katanya.

Menurutnya, beberapa pemandu kereta yang melihat kejadian itu membantu mengeluarkan mangsa sebaik menyedari api mula marak membakar kereta mangsa.

“Bagaimanapun, hanya suami mangsa berjaya dikeluarkan manakala isterinya, Loo Chooi Wen, 42, gagal diselamatkan. Identiti suami mangsa belum dikenal pasti.
Related Posts with Thumbnails